FOLLOWERS

Friday, October 29, 2010

TAZKIRAH : MENGAPA KITA MEMBACA SURAH AL-KAHFI SETIAP MINGGU

Kelebihan Surah al-Kahfi

- Abu Sa‘id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda: “Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, pasti nur akan meneranginya antara dua Jumaat.” (Riwayat dikemukakan oleh al-Sayuti – dinilai Sahih).

- Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda: “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat dari awal surah al-Kahfi, ia terpelihara daripada Dajjal.” (Riwayat Muslim – dinilai Sahih).

Sebenarnya surah mengandungi pelbagai perkara tersirat. Surah al-Kahfi merupakan salah satu daripada lima surah yang dimulai dengan Alhamdulillah, iaitu: al-Fatihah, al-Kahfi, al-An’am, Saba dan Fathir.

Di dalam al-Kahfi disebutkan empat perkara fitnah.

1) Fitnah pada agama: Kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua)
2) Fitnah harta: Kisah pemilik dua kebun
3) Fitnah ilmu: Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir
4) Fitnah kuasa: Kisah Zul Qarnain


Bagi setiap fitnah yang disebutkan disebutkan juga ayat pelindung baginya:

1) Fitnah pada agama: Kisah pemuda yang berlindung di dalam gua daripada pemerintah yang zalim. Lalu berlaku perkara yang menakjubkan. Mereka tinggal di dalam gua selama lebih 300 tahun.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:

اصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (al-Kahfi: 28)

Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah pada agama adalah dengan berdamping dengan orang-orang soleh dan menghindari perhiasan hidup di dunia yang memperdayakan.

2) Fitnah Harta: Kisah pemilik dua kebun yang kaya. Allah SWT telah memberikan kepadanya segala apa yang dikehendakinya. Tetapi dia kufur dan ingkar terhadap hari kebangkitan. Lalu Allah SWT membinasakan dua bidang kebun itu.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا (45) الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46)
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (al-Kahfi: 45-46)

Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah harta ialah dengan menyedari tentang hakikat dunia dan mengingati akhirat.

3) Fitnah Ilmu: Kisah Saidina Musa AS dan Khidhir AS. Dalam beberapa peristiwa, Nabi Musa tidak memahami hikmah dan melihat pada zahir sahaja.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:

قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insya Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu". (al-Kahfi: 69)

Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah ilmu ialah dengan tawadhuk, sabar dan tidak terpedaya dengan ilmu.

4) Fitnah Kuasa: Kisah Zul Qurnain yang memiliki kuasa pemerintahan dari timur ke barat bumi. Beliau telah menolong satu kaum yang takut kepada Yakjuj dan Makjuj lalu ia menolong mereka membina benteng.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (al-Kahfi: 103-104)

Dengan demikian, perlindungan daripada ialah dengan ikhlas kepada Allah dalam amalan.

Penutup suruh ini disudahi dengan ayat perlindungan dari semua jenis fitnah:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi: 110)



Petikan dari  ; http://sapaanmakrifat.blogspot.com/2010/03/mengapa-kita-membaca-surah-al-kahfi.html



Sunday, October 24, 2010

"X-PDC RAWATAN ISLAM DI JOHOR & SINGAPURA" Pada 18 - 21 NOV.2010

Sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Raya EidulAdha maka suatu program yang dinamakan "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM 2010 anjuran AS-SYIFA' MELAKA" akan diadakan di negeri Johor dan Singapura pada 18 - 21 November 2010 yang akan datang.


Maklumat program adalah seperti berikut :-

Nama Program  : "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM 2010"
Tarikh               : 18 - 21 NOV. 2010 (Khamis - Ahad)
Masa/Tarikh       : Semua dengan temujanji sahaja
Perawat            : Md Zaini Zainal (As-Syifa' Melaka)
Temujanji         : Hubungi talian 013-2006363

Panduan Bahan Rawatan : Bagi penyakit gangguan makhluk halus, saka, sihir, jin dll, sila bawa limau nipis 21 biji dan air mineral 2 botol. Kanser,sila bawa kunyit putih jika ada atau kangkung liar secekak dan air mineral. Bagi penyakit atau hajat-hajat lain sila bawa air mineral 2 botol.
Kita hanyalah berikhtiar dan berdoa dan kesembuhan hanya dari Allah.

Sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi :-
As-Syifa' Melaka : 013-2006363
Md Zaini Zainal


Nota : Telah buat temujanji : F.Bukit Aping Timur Kota Tinggi, F.Air Tawar 4, F.Air Tawar 5, Felda Kledang, Felda Bukit Easter, Felda Kledang, Tiram, Mersing dan Singapura (2)


Wednesday, October 20, 2010

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI CAMERON HIGHLAND PADA 1, 2 & 3 DISEMBER 2010

Sempena cuti sekolah dan untuk menikmati suasana segar dan nyaman di kawasan pergunungan tinggi, maka suatu usaha dengan kerjasama penduduk setempat dan masjid yang berdekatan maka  suatu program yang dinamakan "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM 2010 anjuran AS-SYIFA' MELAKA" akan berlangsung di kawasan pelancongan Cameron Highland pada bulan November 2010 yang akan datang.


Maklumat program adalah seperti berikut :-

Nama Program  : "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM 2010"
Tarikh               : 1, 2 dan 3 DISEMBER 2010 (Rabu, Khamis & Jumaat)
Masa                 : 3.00 ptg - 8.00 mlm
Tempat             : Berinchang (Akan diberitahu kemudian)
Perawat            : Md Zaini Zainal (As-Syifa' Melaka)
Temujanji         : Hubungi talian 013-2006363

Nota: Oleh kerana masa yang terhad, diharapkan kepada sesiapa yang berhajat silalah hadir pada masa yang telah dicadangkan di atas.

Panduan Bahan Rawatan : Bagi penyakit gangguan makhluk halus, saka, sihir, jin dll, sila bawa limau nipis 21 biji dan air mineral 2 botol. Kanser,sila bawa kunyit putih jika ada atau kangkung liar secekak dan air mineral. Bagi penyakit atau hajat-hajat lain sila bawa air mineral 2 botol.

Kita hanyalah berikhtiar dan berdoa dan kesembuhan hanya dari Allah.

Sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi :-
As-Syifa' Melaka : 013-2006363
Md Zaini Zainal




Tuesday, October 19, 2010

TAZKIRAH : 6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

PDF Cetak
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari

http://portal.perak.gov.my/bdakwah/

Monday, October 11, 2010

AMALAN MENAMBAH REZEKI, Petikan dari buku 101 Amalan Pemurah Rezeki & Pelaris Oleh Ust.Hanif Hj.Ghazali

Di dalam kitab "Ta'limul Muta'alim Fi Toriqit Ta'allum, al-Allamah Syeikh Burhanuddin az-Zarnuji telah menyebutkan faktor-faktor yang akan menambah rezeki, antaranya ialah;-

1. Sedekah
2. Bangun awal pagi
3. Bermanis muka dan lembut percakapan
4. Mendirikan solat dengan khusyuk
5. Ke masjid sebelum azan dikumandangkan
6. Sentiasa dalam berwudhuk
7. Mendirikan solat sunat Fajar dan Witir di rumah
8. Tidak banyak "bersama" dengan isteri kecuali ketika perlu sahaja
9. Tidak bercakap yang sia-sia

Manakala faktor-faktor kepapaan pula ialah :-

1. Tidur dalam keadaan bogel
2. Kencing dalam keadaan bogel
3. Makan ketika masih dalam junub
4. Makan sambil berbaring di atas lambung
5. Tidak mempedulikan makanan seperti nasi dan roti yang tumpah ketika makan
6. Membakar kulit bawang merah dan bawang putih
7. Menyapu rumah dengan kain sapu tangan
8. Menyapu rumah di waktu malam
9. Membiarkan sampah di dalam rumah
10. Berjalan-jalan di hadapan orang-orang tua
11. Memanggil kedua ibu-bapanya dengan nama mereka
12.  Berculik gigi dengan bilah kayu
13. Membasuh tangan dengan selut dan tanah
14. Duduk di atas bendul
15. Bergantung (bergayut) pada salah satu daun pintu
16. Berwudhuk di tempat qadha hajat
17. Menjahit pakaian yang sedang dipakai ditubuhnya
18. Mengeringkan muka dengan kain yang sedang dipakai
19. Membiarkan sarang labah-labah di dalam rumahnya
20. Meremeh-remehkan dengan sembahyang
21. Segera keluar daripada masjid setelah selesai solat fardhu subuh
22. Awal pagi sudah berada di kedai dan lewat petang balik (lepak)
23. Berdoa terhadap anaknya dengan kejahatan
24. Tidak menutup bejana-bejana
25. Memadamkan api pelita dengan menghembus angin daripada mulut
26. Menyisir rambut dengan sisir yang patah
27. Tidak berdoa dengan kebaikan untuk kedua ibubapa
28. Memakai serban sambil duduk
29. Memakai seluar sambil berdiri
30. Boros
31. Bakhil
32. Malas.



Moga penulis buku sahabat baikku Ust.Hanif Hj.Ghazali diberikan ganjaran pahala di atas ilmu serta usaha beliau mewariskan ilmu yang terdahulu.

Sunday, October 10, 2010

TAZKIRAH : ALAM BARZAH DESTINASI YANG PASTI

alt

Ya, alam barzakh atau alam kubur destinasi yang wajib kita lalui selepas ini, pasti akan kita tempuhi tanpa ada keraguan. Beriman dengan alam kubur termasuk sebahagian dari beriman dengan rukun iman iaitu beriman dengan hari akhirat. Itulah iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah.

Di alam kuburlah bermula kehidupan yang sebenarnya. Kehidupan yang ditentukan berdasarkan amalan dan bekalan yang kita sediakan semasa hidup di dunia ini. Di sana kita akan berdepan dengan fitnah (ujian) yang dahsyat. Berdepan dengan soalan dua malaikat yang ditugaskan. Tiada siapa yang mampu menolong kita melainkan rahmat Allah s.w.t yang diperolehi dengan ketaatan dan pengabdian diri kepadaNya.

Setiap individu yang menempuhi alam kubur wajib akan mengalami fitnah kubur. Iaitu ujian berupa pertanyaan dua malaikat Munkar dan Nakir tentang Rabbnya, agamanya dan Nabinya sebagaimana dijelas oleh Rasulullah s.a.w dalam sumber yang sahih. Dari ujian ini akan diketahui apakah kita termasuk hambaNya yang jujur keimanannya sehingga berhak mendapatkan nikmat kubur, atau apakah kita termasuk yang dusta keimanannya sehingga berhak dibalas dengan azab yang menyeksakan.

Hanya keteguhan iman yang akan menjamin keselamatan dari azab kubur. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa sabda Nabi saw:

"Jika seorang mukmin telah didudukkan di dalam kuburnya kemudian didatangi (dua malaikat dan bertanya kepadanya) maka dia akan (menjawab) dengan mengucapkan dua kalimat syahadah:

أَنْ لاَ إِله إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Itulah 'ucapan yang teguh (القول الثابت ) sebagaimana yang tertera dalam firman Allah Ta'ala:

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ

"Allah meneguhkan dengan 'ucapan yang teguh' kepada orang-orang yang beriman dalam kehidupan di dunia dan di akhirat." (Surah Ibrahim: 27)

Ujian yang akan kita hadapi di alam kubur merupakan ujian yang berat sama berat dengan ujian berdepan dengan fitnah al-Masih al-Dajjal di akhir zaman ini. Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Telah diwahyukan kepadaku sungguh akan ditimpakan fitnah kepada kalian di dalam kubur-kubur kamu seperti atau hampir mirip dengan fitnah al-Masih al-Dajjal." (Imam al- Bukhari dan Muslim)

Hakikatnya fitnah Dajjal merupakan fitnah paling besar dari fitnah-fitnah yang terjadi sejak diciptakan Nabi Adam a.s sampai hari kiamat nanti. Rasulullah saw bersabda:

"Tidak ada fitnah yang paling besar sejak diciptakan Adam sampai hari kiamat dibanding dengan fitnah Dajjal." (Imam Muslim).

Kita biasa mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, menurunkan jenazah ke liang kubur atau seringkali kita menziarahi kubur sanak saudara yang telah meninggal dunia. Dengan pancaindera kita dapati kubur tempat yang sunyi sepi. Itu pada pandangan zahir kita. Namun realiti ialah terdapat pekikan dan jeritan oleh penghuni-penghuni kubur yang sedang diazab. Sabda Rasulullah saw :

Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam kubur. Kalaulah kerana aku bimbangkan kamu tidak mahu menguburkan jenazah, nescaya aku akan berdoa agar Allah memperdengarkan kepada kamu azab kubur sebagaimana apa yang aku dengar. ( imam Muslim)

Nabi s.a.w juga bersabda : Aku tidak pernah melihat satu pemandangan yang lebih dahsyat daripada azab kubur. ( Riwayat al-Tirmizi dan Ibn majah, dihasankan oleh al-Albani).

Oleh sebab itulah bila jenazah dikuburkan maka dianjurkan bagi kita untuk mendoakan untuk jenazah. Rasulullah saw bersabda:

اسْتَغْفِرُوا لأَخِيْكُمْ وَاسْأَلُوا لَهُ التَثْبِيْتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْئَلُ

"Pohonkan keampunan untuk saudaramu, dan mohonkan untuknya keteguhan (iman), kerana sesungguhnya dia sekarang sedang ditanya." (Sahihul Jami').

Usaha-usaha untuk menghindari azab kubur:

1. Memantapkan keimanan kepada Allah serta mengukuhkan tauhid serta akidah dalam jiwa. Hendaklah memahami dan menghayati kalimah syahadah. Iaitu mengesakan Allah, menghindari sebarang amalan yang boleh membawa kepada syirik. Kita juga hendalklah mencintai dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan. Inilah benteng yang sebenar berdasarkan ayat al-Quran dan hadis sebelum ini. Iaitu dikurniakan 'ucapan yang kukuh'( القول الثابت)

2. Sentiasa bertaubat kepada Allah atas segala dosa dan kejahatan yang dilakukan. Dosa-dosa itulah sebenarnya yang menyebabkan azab kubur sebagaimana sabda nabi saw yang menjelaskan keadaan ahli maksiat bila didatangkan kepadanya seorang lelaki dengan rupa yang hodoh. Bila ditanya orang itu menjawab :
Aku adalah amalanmu yang buruk. Demi Allah, tidaklah aku mengetahuimu, kecuali engkau adalah orang yang berlambat-lambat dari melakukan ketaatan kepada Allah dan bergegas kepada kemaksiatan kepada Allah. Maka Allah membalasmu dengan yang terburuk.( Abu Daud, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

3. Memohon perlindungan dengan Allah dari azab kubur. Sabda baginda saw :
"Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur (diulangi sampai 2/3 kali)." Kemudian Rasululah s.a.w. berdoa:

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari azab kubur (diulang 3 kali)."
Kita juga hendaklah mengamalkan doa yang dibaca oleh Rasulullah saw pada akhir solat iaitu selepas tasyahhud sebelum salam. Iaitu doa :

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَ الْمَمَاتِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku memohon perlindungan kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dan dari fitnah selama hidup dan sesudah mati, serta dari fitnah al-Masih al-Dajjal." (Imam Muslim).

4. Membaca surah Al-Mulk
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda:
"Ia (surah Al-Mulk) adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang akan menyelamatkan pembacanya dari azab kubur." (al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani)

Demikian beberapa cara untuk menyelamatkan diri dari azab kubur. Semoga Allah SWT merahmati dan memelihara kita semua daripada menerima azab dalam destinasi hidup kita berikutnya yang pasti kita hadapi.

Jum, 08 Okt 2010 02:38 | aisyah insyirah | Editor: sakura abyad303

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/923-alam-barzakh-destinasi-yang-pasti.html

Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, October 7, 2010

BENCI ANTARA SUAMI ISTERI AKIBAT SIHIR.

SOALAN:

Sejak kebelakangan ini, pergaduhan sering berlaku dalam rumah tangga. Saya cukup meluat dan benci melihat suami dan rasa lega apabila dia keluar rumah. Apabila ada masalah biarpun sedikit, saya seumpama terdorong meninggikan suara. Saya rasa macam ada desakan supaya saya meminta cerai dan lidah saya pernah terpacul meminta cerai, biarpun bukan kehendak saya. Saya baru enam bulan berkahwin dan menyayanginya. Adakah sakit yang saya alami ini berlaku pada orang lain? 

Jawapan:

Lumrahnya, tempoh berkahwin enam bulan adalah waktu pasangan berbulan madu. Kalau boleh tak mahu berpisah, biarpun sekejap. Namun puan bermasalah. Meluat tengok suami, rasa lega apabila dia keluar rumah. Ini bererti bahawa puan tidak dapat menikmati atau menghayati matlamat perkahwinan yang sebenar, iaitu hidup berkasih sayang, tenang dan rukun damai.

Puan perlu faham, setiap sesuatu yang berlaku di luar kebiasaan pasti ada puncanya. Menurut Umar Sulaiman (1985:75-75), di antara cara atau kaedah iblis syaitan menyesatkan manusia ialah dengan mengajar ilmu sihir kepada manusia. Ilmu inilah yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami isteri. Perpisahan ini merupakan tumpuan iblis dan syaitan.

Menurut Wahid Abdul Salam Bali (1412H:57), pelanggan akan menemui tukang sihir dan meminta daripadanya agar ia memisahkan pasangan tertentu.  Tukang sihir akan meminta daripadanya nama lelaki yang hendak disihirnya, berserta nama ibunya, kemudian dia akan meminta sesuatu benda, seperti rambut, baju, songkok dan sebagainya. Sekiranya bahan-bahan yang diperlukan itu tidak didapati, tukang sihir berkenaan akan melakukan sihir dengan menggunakan kalimah-kalimah sihir dan disuruh agar air yang dijampi tadi dituang di tempat laluannya, menyebabkannya terkena sihir apabila dia melangkahnya. Bahan air tadi boleh juga dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Dalam masyarakat Melayu, tukang-tukang sihir selalunya akan meminta nama pasangan yang terlibat berserta nama ibu masing-masing, juga bahan-bahan tertentu, seperti gambar, baju, kain, seluar dalam atau apa jenis pakaian yang telah dipakai. Sekiranya bahan tadi tidak diperoleh oleh orang yang mempunyai hajat, kemungkinan tukang sihir tadi menyuruh jin yang mendampinginya, mengambil bahan-bahan tadi.

Terdapat keterangan daripada hadis-hadis menunjukkan bahawa jin-jin memang ada yang mencuri bahan-bahan tertentu, kepunyaan manusia. Dalam sebuah hadis daripada Buraidah, dia telah berkata: Aku mempunyai makanan. Maka aku dapati akan dia berkurangan. Lalu aku hendap pada waktu malam. Aku dapati ada lembaga padanya, lalu tangkap akan dia. Aku berkata: Aku tidak akan melepaskan dikau hingga aku bawa engkau kepada nabi.  Lembaga tadi berkata: Sesungguhnya aku ini seorang perempuan yang banyak keluarga. Aku tidak akan datang lagi.

Begitulah yang dilakukan oleh lembaga tadi buat kali kedua dan ketiga. Tiap kali datang aku tangkap. Akhirnya lembaga tadi berkata: Lepaskan daku... aku akan ajarkan dikau sesuatu apabila engkau baca akan dia nescaya salah satu daripada golongan kami tidak menghampiri barang-barang engkau. Apabila engkau baring di atas tempat tidur bacalah untuk diri dan harta kau ayat al-Kursi. Aku telah memberitahu nabi, baginda telah berkata: Benarlah... walaupun dia pembohong.

Hadis ini menjelaskan bahawa bukan mustahil makhluk jin-jin itu mencuri sesuatu kepunyaan manusia, yang melibatkan objek tertentu. Dalam kes yang dijelaskan di atas, jin perempuan ini mencuri buah kurma untuk keperluan anaknya. Manusia yang berilmu, yang diberi kekuatan Allah, berupaya menangkap jin. Bermaksud bahawa manusia yang tidak berilmu, yang tidak diberi kekuatan oleh Allah, biarpun mereka termasuk dalam golongan khalifah di muka bumi, tidak berupaya berbuat demikian. Sebaliknya makhluk ini akan ditangkap, diganggu, ditipu dan ditakluki oleh jin-jin. Istinbat atau pengajaran hadis ini juga memperlihatkan bahawa ayat al-Kursi itu mempunyai fadilat istimewa dalam usaha menangani atau mengatasi masalah yang berkaitan dengan gangguan jin-jin. Dengan berbuat demikian, Allah akan menyelamatkan diri mereka yang mengamalkan atau membaca ayat al-Kursi, juga harta benda daripada gangguan dicuri oleh jin-jin. Itulah di antara rahsia bagaimana hendak mengatasi masalah yang berkaitan dengan jin-jin. Rahsia yang didedahkan sendiri oleh makhluk jin. Akhir sekali baginda memberi peringatan bahawa biarpun apa yang dikatakan oleh jin mengenai ayat al-Kursi itu benar, namun makhluk jin itu, iaitu iblis dan syaitan adalah makhluk pembohong.

Menurut Wahid Abdul Salam (142H: 55-57) sihir jenis ini juga boleh memisahkan anak dengan ibu, anak dengan bapa, adik-beradik, di antara teman, rakan syarikat perniagaan dan lain-lainnya. Perpisahan di antara pasangan suami isteri paling bahaya dan banyak berlaku.

Sihir jenis ini boleh menyebabkan timbulnya rasa benci yang bersangatan dengan tiba-tiba, berlaku syak-wasangka tidak boleh bertolak ansur, menyebabkan berlakunya perselisihan faham biarpun atas sebab-sebab yang kecil.  Sihir juga menyebabkan berlakunya perubahan rupa suami pada mata isteri atau sebaliknya. Suami akan melihat isterinya dengan pandangan yang menyakitkan hati lagi hodoh. Biarpun isterinya cantik. Hal demikian berlaku kerana iblis yang terlibat dengan sihir itu mengubahkan rupa si isteri menjadi buruk dan menimbulkan rasa benci pada suami. Isteri ada kalanya melihat wajah suaminya dengan pandangan yang menakutkan.  Al-Hafiz Ibn Kathir dalam Tafsir Ibn Kathir (1:44) menjelaskan bahawa perceraian suami isteri boleh berlaku akibat sihir menyebabkan setiap pihak melihat pasangannya dengan pandangan yang buruk, atau lain-lain punca yang mendatang yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian.

Menurut seorang responden, salah satu kaedah untuk memisahkan pasangan suami isteri ialah dengan menggunakan tahi besi .  Bahan ini telah siap dibungkus untuk dijual. Setelah dibacakan mantera pembenci, bahan tersebut ditabur di tempat laluan pasangan yang terlibat, seperti di jalan masuk rumah, di depan tangga dan sebagainya. Tukang sihir memerintahkan jin-jin yang mendampinginya agar merasuk otak mereka yang melangkahi bahan tadi menyebabkan timbulnya rasa tidak tenteram, gelisah dan rasa benci-membenci. Tahi besi digunakan untuk tujuan ini kerana ia diperoleh daripada bahan besi yang dibakar.

Sempena daripadanya, betapa panas besi yang menyebabkan terjadinya tahi besi, maka begitulah panas, rasa gelisah dan tidak tenteram berlaku ke atas mereka yang melangkah tahi besi yang dijampi puja tadi. Nama ibu perlu disebut jelas kerana tidak mahu sihir yang ditujukan kepada individu tertentu itu tersalah sasaran. Nama bapa tersebut tidak semestinya membuktikan bahawa orang berkenaan benar-benar anak kepada nama lelaki (bapa) yang disebut tadi, mungkin dia hanya anak angkat.

Sebutan nama disertakan dengan nama ibu adalah lebih tepat atau pasti kerana orang yang berkenaan tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan lahir daripada perut ibu. Individu yang mempunyai kekuatan roh yang sentiasa mendampingkan diri kepada Allah dan dikasihi oleh-Nya akan terselamat daripada gangguan iblis dan syaitan. Begitulah Allah melindungi kekasih-Nya. Wahid Abdul Salam Bali (1412H: 59) menceritakan kisah seorang perempuan yang terlalu membenci suaminya akibat sihir. Ia berasa begitu lemas dan resah ketika berada di rumah. Pasangan ini menemui seorang perawat yang menggunakan ayat-ayat al-Quran. Jin yang meresap dalam tubuhnya mengakui, yang ia datang dengan perantaraan sihir, untuk memisahkan pasangan ini. Perawat telah memukulnya banyak kali, tetapi tidak memberi kesan, ia telah berulang alik untuk mendapatkan rawatan selama sebulan di mana akhirnya jin tersebut meminta agar ia menceraikan dengan talak satu, kemudian merujuk semula. Perempuan berkenaan telah sembuh selama seminggu, tetapi sakit semula, lalu mereka menemui penulis yang juga perawat yang menggunakan ayat al-Quran. Ketika dirawat, perempuan tersebut telah menjerit yang akhirnya berlaku dialog di antara kedua-dua belah pihak.

Jin tersebut memberitahu namanya Syaqwan, beragama Nasrani. Ia masuk dalam tubuh si isteri untuk memisahkannya dengan suaminya. Perawat mencadangkan agar jin itu memeluk Islam seandainya ia mahu dan ia tidak dipaksa. Jin tersebut pada mulanya enggan keluar daripada tubuh mangsa dan memberitahu agar ia jangan menyusahkan diri kerana pesakit telah dibawa menemui ramai perawat, tetapi tidak berjaya. Setelah berlaku perbahasan dan perbincangan yang panjang, jin tersebut akhirnya memeluk Islam. Perawat bertanya sama ada jin tersebut memeluk Islam sepenuh hatinya, ataupun semata-mata untuk menipunya. Jin tadi menjawab, bahawa ia tidak berkuasa memaksanya memeluk Islam.

Ia memeluk Islam dengan sepenuh hati. Tetapi ia menyatakan bahawa ia sedang melihat satu kumpulan jin Nasrani mengancamnya dan menakut-nakutkan untuk membunuhnya. Perawat menyatakan untuk mengatasi perkara seumpama ini adalah mudah. Andainya ia telah memeluk Islam dengan jujur sepenuh hati, ia akan diberi senjata yang kuat, di mana tidak ada sesiapa pun yang berupaya menghampirinya. Jin tersebut telah meminta senjata yang dimaksudkan ketika itu juga, tetapi tidak diberi, kecuali setelah ia menjauhkan diri daripada melakukan kezaliman dan keluar daripada tubuh perempuan tadi. Jin tersebut mengaku yang ia telah memeluk Islam, tetapi tidak berupaya melepaskan diri daripada tukang sihir. Menurut perawat, adalah mudah untuk mengatasi masalah tersebut, asalkan ia mahu memberitahu di mana bahan-bahan sihir itu diletakkan.

Jin memberitahu bahawa bahan tersebut ditanam di bawah rumah tempat perempuan itu tinggal, tetapi ia tidak pasti di mana ia ditanam kerana di tempat tersebut adalah jin lain menjaga bahan-bahan sihir tadi. Apabila bahan-bahan yang ditanam tadi diketahui oleh manusia, jin tadi akan memindahkannya ke tempat lain. Ketika ditanya lebih lanjut, jin berkenaan mengakui telah melakukan sihir selama 10 atau 20 tahun, tetapi ia kurang pasti. Sebelum itu ia telah merasuk tiga orang perempuan. Syeikh Abdul Wahid telah memberi senjata kepada jin itu dengan menyuruhnya membaca ayat al-Kursi. Setiap kali kumpulan jin itu hendak mendekatinya, ia hendaklah membaca ayat berkenaan. Untuk melepaskan diri daripada tukang sihir, ia disuruh agar keluar daripada tubuh perempuan dan segera ke Mekah tinggal bersama jin-jin Islam di Masjidilharam.

Jin ini masih tidak pasti bahawa Allah akan mengampunkan dosa-dosanya kerana terlalu banyak melakukan maksiat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Penyayang (az-zumar: 53).  Mendengarkan ayat al-Quran yang dibacakan itu, jin tadi menangis teresak-esak dan meminta agar perempuan yang dirasuknya itu memaafkannya apabila ia pergi nanti, lalu ia keluar daripada tubuh mangsanya. Beberapa hari selepas peristiwa itu, si suami datang menyatakan semuanya telah pulih seperti sedia kala dengan kehendak Allah.


Soal jawab bersama : Dato' Dr Amran Kasimin (Utusan Melayau)
Petikan dari : www.grenbara.bravejournal.com

Wednesday, October 6, 2010

TIADA NIKAH BATIN DALAM ISLAM?

SOALAN:

Saya amat bersyukur kerana suami saya berubah untuk mengerjakan sembahyang dan berwirid begitu khusyuk kelihatannya. Selama ini, ia terlalu jarang sembahyang, jauh sekali hendak sembahyang sunat. Selain tidak mempunyai latar belakang agama, kerjanya begitu renyah, menjual sayur di pasar.
 
Adalah menjadi masalah dan persoalan kepada saya apabila ia terlalu berahsia ke mana ia pergi setiap minggu atau dua minggu sekali. Kata-katanya selalu memperkatakan tentang Tuhan atau tauhid dan ilmu sufi. Gurunya didakwa mempunyai makam tinggi, berlainan dengan orang lain, menyebabkan sebahagian daripada gajinya diberikan kepada gurunya. Ketika berbual, dia juga ada menyentuh tentang “nikah batin” yang saya pernah dengar, tetapi tidak faham. Adakah suami saya ini melakukan ajaran sesat?
 
JAWAPAN:

Perlu difahami bahawa kumpulan tarikat atau amalan sufi pernah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di negara kita. Ia juga di antara kegiatan yang perlu dilakukan dalam usaha menghampirkan diri kepada Allah s.w.t. Walaupun demikian, terdapat kumpulan tarikat yang sesat, tidak ubah seperti amalan kebatinan yang menggunakan unsur-unsur Islam, seperti penggunaan ayat-ayat al-Quran, zikir dan sebagainya yang mengelirukan.
 
“Nikah batin” adalah istilah yang direka, merujuk kepada hubungan antara lelaki tertentu yang selalunya terdiri daripada guru ajaran sesat dengan perempuan ajnabi, sama ada terdiri daripada perempuan yang bersuami atau tidak ataupun masih dara.
 
Guru berkenaan dikatakan mempunyai makam yang tinggi, mencapai martabat nabi-nabi atau rasul-rasul, wali-wali ataupun muqarrabin. Lantaran keistimewaan itu, ia terkecuali ataupun diberi keistimewaan oleh Allah berbanding manusia lain.
 
Mereka terkecuali daripada berpuasa, sembahyang, haji dan sebagainya termasuk keperluan memenuhi syarat-syarat perkahwinan. Mereka tidak memerlukan wali, akad, ijab dan kabul, saksi juga mahar. Mereka boleh berkahwin dengan isteri orang.
 
Dalam satu kes melibatkan beberapa orang lelaki di Johor, kumpulan ini diajar oleh gurunya yang dikatakan mengguna kitab “kasfu “l-Asrar”. Mereka belajar ilmu mengenal diri di mana dikatakan, “Sesiapa yang mengenal dirinya, bererti ia mengenal Tuhan.” Mereka yang mempelajari ilmu ini mendakwa diri mereka itu sebahagian daripada Tuhan, hasil daripada mengenal diri tadi.
 
Sembahyang tidak wajib kerana sembahyang bererti menyembah Tuhan. Oleh kerana manusia sebahagian daripada Tuhan, kalau sembahyang bererti dia menyembah diri sendiri kerana Tuhan ada pada setiap insan. Dikatakan juga “kalau orang yang tidak faham dalam perkara ini mengenai Tuhan, ia memang tidak faham, akan tetapi orang yang betul-betul faham, akan mempercayai benarnya ajaran ini.
 
Puasa bererti menahan diri, dari segi tauhid bererti sabar, puas hati dan menurut ajaran tasauf ertinya merdeka. Puasa, sembahyang dan perintah yang lain bererti memperhambakan diri. Manusia sekarang bebas merdeka daripada perhambaan, kerana itu kalau sudah merdeka bukan hamba, buat apa memperhambakan diri kepada Tuhan.
 
Menurut kumpulan ini, Rukun Islam tidak wajib. Nikah tidak wajib kerana nikah adalah perjanjian antara manusia dengan Tuhan.
 
Berbeza dengan sifat-sifat ataupun alasan-alasan yang dijadikan hujah mereka yang terlibat dengan ajaran sesat, kumpulan ini meninggalkan amalan Rukun Islam atas alasan kerana mengenal diri, menyebabkan diri manusia itu sebahagian daripada Tuhan. Apa yang dapat dipelajari daripada latar belakang amalan ajaran sesat ini ialah wujudnya penggunaan unsur-unsur Islam dalam usaha-usaha memesongkan iktikad seseorang.
 
Taha Abdullah Al-Afifi dalam bukunya Makaidu Sy-Syatin, 1978, ms 132, menceritakan kisah yang diceritakan oleh As-Syeikh Abdul Qadir al-Khailani r.a sendiri di mana pada satu hari, ketika beliau berjalan dalam panas terik, juga menyebabkan hampir mati kerana kehausan, tiba-tiba datang sekumpulan awan di langit dengan tiupan angin sejuk sehingga keluar hembusan sejuk dari mulutnya.
 
Tiba-tiba kedengaran suara, menyerunya, “Wahai Abdul Qadir. Aku Tuhanmu.” Aku menjawab “Engkau Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia!”
 
Suara itu kedengaran buat kali kedua, “Ya Abdul Qadir, aku Tuhanmu, Aku telah halalkan bagimu, apa yang kuharamkan selama ini,” aku berkata kepadanya, “Engkau penipu, bahkan kau syaitan.”
 
Tiba-tiba awan yang menyelubungi itu berkecai. Dari arah belakang aku mendengar suara, “Wahai Abdul Qadir, engkau terselamat daripadaku kerana kebijaksanaan tentang agama. Sesungguhnya aku telah tipu dengan cara yang sama sebelummu sebanyak 70 orang lelaki.”
 
Abdul Qadir ditanya bagaimana dia tahu bahawa suara yang mengaku dirinya Tuhan itu adalah syaitan. Beliau menjawab ringkas menyatakan: Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada sesuatu yang haram menjadi halal, begitulah sebaliknya.
 
Bermaksud bahawa andainya terdapat perubahan hukum, seperti sembahyang, puasa, haji yang selama ini wajib, yang dikatakan tidak perlu dilakukan lagi akibat keistimewaan pada diri seseorang itu, maka dakwaan tersebut daripada syaitan.
 
Walaupun penyelewengan seperti ini jelas, namun ia boleh mengelirukan, menyebabkan adanya orang-orang tertentu terjebak. Hal demikian ialah kerana kejahilan mereka yang tidak memahami ajaran agama biarpun mereka berwirid, sembahyang dan berpakaian tidak ubah seperti pakaian orang alim. Golongan ini termasuk dalam golongan “abid” (orang yang memperhambakan diri kepada Allah, tetapi jahil ajaran Islam).
 
Dalam sebuah hadis marfu riwayat Ibn Adiy, seorang fakih itu lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid. Bermaksud bahawa iblis dan syaitan tidak gentar dengan orang yang kuat beribadah kepada Allah semata-mata.
 
Lebih jelas dinyatakan bahawa amalan nikah batin diadakan-adakan semata-mata untuk kepentingan nafsu. Si mangsa dalam keadaan terpaksa menyerahkan diri kepada individu tertentu, mungkin kerana rasa hormat sebagai guru, yang berselindung atas nama guru tarikat ataupun guru sufi.
 
Dengan ilmu kebatinan yang dimiliki, yang dibantu oleh jin-jin juga mereka mengeksploitasi mangsa yang diingini dalam keadaan terpukau, separuh tidak sedarkan diri dan tidak berupaya untuk melawan.
 
Mereka ini selain daripada menjadi guru tarikat sesat, juga sering melibatkan diri dengan amalan kebatinan yang melibatkan rawatan. Ketika rawatan, si suami atau waris tidak dibenarkan bersama, mungkin disuruh duduk di luar bilik, sambil berzikir agar sakit yang dideritai oleh mangsa cepat hilang.
 
Dalam masyarakat Melayu, kejadian seperti ini menyebabkan hubungan suami isteri renggang ataupun terputus dan bagi yang belum berkahwin, maruah diri tercemar akibat dirogol dan sebagainya. Selain daripada itu, bukan mudah bagi mereka yang terlibat dengan mangsa rogol, yang diistilahkan sebagai “nikah batin” tadi berhadapan dengan guru ajaran sesat ataupun mereka yang melibatkan diri dengan amalan kebatinan. Biar dalam keadaan apa sekalipun untuk apa tujuan dan muslihat, andainya amalan ini dibiarkan, kegiatan tersebut akan menambah lagi masalah sosial.
 
Baginda adalah hamba yang maksum dan dijanjikan syurga. Walaupun demikian, baginda tetap sembahyang sehingga akhir hayatnya, biarpun ketika gering. Baginda memperbanyakkan ibadah waktu malam. Ketika ditanya oleh Sayidatina Aishah tentang ibadah yang dilakukan, baginda dengan tegas menjawab, “bukankah aku ini termasuk dalam golongan hamba yang tahu bersyukur.”
 
Kata-kata baginda bermaksud, biarpun Allah telah meletakkan martabatnya begitu tinggi, terpelihara daripada dosa dan dijanjikan syurga, tanggungjawab dirinya terhadap Tuhan yang tetap tidak gugur dan mesti dilakukan. Sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan Allah, baginda memperbanyakkan ibadahnya sebagai tanda bersyukur.
 
Biar betapa istimewa seseorang itu, kerana ilmunya, pangkatnya, termasuk sifat takwa yang dimiliki, ia tetap wajib melakukan setiap yang diwajib oleh syarak, melakukan Rukun Islam dan mempercayai Rukun Iman. Mereka yang menyatakan bahawa amalan rukun itu tidak wajib, kerana mempunyai kedudukan istimewa, hakikatnya terkeluar dari Islam.
 

Penulis:  Dr Amran Kasimin
Terbitan asal: 19 September 2007
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/

DOA UNTUK MENGHILANGKAN SAKIT APABILA DIGIGIT BINATANG BISA.

Apabila anda atau sesiapa jua digigit binatang atau haiwan berbisa seperti kala jengking, lipan, ular dan sebagainya, maka boleh menggunakan ikhtiar berikut bagi menghilangkan sakit bisa daripada merebak ke dalam tubuh pesakit. Usaha dan berdoalah kerana pasti Allah akan memberikan kita kesembuhan.

KAEDAH RAWATAN

1. Al-Fatehah
2. Surah Al-Ikhlas
3. Surah Al-Falaq
4. Surah An-Nas
5. Bismillah 5

BAHAN RAWATAN

1. Garam Kasar
2. Air

















Dibacakan turutan ayat di atas dan kemudiannya dihembuskan kedalam air yang bercampur garam. Rendamkan kaki pesakit kedalam baldi yang ada campuran garam tersebut beberapa ketika. Boleh juga kemudian sekali menjirus air ke tempat yang sakit, insyaAllah bisa akan reda dan akan beransur hilang. Apapun silalah rujuk kepada pengamal perubatan yang mahir dalam bidang ini.


As-Syifa' Melaka : 013-2006363

Monday, October 4, 2010

ISU SEMASA DI P.PINANG : Hukum Menerima Wang Sumber Tidak Jelas


Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM


Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang (dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjakannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam (Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225)

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut yang ertinya: Pemilikan kotor (haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) (Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. (rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata yang ertinya "sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka." (Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain yang ertinya: "Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan." (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata yang
ertinya : "Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda  yang ertiya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

* Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
* Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
* Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
* Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
* Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
* Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
-----------------------------------------------
Petikan dari, http://www.harakahdaily.net/
Daripada, www.zaharuddin.net

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG