FOLLOWERS

Wednesday, June 9, 2010

KAEDAH-KAEDAH MERAWAT PESAKIT : Petikan Rencana Mingguan Malaysia Tahun 1995 Oleh TG DATO' DR.HARON DIN

Terdapat empat kaedah penting dalam urusan merawat pesakit. Kaedah kaedah tersebut ialah: psikolo­gi, ikhtiar, rawatan sendiri dan doa.

1. PSIKOLOGI

Tidak kira sama ada kesakitan itu terjadi disebabkan kecederaan fizikal atau gangguan mental, termasuk gangguan jiwa atau fikiran, memahami psikologi manusia itu penting. Bagi pesakit yang mengalami gangguan jiwa yang bukan berpunca daripada gangguan makhluk halus, ketenangan jiwa bagi mereka itu perlu. Gangguan mental yang berpunca daripada keretakan rumah tangga. tekanan tempat kerja, kesedihan kerana kemalangan dan sebagainya, pesakit perlukan orang yang memahami jiwanya.

Ada pesakit yang boleh terlepas daripada penderitaan jiwanya dengan meluahkan apa yang yan terbuku di hati kepada orang-orang tertentu. Ada kalanya ia perlu dijauhkan atau dipisahkan daripada mengingati sesuatu yang menjadi punca sakitnya tadi, mungkin dengan mengambil cuti dalam masa tertentu atau sebagainya.

Dari sudut pandangan pesakit, seseorang yang mem­inta rawatan dari pada perawat perawat yang menggu­nakan kaedah ini, pesakit perlu mempunyai keyakinan pada dirinya sendiri, iaitu ia mempunyai keyakinan bahawa sakit yang sedang dideritainya itu boleh sembuh. ia perlu mempunyai keyakinan bahawa rawatan yang diberi itu boleh menolongnya untuk menyembuhkan sak­itnya.

Keyakinan yang padu boleh menjadikan seorang pesak­it itu merasa lega biar pun hanya dengan bertemu muka dengan perawat, ditambah Pula dengan peluang berbual, meluahkan penderitaannya, juga sentuhan tangan keatas anggota tertentu yang dilakukan oleh perawat. Keyakinan boleh meringan atau melupakan rasa sakit yang dirasai oleh seseorang biarpun sakitnya masih ada, yang bererti bahawa tekanan terhadap jiwanya selama ini telah berkurangan. Keyakinan yang ada pada pesakit jenis ini boleh memberi manfaat pada dirinya.

Perlu berikhtiar

Di zaman mutakhir ini banyak pesakit dikecewakan oleh perawatnya dengan menyatakan kepadanya bahawa penyakitnya sudah tidak lagi boleh diubat. Harapannya untuk sembuh amat tipis. Tidak ada ubat, dan yang lebih mengecewakan lagi apabila ada perawat yang secara terang-terang memberitahu pesakitnya bahawa dia hanya boleh hidup tiga bulan atau enam bulan sahaja lagi.

Apabila berlaku keadaan seperti itu psikologi pesakit sudah runtuh. Keadaannya sudah menyerah kepada takdir tanpa ada minat untuk berikhtiar. Psikologi melawan penyakit sudah tidak ada. Pesakit hanya menunggu masa untuk mati.

Sepatutnya masalah putus asa dalam perubatan dan memberitahu kepada pesakit bahawa dia sudah tidak ada harapan untuk hidup dan seumpamanya, tidak wajar dia­malkan oleh mana mana perawat. Manusia hanya berusaha. Yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. bukannya manusia.

Apa yang perlu ada pada pesakit ialah keyakinan boleh sembuh. Tetapi apabila dirawat ia tidak sembuh, maka itu adalah persoalan lain. Manusia perlu berikhtiar dan mempunyai keyakinan diri. Banyak orang yang berikhtiar berubat tetapi penyakitnya tidak sembuh. Sebaliknya banyak pesakit yang dijangka umurnva hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi, tiba-tiba orang berkenaan sembuh dan sihat, sedang yang merawatnya tadi mati lebih dahulu daripadanya.

Mengikut kaedah rawatan ini, kita amat yakin bahawa semua penyakit ada ubatnya. Kerana Allah S.W,T tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan ubatnya tidak mengira pesakit itu amat tenat atau tidak.

Kita diajar oleh Rasulullah S.W.T yang antara lain menyuruh kita membaca surah Yasin ketika menhadapi pesakit yang sedang seolah-olahnya hampir meninggal (nazak) bagi menyatakan, bahawa ikhtiar berubat masih diteruskan, walaupun dengan membaca Yasin.

Amat banyak pengalaman kita yang berhadapan dengan pesakit yang telah diarahkan untuk dibawa balik ke rumah, sesudah semua usaha perubatan yang dilakukan tidak memberi kesan. Sampai di rumah surah Yasin dibaca dan diikhtiar secara kaedah ini, Alhamdulillah pesakit tadi tiba-tiba beransur sembuh dan pulih.

Berdasarkan kepada pengalaman tersebut perawat dan pesakit hendaklah sentiasa meyakini bahawa setiap penyakit, insya-Allah boleh disembuhkan. Jangan putus asa. Bagi perawat, ia hendaklah sentiasa memberi keyakinan kepada pesakit bahawa penyakitnya, insya­Allah akan sembuh.

Perkara pertama yang boleh menolong menguatkan psikologi ialah rasa simpati, kesungguhan dan sifat ikhlas perawat ketika menjalankan usaha menolong pesakit. Sifat-sifat ini yang boleh memberi keyakinan pada pesakit untuk sembuh perlu sentiasa wujud dan dijaga setiap masa demi untuk keyakinan psikologi pesakit.

Selain daripada keikhlasan yang hakiki, layanan sama rata di antara pesakit, yang memerlukan khidmat kita tanpa mengira pangkat dan keturunan pesakit meru­pakan sesuatu yang perlu diutamakan dalam tujuan memberi keyakinan kepada pesakit.

Bukti keikhlasan itu dengan amalan nyata. Bersih hati kerana Allah. Bekerja kerana Allah. Mengadu, ker­ana Allah dan memohon daripada Allah

2. IKHTIAR

Menurut kaedah, rawatan ini ikhtiar adalah penting. Dalam usaha berikhtiar, perawat menyediakan diri mengikut urutan lazim seperti yang dijelaskan, iaitu dengan menggunakan air sebagai satu cara zahir menurut kaedah amalannya. dengan rangkaian doa dan ayat­ ayat tertentu, dan juga tumbuh-tumbuhan di samping pantang larang tertentu. Bagi pesakit pula, mereka perlu pergi menemui perawat untuk mendap­atkan rawatan.

Kehadiran mereka adalah satu ikhtiar, di samping menunjukkan sifat-sifat keyakinan terhadap kesem­buhan sakitnya dan keyakinan terhadap perawat.

Kerana itulah pesakit yang datang melalui wakil tidak digalakkan, kecuali pesakit yang teruk atau uzur. Pada hakikatnya sentuhan tangan perawat penting dalam proses berikhtiar mencari kesemhuhan daripada Allah S.W.T.

3. RAWATAN SENDIRI

Selain daripada doa yang dibaca oleh perawat, pesakit ada kalanya perlu diberi ayat avat dan doa-doa tertentu dalam usaha mengubati diri sendiri. Pesakit juga boleh memohon kesembuhan daripada Allah dengan cara sembahyang hajat. membaca Yasin dan sebagainya.

4. DOA

Selain daripada menggunakan air, doa-doa yang dipetik dari ayat ayat Al-Quran. hadis-hadis dan lain lain lagi digunakan dalam usaha memohon kesembuhan penyakit seseorang.

Doa adalah ibadah, iaitu satu pengabadian daripada seseorang hamba kepada Tuhannva. Allah akan meneri­ma doa hambaNya, cuma persoalannya ialah, sama ada doanya itu dikabulkan dengan segera atau lambat, atau disimpan untuk orang yang berdoa di akhirat. atau digu­nakan untuk menebus dosa dosa yang dilakukan selaman ini.

Nabi Musa A.S pernah bertanya kepada Allah mengenai masa yang terbaik untuk berdoa, supaya doa itu segera diterima. Allah

Allah menjawab:

Engkau hambaKu dan aku Tuhan mu,
bila saja engkau berdoa, nescaya aku terima.

Pertanyaan yang sama diulangi beberapa kali oleh Nabi Musa, lalu jawab Allah:

Berdoalah di tengah malam,
pasti aku terima biarpun doa itu
datang dari tukang penagih pajak cukai


Kenyataan diatas merupakan satu cara umum. Secara terperinci berdoa itu mempunyai tatatertib dan syarat syarat tertentu agar diterima Allah.

1. berdoa adalah ibadah kerana itu ia perlu dilakukan samaada ketika dalam kesenangan atau kesusahan. Keadaan ini juga memperlihatkan betapa eratnya hubungan atau ingatan seorang hamba kepada Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tarmizi menvebutkan bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda. maksudnya:

Siapa yang ingin doanya dikabulkan Allah Taala ketika dalam kesusahan, ia hendaklah banyak berdoa ketika dalam kesenangan

2. Apabila berdoa, seseorang itu hendaklah memperli­hatkan keazaman atau keinginan yang besar memperole­hinva. Sifat ini memperlihatkan bahawa doa itu bukan dilakukan hanva sambil lewa sahaja, di samping memper­lihatkan betapakah sandaran atau harapan seseorang terhadap Allah.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Uwanah dan Ibnu Hibban menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda, maksudnya: Jika salah seorang daripada kamu berdoa, ia hendaklah memperlihatkan besarnva keinginan untuk memperolehinva, kerana tidah satu pun yang diunggap besar oleh Allah.

Sebuah hadis riwayat daripada Ahmad daripada Abdullah bin Umar, mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda.

Wahai manusia, pintalah oleh kamu akan semua akan Dia dalam keadaan kamu semua penuh yakin dengan kemakbulan, bahawasanya Allah tidak akan memakbulkan doa daripada seorang hamba yang hatinya kosong lalai.

3. Menurut satu hadis riwayat daripada Hafizah bin MardaWaih, daripada Ibnu Abbas, katanya dia telah mem­baca sepotong ayat di hadapan Rasulullah. Tiba-tiba Saad Ibni Abi Waqs telah bangun dan berkata,

Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Ia menjadikan doaku mustajab.

Rasulullah menjawah: Hai Saad, jagalah soal makananmu, nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tangan-Nva, jikalah seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Dan siapa juga hamba yang baginva tumbuh dari makanan haram atau riba. maka neraka lebih layak baginva.

Nvata daripada hadis ini bahawa kesucian diri di sisi Allah itu adalah di antara faktor utama bagi kemakbulan doa.

4) Di antara hari dan masa, ada di antaranya yang lebih utama dari hari-hari dan masa-masa lainnya.

a. Menurut sebuah hadis yang diterima daripada Abu Umamah bermaksud: seseorang telah bertanya, wahai Rasulullah mana satu doa yang lebih didengar oleh Allah?
Jawab Nabi: Doa di tengah akhir malam dan, selesai sembahyang fardu.

b. Sebuah hadis diterima daripada Abu Hurairah meny­atakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda, maksudnya: Jarak yang terdekat antara hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud, maka perbanvakkanlah doa ketika itu.

c. Masa lain yang lebih sesuai untuk berdoa ialah pada hari Arafah, bulan Ramadan. hari Jumaat, antara azan dan kamat.

5. Rasulullah pernah mendengar seorang lelaki yang berdoa setelah tamat sembahyangnya tanpa memuji Allah dan mengucapkan selawat terlebih dahulu, baginda berkata bahawa orang itu begitu tergesa-gesa lalu dipang­giInva dan berkata kepadanya dan juga kepada orang lain yang maksudnya: Bila salah seorang daripada kamu berdoa, maka ia hendaklah memulakannya dengan membesarkan Tuhannya Yang Maha Agung lagi Mulia serta memuji atasNya, kemudian ia mengucap selawat atas Nabi S.A.W kemudian barulah ia berdoa apa yang ia kehendaki.

6. Berdoa hendaklah dengan sepenuh hati, rendah diri dan khusyuk dan tawaduk serta mengharapkan keredaar. Allah S.W.T. Suara vang dilafazkan terdengar antara bisikan dan nada perlahan.

Berdoolah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan tidak mengeraskan suara. Seungguhnyo Allah tidak, menyukai orang yang melampaui batas

7. Doa yang dipohon tidak mengandungi dosa atau sesuatu yang memutuskan tali silaturahim.

8. Kalimah kalimah doa yang digunakan hendaklah mengandungi pengertian yang luas, misalnya meminta kemaafan dan keselamatan di dunia dan di akhirat, dan tidak berdoa sesuatu yang buruk sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Rasulullah S.A.W bersabda mak­sudnya: Janganlah kamu berdoa buruk terhadap dirimu, juga terhadap anak-anak kamu, pelayan pelayan dan harta benda kamu. Jangan sampai nanti doa kamu itu bertepatan dengan sesuatu saat di mana Allah akan memenuhi permohonan, hingga doa buruk itu akan benar-benar terkabul.

9. Ulangi doa tiga kali kerana Rasulullah apabila berdoa ia gemar mengulanginya tiga kali.

10. Dahulukan doa dengan istighfar tiga kali, kemudi­an baru berdoa untuk diri sendiri setelah memuji Allah dengan berselawat dan akhir sekali barulah berdoa untuk orang lain.
Dipetik untuk disiar semula bagi tujuan dakwah ilmu.
Penulis: Dr Prof. Haron Din
Terbitan asal: Mingguan Malaysia 1995

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG