FOLLOWERS

Tuesday, November 8, 2011

SAKA : KESAN DAN CARA RAWATANNYA. Kenali Diri Anda, Bersaka Atau Tidak.....................

Abstrak : Saka adalah perkataan yang sangat ditakuti kini dalam masyarakat kita berbanding dengan perkataan pusaka. Saka lebih sinonim dengan adanya pertalian dengan makhluk halus jin dan syaitan. Saka yang asalnya daripada sebelah atas keturunan kita biasanya akan mengikuti anak cucu ataupun dengan lain perkataan berdamping dengan pewarisnya.

Permasalahan ghaib ini yang turun dari satu generasi ke satu generasi yang terkebawah ini adakalanya dianggap suatu keistimewaan dan kelebihan tetapi benarkah dakwaan itu? Kertas kerja ini cuba mengupas definisi saka, asal-usul, faktor kemasukan saka, tanda-tanda ada saka, kesan bersaka dan kaedah untuk rawatan saka. Moga mendapat manafaat dari perkongsian ilmu yang sedikit ini.


APAKAH MAKNA SAKA?


Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga h.1170 “saka” bermakna pusaka. Saka juga dimaknakan leluhur daripada kedua belah pihak sebelah ibu dan bapa. Sebenarnya memang terdapat perbezaan diantara perkataan saka dan pusaka. Pusaka, lebih merujuk kepada harta benda yang diwarisi oleh seseorang dari seseorang yang ada kaitan nasab yang rapat yang telah meninggal dunia. 

Saka pula pada pengertiaan biasa dalam masyarakat Melayu tidak sama maksudnya dengan pusaka tadi. Ini disebabkan perkataan saka itu biasanya digunakan secara khusus berkaitan dengan berbagai ilmu dan amalan yang salah dan sesat dalam pandangan Islam yang biasanya akan melibatkan jin dan syaitan.

Perumpamaan yang mudah ialah pusaka sangat menarik minat pewaris sehingga mereka sanggup berebut untuk mendapatkannya, tetapi saka pula mereka berebut untuk menolaknya. Kenapa situasi ini berlaku? Sebab jelas kepada kita memang terdapat perbezaan yang besar antara keduanya. Satu berbentuk harta benda yang menggamit nafsu manusia untuk memilikinya manakala saka yang berbentuk ilmu yang melibatkan jin dan syaitan amat menakutkan kepada sesiapa sahaja.

Bila disebut; “Ahmad dapat pusaka dari ayahnya yang telah meninggal dunia”’ bermaksud Ahmad telah mewarisi harta kekayaan dari ayahnya yang telah meninggal dunia. Tetapi bila disebut; “Ahmad dapat saka dari ayahnya yang telah meninggal dunia”’ bermaksud Ahmad telah mewarisi ilmu dan amalan salah dan sesat yang melibatkan penggunaan jin dan syaitan dari ayahnya yang telah pun meninggal dunia.

DARI MANA ASAL-USUL SAKA?

Untuk memudahkan perbincangan penulis cuba mengkategorikan tajuk ini kepada dua faktor utama supaya kita nampak dengan lebih jelas dari mana asal-usul saka.

1. Saka berasal dari asal-usul kita iaitu yang diterima daripada ibubapa, datuk nenek, moyang dan usul keturunan kita di sebalah atas. Inilah pendapat umum yang sangat popular di negara kita sehingga ada yang menyatakan saka ini boleh diwarisi sehingga lebih tujuh keturunan, malahan jika melanggar pantang-larang kemungkinan saka itu akan bertapak selama-lamanya dalam pewarisan berkenaan. Biasanya saka ini hanya melibatkan adanya pertalian darah, jika tiada adalah sukar untuk saka berkenaan memasuki tubuh seseorang.

2. Saka yang berasal bukan disebabkan keturunan, tetapi saka datangnya dari pihak luar iaitu jika berlaku dalam keadaan sedemikian :-

a.  Mereka yang tinggal bersebelahan atau berjiran dengan bomoh atau pengamal perubatan yang menggunakan amalan yang salah iaitu menggunakan khidmat jin dan syaitan. Kejadian ini banyak berlaku tanpa disedari oleh jiran terbabit dan adalah dinasihatkan janganlah duduk berjiran dengan orang yang di atas.

b.  Pemandu, tukang kebun, orang gaji dalam sebuah rumah, mereka juga boleh diwarisi oleh saka tuan rumah tersebut apatah lagi jika mereka telah bekerja bertahun-tahun lamanya.

c. Mereka yang bertugas di hospital seperti doktor, jururawat, attendan dan yang lainnya juga besar kemungkinan boleh menerima saka dari pesakit yang berjin dan bersyaitan yang mereka hadapi setiap hari.



 FAKTOR PENYEBAB SAKA

Dalam masyarakat kita terutamanya bagi orang Melayu, kita boleh mengkategorikan diantara faktor-faktor penyebab hadirnya saka ialah seperti di bawah :-

1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang meilbatkan penggunaan jin dan syaitan

2.  Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang juga merupakan antara faktor utama. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, maka mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai diantara mereka sembuh, tetapi kemungkinan yang berlaku masih terdapat sisa atau baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari sebab jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.

3.  Disebabkan ada jin atau syaitan yang marah (atas sebab tertentu) atau sengaja untuk menggoda dan merosakkan berbagai kepentingan kehidupan manusia. In imudah berlaku sebab jin dan syaitan sifatnya berkeliaran dan ada di mana-mana tempat dan mudahlah untuk mereka memasuki tubuh manusia.

4.  Manusia yang terlibat dengan dosa besar seperti berzina, lesbian, gay, berjudi, minum arak dan sebagainya sehingga menjadi ketagih maka tidak mustahil saka jahat ini akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Perbuatan jahat dan dosa besar ini mestilah disebabkan dengan hasutan jin dan syaitan yang telah berjaya menakluki hati dan manusia tersebut.


BEBERAPA JENIS DAN PROFESION SAKA

Daalam masyarakat Melayu saka  ada berbagai jenis yang bersandarkan kepada jenis ilmu dan amalan  salah yang melibatkan jin dan syaitan. Ianya pula berkait rapat atau bergantung pula kepada jenis-jenis jin atau syaitan yang digunakan tersebut. Secara mudahnya, jenis saka ini dikenal dari dua sudut iaitu dari sudut ilmu dan amalan yang digunakan dan sudut kedua ialah jenis-jenis jin dan syaitan yang digunakan.


A.      SAKA DARI SUDUT ILMU DAN AMALAN YANG DIGUNAKAN

i.                  Saka silat
ii.                 Saka kebal
iii.                Saka penggerun
iv.                Saka penunduk
v.                 Saka syarat tubuh
vi.                Saka seri muka
vii.              Saka kuat nafsu
viii.             Saka pagar rumah
ix.                Saka kuat kerja
x.                 Saka kasih sayang
xi.                Saka sedap masakan
xii.              Saka sedap suara
xiii.             Saka pukau
xiv.             Saka halimunan
xv.              Saka kaya
xvi.             Saka pelaris dan sebagainya.



B. SAKA DARI SUDUT JENIS-JENIS JIN DAN SYATAN YANG DIGUNAKAN

i.                   Saka harimau 
ii.                  Saka buaya 
iii.                 Saka hantu raya 
iv.                 Saka pelesit
v.                   Saka khadam ayat 
vi.                 Saka bunian 
vii.                Saka ular 
viii.               Saka bajang 
ix.                 Saka jembalang 
x.                  Saka hantu pocong 
xi.                 Saka polong dan sebagainya.


TANDA-TANDA SESEORANG ADA ATAU 
MEMBELA SAKA

1.  Tanda-tanda pada fizikal iaitu dalam keadaan seperti :-  jika ayah(usul) bertubuh sasa maka anak lelaki juga mempunyai bentuk sasa, jika si ayah kurus kering maka si anak juga kurus kering.

2.  Berbagai penyakit yang ada pada anak cucu sama seperti penyakit usul (ayah sebelah ke atas). Contoh, usul mengalami sakit sendi maka si anak cucu akan mengalami sakit sendi yang sama. Jika si usul gagap maka si anak cucu ada yang gagap. Jika si usul selalu sendawa, sembelit dan sebagainya maka samalah berlaku pada si anak cucu.

3.  Persamaan sifat dan tingkah laku antara usul dengan anak cucu juga menandakan anak cucu mewarisi saka dari usul mereka. Jika si usul bersifat garang, pemarah maka si anak cucu akan mewarisinya. Jika si usul pengasih, pelembut maka si anak cucu ada yang mewarisinya. Jika si usul pengotor, pembersih, rajin, malas, suka tidur, kuat makan , maka si anak cucu akan mewarisi salah satu daripadanya.

4.      Jika si usul boleh nampak hantu, boleh mendengar perbualan orang, boleh meneka dari pandangan mata orang lain, boleh mengetahui barang hilang, mendapat alamat seseorang akan meninggal dunia maka anak cucu juga akan mendapat sifat yang sama dan itulah antara saka mereka.

5.  Tidak berani bertentang mata dengan orang yang berilmu pengetahuan agama yang tinggi dan beramal dengan ilmunya.

6.   Dia mengetahui apabila ada orang yang menjelirkan lidah di belakangnya dan akan berpaling secara automatik.

7. Meminta disembelihkan kambing atau inginkan darah kambing dalam pengubatannya

8.   Membaca jampi mentera yang tidak difahami

9.   Menulis dan memakaikan pesakit tangkal azimat yang tidak difahami

10.  Mendakwa kononnya mengetahui perkara-perkara ghaib.


CARA MENERIMA SAKA

Saka diterima berdasarkan cara dan bagaimana yang bersesuaian dengan ilmu dan amalan serta jenis jin dan syaitan yang digunakan. Mungkin ianya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Penulis cuba untuk membahagikan peringkat penerima saka oleh seseorang kepada berikut :-

             1. Dengan cara si pewaris bersetuju menerima saka tersebut, maka  
                secara automatik saka boleh masuk kedalam tubuh waris yang 
                menerima, itupun bagi ilmu dan amalan yang bersesuaian. Jin 
                yang  nak bersaka juga akan memilih sama ada ia sesuai atau 
                tidak untuk berkhidmat dan duduk dalam tubuh anak cucu yang 
                sanggup menerima saka.

             2.  Saka  juga boleh masuk walaupun si anak cucu menolak keras 
                 atau dengan erti kata lain memang tidak mahu menerima saka 
                 tersebut.

3. Saka masuk sejak kecil lagi dengan memberi tanda pada seseorang manusia sejak lahir lagi seperti, anak-anak selalu menangis tanpa henti-henti, selalu ditimpa dengan pelbagai penyakit, susah tidur malam dan sebagainya.

4.  Saka datang walaupun tiada unsur pertalian darah. Contoh, antara pemandu dengan tuannya.

3. Saka berpindah dengan sedikit upacara salam tangan sambil bercakap”Engkau terima ini ye”, maka jawab orang yang menerima “saya terima”

4.      Melalui ucapan pun boleh seperti kata “ Ali, engkau ini adalah saudaraku dunia akhirat” maka si Ahmad secara tanpa sedar niat si pemberi akan menjawab; “Ialah kita ini memang bersaudara dunia akhirat”.

5.  Kaedah yang agak rumit sikit ialah seperti mengadakan upacara tertentu seperti menyembelih kambing, kepalanya mestilah dihanyutkan di sungai atas rakit. Dagingnya pula dibuat makan kenduri dan penerima saka akan diwajibkan mematuhi pantang-larang saka tersebut.


6. Melalui pewarisan barang-barang lama seperti keris, tombak, sanggul, kacip sireh, dulang dan sebagainya. Ada yang perlu diasap kemenyan, dibalut kain kuning atau hitam, dan pelbagai lagi bentuk dan syarat yang tertentu.

7.  Melalui mimpi seperti bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi dan selalu bermimpikan binatan hitam seperti kala jengking, ular dan anjing. Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau atau hitam dan sebagai dan adaklanya mereka akan diberikan sesuatu barang untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama berlaku tanpa disedari apakah maksudnya.


KESAN SAKA

Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam 
kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis 
kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial 
dan sebagainya. 

Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk 
halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke 
segenap aspek kehidupan manusia. Dengan sebab saka, manusia boleh 
mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri, 
menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah 
dengan Islam dan sebagainya.

 Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama 
manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah 
s.w.t  dalam Surah al-An’am, ayat 128 yang bermaksud :-


“Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu 
Allah berfirman) “Wahai sekelian jin dan syaitan sesungguhnya kamu 
telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu; 

“Wahai Tuhan kami, 
sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat). Maka Allah berfirman  “nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”.



A. KESAN DARI SUDUT AGAMA

1. Merosakkan aqidah. Orang yang percaya dan bergantung harap pada bantuan dan pertolongan saka pastilah mereka ini dalam keadaan menyekutukan Allah s.w.t.

2. Apabila aqidah mereka ini sudah rosak maka akan terbatallah segala amalan mereka kerana sudah pasti amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

3. Pemilik saka akan sukar beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah diantara mereka akan menjadi sakit jika membaca Al-Quran.


B. KESAN DARI SUDUT KESIHATAN, SOSIAL  DAN LAIN-LAIN

1. Boleh menyebabkan si pemilik saka dan cucu cicit mereka akan menerima sakit yang sama seperti penyakit  yang berkaitan jantung, buah pingang, pelbagai jenis kanser, talasemia, ulser, gastrik dan sebagainya.

2.  Boleh menyebabkan anak cucu si pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi bodoh.

3. Boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh bercerai berai dan sebagainya. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas dan sebagainya.

4. Boleh menipudaya si pemiliknya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah semata-mata.


5. Boleh mengganggu si pembelanya jika mereka melanggar pantang larangnya.

6. Boleh menyebabkan tuannya susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.

7. Akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodohnya, alat kelamin tak berfungsi, lemah tenaga batin dan sebagainya.

8. Dalam hidup bermasyarakat, orang yang ada saka susah untuk bersepakat atau berunding bersama. Tidak beradab dan suka bergaduh, suka bawa fitnah dan sebagainya.


KAEDAH RAWATAN SAKA

   Mengikut pengalaman penulis untuk merawat saka memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit. Ada jenis saka kena diubati sampai mati kerana kedegilan saka tersebut untuk keluar secara sepenuhnya dalam jasad si pewaris. Apa yang penting seseorang yang terlibat dengan saka dan berusaha membuangnya memerlukan komitmen yang berterusan. Saka bersifat “on” dan”off” iaitu boleh keluar masuk pada bila-bila masa sahaja. Jika kita pergi berubat maka saka akan keluar sekejap selama beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian saka akan masuk semula. Oleh itu, amat dipesankan kepada semua pesakit yang ada saka, buatlah rawatan pada jarak masa yang dekat antara satu hingga tiga bulan secara berturut-turut sehinggalah pulih sepenuhnya.

     Menguatkan keimanan dan tauhid kepada Allah s.w.t. adalah cara yang paling terbaik. Meningkatkan amalan wajib dan sunat, mendirikan qiyammulail, banyakkan bersedekah, mengekalkan zikir dan membaca al-Quran hanya semata-mata kerana Allah dan kemudian berdoa memohon perlindungaNya daripda sebarang kejahatan manusia dan jin sangat digalakkan.


Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-

1. Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.

2. Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun

3. Selalu membaca surah al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat.

4. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.

5.Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripda gangguan jin dan syaitan.

6. Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan qiyammulail.

7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.

8. Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.

9. Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari isnin dan khamis kerana dengan berpuasa boleh menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan manusia.

10. Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang menggunkan khadam jin atau berdampingan dengan jin dan syaitan.

11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan usaha di atas.


PENUTUP

    Semoga kertas kerja yang serba ringkas ini mampu menterjemahkan makna saka dan boleh difahami oleh semua yang hadir.

     Kebanyakan ulama’ seperti Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Ar-Razi dan Imam Ibnu Taimiyyah menolak keharusan manusia bersahabat dan menggunakan jin dalam apa jua bentuk urusan kehidupan manusia. Sekalipun mereka mendakwa bahawa ada kebakikannya menggunakan khidmat jin ini namun apa yang tersembunyi yang sengaja mereka lupakan ialah mudarat daripadanya jauh lebih besar berbanding sedikit manafaat yang mereka terima akibat tipudaya makhluk halus tersebut.

      Kertas kerja ini disediakan sempena Kursus Perubatan Islam anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (Bahagian Penguatkuas, Pendidikan dan Penyelidikan) pada 18-19 Oktober 2011 di Balai Islam, Jalan Pandan,  Melaka.


( Rujukan asal ialah dari Kertas Kerja oleh Tn.Guru Dr.Jahid Sidek dalam
pembentangan beliau dalam Seminar Rawatan Islam anjuran saya sendiri bersama
Masjid Negara tahun 2008. Moga maklumat Yang dipaparkan memberikan kebaikan
buat smua pembaca.) Salam jugak buat sahabat baik Yang bersama TGJS iaitu Ust.
Abadi Salam dan Ust.Halim
 



40 comments:

  1. a<kum saudara saya ada masalah sukar dan gagal dlm setiap usaha yg dibuat.apa saja kerja yang dibuat asalnya berjalan agak baik dan berkesudahan dgn sesuatu yg menduka citakan.bila dirujuk pada pihak2 tertentu jawapannya saya mempunyai saka yg saya dapat daripada ilmu yg pernah dituntut

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...disini saya bertanya..jika saka itu telah dibuang oleh ustaz semasa seseorng yg nazak..adakah ia masih boleh mndampingi ahli keluarga yg lain.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.....saya rasa yakin artikel Tuan adalah ciplak dari artikel seseorang yang saya amat kenali. Bahan cerita hampir sama tetapi Tuan tokok tambah supaya tidak ketara. Jadilah seorang hamba Allah yang amanah dan jujur dipandangan Allah. Seandai malas atau tidak tahu menulis adalah baik jangan ciplak hak orang sebab ia adalah seumpama mencuri juga.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saudara seislamaaf mencelah sy pmbaca bkn ahli mana2 perawat islam setakat ini
    Mungkin boleh tiru spt Almarhum Ahmad Deedat salah seorng yg x mlrang sapa 2 nk cetak.terjemah tnpa perlu minta kebenaran,tp satu jer untuk Allah
    Kan bertambah indah.tp x salah ada hak pencipta.

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum.... terima kasih atas ilmu yg diberi.... Insya Allah akan memberi kebaikan kepada semua umat manusia.....

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas komen anda semua. Kertas kerja ini sebahagian besarnya saya ambil daripada kertas keja asal yang sangat baik huraiannya dibentangkan oleh Tn.Guru.Dr Jahid Sidek dalam pembentangan beliau di Masjid Negara tahun 2008. Seminar itu adalah anjuran konsultan saya sendiri, saya juga telah memohon kebenaran menggunakan bahan beliau. Saya akan memberitahu kepada peserta yang saya ceramahkan dari mana maklumat ceramah saya ini. Cuma dalam kertas ini tidak dituliskan nama beliau...mungkin salah bagi orang lain. Tapi tulisan ini dengan niat untuk kebaikan dakwah semua manusia dan buan untuk tujuan berniga.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustaz.

    Maaf, sy ingin mohon pencerahan dr ustaz.
    Ibu saya mengatakan sy telah mewarisi saka sebelah ibu yg dtg dari arwah atuk.
    dan saka sy sgt kuat sbb sy anak perempuan sulung dlm keluarga.
    tapi, sukar utk sy percaya krn sy telah baca byk tentang tanda2 saka.

    dan setakat ini sy ada sedikit tanda2 itu tetapi alhamdulillah tidak kerap berlaku.
    cthnya, saya pernah mimpi ular. tapi setakat ini sekali sahaja.

    cuma, saya kerap kali mimpi laut, air, dan berenang.
    dan juga saya kerap kali menghadapi situasi yg sy pernah mimpi.

    ibu sy juga mengatakan yg saka ini boleh mengganggu prestasi akademik sy.
    walau kuat mcm mne sy belajar, oleh krn saka sy kuat, sy tak dpt perform.

    mohon sgt2 pencerahan dr ustaz. kerana ibu sy ingin bawa sy pergi berubat. sy takut jatuh kpd syirik.

    jazakallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan ustaz....pergilag berubat dengan mana2 perawat Islam. Lebih baik tahu seawal mungkin sama ada ada gangguan atau tidak dan usaha ini tidaklah sampai kepada unsur syirik. Lainlah jika ibu anda membawa anda berjumpa bomoh yang menggunakan amalan jin dan syaitan yang jelas kesyirikannya.

      Delete
  8. Assalam..saya nak bertanya.. ayah saya mengalami gangguan gigitan2 yg didakwan daripada makhluk halus/hantu/atau jin.. adakah benar?

    dan apakah hukumnya jika berjumpa dengan seseorang yg Menggunakan Perkhidmatan Rijal Ghaib bagi menagkap atau membunuh hantu yg menggangu tersebut? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa itu Rijalul Ghaib? Jika ianya adalah jin atau syaitan yang dijadikan KHADAM......maka lebih baik elakkan. Jawapan khusu jika anda memberikan detail perawat mana dan di mana dan kaedah sebenanr rawatan tersebut.

      Delete
  9. Assalam...sy mempunyai masalah bayi perempuan yang lahir nye sihat. Tetapi kerap demam. Berat badan semakin menurun. Lahirnya 3kg. Umurnya sekarang 1 tahun 2 bulan dengan berat 6kg sahaja. Sy telah berjumpa pakar / doktor dan juga berubat. Ada yang kata anak sy diganggu perempuan tua. Ada yang kata anak sy diganggu bunian yg tinggal dlm rmh sy. Mohon pencerahan ustaz. Sy risaukan kesihatan anak sy. Sehingga kini masih belum boleh berjalan seperti kanak2 seusia dgn nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes seperti anak puan ini memerlukan tambahan kepada perubatan Islam. Ust cadangkan puan dan suami jugak tururt berubat. Baby puan adalah ahli Syurga sebab masih bayi dan tidak ada dosa apapun, ust berpendapat tanda sakit demam pada anak sebagai isyarat supaya emak ayah si baby iaitu puan dan suami, segeralah berubat. Entahlah nak jawab pasal bunian di rumah Puan, berikhtiarlah panggil perawat Islam ke rumah untuk pulih dan pagar rumah semula. Hanya Allah Maha Mengetahui

      Delete
  10. Assalamualaikum, bapa mertua saya dulu mempelajari ilmu dari bukan muslim bagi tujuan mengubati orang. Tetapi ahli keluarga termasuk isteri tidak mengetahui aktiviti nya selama ini sehingga dia sakit seperti terkena parkinson:tangan kejar-kejar, badan lemah. Bila di suruh berzikir, baca yassin. Dia rasa mengantuk dan tertidur. Hingga sampai satu batasan yang membuat ahli keluarga marah apabila dia mengoyakkan yasin dan memijak alquran. Sudah dibawa kepada peramal perubatan islam, nasihat yang dipesankan ialah untuk menguatkan semangat diri sendiri untuk bertaubat. Cuma saya rasa, bapa mertua seperti tidak bersemangat malah tidak melawan sakit yang dihadapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ust biasa jugak merawat pesakit yang sama persamaan yang tuan ceritakan, mmg mengambil sedikit masa dan kena tahu kaedah rawatan yang sesuai bergantung kpd jenis ilmu apa yang dia gunakan dulu. Jika berhajat atas bantuan ust, boleh hubungi ust ye.

      Delete
  11. Assalam wbt ustaz. Disini saya ingin bertanyakan ustaz, adakah ketegasan ibu saya ini berasal dari naluri seorg ibu atau dari tindak balas saka di dlm dirinya? Ibu ada menceritakn yg dia mewarisi saka dari datuknya. Ibu mudah melihat dan bertutur dgn makhluk halus, mudah mendpt alamat org meninggal dunia, mudah terlihat imbasan ttg apa yg ahli2 keluarganya lakukan sewaktu berjauhan darinya, mudah bermimpi aneh dan selalu mendpt lebam sewaktu bangun tidur. Namu ibu juga sering solat, beribadah, berzikir dan membaca al-Quran. Di sebabkan 'kebolehan' ibu, dia bertegas dan bersungguh2 meyakinkan saya agar berjauhan dan berpisah dari sahabat saya, Mimi. Dia sering mengatakan bhwa Mimi ingin menyihir dia dan Mimi hanya mengambil kesempatan di atas kebaikkan saya. Selama saya bersahabat dgn Mimi, saya tahu...Mimi jujur orgnya, dlm setiap katanya mahupun kelakuannya, pernah pun dia meminta tolong saya tetapi tidak pula berlebihan, pun dia balas pertolongan saya dgn kebaikkan. Setiap hal dia menceritakan, tidak pernah pun saya mendengar ada unsur2 sihir mahupun kejahatan. Kini saya dlm dilema dan kasihan kerana dlm diam saya berburuk sangka terhadap Mimi, dalam masa yg sama saya juga kasihan dan tidak mahu menyakiti perasaan ibu. Apakah yg harus saya lakukan ustaz? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam. Sebaiknya ibu anda membuat rawatan dgn perawat Islam. Barulah ust boleh tahu setakat mana jika ada gangguan bersama dalam kehidupannya.
      Taatlah perintah ibu selagi tidak melanggar hukum Allah.

      Delete
  12. Assalam ustaz,sya mahu penjelasan ustaz berkenaan penyakit gagap klrga salah satu tanda saka.Ini kerna klrga saya mempunyai masalah gagap iaitu datuk,ayah,saya dan anak sulong saya.Sebelum ini arwah datuk sblh ayah pernah beritahu saya berkenaan penyakit ini.Tapi dia tidak kata ianya saka cuma dia beritahu penyakit keturunan je.Boleh tak saya berubat krn penyakit ini menyukarkan kehidupan seharian kami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam. Ada doa khusus untuk menghilangkan gagap saka spt di atas. Datanglah berjumpa Ust jika berkelapangan.

      Delete
  13. Assalamualaikum ustaz.... sya ingin bertanya.... malam td waktu sebelum subuh saya bermimpi ada seorang bayi baring di atas katil dan baring di sebelah anak lelaki saya....bayi itu berbadan sasa dan mula bercakap dengan saya saat saya mengangkatnya.... apa kah maknanya ustaz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam. Mimpi banyak tafsirnya. Tapi ust lebih suka untuk menggesa anda untuk membuat rawatan bersama perawat Islam untuk mengetahyu sama ada anda sendiri sudah ada gangguan dlm badan atau mimpi itu sebagai tanda gangguan nak masuk. Allah Maha Mengetahui

      Delete
  14. Salam nk kepastian ada ke sy ni ada gangguan ke x...sblm ni sy kerap diganggu tiap mlm dlm 3 pg cmtu cm badan sy disentuh diraba2 bhgian sulit ..kerap2 smpi sy jd sonok plak..kdg2 sy kne tindih dlm mse kne tindih tu sy nmpk makluk pelik2 duk perhati sy..mimpi menyusu beranak mendukung bayi tu da slalu...sy kne gangguan ni start sy sekolah rendah lg..tp msa sklh rendah gangguan die len sy selalu dgr ada org sembang2 tp xnmpk..nmpk makluk pelik mlm2...gangguan ketika nk tdo...smpi tkt hingga tiap mlm sy nangis...saya mohon penjelasan. ..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam. Nasihat ust...bersegeralah mencari perawat Islam...kerana tanda2 di atas ialah antara tanda jin yang dlm kategori kuat dtg untuk bersama anda. Ikhtiarlah mencari kesenmbuhan segera.

      Delete
  15. Salm.sya nk tnya.saya dh prgi berubt kebyakn kta dh tkda dh kt sya.cma ganguan emosi je.tpi sya ada gak tnda2 di atas 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam. Jika ingin kepastian yang sebenar, teruskan usaha anda untk membuat rawatan seterusnya. Jika duduk di Johor bolehlah menghubungi Ust.

      Delete
  16. Assalam Ustaz
    Suami saya sudah sakit lebih dari 6 tahun. Dah berubat sana sini dan doktor tidak dapat diagnosis penyakit nya jadi saya telah cuba rawatan alternatif dan alhamdulillah beransyur pulih tapi tidak sepenuhnya. Suami saya menolak jangkaan saya bahawa beliau tidak boleh semboh sepenuhnya kerana terdapat saka dalam keluarganya. Sya mengatakan sedemikian kerana adiknya boleh melihat yang ghaib dan keluarganya mengamalkan ilmu tareqat. Apakah jangkaan saya ini benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam.
      Jika suami mendakwa ada saka disebelah keluarganya, cadangkan kepada dia agar semua adik beradiknya membuat rawatan di tempat masing2 untuk mengetahui sama ada benar atau tidak keluarga mereka ada saka atau tidak.
      Tidak semestinya ada saka keluarga maka suami anda takkan sembuh, percayalah....Allah Jua Maha Pemberi Kesembuhan.....janganlah beroutus asa, Jika kita berhenti berusaha, maka kebaikan dan rahmat Allah untuk menyembuhkan kita jgk akan terhenti.
      Teruskan rawatan untuk mencari kesembuhan.
      Boleh ust tahu di mana keluarga suami tinggal ye.

      Delete
  17. pada pndapat sya..sekiranya sda terdapat tanda gangguan saka segera la minta rawatan..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Salam ustaz.. ayah mntua saya meninggal pd hari akad nikah saya. 2 mggu slps itu ayah sy pula meninggal pd hari sanding saya. Selepas saya mengandung, bayi saya pula meninggal selepas dilahirkan, bayi saya perempuan. Mula2 mmg sy fikir itu adalah takdir saya. Suami ada berjumpa dgn beberapa pngamal perubatan dan juga ustaz utk bertanyakan ttg keadaan kami, kerana sejak sy mengandung sy selalu mendengar suara2 org berckp, memanggil saya utk bukak pagar rumah, dan saya selalu ternmpak bnda2 yg hodoh, mayat reput, terbakar, perempuan berambut panjang. Dan semakin menjadi2 selepas anak sy meninggal dunia shingga sy mula bertindak mencederakan diri. Baru 2 ni ada berubat dgn seorang pngamal perubatan juga, tp sy musykil dgn caranya, memnta pengeras 25sen, meminta sy utk mmbaca fatihah utk disedekahkan kpd 4 malaikat, dan pada sesi last perlu ditanam bdn sy di pantai dan kain2 dipakai perlu dibuang ditengah laut. Oh ye, bidan tu tau ttg sya mempunyai keturunan pawang diraja sebelah mak, sblm saya beritau apa masalah saya. Dan dia beritahu ituadalah saka keturunan yg minta pnegganti nyawa, mkn darah dan sebagainya. Buntu saya dibuatnya. Smpai tak tau nak buat apa. Mohon ustaz beri pandangan ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Nasihat ustaz pergilah berikhtiar dengan perawat Islam yang berdekatan.
      Bimbang jik tersalah cara dan kaedah rawatan, bukan semakin berkurang jin dan syaitan dalam badan malah boleh juga bertambah,

      Allah Maha Mengetahui.

      Delete
  20. aslkm wbt.ustaz, mak saya sakit.tak pasti, skizofrenia (mental), atau saka.tapi 3 sepupu dan kakak saya pun ada alami masalah skizofrenia/saka? ni. kami fikir logik, mak ni skizofrenia. tp ada mak ayah saudara kata moyang dulu ada membela. Tp kalau diingatkan balik, mak sy mmg ada buat amalan2 khurafat mcm pakai tangkal etc.mungkin moyang sy la yg turunkan.

    Mak sy dah kurang solat,ngaji.sy assume,dia terlepas la hukum. Penyakit 'Gila' kan..

    Masalahnya ustaz, skrg ni saya rasa macam ada yang xkena dgn diri saya. Sy mula percaya ada saka ni sbb pensyarah sy sendiri yg katakan mgkin sy kene gangguan saka. Allahuakbar..

    Berdasarkan tanda tu, sy alami gangguan belajar (buat master, xhabis). susah dapat keje (skrg umur 29,masih xde kerja tetap,stkt kontrak sj). Pergaulan dgn org ramai, mmg out.sy fikirkan saya ni jenis yg introvert. Dgn suami, benda kecil pun senang jadi gaduh.kadang2 rasa xda hati dgn dia..sy skr selalu naik angin.sikit2 nk marah.kalau bergaduh dgn org, asyik saya je yg nak menang. ego..

    Adik beradik sy hbgn xberapa rapat.prof dl pernah ckp, jin tu mmg sifatnye suka huru harakan manusia.btl jg..ego pun sifat jin juga..Allah..

    2-3 thn kebelakangan ni, sy selalu mimpi x elok. Mimpi lelaki yg sama hampir setahun. Mimpi ular kerap jg. Ada sekali mimpi sawa batik.search google, katanya mimpi sawa batik ni saka lah.sy 50-50 percaya xpercaya.mimpi buruk benda xelok pun jadi biasa..

    Cuma seminggu dua ni sy mimpi bukan2 lagi.mimpi kawin dgn lelaki, mimpi ada buat hubungan dgn lelaki (nsb baik.dlm mimpi tu, suami sy. tp fikir blk, dlm mimpi tu of course lah syaitan kan.) Dan 2-3 hr ni saya ada mimpi bayi. Tapi biras sy yang menyusukan bayi tu.bkn saya..

    Sy keliru, ni tanda saka atau tidak. Dulu sy mmg xpercaya benda2 ni..tp lepas sy tolong kawan pegi berubat di darus syifa, bangi, sy sendiri yg tolong pegang die dirasuk jin, br sy percaya.

    Ntahlah ustaz. Saya keliru.nak pergi berubat, macam segan pulak.macam percaya sgt benda ni ada kt saya..harap ustaz boleh bagi pandangan. Maaf ustaz, panjang lebar. Saya runsing..

    -nurul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Jelas sungguh penerangan anda, ikut pengalaman ustaz jikalah semua mimpi2 yang anda nyatakan tadi telah dialami, maka ustaz nasihatkan pergilah berubat dengan mana2 perawat Islam yang berdekatan.

      Semua mimpi dan sifat2 anda memang menjurus kepada simptom gangguan, jika terlewat untuk diikhtiarkan kesembuhannya, dibimbangi sifat2 anda akan menjadi lebih over dan teruk dari sekarang.

      Mimpi bersetubuh dengan jin, adalah jenis jin tersebut, sam ada saka atau sihir, maka dengan ikhtiar berubat kita dapat mencari punca penyakit andaBoleh hub ustaz dgn membuat temujanji jika anda inginkan pertolongan ustaz jua.

      Hanya Allah Maha Penyembuh

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Salam ustz,sy ingin btanya mgenai masalah sy,sy selalu bermimpikan arwah keluarga iaitu nenek,pakcik & makcik,selain drp tu sy juga bermimpi dipatuk ular(sawa batik,kuning,hijau),mimpi hantu,bermimpi budak hitam legam bermata merah,bmimpi binatang pelik2,
    Selain drp tu sy kerap terjumpa rambut pjg yg kasar pada tilam,pernah tingal dkt rumah sorg2 dan terdengar suara memangil sy dgn nada keras,toilet flash sendiri,dan bunyi2 aneh mcm ada org membilas kain,hidupkn dapur,objek berguling atas bumbung,bunyi seakan org tumbuk almari.
    Drp segi kesihatan sy pernah alami sakit perut sgt sakit mcm panas terbakar tp bila ke hospital doktor 1 ckp sy apendik,doktor 2 ckp sy alami jangkitan kuman dlm usus,dan doktor 3 ckp batu karang.ianya berlaku selepas azan asar waktu tu sy mandi dan bila habis azan sy terduduk kesakitan.adakah sy disantau?ubatan dan suntikan x berkesan sy hanya menangis tahan sakit.
    Sy hanya dibekalkan dgn ubat sj. Soalan sy blh ke saka atau jin dgn bilangan yg byk mghuni dlm badan seseorang?
    Skrg sendi buku lali lebam hampir 1 tahun,bawah kulit belakang badan seakan ada berdenyut dan bergerak
    Kerap pening,kuat tido,sosial less,dan sakit belikat serta bahu.
    Sy x reti bab2 mcm ni,x tau nk share dgn sapa.sy biarkn mcm tu sj.kerja drp dlu x tetap sbb sy cepat putus asa dan mengalah..mohon pandangan ustz

    ReplyDelete
  23. Salam ustz,sy ingin btanya mgenai masalah sy,sy selalu bermimpikan arwah keluarga iaitu nenek,pakcik & makcik,selain drp tu sy juga bermimpi dipatuk ular(sawa batik,kuning,hijau),mimpi hantu,bermimpi budak hitam legam bermata merah,bmimpi binatang pelik2,
    Selain drp tu sy kerap terjumpa rambut pjg yg kasar pada tilam,pernah tingal dkt rumah sorg2 dan terdengar suara memangil sy dgn nada keras,toilet flash sendiri,dan bunyi2 aneh mcm ada org membilas kain,hidupkn dapur,objek berguling atas bumbung,bunyi seakan org tumbuk almari.
    Drp segi kesihatan sy pernah alami sakit perut sgt sakit mcm panas terbakar tp bila ke hospital doktor 1 ckp sy apendik,doktor 2 ckp sy alami jangkitan kuman dlm usus,dan doktor 3 ckp batu karang.ianya berlaku selepas azan asar waktu tu sy mandi dan bila habis azan sy terduduk kesakitan.adakah sy disantau?ubatan dan suntikan x berkesan sy hanya menangis tahan sakit.
    Sy hanya dibekalkan dgn ubat sj. Soalan sy blh ke saka atau jin dgn bilangan yg byk mghuni dlm badan seseorang?
    Skrg sendi buku lali lebam hampir 1 tahun,bawah kulit belakang badan seakan ada berdenyut dan bergerak
    Kerap pening,kuat tido,sosial less,dan sakit belikat serta bahu.
    Sy x reti bab2 mcm ni,x tau nk share dgn sapa.sy biarkn mcm tu sj.kerja drp dlu x tetap sbb sy cepat putus asa dan mengalah..mohon pandangan ustz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Pandangan ustaz ialah mencadangkan anda pergilah berjumpa dengan mana2 perawata Islam yang berdekat untuk ikhtiarkan sama ada anda mempunyai gangguan jin makhluk halus atau tidak.
      Sifat mimpi dan kejadian2 yang berlaku ada yang termausk dalam ciri2 gangguan.
      Wallahua'lam

      Delete
    2. Wslm. Pandangan ustaz ialah mencadangkan anda pergilah berjumpa dengan mana2 perawata Islam yang berdekat untuk ikhtiarkan sama ada anda mempunyai gangguan jin makhluk halus atau tidak.
      Sifat mimpi dan kejadian2 yang berlaku ada yang termausk dalam ciri2 gangguan.
      Wallahua'lam

      Delete
  24. ustaz.sy nak tanya 1 soaln.ibu sy ad bermimpi org jawa beritahu 'aku akn buat keluarga kau sungguh2'
    kemudian mak sy buat solat hjat esokny dan tertidur lalu dibisikkan di telinga supaya mengambil tanah.ibu kunyit..beras..dan barang2 tersebut diberikan kepada sy supaya letak d tempt tinggal untk elak dr bnda tdk baik. dan mak berpesan kalau bjumpa 2org llki bwajah hitam jgn mjwb tgurn tsbut. Alamat itu dtg dr mimpi.psoaln sy..adakah bnda itu baik utk sy trima dan sy bmbg kalau bnda itu saka.harap dpt pnjelasan.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum ustaz, pada penghujung tahun lepas saya ada membuat rawatan membuang saka dan sihir, tetapi saya masih lagi terasa seperti ada benda bergerak di betis, rasa meremang kaki pada waktu petang, kerap syak wasangka, bermasalah sesama rakan di tempat kerja dan jodoh yang berat kerana tiada langsung lelaki yang berminat pada saya. Adakah saka masih ada dalam diri saya? Bagaimana untuk saya mengetahuinya? Boleh cadangkan pusat rawatan islam di pulau pinang?

    ReplyDelete
  26. Assalamualakum.. mohon pandangan ustaz.. saya ni sudah 3 tahun berubat. Tp masih belum baik sepenuhnya.. hanya buat rawatan islam.. cuma nak tau.. kenapa jin keluar masuk seolah-olah on off sesuka hati.. apabila buat rawatan boleh tak ditutup lubang jin agar tubuh badan x di hinggapi oleh jin ni ustaz? Sehingga skrg saya x tau saya ni terkena saka atau sihir...simptom yg sy hadapi adalh tiada hubungan suami isteri.. suami menjauhkan diri dari saya.. lepas berubat ada perubahan pada suami tapi x lama la.. kejap dia dtg balik.. badan saya slalu sakit.. terutama perut.. kiri kanan.. kerap buang air.. sakit tapak kaki.. bawah kulit ada benda gerak.. paling teruk gerakan terasa di ulu hati.. (pernah jadi masa tgh drive membuatkan sy sesak nafas) kalo berubat selalu x sedar diri.. selain tu kakak sy juga sakit macam sy.. dah lebih 10 taun sakit pun belum baik sepenuhnya.. boleh x ustaz bg cara atau amalan utk saya rawat diri sndiri untuk buang jin dalam bdn sy.. truma kasih..

    ReplyDelete

Man Ana ???

My Photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts