FOLLOWERS

Wednesday, September 19, 2012

KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI PERTAMA



PENDAFTARAN PESERTA (KOPI-01)
Tarikh:
1 -2 Disember 2012
Anjuran:
Persatuan kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPI_Darussyifa’))
Gabungan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA)
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM (APIUM)
Tempat: 
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya



Kongres ini akan mempertemukan para pengamal dan mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dalam bidang pengubatan Islam berteraskan al-Tibb al-Nabawi di rantau ini. Para peserta akan didedahkan dengan pembentangan kertas-kertas kerja yang merangkumi hampir semua aspek berkaitan pengubatan Islam baik bersifat tradisional mahupun kontemporari.

Yuran Penyertaan :

            Pembentang Jemputan                 (Tiada bayaran)


            Peserta Awam                                  (RM 200.00)


            Pelajar dan ahli Darussyifa’          (RM 150.00)

Antara topik-topik yang akan dibahaskan dalam kongres ini adalah seperti berikut:

a) Penggunaan Ruqyah al-Syar`iyyah sebagai asas rawatan.

b) Sumber pengubatan Islam.

c) Kaedah dan teknik rawatan penyakit rohani dan jasmani.

d) Penggunaan bahan rawatan.

e) Etika dan peraturan berkaitan pesakit dan perawat.

f) Pengurusan pusat rawatan pengubatan dan kesihatan.

g) Penanaman dan pengeluaran produk herbal dan non-herbal

h) Teknik dan kaedah pemprosesan ubat.

i) Pengubatan komplementari (cth: Bekam Sunnah)

j) Konsep dan Perbandingan antara rawatan Islam dan alopati.

Kepada ahli-ahli Darussyifa’, GAPPIMA, APIUM dan lain-lain yang ingin membentangkan kertas kerja berkaitan topik-topik di atas dipersilakan menghubungi Pengarah Kongres ( Dr Abdullah Yusof – 0136720840 atau Setiausaha Kongres (Utz Badruhisham – 0133420401) untuk pengesahan tajuk.

Semua pelajar dan ahli Darussyifa’ dipersilakan menyertai kongres ini, manakala semua pusat rawatan Darussyifa’ seluruh Malaysia diminta menghantar penyertaan sekurang-kurangnya lima (5) orang. Memandangkan tempat adalah terhad, maka pengesahan peserta hendaklah dilakukan sebelum 15 Oktober 2012.

Penulis kertas kerja dan pembentang dikehendaki mengesahkan pembentangan dengan menghantar abstrak selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2012.

Penyertaan anda sebagai pembentang atau peserta boleh dibuat dengan memberikan maklumat (Nama, no. Kad. Pengenalan, no. Pelajar/no.ahli, no. Tel/alamat emel dan alamat) menerusi emel berikut:

kopislam@gmail.com atau layari kopislam.blogspot.com

SUMBER :

http://kopislam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts