FOLLOWERS

Tuesday, June 8, 2010

SIHIR PELALAU : Penghalang Jodoh Seorang Wanita (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)

SOALAN: Banyak orang telah meminang saya. Rasanya lebih daripada lima orang, tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan. Begitu juga hubungan saya dengan lelaki, mula-mula serius, tetapi akhirnya hilang begitu sahaja, sehinggalah sekarang ini saya berumur 29 tahun.
Adakah saya ini akan membujang hingga ke tua. Adakah ia berpunca daripada rupa atau tingkah laku saya. Saya seorang perempuan yang sederhana dan mempunyai rupa yang tidak kurang cantiknya, berbanding dengan teman-teman yang telah bersuami.
Adakah saya berkemungkinan kena sihir atau pelalau seperti yang difahami oleh sesetengah orang?
– INA AINA, Segamat

JAWAPAN: Dalam membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan jodoh, banyak perkara yang perlu dikaitkan. Ia berbeza menurut keadaan atau latar belakang individu yang terlibat. Punca ataupun sebab yang dimiliki oleh seseorang, tidak semestinya boleh diaplaikan kepada orang lain.

Kerana itu memang ada logiknya kalau masalah jodoh ini disandarkan kepada Tuhan, biarpun ia melibatkan sebab musabab latar belakang manusia itu sendiri, malah qadak dan qadar itu sebenarnya memang daripada Tuhan.

Orang yang tidak berkahwin, terutamanya golongan wanita tidak boleh dikaitkan dengan rupa paras yang kurang cantik, perwatakannya yang kasar, cacat dan sebagainya, biarpun tidak dapat dinafikan kecantikan, tingkah laku lemah lembut dan lain-lain sifat tertentu itu menjadi impian dan idaman kebanyakan orang.

Allah s.w.t. menjadikan setiap satu itu berpasangan. Itulah di antara tanda-tanda kebesaran-Nya. Orang lelaki yang cukup anggota tetapi memiliki isteri yang cacat mata, ataupun sebaliknya. Persoalan bagaimana pasangan yang tidak boleh melihat keindahan dunia itu boleh bertemu dengan pasangannya adalah di luar keupayaan manusia untuk menentukannya.

Manusia hanya berupaya merancang. Allah adalah penentu yang sebenar. Kerana itulah manusia perlu menyandarkan setiap sesuatu kepada Allah, setelah berusaha, bertawakal dan berdoa lalu akhirnya berpasrah dan menerima setiap qadak dan qadar itu dengan rela dan ikhlas hati. Sesungguhnya Allah itu mahukan setiap hamba itu menerima qadak dan qadar ketentuannya dengan penuh kerelaan.

Merujuk kepada soalan saudari, saya tidak tahu sama ada saudari masih belum menemui jodoh sehingga sekarang kerapa pelalau, atau kerana sebab-sebab lain seperti yang dijelaskan.
Ketentuan sebab yang saudari nyatakan, di luar keupayaan saya untuk menjelaskan, walaupun demikian keterangan berikut akan menjawab pertanyaan saudari.

Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang melibatkan sihir. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin.

Sihir jenis ini dilakukan oleh manusia dengan bantuan makhluk halus, di antaranya untuk mengunci nafsu manusia tidak kira lelaki ataupun perempuan, daripada keinginan untuk berkahwin.

Kesan daripada terkuncinya nafsu, tabiat orang yang terlibat mungkin akan berubah, menjadi pendiam, tidak aktif, dalam keadaan murung, menyendiri dan tidak kurang di antara mereka yang bertindak di luar kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau, atau kerana kedua-duanya.

Selain daripada pelalau kunci nafsu kahwin, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan-halangan menyebabkan usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu tidak kesampaian.

Seorang gadis yang terkena sihir jenis ini mungkin berminat hendak mengahwini seseorang jejaka, tetapi pasangannya mungkin akan menolaknya, begitulah sebaliknya.

Pasangan ini mungkin telah bertunang bertahun lamanya, tetapi pada saat menunggu hari berlangsung, pihak perempuan atau lelaki enggan berkahwin dengan tunangnya, tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Halangan mungkin tercetus daripada sikap ibu bapa atau salah seorang daripadanya, yang selalunya berlaku pada ibu kepada perempuan berkenaan. Mungkin ibu tadi mengancam akan membunuh diri kalau anak perempuannya tetap berkahwin dengan pasangannya atau ia tidak akan mengaku anak buat selama-lamanya dunia dan akhirat.

Ahmad An-Nuhas at-Tumi, dalam bukunya bertajuk Syifau ‘r-Rahman li ‘s-Sihri wa ‘l-hasad wa amradi ‘l-Jann, muka surat 55-60 menyatakan yang dia telah didatangi oleh seorang bapa bersama seorang gadis, memberitahu yang dia adalah seorang pekerja mempunyai ijazah Alamiyah, tetapi dia sering tidak berupaya menahan marah.

Dia telah menemui banyak doktor jiwa, tetapi tidak berhasil mengatasi masalah yang dihadapi. Bapanya mengadu masalah anaknya yang tidak mahu berkahwin.
Syeikh Ahmad telah bertanyakan latar belakang si gadis dan mendapati adanya tanda-tanda gangguan, lalu ia membaca ayat-ayat al-Quran. Ketika sedang membaca, gadis tersebut kelihatan menggeletar, lalu menjerit dan tidak sedarkan diri. Dalam keadaan tidak sedarkan diri ini telah berlaku dialog di antara Syeikh dan jin yang ada dalam tubuh gadis, menyebabkan berlakunya rasukan.

PINANGAN


Ketika ditanya apakah punca menyebabkan si gadis menolak pinangan orang yang hendak mengahwininya, jin yang mengeluarkan suara melalui lidah gadis menyatakan bahawa dialah yang melakukannya kerana dia terlalu sayang kepadanya.

Ketika ditanya bagaimana hal ini boleh berlaku, jin itu menjelaskan bahawa apabila ada orang lelaki datang meminang dia (jin) tadi akan menjadikan wajah orang yang meminang itu begitu hodoh pada pandangan si perempuan, jadi timbulnya rasa benci yang bersangatan.

Setelah syeikh tadi membacakan ayat-ayat al-Quran yang terdiri daripada ‘ayat-ayat azab’ jin itu akhirnya keluar dengan izin Allah. Gadis tersebut sembuh dan akhirnya menemui jodohnya dengan izin Allah s.w.t.

Dalam buku yang sama, muka surat 57, Syeikh Ahmad menghuraikan pengalamannya ketika didatangi oleh seorang lelaki yang datang bersama anak perempuannya, yang dikatakan memang rajin membaca al-Quran, tetapi sejak dua minggu lalu, dia telah meninggalkan sembahyang dan cepat marah biarpun kerana perkara yang kecil.

Setelah merasakan perempuan berkenaan menghadapi masalah gangguan, syeikh mula membaca doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran. Ketika sedang membaca, perempuan tadi kedengaran ketawa dan terus menerus ketawa berpanjangan, diikuti tangisan yang bersangatan.

Ketika ditanya, jin yang berada dalam diri perempuan tersebut selama sebulan tetapi tidak berjaya masuk dalam badannya kerana perempuan itu selalu berpuasa dan sembahyang. Tetapi sejak dua minggu lalu, iaitu selepas bulan Ramadan, perempuan berkenaan telah marah yang bersangatan membolehkan jin masuk dalam tubuh.

Setelah dirawat dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, jin itu keluar dengan izin Allah. Perempuan tadi terjaga dan bertanya apa yang telah berlaku dalam dirinya.
Syeikh Ahmad, menyuruhnya agar sentiasa membaca al-Quran, zikir-zikir di waktu pagi dan petang. Kepada bapa gadis itu, Syeikh memberi nasihat agar tidak mempercayai kata-kata jin, yang masuk ke dalam tubuh anak gadisnya itu atas permintaan manusia.

Pada satu ketika lain Syeikh Ahmad telah didatangi oleh seorang perempuan muda yang menyandang jawatan tinggi, tetapi tidak mahu berkahwin. Ketika ditanya, kenapa tidak mahu berkahwin, dia menyatakan: Saya telah turun darah nazif sejak satu tahun, tidak mahu sembuh biarpun puas berubat. Saya merasa sesak dada setiap kali ada lelaki yang datang hendak meminang,’’.

Ketika dibacakan doa, seluruh jarinya kelihatan menggeletar menunjukkan adanya gangguan. Syeikh telah menyuruhnya membaca surah Yasin, as-Saffat, ad-Dukhan. Selepas seminggu, gadis tadi memberitahu yang darahnya telah berhenti setelah tiga hari dia membaca surah-surah berkenaan. Gadis ini akhirnya menemui jodohnya dengan izin Allah s.w.t.

Berdasarkan contoh-contoh yang saya jelaskan tadi, ternyata pelalau yang saudari tanyakan, yang menyebabkan seseorang itu sukar menemui jodoh ataupun tidak menemui jodoh memang sesuatu yang benar boleh berlaku.

Pelalau adalah salah satu cabang ilmu sihir. Sihir tidak berlaku kecuali dengan adanya penglibatan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin, sama ada iblis atau syaitan.
Banyak tanda untuk membuktikan sama ada seseorang itu sukar menemui jodohnya kerana pelalau ataupun sebab yang berpunca daripada perlakuan orang yang terlibat, tanpa melibatkan pelalau.

PERTOLONGAN


Kaedah yang berkesan mengatasi masalah yang berkaitan pelalau ialah dengan meminta pertolongan daripada yang arif menggunakan ayat-ayat al-Quran, seperti yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad. Kaedah lain dengan memperkuatkan roh iaitu bertakarub kepada Allah s.w.t.
Untuk keterangan mengenai kaedah-kaedah rawatan yang perlu dilakukan, saudari boleh merujuk buku bertajuk: Merawat diri akibat sihir dengan bermunajat, 1998. Percetakan Watan, Kuala Lumpur.

Tidak mudah untuk menentukan sama ada seseorang itu tidak berkahwin berpunca daripada faktor luaran diri sendiri atau kerana sihir (pelalau).

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PELALAU


Di antara tanda-tanda seseorang itu kena sihir ialah adanya gangguan ketika hendak tidur. Bermimpi sesuatu yang mengerikan, seperti didatangi binatang buas, ditikam lembing, dilanggar kereta dan sebagainya.

Begitu juga dengan bermimpi melihat sesuatu yang menakutkan, seperti dikejar hantu, harimau, ular dan sebagainya. Jatuh dari tempat yang tinggi dan lain-lain lagi.

Tanda-tanda lain seperti mendengar suara yang ganjil di dalam rumah, di atas rumah atau paip dan suis lampu terbuka sendiri. Kadang-kadang dia mendengar suara memanggilnya, biarpun tidak ada manusia di sekelilingnya.

Tanda lain yang lumrah terjadi seperti berbau sesuatu yang luar biasa seperti bau wangi, padahal tidak ada minyak wangi tumpah, terbau busuk, bau darah, kemenyan, bau orang mati, nanah dan sebagainya. Bau-bau ini mungkin dihidu oleh diri mangsa sendiri atau seisi rumah.

Sering berlaku mangsa terlihat makhluk yang ganjil, dengan rupa yang menakutkan. Objek-objek seumpama ini selalunya sekelip mata sahaja.

Ketika seorang diri di rumah terasa adanya makhluk di sebelahnya, meremang bulu roma, manakala telinga menjadi tebal pada waktu-waktu tertentu.

Apa yang berlaku pada mangsa pelalau, ialah hilang rasa untuk berkahwin atau untuk meneruskan hubungan dengan seseorang biarpun sebelum ini ia terlalu mengharap benar agar hubungan itu berakhir dengan perkahwinan.

ARKIB : 27/08/2006
Pelalau kunci nafsu: Soal Jawab Bersama: DR.AMRAN KASIMIN
Sunting dan siar semula oleh Pusat Perubatan Islam As-Syifa' Melaka

64 comments:

  1. SALAM,
    hampir stp mlm sy mengalami gangguan tido.kdg2,smp menakutkan.sy seolah2 sedar n seolah2 berada di dlm mimpi 2,sehingga sy menjerit dan trjaga atau sy melaungkn ALLAHUAKBAR ketika sdg tido,sy sedar tp sy seolah2 ssh untk mmbuka mata dr mimpi trsebut.
    selain itu,sy ader kekasih,kdg2 sy rs syg dkt die tp kdg2 sy rs benci dgn die.kdg2 nk kt die n kdg2 xnk.
    adakah itu slh 1 simptom sy trkna sihir.?.


    terima kasih. ijat

    ReplyDelete
  2. SALAM , saya ada teman lelaki si "A" .. saya dah lama kenal dia and family dia , bf saya ni ade kenal dgn seorang janda baru2 ni dan terlanjur dgn janda tu , kemudian bf saya nk tgglkan si janda ni , tetapi janda tu xnak lepaskan dia .. padahal mereka baru lg kenal .. tiba2 bf saya balik kt janda ni balik and tak ingat langsung kt saya .. saya risau .. saya tak tau apa yg janda tu dah buat kt dia .. saya sayangkan dia .. ibu dia pn risau takut janda tu ade bg ape2 kt dia .. tolonglah saya , ape saya perlu buat ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihatkanlah bf anada dgn cara yang baik, doakan semoga ia tidak terus melaku dosa besar dgn berzina dgn cara yang tidak sah. Boleh bagi tau ibubapa si dia.... Mungkin jgk ada hikmahnya kisah bf anda, bersangka baik bahawa Allah SWT nak memberikan anda kebaikan dengan lelaki yang lebih
      baik sebagai pasangan hidup anda.

      Delete
  3. Salam. Sebaiknya cubalah berbincang dengan ahli keluarga teman lelaki anda, jika boleh berpakatlah untuk membawa teman lelaki anda berjumpa dengan ustaz terlebih dahulu, barulah boleh dibuat rawatan samaada dia terkena unsur-unsur yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    saya ingin tahu apa kaitan terhidu bau kemenyan ketika sedang menyiapkan masakan untuk kenduri tahli arwah dgn penghuni rumah/simati? Sedangkan tidak ada seiapa yg membakar kemenyan. Berlaku 2 kali, Malam kenduri arwah ke-7 dan Kenduri tahlil mlmm jumaat.

    Terimakasih

    ReplyDelete
  5. Salam,

    sebarang bau termasuk bau kemenyan tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada sesiapapun. Kemungkinan yang berlaku kebetulan bau kemenyan hadir atau sebab ada orang lain yang membakarnya ataupun ianya terbau sendiri tanpa sesiapa yang membakar, setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Sila dapatkan penjelasan lebih baik dengan berjumpa sendiri dengan perawat Islam, semoga kemusykilan anda boleh dijawap dengan lebih jelas lagi. Wslm.

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum wbt,

    "Apa yang berlaku pada mangsa pelalau, ialah hilang rasa untuk berkahwin atau untuk meneruskan hubungan dengan seseorang biarpun sebelum ini ia terlalu mengharap benar agar hubungan itu berakhir dengan perkahwinan."

    Saya tidak tahu sama ada saya terkena pelalu atau tidak...tetapi saya ada persaaan seperti di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Allah Maha Mengetahui....dan anda sendiri. Banyakkanlah berdoa.dan boleh jugak berikhtiar membuat rawatan dgn perawat Islam yang diyakini.

      Delete
    2. saya mengalami keadaan yang sama. Cuba amalkan solat hajat, Yassin 7 Mubin (pada waktu malam)dan surah Al Fil (min 30 sehari setiap lepas subuh). Doakan moga dihancurkan semua sihir2 yang ada di dalam tubuh badan anda. Semoga saudari diberikan kesembuhan hendaknya. Amin

      Delete
  7. salam...nk kata saya terkena sihir pelalau mcm tidak. tapi dr tanda2 tue, ada satu tanda yang sering saya alami iaitu mimpi tentang bayi.kadang2 sy mimpi saya mendukung bayi, bermain-main dengan dia.adakah itu bermakna sy terkena sihir pelalau.kalau ye, tolong saya ustaz..tolong bebaskan diri saya dari sihir nie. dan apa yang perlu saya lakukan utk bebaskan diri darinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi mendukung bayi dll...termasuk dalam ciri2 gangguan. Ust nasihat anda berusahalah berubat segera. Moga anda sihat dengan izinNYA.

      Delete
  8. salam... bagaimanakah untuk mengelak daripada terkena sihir pelalau ini?? ayat Al-Quran yang manakah patut dibaca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ini kena belajar sedikit khusus agar dapat difahami dgn baik.

      Delete
  9. ila, KL
    salam...ustaz...saya berumur 33 tahun dan masih belum berkahwin. masalah sy, masih tiada teman lelaki. setiap kali sy menjalankan sesuatu hubungan itu, selalu tdk mjadi. apa yg pelik, bahu sy selalu sakit. macam sy menggendong objek yang berat. dah 3 tahun ustaz...adakah itu gejala2 pelalau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ust nasihat, teruskan berubat dengan perawat Islam yang anda yakini. Jodoh itu ketentuan Allah SWT tapi kita wajiblah terus berusaha....dan berusaha. Ust hanya mampu mendoakan.

      Delete
  10. salam ustaz, saya berumur 31 tahun. Baru-baru ini ibu dan bapa saya telah membawa saya berubat pelbagai cara sehingga berjumpa dengan seorang Ustaz... saya bukan beragama islam tapi saya tetap menghormati agama Islam. Saya memberitahu menceritakan apa yang telah saya alami kepada usataz. setelah diselidiki, ada org yang telah menutup jodoh saya.... seorang yang pernah aku kenali sebagai kawan suatu ketika dahulu... apa salah dan dosaku... aku terlepas segalanya yang aku miliki. hati aku robek mengenangkan org yang aku sayang bahagia bersama org lain....Tuhan berikan lah aku kekuatan.

    ReplyDelete
  11. salam ustaz, baru2 ni saya perasan pandangan org lain pada saya.kebanyakan mereka mengatakan sy terlalu serius..walhal saya biasa2 saja..dengan rasa tidak sedap hati, sy telah mengajukan pada kedua ibu bapa untuk memikirkan ikhtiar masalah sy ni. mereka kemudian bertemu dengan seorang pengamal perubatan dengan hanya membawa baju saya..dan katanya keluar jarum dari baju saya tu yang menandakan sy terkena sihir penghalang jodoh..untuk pengatahuan ustaz, sy seorang y agak aktif ..namun tidak pernah berfikir u berpasangan lagi.. cuma y menjadi kemuskilan sy , adakah ia dihantar oleh mereka y berdengki dengan sy, sedangkan setahu sy, sy tiada musuh...wallahua'lam..sy ada juga pernah bermimpi harimau, ular naga, dipanah, bayi, berada di puncak bangunan..dan terkadang ketika tidur, sy terasa badan sy digoyang2kan sesuatu lebih2 lagi dekat2 waktu subuh..

    ReplyDelete
  12. salam ustaz, saya seorang peniaga kecil2an dan sdh berkahwin, mula2 sya berniaga dulu Alhamdullillah.. perniagaan berjalan lancar.. perkahwinan pun bahagia.. tetapi sejak kebelakangan tu.. perniagaan sya merosot dan akhirnya sya tidak lagi berniaga, dan sya cuba2 lagi utk berniaga perniagaan lain, seolah2 bila pelanggan melihat wajah sya, durang tiba2 hilang minat utk membeli dan ada kala nya pelanggan tetap seolah2 tak perasan di mana sya berniaga, pun menyebabkan perniagaan sya semakin merosot.. setelah itu.. saya cuba lagi utk cari ikhtiar lain utk memulakan perniagaan baru, tetapi tiba2 pula badan rasa lemas, mengantuk berpanjangan, resah, malas nak keluar rumah dan asyik marah2 pada suami tanpa sebab dan selalu ajukan perkataan berpisah.. sya seolah2 dah tak ada arah tuju, tak ada jalan dan tak ada buah fikiran lagi dah utk keluar mencari rezeki dan urus rmhtgga.. walhal sebelum ni sya x pernah mcm tu, sya selalu di datangi mimpi2 seperti binatang buas atau berbisa seperti ular, lipan, harimau.. sya pernah cuba utk rujuk bomoh dia kata sya di sihir pelalau dan menyarankan kami menjalankan rawatan di luar akidah islam.. so pas dri merujuk kpd bomoh tu sy tak buat rawatan tersebut sbb sya nasih kurang yakin apa punca sbnarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Mengikut cerita anda di atas, terdapat simptom gangguan ataupun sihir. Berjumpalah dengan mana2 perawat Islam yang diyakini berdekatan anda segera. Moga anda kembali sihat dan dimurahkan rezeki dgn izin Allah.

      Delete
  13. Sy rasa sy dah terkena. Tiba2 si dia berubah..

    ReplyDelete
  14. Salam ustaz... saya berumur 31 tahun.., bujang... saya tak pasti ada kah saya tekena sihir penghalang jodoh.. saya tak ada rasa nak kawen.. dlm bkwn pulak saya slalu gagal.. dan mnyebabkan saya mls fikirkan soal cinta... ada org yg nak, tapi saya tak nak... bila saya nak ngan seseorg, dia pula nmpak sperti tak bminat.. tpi saya hnya mmpu suka dlm diam saja.. saya skarang terasa mls untk bsosial, kluar rumah... sya lebih suka duduk d rumah pabila cuti.. rutin harian sya hanya pegi kerja dan balik kerja.. tolong beri pncerahan ustaz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ust biasa dengan kes seperti anda. Biasanya anda akan mendapat mimpi dikacau jin semasa tidur, jika adalah. Maka simptom yang berlaku secara biasanya ialah sepertimana yang anda ceritakan tadi. Nasihat ust, ikhtiarlah untuk terus mencari kesembuhan. Kami hanya mendoakan shj...tapi itu usaha jugak. Moga anda mendapat jodoh yang baik kelak.

      Delete
  15. salam ustaz . sy berumur 21 thun masalah sy ne x mnat nk bercinta . sy mcm xde perasaan langsung nk bercinta . tiap mlm plk sy sering mimpi ade orang kejar sy dan binantang kjar sy . kdng2 sy mimpi orang dah mati . adakah sy terkena sihir ustaz ??

    ReplyDelete
  16. salam ustaz sy ada beberapa lelaki yg sy pilih untuk berjumpa dan keluar bersama , masalahnya selepas berjumpa, semua lelaki yg sy ingin kenali dgn lebih akan hilang dn tidak akan menhubungi sy lagi , kenapa ? sy selalu ada bau busuk di waktu malam

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ustaz ...sy berusia 27 tahun. .sblm ni sy pnh brtunang...tpi ptus dtngh jln sbb tibe2 sy rase sy xsuke dgn die ..hub dgn llki pun sllu x lama dan mesti berakhir tanpa sbb...bila sy inginkn kpd seseorang..die xkn sukakn sy..tpi bila sy dah xsuke...die pula inginkn sy...tpi sy xdpt bk sukakan die blik...sy sllu mmpi hntu..mmpi berkenaan dgn bdak kcil tpi mmpi tu cuma berulang sbnyk dua kli sahaja dan akn mmpi lgi pd lain kli...apekh mksdnye..sy sllu frust..buntu...sdangkn mmg sy inginkn sbh perkhahwinan memandangkn usia sy pn smkin mningkat..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.Pernah 2 kali kwn saya cuba nk kenalkan utk tujuan perkahwinan dengan lelaki. Tapi setelah diberikan gambar, semuanya senyap. Saya anggap bahawa pihak lelaki mungkin tidak berkenan. Namun, baru2 ini, seorang kawan lama saya menyatakan hasratnya dan ingin memperkenalkan saya kepada keluarganya. Sebelum dia menyatakan hasratnya, sebenarnya dia telah meminta pendapat ibunya dan ibunya tidak menghalang. Disebabkan faktor jarak, maka saya hanya mengirimkan gambar dan biodata. Tetapi tiba-tiba kawan saya menyepi tanpa khabar. Adakah ia ada unsur2 sihir pelalau juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam. Jodoh Allah jua Yang Maha Mengetahui.
      Dalam kes sebegini biasanya seseorang wanita itu pernah bermimpi didatangi jin dalam keadaan jin tersebut menindihnya atupu sampai ke peringkat disetubuhi jin dalam mimpi iaitu ketika tidur.
      Ustaz mencadangkan agar anda membuat rawatan dengan perawat Islam bagi mengesahkan keadaan yang sbenarnya.

      Delete
    2. Saya pun mengalami masalah ini. Sdh 3 kali ada yg cuba utk meminang. Bila saya buka hati utk terima, pihak lelaki senyap begitu saja. Saya jg sering terjaga di tgh mlm kerana bermimpi yang seram seperti memasuki rumah lama, berada di kuburan dan mcm2 lagi. Saya selalu baca 3 kul dan ayat kursi selesai solat tp masalah ni masih berlanjutan. Umur saya sdh 28 tahun tapi masih tiada calon. Kalau ada tmpt utk mendapatkan rawatan, harap maklumkan.

      Delete
  19. Assalamualaikum,

    Saya ada masalah berkenaan dengan bekas teman lelaki yang masih belum mahu melepaskan saya walaupun saya sudah bertunang dengan lelaki lain.Kami berpisah sejak setahun yang lalu kerana saya sudah tidak tahan dengan perangainya yang panas baran dan suka mengongkong.Sekarang dia semakin menjadi-jadi sehingga dia mengugut tunang saya dan saya sendiri,malah dia pernah memberi ancaman ingin menclik dan merogol saya.Saya risau dia akan bertindak membuat sesuatu diluar jangkaan.Saya ingin meminta tolong ustaz bagaimana nak mengatasi masalah ini?
    Ada doa-doa yang boleh saya membaca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Nasihat ustaz, cubalah cari jalan untuk mengelakkan diri dari dia.
      Jika berlaku lagi ugutan di atas, berbincanglah dengan keluarag anda untuk membuat laporan Polis untuk menjaga keselamatan anda.

      Delete
  20. salam ustaz sy bumur 27 tahun..bmimpi ular bwarna itam 3 kali..kerap sendawa n dalam badan tlalu bnyk angin..lenguh2 n sakit2 badan..adakah tanda2 terkena sihir pelalau???

    ReplyDelete
  21. Assalam Ustaz...dekat mana boleh dapatkan rawatan ni? di KL @ Selangor..

    ReplyDelete
  22. Assalam ustaz..sy pernah bermimpi didatangi 2 ekor ular tedung..salah sesekornya hendak mematuk sy tetapi sy sempat menangkap kepalanya dan sy genggamkuat sehingga ular itu mati...apakah maksudanya ustaz..kene sihir ke?mimpi tersebut...adakah berkaitan dengan jodoh, kerana baru ini ade seorg teman lama ingin melamar...namun sy telah membuatnya trtunggu smpi 1 saat dia dah rasa sakit hati dan meninggalkan saya...bkn itu saja...die terus berkahwin dgn pilihan ibunya dlm tempoh itu juga....Allah saja yg tahu betapa saya merana...ini kerana saya juga merupakan ibu tunggal yg susah..niat di hati mmg mahu berkahwin dgnnya....tp kerana terlewat memberi jwpn sy ditinggalkan..

    ReplyDelete
  23. Assalam ustaz..sy pernah bermimpi didatangi 2 ekor ular tedung..salah sesekornya hendak mematuk sy tetapi sy sempat menangkap kepalanya dan sy genggamkuat sehingga ular itu mati...apakah maksudanya ustaz..kene sihir ke?mimpi tersebut...adakah berkaitan dengan jodoh, kerana baru ini ade seorg teman lama ingin melamar...namun sy telah membuatnya trtunggu smpi 1 saat dia dah rasa sakit hati dan meninggalkan saya...bkn itu saja...die terus berkahwin dgn pilihan ibunya dlm tempoh itu juga....Allah saja yg tahu betapa saya merana...ini kerana saya juga merupakan ibu tunggal yg susah..niat di hati mmg mahu berkahwin dgnnya....tp kerana terlewat memberi jwpn sy ditinggalkan..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum ustaz..
    Saya pernah bertunang tetapi putus..mula2 sya syg kn tunang sya dan dlm msa yg sma sya bnci tunang sya..sya memng ada ganguan tetapi sya tk pasti adakah sya terkena sihir pelalau atau tidak..sya berumur 43 thn msh bujang n berhasrat nk kwin akan tetapi takut nk cari pasangan..kerana tkut sya akan berubah hati..seperti yg sya pernah alami..suka seseorg p pasangan sya tk suka dan sebaliknya..sya akan jdi tkut apabila org yg bersungguh nk mengawini sya...sya harap dgn keterangan sya ni dpt membantu menangani masalah sya.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum ustaz.sy xthu smada sy trkne simpton tu @ x..llki yg nk mrisik sy n bcdg nk kwen dgn sy bln 1 nie,tbe2 x jdi dgn alsan y x mnsabah..mle2 sy fkir blom jdoh sy lgi.lpas tu,,sy knl dgn llki lain.ape yg sy prsan,Ade yg sy ske,,dia x ske sy.Ade yg bria kt sy,,sy tlok mntah2.suatu hri slps solat asar,tbe2 suara sy lain.. Sy seolah bckap dgn makhluk dlm bdn sy sdri.dia ckup mrah sbb sy xpndg dia pdhl dia btol2 ske kt sy..sy xthu smada ia sahih atau x..tp sy dpt rse pbualan sy tuu,,mmg Ade kne mgena ngn dia n dia thu dgn spe sy bhbg.dia thu sy bkal bkhwin..sbb tuu dia cpt2 pisahkn sblom pkra tu tjdi..sblom nie sy mmg prnah bmmpi jtuh dr tmpat tggi n drasuk..n 1 Lgi,,sy mmg prnah tkne Shir yg mlibatkan ahli kluarga..tp xthu laa nie adlh org Sme atau llki yg sy mksdkn td tu..klu btol,,mcmne nk smbuhkn pelalau ni ye..mkasih ustaz

    ReplyDelete
  26. Salam.

    Ini sekadar pandangan saya. Mengenai bau-bauan, samaada wangi atau busuk, apa yg perlu "kembali segala urusan kpd Allah."

    Jika dirujuk Alquran dan Sunnah,tanda2 wangi ada mengelasanya (berdasarkan pengalaman).

    Jika berbau sewangi kasturi yg amat tajam, disekitar kita terdapat tanda kehadiran para malaikat. Jika terbau wangi dan bangkai, nasihat saya (usahlah bersangka-sangka) tanpa ilmu. Kerana kita senantiasa diujiNya. Dan sudah pasti, "mengembalikan segala urusan kpd Allah yg terbaik".

    Kadang2, gangguan2 ini disebabkan oleh Qorin jin kita.Kekadang itu dari Iblis dan keturunannya. Semuanya berlaku "atas izin Allah".

    Yg perlu kita takuti, kenapa Allah swt "mengizinkan perkara itu berlaku (gangguan)" kerana pastinya Allah ingin tahu siapakah yg benar2 muklis bila diujiNya.

    Kita perlu ingat, Allah hanya melindungi org2 yg beriman dan bertaqwa. Surah Al-Baqarah ayat 2-3 perlu dihayati.

    Ketahuilah, kita PASTI diujiNya. Ketahuilah, kekadang kita ini dikirimkanNya utk menguji iman dan diuji iman olehNya.

    Utk kes meracau (hasutan syaitan), sila baca surah Al-Baqarah ayat 270-280. Hanya mereka yg memahami ayat ini adalah "ahlul zikri" yg mana diterangkan pada ayat yg sebelumnya 269 (ilmu hikmah).

    Cara terbaik utk mendapatkan perlindungan Allah adalah dgn membaca Surah AlBaqarah dari awal ayat hingga habis. Dan baginda Rasullullah mengingatkan, Allah akan memelihara seseorg itu dari gangguan syaitan selama 3 hari (termasuklah sihir).

    Wallah Hu'alam

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum... Saya ada ptanyaan.. Sebenarnya saya kurang percaya dgn benda sebegini sblm ni.. Tapi baru2 ni kakak ipar saya ada menegur saya bhwa saya seperti tidak punya perasaan thadap lelaki mlalui pwatakan saya. Saya sememangnya ada perasaan untuk mendirikan rumah tangga pada masa hadapan. Tetapi masalah yg saya sering hadapi apabila lelaki mengatakan mereka ada hati terhadap saya, saya akan mula membenci mereka dan menjauhkan diri daripada mereka.selain itu, saya juga sering tidak selesa sewaktu tidur malam, sentiasa rasa gundah.. Kak ipar kata saya MUNGKIN tkena sihir dan kerana itu jg rezeki sya sperti thalang, saya juga rasa pelik kerana sllunya tidak seperti ini... Saya tahu rezeki dan jodoh adalah rahsia Allah... Sya cuma nak tahu pendapat dan apa yg harus sya lakukan. Terima kasih..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum.

    Ustaz, apa amalan terbaik untuk saya amalkan? Saya ada masalah kelewatan jodoh. Umur saya dah 30 tahun. Sampai hari ini, masih lagi ada yang ingin berkenalan tapi kenal dalam masa 3 bulan, senyap.. Kalau dikira, dah berbelas2 orang saya berkenalan dan hampir bertunang, tapi macam ada halangan. Saya rasa macam tidak yakin nak berkenalan ngan lelaki buat masa sekarang. Dah tak ada nafsu nak kahwin. Memang dalam tempoh berkenalan, saya buat istikharah. Dulu saya ingatkan ini jawapan daripada istikharah saya. Saya sentiasa berlapang dada dan redha mungkin saya tiada jodoh. Tapi saya pelik kenapa dah banyak kali saya berkenalan ngan lelaki tapi xpernah berpanjangan sampai ke bertunang atau berkahwin.

    Sejak kebelangan ini.. Ibu saya yang banyak bagi dorongan dan membawa saya berubat.Dah banyak tempat saya berubat.. Rata2 mendapati saya kena sihir.. Ada 2,3 tempat je, ustaz yang berubat saya cakap tak ada apa2 pun.. Bila pergi tempat lain.. Ustaz cakap ada benda lain pada tubuh saya. Saya ada belikan gel mandian bidara, garam bukit yang dah dibaca ayat ruqyah. Saya bingung.. Kejap ada kejap xde. Benda tu masih lagi menumpang pada tubuh badan saya. Kerap juga mimpi benda pelik.. Mimpi ular, mimpi dukung baby, mimpi terjun dari tempat tinggi..

    Ustaz, bantu saya.. Tak ada sorang pun hamba Allah yang bergelar manusia yang ingin bersendirian tanpa pasangan.

    ReplyDelete
  29. Masalah awak lebih kurang macam saya. dah byk kali berkenalan dgn laki. rata2 dalam 3 bulan je..lepas tu putus. yg paling ketara baru2 ni. lepas bawa jumpa mak, terus menghilangkan diri. macam2 alasan dia bagi. mulanya dia la beriya nak jumpa family. nak kawin cepat. selalu kirim salam kat mak.

    saya selalu mimpi kena kejar. kena kejar penjahat, kene tikam dengan pedang oleh askar china/jepun. kene tembak. kena kejar hantu - pontianak/zombie. selalu mimpi terbang macam burung. sambil2 terbang tu kena kejar dgn hantu. selalu kena tindih. makin pegi berubat, makin hari2 kena kalau tidur malam lupa baca fatihah+qursi+3qul. ada 1 masa masa tidur tu terjaga..kaki dan tangan rasa kebas. tangan ni bergerak sendiri..tak boleh control. tangan rasa kebas.

    penah beli gel mandian bidara, tapi macam takde ape pun. bila minta org scan, katanya ada org bunian suka. dia bagi pelalau. tiap kali lepas pegi berubat dan mandi limau, esoknya badan sakit2. rasa lenguh+bisa2

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Ustaz.

    Saya, Anis dari Kajang. Saya ada masalah dalam soal jodoh.

    Pada tahun 2013, Saya ada kenal dengan seorang lelaki. Kami berkenalan sudah lima tahun. Kami sepakat untuk berkahwin tetapi bila kawan lelaki saya mahu berjumpa dengan Saya atau keluarga Saya ada sahaja halangan. Kami selalu bertengkar mengenai soal itu. Setelah Lima tahun perkenalan, baru saya dapat tahu bahawa dia telah disihir dan diikat jodohnya. Kawan lelaki saya itu telah mendapat rawatan namun ada sahaja musibah di pihak yang merawatnya.

    Saya tidak tahu macam mana lagi untuk buat. Sampaikan kawan lelaki saya itu hampir hilang nyawa disebabkan sihir.

    Saya memohon agar Ustaz dapat membantu saya dalam menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum ustaz,

    saya ada terbaca tanda2 terkena sihir pelalu di atas.. saya sering mengalami benda2 mcm tu seperti mimpi buruk, kedengaran bunyi2 pelik atas rmh susah tdr mlm dan mcm2 lg.. saya dh bertunang dgn tunang saya sejak 2011 lagi tapi tiap kali kami rancang nak bernikah hujung tahun tiap kali juga tertunda.. dan x pernah ada persiapan utk bernikah.. saya baru tahu yang ada sihir pelalu..untuk restu ibubapa dari kedua belah pihak tiada masalah semuanya merestui hububgan kami.. tetapi setiap tahun bila masa nak rancang utk bernikah hanya kata2 tapi tiada persiapan sehingga saya hilang rasa teruja nak bernikah dan sekarang bila org sekeliling tnya bila nak nikah saya jd mcm org gila yg stress dgn soalan2 mcm tu..

    sekang saya buntu dan tak tahu nak berbuat apa.. hanya menanti setiap tahun datang dan berlalu pergi...

    ReplyDelete
  33. Apa yang harus dilakukan jika seseorang merasa terkena sihir pelalau, dan bagaimana cara meminta pertolongan dari yang arif? visit Telkom University

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG