FOLLOWERS

Sunday, October 26, 2014

BLOG INI AKAN DIKEMASKINIKAN SEMULA....

Mohon kemaafan kepada pengunjung blog saya kerana saya masih tidak sempat update isian blog saya selama beberapa tempoh yang sangat panjang bagi tahun 2014.
 
InshaAllah, saya dalam usaha untuk mengemaskinikan blog saya ini dengan kisah pengubatan Islam yang lepas berdasarkan pengalaman-pengalaman merawat beberapa jenis pesakit yang semakin kerap mengganggu manusia terutamanya bagi kaum wanita.
 
Moga Allah tetap memberikan saya kekuatan dan keazaman untuk berkongsi sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama dengan niat untuk mencari kebajikan jua. Amin.
 
Tungguuuuu.................

Monday, July 14, 2014

10 Akhir Ramadan..........Bersedialah Kita....



Alhamdulillah kita masih lagi diberikan ruang untuk bernafas di bumi milikNYA. Bermula dengan malam Nuzul Quran bermula malam ini dan menjelang masuk malam 10 terakhir, marilah kita berazam untuk menempuhinya dengan rasa penuh keinsafan dan keazaman untuk bertemu "malam Al-Qadar"...
 
Selamat berpuasa, semoga mencapai makam taqwa yang sebenarnya.

Saturday, June 14, 2014

PENYAKIT GATAL KULIT. KAEDAH RAWATANNYA.


Sakit akibat gatal-gatal di bahagian tertentu badan atau seluruh badan adalah disebabkan sakit fizikal dan juga akibat gangguan atau sihir dan sebagainya. Pesakit akan mengalami keadaan gatal yang ringan ataupun yang teruk umpamanya kulit akan menjadi berair, merah serta boleh menjadi luka atau bernanah pada masa tertentu. Pengalaman yang biasa dilalui ialah pesakit mengalami gatal pada waktu petang atau malam sehingga sukar untuk melelapkan mata.

DOA YANG DIBACA
1. Asas 10 (Al-Fatihah, Selawat Syifa',Lau Anzalnaa....)

2. Ayat-Ayat Syifa’

3. Bismillah Tujuh

4. Doa Syifa’

BAHAN RAWATAN

1. Daun Belimbing buluh ( tujuh tangkai )

2. Bedak Sejuk (sebotol/cup kecil)

3. Air Mineral (2 botol)

KAEDAH RAWATAN

Dibacakan semua doa di atas ke atas setiap bahan rawatan. Daun belimbing hendaklah ditumbuk halus/hancur dengan batu lesung atau di “blend”. Daun yang telah lumat dimasukkan dalam bekas/cawan, kemudian ambil sedikit anggaran satu sudu untuk dicampurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air mineral di atas sebuah pinggan/piring putih yang kosong.
Kesemua bahan hendaklah digaulkan sehingga sebati menjadi semacam bedak, kemudian sapukan campuran tadi ke seluruh tempat yang gatal pada waktu petang selepas asar dan masa sebelum tidur. Lakukanlah sehingga tujuh hari berturut-turut. Mengikut pengalaman lepas, insyaAllah penyakit gatal pada badan akan hilang jua. Amin.

As-Syifa’ Melaka : 013-2006363 ( Ulang siar...)

Saturday, May 10, 2014

PETUNJUK NABI DALAM MERUQYAH SENGATAN ULAR

Telahpun dihuraikan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Tidak ada ruqyah selain untuk penyakit 'ain atau sihir". Dalam Sunan Ibnu Majah disebutkan dari Hadith Aisyah, "Rasulullah s.a.w. memberi kebenaran untuk meruqyah terhada gigitan ular atau kala jengking".
 
Diriwayatkan daripada Ibnu Syihab az-Zuhri bahawa dia berkata, "Salah seorang sahabat Nabi s.a.w. terkena gigitan ular. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Adakah di antara kamu sekalian yang pandai meruqyah?".
 
Mereka menjawab, "Sesungguhnya keluarga Hazm biasa melakukan ruqyah untuk mengubati gigitan ular. Disebabkan tuan telah melarang ruqyah, maka mereka meninggalkan kebiasaan itu".
 
Baginda menyeru, "Panggilkan Umarah bin Hazm". Mereka pun memanggilnya, lalu ia ditawarkan untuk meruqyah. Rasulullah s.a.w. menyatakan, "Tidak apa-apa". Maka dia pun melakukan pengubatan dengan izin Rasulullah s.a.w. dengan cara meruqyah orang tersebut.
 
(petikan ms. 232-233: Kitab Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah/Al-Hidayah/Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w.)

Tuesday, April 8, 2014

ANAK MENANGIS MALAM, PASTI MAK ATAU AYAH ADA GANGGUAN?

"Assalamualaikum ustaz, saya nak ubat anak saya sebab dia menangis setiap malam", jawab saya " Silalah datang sebab anak menagis malam ni sebab mak ayah sibudak ni biasanya ada gangguan" Jawab si ayah "Ye ke?".  Ini adalah kronologi awal apabila sepasang suami isteri mengalami masalah anak yang menangis setiap malam dengan pelbagai ragam yang sama ataupun berbeza.

Berdasarkan kajian kes saya secara mendalam selama tiga tahun ini melalui kaedah simple kualitatif iaitu bersandarkan pengalaman merawat, temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen dan sebagainya dan melalui pembacaan lepas dan juga pengalaman merawat lebih 10 tahun ini maka apa yang saya katakan adalah berdasarkan lebih 30 orang ibubapa yang datang membawa anaknya berubat dalam tempoh  tiga tahun terdekat ini, maka sama ada si ayah atau si ibu atau kedua-duanya pasti ada gangguan makhluk halus.
 
Inilah hasil dapatan saya yang mencapai keputusan 100%. InshaAllah saya akan mengupas dengan lebih mendalam lagi pada masa akan datang secara lebih terperinci berserta hasil testimoni, dalil dari Al Quran dan Hadith Nabi SAW agar kajian dapatan saya ini masih bersandarkan pada landasan kebenaran dan kesucian ilmu dalam pengubatan Islam ini.
 
Sinopsis Kajian.

Wednesday, March 12, 2014

PRAY FOR MH370......AL FATIHAH. DOAKU MOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MENJEJAKI MH370

Salam takziah dan salam kesedihan buat semua mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kes tragedi kehilangan pesawat MH370. DOA adalah senjata orang mukmin. Namun dalam usaha dan ikhtiar yang dilakukan, janganlah menyimpang daripada landasan syariat Islam.
  
Jangan berhenti berdoa.......itu semua tanggungjawab kita. Jangan berhenti berikhtiar, teruskan kemudian berdoa dan bertawakkal hanya pada Allah Yang Maha Mengetahui

Monday, February 3, 2014

ENAM KELEMAHAN JIN ANDA PERLU TAHU....

Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:
1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.
Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
"Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka ". (Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah

Sunday, January 12, 2014

AYAT-AYAT SYIFA' (KESEMBUHAN) DALAM AL-QURAN

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.
 

2. Surah Yunus: 57:


Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG