FOLLOWERS

Sunday, June 20, 2010

INFO DAN KAEDAH RAWATAN PENYAKIT SUSAH KENCING: Salah satu penyakit pada ginjal. (As-Syifa' Melaka:013-2006363)

APA DIA GINJAL? Ia adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah tulagn belakang bawah sedikit kepada rangka tulnag rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut:
1) membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah
2) menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain
3) menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang

APAKAH YANG AKAN TERJADI APABILA GINJAL MUSNAH?

Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ´dialisis dijalankan´

APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL?

Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan ginjal yang terlibat. Penyakit ginjal termasuk:
1. infeksi saluran kencing
2. saluran kencing tersekat, misalnya batu dalan ginjal, cysts dan lain-lain
3. tekanan darah tinggi (hypertension)
4. Glomerulonephritis
5. Nephrosis
6. lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.

TANDA-TANDA AMARAN PENYAKIT GINJAL

1. kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
2. kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
3. mengeluarkan kencing berdarah
4. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
5. kesakitan bahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
6. tekanan darah tinggi. Jika terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.

KENCING BERCAMPUR DENGAN DARAH KENCING BERDARAH -

Sama ada sakit atau tidak - Sama ada kencing berdarah itu pekat atau tidak- Sama ada kencing berdarah itu berlaku sekejap--- Sekejap atau berterusan semasa kencing- Sama ada kencing berdarah itu mempunyai darah beku atau tidak- Sama ada kencing berdarah itu berlaku pertama kalinya ataupun sudah beberapa kali. Adalah penting perkara ini disiasat.
JANGAN BIARKAN IANYA BERULANG, BARULAH HENDAK BERJUMPA DOKTOR

APAKAH PERKARA INI SERIUS?

Ya, ada kemungkinan telah berlaku kerosakan serius didalam buah pinggang atau pundi-pundi kencing dan amatlah mustahak ujian-ujian dan pemeriksaan dilakukan secepat mungkin. Di sebaliknya pula, ia mungkin satu jenis jangkitan yang hanya perlu dirawat dengan antibiotik sahaja.

APAKAH YANG DOKTOR ANDA AKAN LAKUKAN?

Mula-mula ia akan bertanya anda samaada terdapat gejala-gejala seperti sakit atau susah semasa kencing. Selepas itu ia akan melakukan satu pemeriksaan fizikal yang sempurna. Satu contoh air kencing akan diperiksa dan ujian lanjut perlu diadakan berdasarkan perubahan-perubahan yang terdapat pada contoh air kencing itu.

APA YANG BERLAKU SELEPAS INI?

Sekiranya doktor anda berpendapat bahawa ujian-ujian tambahan perlu diadakan maka salah satu daripadanya adalah mengambil Xray buah pinggang dan pundi-pundi kencing anda. Ujian ini dikenali sebagai Intravenous Pyelogram atau Urogram (IVP atau IVU). Sekiranya ia mengesyaki yang pendarahan berlaku dalam pundi-pundi kencing anda satu pemeriksaan Cystoscopy perlu diadakan. Ini dilakukan dengan menggunakan satu alat khas untuk melihat ke dalam pundi-pundi kencing, biasanya pesakit akan dibius menggunakan gas. Sekiranya doktor anda mengesyaki ada pendarahan berlaku dalam unit-unit penapisan microscopic buah pinggang, sedikit ´tisu´ buah pinggang adalah perlu diambil dengan menggunakan jarum khas (kidney Biopsy) untuk menentukan diagnosa keadaan ini.

SILA AMBIL PERHATIAN:

Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, dapatkanlah nasihat doktor secepat mungkin dan ikutilah segala nasihat-nasihatnya. INFEKSI SALURAN KENCING Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh para doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar ´infeksi´ pundi-pundi (cystitis”)jika bacteria terdapat di pundi-pundi atau infeksi ginjal (pyelonephritis) jika bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)

TANDA-TANDA AMARAN PENYAKIT INFEKSI SALURAN KENCING -

Kanak-kanak yang kencing dalam tidur - Buang air kencing dengan kerap- Sakit dan rasa pedih ketika buang air kencing- Demam dan rasa seram sejuk- Sakit atau lenguh di belakang dibawah tulang rusuk

APABILA RAGU-RAGU MINTA NASIHAT DOKTOR FAKTA-FAKTA BERKAITAN DENGAN INFEKSI SALURAN KENCING

Kanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi saluran kencing- lebih kurang 80 kali ganda daripada kanak-kanak lelaki Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap infeksi saluran kencing mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah dari kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air kencing juga mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal).

Kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran kencing mesti dibawa ke doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi di masa kanak-kanak. Infeksi saluran kencing adalah salah satu sebab penting mengakibatkan kerosakan tetap ginjal bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, infeksi saluran kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang biasa jarang sekali membawa kerosakan ginjal.

PENGUBATAN INFEKSI SALURAN KENCING

Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan. Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap kencing. Kepada kebiasaannya doktor akan memeriksa anda sekali lagi untuk menentukan yang infeksi telah dirawat dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran kencing disyaki tidak normal. ´.

ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG

1. sakit atau susah bila kencing

2. kencing lebih kerap terutama di sebelah malam

3. kencing yang bercampur dengan darah
4. bengkak di sekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki terutama bila berlaku pada kanak-kanak
5. sakit di sebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah pinggang)
6. tekanan darah tinggi

Penyakit susah kencing jugak boleh diikhtiarkan melalui kaedah pengubatan Islam. Bersama ini dikongsikan cara serta kaedah pengubatan As-Syifa' Melaka, mudah-mudahan dapat memberikan sedikit ilmu tambahan kepada semua pengunjung.

DOA-DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Al-Hasyr : Ayat 21-24
4. Al-Baqarah : Ayat 60
5. Al-Haqqah : Ayat 14
6. Al-Waqiah : Ayat 5

BAHAN RAWATAN

1. Air mineral
2. Sedikit Beras
3. Sedikit Kemenyan atau
1. Serai Wangi (15 batang)

KAEDAH RAWATAN

Dibacakan semua doa di atas kepada bahan-bahan rawatan. Kemneyan dan beras hendaklah direndamkan semalaman dan diberi minum kepada pesakit pagi dan malam selama tujuh hari. Manakala bagi penggunaan serai wangi pula, hendaklah direbuskan tiga batang setiap kali rebusan dalam sebekas periuk sehingga kering separuh daripada air rebusannya. Kemudian dibuat minum semasa air rebusan suam pagi dan malam. Ulangi rebusan untuk tiga batang lagi dan melakukan cara minuman yang sama, dan seterusnya sehinggalah habis.

As-Syifa' Melaka : 013-20063636

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG