Walaupun
jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia,
akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu
dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di
antaranya:
1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang
soleh.
Bukti bahawa syaitan atau jin tidak
akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika
berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
"Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab
Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka
memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan
mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka ".
(Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa
yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan
dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan
tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.
2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah