FOLLOWERS

Sunday, March 27, 2011

PENGGUNAAN TANGKAL...? MEMBAWA KE ARAH SYIRIK.....

SOALAN:
Saya seorang guru yang sedang cuti belajar di universiti. Ketika isteri saya bersalin anak sulung, saya tidak dapat balik melihatnya kerana ujian. Setelah seminggu bersalin dan kedua-duanya telah balik ke rumah, saya mendapati di pergelangan tangan anak saya ada tangkal benang berwarna putih, merah dan hijau.
Saya musykil, ada sesetengah orang kata, tangkal itu haram dipakai, tetapi ustaz di sekolah tempat saya mengajar dahulu kata harus kalau tangkal itu diperbuat daripada ayat al-Quran. Mana satukah yang benar?


JAWAPAN:

Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal. Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulis ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang, tasbih, kayu dan sebagainya.

Thursday, March 17, 2011

MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN PADA PANDANGAN SESETENGAH GOLONGAN SEKULAR

Dewasa ini kita pasti menemui ramai pasangan-pasangan muda yang akan mentertawakan pengaamal perubatan Islam bilamana bilamana kita katakan kemungkinan sebab mandul mereka adalah berpunca dari ada makhluk halus yang bersifat perosak  yang memakan benih mereka.

Mereka pasti akan berkata:." mengapalah pula jin suka makan benih manusia,? jin pun suka air mani manusia ke? boleh ker jin makan benih?
jin nih memang tak de makanan lain ker hinggakan benih manusia pun nak di sapunya?

Ada macam2 lagi soalan dari mereka ini, ada juga di antara mereka yang berkata nih macam cerita star war ke!!! , atau apa-apalah saja cerita-cerita fiksyen yang tak logik yang mereka selalu tonton dalam TV tu.

Monday, March 7, 2011

KLINIK RAWATAN ISLAM DIKOTA TINGGI MULAI APRIL 2011

Klinik Rawatan Islam As-Syifa' Melaka akan mengadakan khidmat rawatan Islam secara tetap setiap bulan mulai bulan April 2011. Usaha ini diadakan semata-mata bertujuan untuk membantu para pesakit bagi kawasan berdekatan di Kota Tinggi bagi mengikhtiarkan kesembuhan penyakit yang dialami dan semoga mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusannya oleh Allah s..w.t.

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts