MUSIBAH
banjir yang melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung tanah air pada ketika
ini mengajak minda umat Islam untuk merenung akan kekuasaan dan keagungan Allah
SWT Yang Maha Berkuasa menjadikan segala sesuatu mengikut kehendak-Nya.
Allah
berkuasa menurunkan hujan renyai-renyai, juga berkuasa menurunkan hujan lebat
selama berhari-hari hingga menyebabkan banjir dan musibah alam.
Apabila
itu terjadi tiada satu pun daripada kalangan makhluk mampu menolaknya melainkan
perlu akur terhadap segala ketetapan qada dan qadar Allah.
Justeru,
apabila terkena sebarang bentuk musibah tiada lain yang boleh dilakukan
melainkan sabar atas ujian yang menimpa kerana segala yang baik mahupun yang
buruk datang daripada Allah SWT.