FOLLOWERS

Tuesday, December 4, 2012

TAHNIAH AJK (KOPI-01)....MEMARTABATKAN AGENDA PENGUBATAN ISLAM


Pengakhiran Perjalanan Kongres, Permulaan Perjalanan Pengamal Pengubatan Islam



















Telah tamat Kongres Pengubatan Islam Nusantara kali pertama (KOPI-01) 
semalam. Kami AJK KOPI ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua 
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan 
program ini. Juga tidak lupa juga kepada para peserta yang hadir memeriahkan 
suasana program ini. 

Diharapkan sidang-sidang pembentangan oleh ahli-ahli panel yang berwibawa 
memberi input dan manfaat yang cukup berguna kepada pengamal pengubatan 
Islam yang hadir.

Sunday, November 4, 2012

KLINIK RAWATAN ISLAM DI JOHOR SEMPENA CUTI SEKOLAH NOV. & DIS. 2012

Alhamdulillah,pihak kami akan menambah jadual Khidmat Rawatan Islam di Johor sempena cuti sekolah di bulan Nov. dan Dis. 2012. Menerima jemputan yang tidak putus menjadi sebab penambahan jadual ini. Kepada yang berhajat sila hubungi saya segera untuk membuat temujanji ( 013-2006363 ). Bagi yang tidak dapat ditunaikan hajat kerana keterbatasan masa dan kudrat, anda boleh berusaha mencari sahabat perawat Islam yang lain. Yang penting kita teruskan ikhtiar untuk mencari kesembuhan.

Suasana Rawatan di Pontian
Tarikh  : 17 - 18 November 2012
Lokasi : Kota Tinggi, JB dan Singapura

Tarikh  : 24 - 25 November 2012
Lokasi : Pontian dan JB

Tarikh  : 8 - 9 Disember 2012
Lokasi : Pontian & JB


Tarikh  : 22 - 25 Disember 2012
Lokasi : Pontian, JB dan Singapura

Saturday, October 20, 2012

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI JOHOR SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA (KORBAN) 1433H



Diucapkan Selamat Menyembut Hari Raya Aidil Adha 1433 H. InsyaAllah penulis akan beraya di Kota Tinggi, Johor dan bagi sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan khidmat rawatan Islam bolehlah membuat temujanji segera. Sila hubungi saya ditalian: 013-2006363. 

InsyaAllah setiap undangan akan diraikan dengan izin Allah.


Tarikh : 26.10.2012 : Jumaat : 3.00 ptg - 8.00 mlm : Kota Tinggi (Felda)
Tarikh : 27.10.2012 : Sabtu    : 2.00 ptg - 8.00 mlm : JB dan Singapore
Tarikh : 28.10.2012  : Ahad : 2.00 ptg.  Muar

Berikhtiarlah Mencari Kesembuhan.

Thursday, October 11, 2012

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI MUAR, JOHOR PADA 14 OKT. 2012 ( Ahad )

Assalamualaikum wrt. Kepada penduduk sekitar Muar Johor yang berhajat untuk mendapatkan khidmat rawatan Islam di rumah anda, boleh menghubungi saya ditalian ini 013-2006363.

Tarikh  : 14 Oktober 2012
Hari     :  Ahad
Masa   :  Bermula jam 10.00 pagi sehingga selesai
Lokasi :  Sekitar Bandar Muar, Johor
Ikhtiar : Gangguan makhluk halus, gatal kulit, saka, sihir, santau, lambat jodoh/zuriat, sawan, pelembut hati, pelaris dan sebagainya. Berikhtiarlah, Berdoalah Mencari Kesembuhan.

MAKLUMAN : Jemputan ini hanya dengan temujanji terlebih dahulu. 

Sekian Terima Kasih.


Tuesday, October 2, 2012

KHIDMAT RAWATAN ISLAM KALI KE-4 AKAN DIADAKAN JOHOR PADA 5-7 OKTOBER 2012.


JADUAL KLINIK RAWATAN ISLAM

JUMAAT : 5 OKT. 2012

Dengan temujanji sahaja bagi kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru.
Masa : Bermula jam 3.00 ptg - 9.00 mlm

SABTU: 6 OKTOBER 2012

Dengan temujanji sahaja bagi kawasan Johor Bahru dan Pontian.
Masa : Bermula jam 9.00 pagi - 10.00 malam

AHAD : 7 OKTOBER 2012

RAWATAN TERBUKA DI MASJID KG.PULAI SEBATANG PONTIAN JOHOR
Masa : Bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Untuk temujanji sila hubungi saya ditalian 013-2006363

Friday, September 21, 2012

BEDAH BATIN? PENDIRIAN KHUSUS LIQA' ASATIZAH....MOGA MERUNGKAI KEKABURAN....


Selepas meneliti unsur-unsur yang terdapat 
dalam pembedahan batin yang diamalkan 
sesetengah perawat seperti membedah 
tubuh badan dengan tangan kosong 
atau tanpa peralatan moden, membetulkan 
tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan 
peralatan ghaib, pengubatan jarak 
jauh dan seumpamanya, dapat disimpulkan 
seperti berikut :

1) Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana 
tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains. 

2) Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada 
Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh. 

3) Hujah mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW 
sebelum diangkat menjadi nabi dan Isra' adalah batil kerana perkara 
tersebut adalah irhas/mu'jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan
 nabi.

Wednesday, September 19, 2012

KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI PERTAMA



PENDAFTARAN PESERTA (KOPI-01)
Tarikh:
1 -2 Disember 2012
Anjuran:
Persatuan kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPI_Darussyifa’))
Gabungan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA)
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM (APIUM)
Tempat: 
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Sunday, September 9, 2012

JOHOR : AMBIL IKTIBAR... JANGAN GADAI AKIDAH, MARUAH DAN HARTA KERANA BOMOH PALSU


JOHOR BAHRU: Tertipu dengan dakyah karut bomoh yang kononnya boleh meramal kematian dan menebus dosa, seorang lelaki dan keluarganya membuat pinjaman bank untuk membayar wang pengeras sebanyak RM12,000.

Lebih mengaibkan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jamil, 25, berkata, ibarat dipukau, dia dan ibu bapa turut membenarkan adik perempuannya tinggal bersama bomoh itu selama seminggu.

Tuesday, September 4, 2012

KLINIK RAWATAN ISLAM DI PONTIAN JOHOR PADA 1-2 SEPTEMBER 2012


Alhamdulillah berjaya melaksanakan sesi rawatan Islam kali ke-4 di Masjid Kg.Pulai Sebatang Daerah Pontian Johor. Gambar pada 2 September 2012 (Ahad) di bawah ialah suasana diwaktu pagi pada sesi pertama rawatan bermula jam 8.30 pagi. Sesi rawatan tamat menjelang 6.00 petang setelah selesai 3 sesi rawatan. Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan kekuatan untuk menunaikan hajat lebih kurang 60 orang pesakit pada hari Ahad tersebut. Dipanjangkan umur berjumpa pada sesi rawatan bulan depan pada 7 Oktober 2012. 6 Oktober 2012 ialah temujanji rawatan di rumah pesakit sahaja.





Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA : SUNNAH DAN ADAB MENYAMBUT HARI RAYA...


Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.

Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” 
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.


2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Wednesday, August 8, 2012

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI PAHANG AKAN DIADAKAN PADA 10-12 OGOS 2012

Klinik Rawatan Islam As-Syifa Melaka akan diadakan di tiga daerah Negeri Pahang bermula hari Jumaat ini sehingga Ahad. 

Maklumat lanjut seperti butiran berikut :-

Tarikh  :  10 Ogos 2012 ( Jumaat )
Masa    :  2.30 petang hingga selesai
Lokasi  :  No.107 Felda Chini 4, Pekan Pahang



Tarikh  :  11 Ogos 2012 ( Sabtu )
Masa    :  10.00 pagi sehingga selesai
Lokasi  :  Felda Gugusan Jengka/Bandar Tun Razak, Maran Pahang

Tarikh  :  12 Ogos 2012 ( Ahad )
Masa    :  10.00 pg - 2.00 ptg 
Lokasi  :  Masjid Kg.Pangsenam Jln. Triang Temerloh Pahang


MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN RAWATAN SILA HUBUNGI 
SAYA DITALIAN : 013-2006363

"Berikhtiarlah Mencari Kesembuhan"

Thursday, August 2, 2012

KHIDMAT RAWATAN ISLAM KALI KE-2 AKAN DIADAKAN DI PONTIAN JOHOR PADA 4 dan 5 OGOS 2012.


SABTU (4.8.2012) UNTUK TEMUJANJI RAWATAN KE RUMAH SAHAJA DAN AHAD (5.8.2012) RAWATAN TERBUKA DI MASJID KG.PULAI SEBATANG PONTIAN JOHOR dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Untuk temujanji sila hubungi saya ditalian 013-2006363


Sunday, July 15, 2012

AMALAN SIHIR, SUSUK DAN FITNAH DALAM POLITIK


SOALAN:
Kali ini, terang-terang di depan mata saya, individu yang hendak menjadi calon pemilihan bahagian menghulurkan wang kepada beberapa orang ketua cawangan agar mengundinya, juga beberapa orang barisan jawatan kuasa yang disenaraikan. Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak ada saksi dan pihak lawannya lebih kurang sama.
 
Pihak yang lagi satu pula saya mendapat khabar menggunakan khidmat pak kiai untuk menang, supaya lawannya kalah, orang mengundinya. Persoalan saya ialah adakah amalan menggunakan khidmat kiai itu boleh menyebabkan pengundi-pengundi tertentu akan memilihnya, berubah daripada niat asal untuk mengundi seseorang. Adakah dengan amalan seumpama ini seseorang itu menjadi lemah hatinya, rasa kasihan apabila melihat calon ataupun, adakah dengan berbuat demikian, seseorang itu akan tunduk ketika merenung matanya, atau ketika mata seseorang itu ditenung.
 
Saya macam tidak percaya perkara-perkara mengarut seperti ini, biarpun saya yakin menggunakan khidmat pak kiai itu perkara biasa. – Hamba Allah, Bangi.

 
JAWAPAN:

Monday, July 9, 2012

DOA ISTIGHFAR (MEMINTA AMPUN) DAN TAUBAT



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:


Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:






Maksudya:


Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:


Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:


Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:


Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.
http://doaharian.blogspot.com/2007/03/istighfar-meminta-ampun-dan-taubat.html



Monday, July 2, 2012

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI PONTIAN JOHOR PADA 7-8 JULAI 2012 ( Sabtu dan Ahad )

KHIDMAT RAWATAN ISLAM bersambung kali ini di Daerah Pontian, Johor. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut :-


Tarikh     : 6hb Julai 2012 (JUMAAT)
Masa        :  Bermula 2.00 ptg
Lokasi     :  Endau-Mersing Johor


Tarikh     : 7hb Julai 2012 (SABTU)
Masa        : Bermula 10.00 pg - 10.00 mlm
Lokasi 1    : Taman Kota Masai JB dan Pontian Johor
Lokasi 2   : Program Rawatan Ke Rumah Pesakit (Berdasarkan Temujanji Sahaja)


Tarikh      : 8hb Julai 2012 (AHAD)
Masa        : Bermula jam 10.00 pagi sehingga selesai
Lokasi 1    : Pontian Johor
Lokasi 2   : Rawatan Berkelompok di Masjid Kg.Pulai Sebatang, Pontian
Masa       : Petang (Temujanji lain jika berkesempatan)



NOTA : Terbuka untuk orang Pontian dan sekitarnya, anda boleh membuat temujanji dengan menghubungi saya di talian ini 013-2006363. Ikhtiar bagi rawatan gangguan makhluk halus, saka, sihir, pulih rumah, pagar rumah, pelembut hati, pelaris, stroke, kanser, gatal kulit dan sebagainya.

Semoga segala urusan dipermudahkan Allah jua. Berikhtiarlah mencari kesembuhan.


Tuesday, June 12, 2012

DOA PELBAGAI GUNA YANG SANGAT MUJARAB



Sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri anda, digalakkan membaca serta mengamalkan doa di atas untuk segala  amal perbuatan anda. Moga Allah melindungi hambaNya. Bacalah pada ketika :-


1. Ingin melakukan setiap perkara/pekerjaan dalam kehidupan seharian anda


2. Jadikan doa perjalanan semasa menaiki apa jua kenderaan dan  urusan


3. Baca sebelum makan untuk mengelak sihir, santau dan sebagainya


4. Dan  amalkan dalam setiap masa dan keadaan, hanya yang beramal akan tahu keberkatannya.


Allah jua tempat makhluk bergantung harap.

Wednesday, May 2, 2012

KENANGAN SEMINAR PERUBATAN ISLAM, PONTIAN, JOHOR PADA 1-2 MEI 2012

PROGRAM  :  SEMINAR PERUBATAN ISLAM
LOKASI       :  DEWAN SEMINAR MASJID DAERAH PONTIAN, JOHOR
TARIKH       :  1-2 MEI 2012
ANJURAN    :  PEJABAT KADI DAERAH PONTIAN & DAN BADAN KEBAJIKAN
                      GURU-GURU AL-QURAN DAERAH PONTIAN, JOHOR

Sekalung penghargaann setinggi harapan mencambah ilmu mencerah kalbu segunung ingatan bersama penghargaan kasih sayang buat semua urusetia, Tuan Kadi dan pegawainya, bekas Kadi JB merangkap Pengarah YADIM Zon Selatan,  ayahanda-ayahanda imam dan ustazah, guru-guru agama dan kesemua peserta yang menjayakan seminar ini. Moga ilmu diberkati dan ikatan persaudaraan kekal abadi selamanya.










Thursday, April 26, 2012

JADUAL KLINIK RAWATAN ISLAM TERKINI : PAHANG

Tarikh  :  5 hb Mei  2012 (Sabtu) 
Masa    :  Jam 10.00 pagi
Lokasi  :  Felda Chini 4. Pekan, Pahang


Tarikh  :  5 hb Mei 2012 (Sabtu)
Masa    :  9.00 mlm - 11.00 mlm
Lokasi  :  Kuantan Pahang. (Balok)

Tarikh  :  6 hb Mei 2012 (Ahad)
Masa    :  10.00 pagi
Lokasi  :  Felda Pancing Timur, Kuantan, Pahang

Semua temujanji sila hubungi saya ditalian : 013-2006363



Tarikh  :  12 hb Mei  2012 (Sabtu) 
Masa    :  Jam 9.00 pg - 9.00 mlm
Lokasi  :  Felda Gugusan Jengka, Pahang


Tarikh  :  13 hb Mei 2012 (Ahad)
Masa    :  10.00 pagi
Lokasi  :  Temerloh. Masjid Kg.Pangsenam, Pahang.

Monday, April 2, 2012

PERIHAL RUPA BENTUK DAN NAMA SYAITAN DAN IBLIS.


Menyebut tentang syaitan, perlu rasanya dirujuk tulisan Raji al-Asmar dalam bukunya: Asy-Syayatin: Haqiqatuha, yang menyebut bahawa perkataan “iblis” disebut dalam al-Quran sebanyak 11 kali, manakala kalimah ‘syaitan’ itu disebut sebanyak 88 kali. Dalam buku ini diperturunkan ayat-ayat berkaitan yang menyebut nama-nama tersebut.
Keterangan ini membuktikan, mempercayai tentang kewujudan syaitan juga iblis itu adalah suatu yang termaktub dalam kalamullah. Ia bukan dongeng atau rekaan.

Monday, March 12, 2012

HUKUM JAMPI, MANTERA DAN SERAPAH? PENJELASAN TIGA PERKARA


SOALAN 

Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Parit Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut. Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?

JAWAPAN

Monday, February 27, 2012

KISAH UST.AZHAR IDRUS MERAWAT SATU KELUARGA AKIBAT TERKENA SIHIR BOMOH SIAM

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Meskpun sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah, pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus (gambar) suatu ketika terpaksa bertarung dengan jin untuk membantu sebuah keluarga yang mengalami penderitaan akibat sihir.


Pertarungan tersebut terpaksa dihadapi ketika beliau berusaha membantu keluarga terbabit yang mengalami penderitaan sehingga 16 tahun dipercayai disihir jiran dengan menggunakan khidmat bomoh Siam.


Menurut Ustaz Azhar, punca tindakan sihir itu hanya disebabkan keengganan keluarga itu menjualkan tanah kepada jirannya.

Monday, January 30, 2012

SAKA ; MEMBONGKAR MISTERI DAN 10 FORMULA KESEMBUHAN

(CADANGAN BAB 3) 

(Responden 1). 

Tidak pernah terfikir dalam sanubarinya bahawa suatu hari nanti dia akan mewarisi “Saka Harimau”. Sementelahan dia juga masih gadis yang sedang menuntut di IPTA maka pastilah tidak tertanggung dengan masalah gangguan jin yang berasal dari keturunaan sebelah atas tanpa dia sendiri sedari sejak lama dulu. Razilah (bukan nama sebenar) yang berasal dari Perak berazam untuk menghindarkan gangguan jin akibat saka di atas. Patutlah selama ini Razilah akan merasa kesukaran untuk melelapkan mata, bahu menjadi tersangat letih dan berat, badan menjadi bisa dan selalu mengalami sakit kepala yang amat bersangatan.

Wednesday, January 18, 2012

RAWATAN ISLAM DI JOHOR DAN SINGAPURA PADA 22-24 JAN. 2012

X-PDC Khidmat  Rawatan Islam As-Syifa' Melaka akan berada di negeri Johor dan Singapura sempena cuti Tahun Baru Cina ini. Beberapa temujanji telah disusun, maka seseiapa yang berhajat walk-in sila hubungi saya terlebih dahulu untuk pengesahan awal.

Maklumat x-pdc rawatan Islam seperti berikut :-

Tarikh   :  22-24 Januari 2011  ( Ahad - Selasa )

Lokasi   : Johor dan Singapura

Hubungi : 013-2006363

Berikhtiar mencari kesembuhan moga Allah s.w.t. memberkati usaha yang  baik.

Tuesday, January 3, 2012

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI KL, SUBANG DAN SELAYANG PADA 7 JAN. 2012

X-pdc Khidmat Rawatan Islam As-Syifa' Melaka pada bulan Januari 2012 akan berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dengan tujuan menunaikan hajat keluarga pesakit untuk membuat rawatan seisi keluarga dan rumah kediaman mereka. Moga dipermudahkan Allah jua.

Butiran Lanjut X-pdc seperti berikut :-

Perkara   : X-pdc Khidmat Rawatan Islam As-Syifa' Melaka
Tarikh      : 7hb Januari 2012  ( Sabtu )
Masa        : 9.00 pagi - 6.00 ptg
Lokasi     : KL, Bukit Subang, Subang, dan Selayang

Bagi pesakit lama dan yang baru, anda juga boleh membuat temujanji kerana masih ada satu kekosongan. Sila hubungi saya ditalian 013-2006363.




Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG