FOLLOWERS

Wednesday, June 2, 2010

AS-SYIFA' : PENYAKIT GATAL-GATAL KULIT (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)

Sakit akibat gatal-gatal di bahagian tertentu badan atau seluruh badan adalah disebabkan sakit fizikal dan juga akibat gangguan atau sihir dan sebagainya. Pesakit akan mengalami keadaan gatal yang ringan ataupun yang teruk umpamanya kulit akan menjadi berair, merah serta boleh menjadi luka atau bernanah pada masa tertentu. Pengalaman yang biasa dilalui ialah pesakit mengalami gatal pada waktu petang atau malam sehingga sukar untuk melelapkan mata.

DOA YANG DIBACA

1. Asas 10 (Al-Fatihah, Selawat Syifa',Lau Anzalnaa....)

2. Ayat-Ayat Syifa’

3. Bismillah Tujuh

4. Doa Syifa’

BAHAN RAWATAN

1. Daun Belimbing buluh ( tujuh tangkai )

2. Bedak Sejuk (sebotol/cup kecil)

3. Air Mineral (2 botol)

KAEDAH RAWATAN

Dibacakan semua doa di atas ke atas setiap bahan rawatan. Daun belimbing hendaklah ditumbuk halus/hancur dengan batu lesung atau di “blend”. Daun yang telah lumat dimasukkan dalam bekas/cawan, kemudian ambil sedikit anggaran satu sudu untuk dicampurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air mineral di atas sebuah pinggan/piring putih yang kosong.
Kesemua bahan hendaklah digaulkan sehingga sebati menjadi semacam bedak, kemudian sapukan campuran tadi ke seluruh tempat yang gatal pada waktu petang selepas asar dan masa sebelum tidur. Lakukanlah sehingga tujuh hari berturut-turut. Mengikut pengalaman lepas, insyaAllah penyakit gatal pada badan akan hilang jua. Amin.

As-Syifa’ Melaka : 013-2006363

103 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Saya memang ada mengalami gatal2 di bahagian tertentu pada waktu petang sehingga malam tapi tidak lah mengganggu tidur. Terima kasih atas article ini, saya akan cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga diberikan kesembuhan oleh Allah atas ikhtiar anda.

      Delete
  2. assalamualikum ustaz..
    minta keizinan utk mengamalkannya.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan, kita berikhtiar mencari kesembuhan.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.....
    saya menghidap gatal kulilt ni dah 3 bln..blh dikatakan hari2 gatal sehingga mengganggu rutin harian saya..saya dah berubat dimerata tpt..tp still gatal tak hilang..makin teruk adala...pernah ada ustaz yg cakap ada yg hantar 'benda' kat saya..dn telah di buang oleh ustaz tu..tp keaadaan masih sama w'pn dah dibuanng..hrp2 rawatan ni berjaya....trima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ingatlah anda hanya mampu berikhtiar dan ustaz atau perawat hanya menunjukkan jalan dan kaedah serta mendoakan, tetapi yang menyembuhkan ialah Allah SWT. Maka nasihat ust boleh teruskan usaha anda....inshaaAllah akan baik nanti. Amin

      Delete
  5. assalamualaikum...
    ibu saya ada mengalami gatal kulit di bahagian tangan. dah lebih 3 minggu gatal2 & dah merata klinik ibu saya pergi untuk dpt kan rwtn. ubat yg diberi semunya lebih kurang sama & doktor gtau gatal2 tu di sbb kan alahan. walaupun dh mcm2 ubt ibu saya guna, tapi gatal2 tu masih x sembuh. saya sbg ank sgt risau dgn keaadaan ibu saya & beharap dpt tlg dia. sy nak mintak izin untuk mencuba rwtn yg ustaz bg ni. semuga penyakit ibu saya akn cpt smbuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..saya pun mengalami masalah yang sama..akhirnya setelah mengkaji dan meneliti sekian lama akhirnya saya dapat simpulkan apa yang menyebabkan gatal ini terjadi(ini pglmn saya . jgn ikut dan tak semestinya berkesan utk org lain). Mula-mula ingat ada cacing jadi saya beli ubat cacing. jumpe doktor die kate elergik sedangkan saya memang takde elergik sampai sekarang umur 36. Kalau tengok bentuk sakit tu die tak konsisten maknanya macam gigit nyamuk bintat sana sini..jadi saya simpulkan ia kerana gigitan sesuatu yg tidak diketahui..akhirnya saya dapat satu cara..dah alang2 sakit kulit biarlah balun terus..ini cara terakhir saya..sakit ni kerana hama. hama yang kecil duduk dlm kulit dok gigit kulit kita dan jadilah mcm kena gigit nyamuk/serangga..nah..cara nak bunuh dia senang je..pegi kedai pet shop cari ubat mite/flea berasaskan herba dan sapu..biar dlm 10 minit lepas tu bilas. rasa gatal hilang terus..10 minit kemudian terus kulit jadi normal..itulah cara saya..ubat doktor tu bagi nak hilgkan kesan gatal bukan bunuh penyebab gatal tu..so terus bunuh jadi takdalah gatal lagi..suspect sebab dlm rumah ada kucing..slmt mencuba

      Delete
    2. Sakita gatal ialah sakit fizikal seperti contoh yang diberikan. Maka pada masa itu memadai menggunkan ubat doktor ataupun ubat sapuan biasa.
      Jika gatal disebabkan sakit fizikal dan jugak ada unsur gangguan, maka biasa yang berlaku, walaupun berjumpa doktor pakar atau telah lama berusaha, penyakit gatal tetap ada atau datang semula.
      Pada masa ini, kedua2 kaedah perubatan moden dan Islam amatlah diperlukan.

      Hanya Allah Maha Mengetahui.

      Delete
  6. Salam, Maafkan ust keran aterlalu lambat reply jawapan tuan/puan.

    Bagi penyakit gatal ini, jika anda telah berusaha berjumpa doktor dan pakar kulit tetapi keadaannya masih sama, maka berikhtiarlah dengan cara rawatan Islam. Boleh datang berjumpa ust untuk diikhtiarkan.

    Kaedah pertama yang perlu dilakukan ialah untuk mengetahui sama ada sakit gatal tersebut disebabkan juga oleh masalah gangguan, biasanya macam itu. Oleh itu anda boleh membuat temujanji bersama ustaz jika ada masa yang sesuai. Boleh hubungi ust pada bila2 masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum w.b.t..sy mengalami masalah penyakit gatal kulit hampir 10 tahun.tp x sembuh2 jgak...boleh sy berjumpa dgn ustaz???

      Delete
  7. Salam,

    Intan, Mizan, Kak Eiza dan Princess-Nia,

    Berikhtiarlah segera demi mencari kesembuhan dengan izin Allah. Jika berhajat menggunakan kaedah dalam blog ini ust izinkan, cuma lebih baik lagi kita juga perlu tahu gatal itu sebab penyakit fizikal ataupun bercampur gangguan, sebab itu lebih baik juga berjumpa ust terlebih dahulu. Apapun, berusahalah, jika nak baik tak jumpa mana2 perawat /doktor pun penyakit akan baik, semua dgn izin Allah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Ustaz.

    Saya juga mengalami masalah yang sama. Yang mana muka saya merah-merah, bernanah, luka-luka kecil dan kadang kala terasa panas. Jika dilihat secara luaran, ianya seperti jerawat atau resdung. Masalahnya, pelbagai ubat telah saya guna, tapi tetap tidak menjadi. Kemudian, saya cuba berikhtiar dengan pengamal perubatan Islam. Alhamdulillah, ada kesan-kesan positif, namun ianya hanya sementara. Ianya mampu bertahan selama seminggu, kadang kala sebulan, kemudian muka saya akan mengalami simptom yang sama. Kadang kala, akibat terlalu banyak nanah di muka, apabila saya tidur, nanah dan darah akan melekat di sarung bantal. Ketika ambil wuduk juga, kadang kala terasa muka berdenyut-denyut. Kalau boleh, saya nak tau, ada tak ayat pendinding diri daripada serangan sihir? Kerana tiap kali saya berubat, kebanyakkan pengamal perubatan Islam akan cakap, " mereka (si penyihir) terus menerus menghantar sihir kepada saya, sebab itu saya susah nak sembuh. " .

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,ustaz saya mgalami gatal,naik merah dan bengkak,setiap hari naik,kadang2 waktu mlm,kdg2waktu ptg dan pagi.saya mula kena semasa nak bsalin anak ptama.smpai asaya mgandung anak kdua,gatal2 hilang skejap.slepas sbsalin anak kdua gatal2 tu kembali naik,bila jupa doktor katanye elergi.tp kdg2 makan benda tak gatal pon naik jgk.time gatal naik kt kepala.saya jd serabut sangat...dan skrg saya susah nak tidur.mata ngantuk tapi tak mahu lena juga.sampai pening kepala.klu tidur asyik tjaga je,saya tak tahu nak buat macam mane

    ReplyDelete
  10. bapa saya mengalami penyakit kulit yang pecah dan membengkak.ia terjadi diseluruh badan.penyakit ini menyebabkan bapa tidak boleh tidur malam dan rasanya sangat sejuk.terkena air boleh menggeletar hinggga pengsan.telah banyak pakar kulit saya jumpa tapi tak berkesan.ada berubat secara tradisional yg mengatakan penyakit kurung.kasihan bapa saya.minta pertolongan ustaz

    ReplyDelete
  11. salam..
    mohon kebenaran ustaz menggunakan ilmu di atas.
    saya kurang faham apakah ayat shifa dan doa shifa yang digunakan dalam panduan diatas.t/kasih

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...

    sy dh lama mengidap penyakit gatal2 kat bdn ni.tp dlm masa sebulan ni makin teruk,yakni bengkak2 besar,merah,panas dan gatal.sebelum tu naik bengkak kecil2 tp gatal yg amat smp mengganggu waktu kerja sy sbb terpaksa ambil mc.akibat dari tu tggl parut hitam seluruh bdn..bermcm2 ubat dan klinik sy pergi,tp masih sama jugak.sy kurang percaya ramai yg kata mungkin ada org hantar benda xelok pd sy,sbb sy xde musuh.cuma sy perasan penyakit ini kerapkali berulang..dh bertahun sbnrnye..smp skrg ni.cuma ambil ubat,injection kat klinik je,tp perubatan cara islam tak pernah cuba lngsung..utk pengetahuan ustaz sy pernh bermimpi ada org bg sy mkn hempedu ular,sy mkn..tp esk pagi nye bila sy nk sarapan rasa mcm nk termuntah sbb mcm msih terasa kat tekak hempedu tu..sy memg kerap mimpi mengenai ular.umah sy dikelilingi ular,ank2 sy dikellingi ular.org kata mimpi ular mmg benda tak elok.
    minta pertolongan ustaz bantu sy...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ustaz...

    Rawatan untuk gatal2 kulit ni terdapat di Pasir Gudang tak ?? atau hanya di Melaka sahaja ???

    ReplyDelete
  14. Salam. Sesiapa yang nak ambil maklumat dan sebagainya, dipersilakan. Bagi menjawab secara umumu, jika penyakit gatal anda telah bertahun lamanya dira wat dihospital atau klinik tanpa kesembuhan yang lam, ust cadangkan berjumpalah dengan perawat Islam untuk membantu anda. Jika ust balik Johor atau ada rawatan di Pasir Gudang, maka bolehlah berjumpa ust di sana. Hubungi 013-2006363.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum ustaz..sy minta izin utk mengamalkannya..

    ReplyDelete
  16. salam...ustaz sy m'galami gatal2 dan miang pd kulit dah beberapa bulan ni sehingga mengganggu tdur dan kje sy... ...dah byk cre perubatan sy lakukan.. tp tidak sembuh2,...dgn ini sya ingin meminta izin ustaz untuk sya mengamalkan cre rawtan tersebut..terima ksih ..wslam..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum.. ustaz sy mengalami gatal2 di bahagian tangan dn hampir melarat ke leher. sy ingin mencuba petua rawatan di atas ttp sy tinggl di asrama. jd sy tidak dapat mencari daun belimbing buluh. boleh x digantikan dengan yg lain?

    ReplyDelete
  18. Boleh tumpang tanya kalau untuk bangsa lain mcm mana caranya ye.....

    ReplyDelete
  19. Salam. Semuanya boleh mengamalkan kaedah yang diberi, cuma jika boleh bertemulah jugak ustaz kerana ustaz boleh mendoakan dengan bacaan yang berkenaan.

    Untuk bangsa lain pun tak menjadi masalah, kita hanya berusaha dan berdoa dan segala kesembuhan milik Allah jua.

    ReplyDelete
  20. Mengikut pengalaman, penyakit gatal kulit yang didoakan dengan kaedah ini banyak yang telah sembuh, kecuali ada 1 atau2 kes yang mana gangguan makhluk haus yang sangat kuat menyebabkan gatal-gatal lambat hilang sepertimana yg berlaku kepada satu keluarga di Johor.

    Bagi penyakit gatal kulit yang biasa, insyaAllah boleh diikhtiarkan.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum ustaz.. saya sebenarnya cari cara merawat gatal,, kawan saya pada mulanya kene sikit je,, mungkin persekitaran tempat kerja,, tapi lama2 merebak plak,, skrang ni tgk dia x senang duduk,, dia dah merawat di merata tempt, tapi tak hiang lagi,, muka dia pon mecam x berseri mungkin sebab gatal tu,, sekrg ni pula dia alahan makanan laut ,, dulu tak da,, saya harap boleh ambil dan minta dia amal cara yang ustaz beri,,

    ReplyDelete
  22. Mengikut pengalaman, penyakit gatal kulit yang didoakan dengan kaedah ini banyak yang telah sembuh, kecuali ada 1 atau2 kes yang mana gangguan makhluk haus yang sangat kuat menyebabkan gatal-gatal lambat hilang sepertimana yg berlaku kepada satu keluarga di Johor.

    Bagi penyakit gatal kulit yang biasa, insyaAllah boleh diikhtiarkan.

    Anda boleh menggunakan ayat serta doa yang dilampirkan dalam blog ini, cuma adalah lebih baik jikaa berkesempatan datanglah membuat rawatan dengan mana-mana ustaz sekalipun kerana dibimbangi penyakit gatal tersebut bercampur sekali dengan gangguan makhluk halus, bukan semata-mata penyakit fizikal.

    Berikhtiarlah untuk mencari kesembuhan.

    ReplyDelete
  23. Saya dan anak saya juga mengalami masalah gatal selama beberapa bulan. Saya sudah puas berusaha termasuk klinik,darussifa' dan sebagainya. Sehingga kini masih lagi belum berhasil.saya tinggal di Selangor sedangkan ustaz di melaka. harap ustaz dapat bantu saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikhtiarlah lagi sebab bukan ustaz sini yang menyembuhkan dan bukan ustaz sana yang menyembuhkan atau doktor mana-mana yang menyembuhkab, semua kesembuhan milik Allah jua.

      Yang penting ikhtiarlah selagi yg mampu. Boleh sms nama dan alamat tuan/puan, manalah tahu jika ustaz ada urusan di KL, bolehlah kita ikhtiarkan.

      Delete
  24. assalamualaikum..ustads sy jg mengalami gatal2 pada lengan dan kaki dari kecil samapi skr,,sy ingin mencoba pengobatan diatas tapi sy tidak tau selawat syfa itu apa, ayat2nya apa dan doanya juga apa! mohon penjelasannya, terimakasih sebelumnya

    ReplyDelete
  25. as salam. ayah saya mengalami gatal gatal hingga tumbuh biji bije merah seperti jerawat. kadang kadang terasa miang. bila berpeluh makin teruk gatalnya. dah banyak kali menerima rawatan di hospital dan klinik klinik. pada mulanya kemerahan tu hilang . tetapi lepas 1 minggu gatal gatal tu datang semula. bolah tak ustaz beri pandangan tentang penyakit gatal gatal ni.

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum ustaz..saya nak minta izin kaedah ni pula..sy memang dah bertahun gatal2 badan lepas asar sampai malam....cuma baru 2 minggu lps saya berubat dgn seorg ustaz dan beliau mmberitahu bhw saya skluarga telah disihir d rumah dan tpt kerja...sblm ni sy ada berubat dgn seorg ustaz,mandi dan minum air 7 kolah masjid selama 21 hari...dah elok...lps tu sy mimpi dukung bayi 2 org...sy sakit balik....saya berharap sangat semoga kaedah ni dpt menghilangkn gatal2 saya....wassalam...

    ReplyDelete
  27. aslamualaikum ustaz..saya mengalami kulit yang sensitif di mana bila saya berpeluh kulit saya mudah merasa gatal2,saya mendapat penyakit kulit ini ketika usia saya 12 thn dan kesemua ahli keluarga saya turut terkena penyakit kulit ini,tapi semua ahli keluarga saya telah sembuh sepenuhnya berubat cara tradiosional namun malang nya saya sorang saja yang belum sembuh lagi,yang pelik nya penyakit kulit ini bila terasa gatal 2 hari selepas itu sembuh tapi meninggal kan parut hitam di seluruh badan saya,adakah ini semua berpunca daripada gangguan sihir?

    ReplyDelete
  28. salam...ustaz, rawatan as syifa ni ade x area shah alam,selangor....
    sy mnghidapi penyakit kulit ni dh hmpir 10 thn....

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Ustaz... Saya seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an, telah mengalami gatal-gatal di seluruh bahagian badan selama lebih 5 tahun. Masanya ialah menjelang subuh dan menjelang maghrib, hampir setiap hari. Kadang-kadang saya terpaksa cuti sakit kerana muka dan mata bengkak-bengkak kegatalan. Walaupun digaru bagai nak "rak", tidak meninggalkan sebarang kesan di kulit saya melainkan satu dua parut kecil kerana saya garu hingga berdarah. Saya dah puas berjumpa doktor dan doktor pakar, tetapi masih belum nampak kesan yang berpanjangan. Rata-rata membuat diagnosis saya alahan. Nak kata alahan, tak makan apa-apa pun tetap kena gatal bila "masuk waktunya"... Ada juga emak bawa saya pergi mintak air penawar, tapi tiada kesan. hari ini saya baru terjumpa blog Ustaz ni dan ini memberi saya sedikit harapan untuk sembuh sepenuhnya... Harap benar ustaz dapat membantu. Jazakallah...

    ReplyDelete
  30. Salam ustaz...sy bru jer mengalami penyakit gatal tapak tangan dan tapak kaki.iaitu dari bulan januari 2013 sehingga sekarang.gatal2 bermula dari tapak kaki dan melarat pula di tapak tangan...sy dah pun berjumpa dgn doktor, jwpan yg di berikan adalh disebabkan alahan...beberapa ubat sy dah cuba tp tidak memberikan kesan...sekarang gatal2nyer smkin menjadi2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pnyakit kite samelah.sye p0n mngalami alahan yg ter0k pde awal twun 2013 dan dr. pule kte kmungkinan tgn sye akn mnjdi gatal2 dn brnanah spanjang hayat.ubt p0n sdah brpluh puluh sye telan tpi ttap same. tpi sjak sye amalkn petua ni, tgn sye mkin pulih.awak pun cubelah, mne tau bleh pulih sperti sdia kala ^_^

      Delete
  31. saya bersyukur dapat info ini, Allah temukan saya dgn blog yang penuh manfaat kepada semua.alhamdulillah

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum, ustaz ! sye mngucapkn ribuan terima kasih sbb sudi brk0ngsi petua ini.sememangnya,sye rase brsyukur sngat pabila temui bl0g ustaz.utk pngetahuan ustaz, sye mmang mngalami alergik dgn seafood,cume twun ni alahan sye mnjadi sngat ter0k.duit ibu dan bapa sye sdah byk kuar smata mata mau memulihkan tgn sye. nmun ia hnye sia2,shingge sye sndiri brptus asa.sdah brpuluh puluh ubt sye telan,ttapi ia tetap sama.shngge satu hari ,sye mndapat smangat dri rakan2. jgan brputus asa!! tbe2 sye nmpak bl0g ustaz, dan sye kmpulkn smue bhan.pada malam itu jga, sye sapu ubat trsbut d tpak tgn yg mule mau brnanah tu.sye spu hngge ke kaki. esk nye pule sye bngun pgi, sye mmang bet0l2 trkej0t.hebat bet0l kuase Allah! nanah yg brada d tgn sye smalam,sdah hlang!! lpas dri 2, sye pkai ubt 2 smpai abis. alhamdulillah, tgn sye mule baek. time kaseh bnyak2 ustaz, skarang bru sye bleh mkn tanpa gune sudu.. ^_^

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum ustaz....sejak kebelakangan ni sy mengalalami gtal2 yg teruk sgt...bl nk masuk maghrib je penyakit gtal2 ni akan naik 1 bdan...smpai bengkak2 bdan sy...yg hairannya...kesan merah2 yg gatal tu akan naik ikut kesan yg sy garu....sy dh buntu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Dicadangkan berikhtiar untuk membuat rawatan segera. Boleh terus menghubungi ust untuk temujanji ye ditalian 013-2006363

      Delete
  34. Mohon izin untuk copy artikel di atas, ..

    Wassalam

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum
    saya sering kena gatal² seperti gelegata tetapi saya selalu kena di bahagian kaki sahaja dan selalunya selepas mandi pagi dan petang. adakkah ini juga adalah gangguan makhluk halus??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Jika gatal yang dialami sentiasa berlaku pada waktu yang sama, kemungkinan terdapat unsur gangguan. Dinasihatkan berubat dengan mana2 perawat Islam untuk mendapat kepastian.

      Delete
  36. Salam ustaz, saya mengalami gatal2 di seluruh badan selama 2 minggu..sudah ikhtiar ubat klinik dan mandi air garam tapi gatal tetap x hilang...ibu saya ada cakap mungkin diganggu makhluk halus kerana rasa gatal itu akan datang setiap waktu lepas maghrib hingga la ke subuh..sehingga mengganggu tidur saya...siang hari pun gatal jugak tapi kurang sangat...minta tolong ikhtiar dari ustaz...utk pengetahuan ustaz saya tinggal di ampang, kuala lumpur dan sedang mengandung anak pertama...(wanie)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan perlu berjumpa dengan mana2 perawat Islam yang berada berdekatan KL atau tempat anda. Berikhtiarlah dulu, moga Allah memberikan kesembuhan untuk anda. Amin

      Delete
  37. Assalamualaikum Ustaz. Ada pertanyaan. Saya mengalami gatal2 yg agak teruk. Habis pinggang saya, ketiak, bawah peha, celah kelengkang gatal. Hingga bintik2 meah menjadi besar terutamanya di bawah peha dan keliling pinggang. Saya mohon share cara ubat tu. Kalau ustaz ada ke muar, mesej saya di no 019-7306064 (kamal).. Skrg ni saya bergantung dengan ubat sapu klinik n pil

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Lebih elok tuan wassap atau msg nama dan alamat penuh tuan....inshaAllah ust ajan info. Tq

      Delete
  38. as salam...ustaz kalau dtg putrajaya mohon beritahu..sy mahu berubat penyakit gatal kulit saya yg sudah bertahun ni...jazakallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon anda wassap atau message nama dan alamat di Putrajaya. InsyaAllah ada rezeki ke sana ustaz akan info.

      Delete
  39. Assalamualaikum, ustad, mohon izin menggunakan artikel di ats, ustad, saya ingin bertanya, adik saya mengalami kegatalan yang teruk, sbelum ini die mngalami kegatalan yang teruk, pd bahagian sulit dia, tetapi setelah mengamalkan mandi limau, yang telah dibacakan oleh ustad di batu pahat, gatal,telah baik, tapi baru - baru ini, ia kembali semula, tapi lebih teruk, kegatalan itu terjadi, start maghrib hingga ke malam, apabila adik saya bangun pagi, gatal itu telah baik, tetapi ia kembali semula start maghrib ke malam, sudah tiga hari berturut - turut dia mengalaminya, die kte ianya tidak gatal sangat pada mulanya, tetapi setelah tersentuh, gatalnya makin teruk, dan timbul macam kena ulat bulu dan semakin besar, bila iya baik, ia akan timbul di tempat lain pula. Mohon ustad, terangkan, adakah adik saya mengalami gangguan, die belajar di institut teknologi unggas masjid tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz nasihatkan agar adik puan untuk meneruskan ikhtiar perubatan Islam. Moga ia akan kembali sembuh seadanya dengan izin Allah

      Delete
  40. Assalamualaikum ustaz.. Sy ingin bertanyakan beberapa soalan pada ustaz.. Diharap ustaz dapat membantu saya dalam hal ini. Sy telah menghidapi penyakit kulit selama 10 tahun.. Mula sy ingat hanya kegatalan biasa.. Lama kelamaan menjadi semakin teruk. Seperti terkena gigitan serangga. Sekarang dah berair di tapak tangan dan kaki. Dah bermacam macam cara sy cuba untuk mengubati penyakit saya ini.. termasuk berjumpa pakar kulit Tetapi hasil nye tetap sama. Sekarang 1 badan dan muka telah terkena gatal2.. Saya harap ustaz dapat membantu.

    ReplyDelete
  41. Asalamu alaikum.. Saya mencoba me nyuruh mama saya mengamalkan ayat2 yg tertera di atas Dan mudah-mudahan beliau bisa sembuh Amin! Kasihan mama saya g bisa tidur SIANG MALAM ������

    ReplyDelete
  42. Salam ustaz, mohon ambil guna ilmu yg ustaz tuliskan

    ReplyDelete
  43. Assalammualaikum ustaz...sy ingin bertanya...suami sy mengalami gatal2 dibhgian badan,peha dan kaki...gatal2 dibhgian tersebut menyebabkan bintat yg besar2.adakalanya bibirnya akn membengkak dan selepas surut dibhgian bibir bhgian lain pula yg akn membengkak.lebih kurang 4thun lpas suami sy pernah mengalami keadaan begini tapi kmi xpernah melakukan apa2 rawatan dan keadaan hilang dgn sndrinya.setelah 4thun berlalu...baru2 ni suami mngalami keadaan seperti itu semula.adakah ini satu gangguan atau sebaliknya....sy mohon bantuan ustaz...terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Berdasarkan sedikit cerita puan, kemungkinan sakit gatal tersebut disebabkan gangguan ada jugak kebenarannya. Ust cadangkan puan bawalh suami berjumpa dengan mana2 perawat Islam yang diyakini untuk mencari kesembuhan sakit tersebut dengan izin Allah boleh sembuh nanti.

      Delete
  44. Lagi satu ustaz keadaan gatalnya disiang hari xberapa sgt tetapi lebih ketara diwaktu senja hingga malam...

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum, tumpang lalu ustaz, cuma rasa perihatin, seandainya ada yg telah habis ikhtiar penyakit gatal2 badan , boleh hubungi /sms / whtsup. wan 01115376147 untuk ikhtiar rawatan. BBST Sepang, Selangor. INSHAALLAH...

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum ustaz. Seperti yg lain saya mengalami gatal2 tp tkde bintat2 atau bengkak. Gatal seluruh bdn pd waktu mlm. Gatalnya mcm ikut salur darah. Cuma kt celah ketiak yg luka bila saya garu. Sangat tidak selesa. Saya akan cuba ikut cara rawatan yg ustaz cadangkan itu. Cuma masalah daun belimbing ni jelah yg susah kt mana saya nk cari sbb saya tinggal di kuala lumpur dan di kampung saya pun tkde pokok ni. Harap dpt membantu menyelesaikan masalah saya ini. Terimakasih ustaz atas perkongsian rawatan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah sy pon sme.. jd xslese...gtl tp xde bengkak atau bintat...

      Delete
  47. Sy jg alami gtl2 yg sma mcm ustz bgtaw kt ats tdi..bl mnjelang mlm,gatal smkin terok...muka dan bibir mnjdi kmbang,rsanya adakh gtl2 ni sbb alahan atau sbb gangguan bnda halus??mohon pnjelasan dr ustaz ye...tq.

    ReplyDelete
  48. Salam..samalah jg dgn shbt2 yg lain..gatal dtg tym mlm..sampai naik kat kepala..huhuhu...mmg pun ada unsur gangguan..sbb saya pernah dsantau..dat tym allah je maha tahu gatal tu teruk tahap kritikal mnjelang mlm..maghrib....mlm..dan ke subuh..hu

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum ustaz, sy mglami gtal2 sperti terkena ulat bulu.. tp mkn mase bbulan2.. dah mrate klinik sy pergi, x tau bpe kali kne injection n ubt da bpapan2, tpi tiada prubahan.. gatal2 tu cm terkena ulat bulu, n pnjg2 mcm kesan bgaru pn ade.. tp bukan sb bgaru..kkdg ble sy x tahan, tgaru la juga, tp akn mnjdi panas.. rse spti kluar wap panas.. ia mmgngu rutin harian sy bgitu juga wktu tidur...ia tkena sluruh badan.. apa yg ptt sy lakukan ye ustaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSalam. Penyakit gatal spt yang anda nyatakan biasanya bercampur dengan masalah gangguan. Ust nasihat agar anda berikhtiar dengan perawat islam yang berdekatan untuk didoakan. Jika ingin menghubungi ust sendiri, dipersilakan. Allah jua Maha Penyembuh

      Delete
  50. Salam ustaz
    Sy mengalami gatal2 hampir sama dgn kawan2 cerita di sini.mcm2 ikhtiar juga telah sy buat.rawatan moden hingga ke pakar kulit dan telah buat skin test.resultnya pula negatif.sy cuba rawatan islam di darusyifa.memang ada gangguan.sekarang masih dlm rawatan.setiap kali dirawat sy akan menanges tak berhenti.sy xpaham kenapa.setelah 5 kali rawatan masih tumbuh gatal2.ustaz tidak pula bgtau jenis gangguan yg sy alami.cuma ustaz minta sy selalu mengamalkn ayat kursi dan 3 qul.kadang semasa berzikir terimbas bayangan seorg lelaki sedang merenung sy dgn marah.kadang lepas solat juga rasa sebak dan menangis tak berhenti.sy tertanya2 sebenarnya apa yg terjadi kpd sy

    ReplyDelete
  51. Salam ustaz, saya nak tanya sesuatu boleh tak saya sihat semula dalam masa seminggu sebab saya ada peperiksaan

    ReplyDelete
  52. As salam ustaz.anak saya sering kali gatal2..saya pernah menerima rawatan secara islam..dimaklumkan ada gangguan pada anak saya.selepas dirawat keadaan anak akan sembuh dan berulang pada minggu berikutnya..perawat memaklumkan bahawa sekali dah terkena gangguan maka mudah untuk kena lagi.betulke?anak saya gatal2 bermula malam.kebanyakkannya dibahagian kepala.muka.dan lutut..pada masa yang sama jiran saya mempunyai saka yang menjaga rumah tetapi tidak menganggu kami.hanya Allah yg tahu.anak saya juga gatal apbila saya pergi ke kedai yang ada memakai pelaris.apa pandangan ustaz.

    ReplyDelete
  53. Sy mengalami gatal pd kaki tapak tangan dan teling menjelang magrib hingga tengah malam. Seperti dihurung nyamuk dan berasa panas. Dlm seminggu 2-3 kali terkena . Sy akan mandi air batu utk melegakan.sudah 4 tahun keadaan tetap sama. Sy harap lepas buat petua yg ustaz bagi dlm blog ni penyakit saya boleh terus sembuh. Sy pening kepala kalau fikirkan masalah saya ni. Sbb doktor dah mcn2 sy pegi dapat ubat tp tetap sama saja.

    ReplyDelete
  54. Sy mengalami gatal pd kaki tapak tangan dan teling menjelang magrib hingga tengah malam. Seperti dihurung nyamuk dan berasa panas. Dlm seminggu 2-3 kali terkena . Sy akan mandi air batu utk melegakan.sudah 4 tahun keadaan tetap sama. Sy harap lepas buat petua yg ustaz bagi dlm blog ni penyakit saya boleh terus sembuh. Sy pening kepala kalau fikirkan masalah saya ni. Sbb doktor dah mcn2 sy pegi dapat ubat tp tetap sama saja.

    ReplyDelete
  55. Salam. Sy mngalami gatal di leher yg truk selama 2 tahun dan tiada penawarnya. Pelbagai ikhtiar dilakukan. Belum jgk sembuh smpai skrg.

    ReplyDelete
  56. sy pun mengalami gatal2 teruk sejak kecil.. alhamdulillah.. skrg dah xde sakit gatal2 lagi... sy pun berubat dgn ustaz dan mengamalkan gel mandian bidara syifa yg telah diruqyah. kalau ada sahabat2 yg nak berikhtiar dgn cara ini, boleh pm sy 0189854991

    ReplyDelete
  57. saya mengalami gatal2 pada waktu pagi setiap hari dibahagian kaki mcm kelopak garam. bila pergi jumpa doc dia ckp ni allergic mungkin dari pemakanan kita tp sebelum xpernah ada masalah mcm ni

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum ustaz, sy nk bertanya. sejak 2 minggu yang lepas saya mengalami gatal2 di bahagian lengan dan juga lutut, yang peliknya gatal tu muncul pada waktu yang sama. Sama ad malam ataupun pagi. Gatal tu muncul seperti gigitan nyamuk. Makin digaru makin banyk. Adakah ia satu gangguan halus?

    ReplyDelete
  59. Sy dh lebih 5tahun ke gatal2 ni dikaki,mcm2 dh ubat cuba,mcm dia hidup dlm kulit,letak ubt dia tenggelam sikit,xlama keluar balik....gatal ya amat kalau berpeluh,hmmm

    ReplyDelete
  60. As salam Ustaz, bagaimana mahu hubungi Ustaz ya? Saya sejak bulan 5/2017 mengalami gatal gatal seluruh badan. Bukan seperti miang tetapi seperti digigit serangga dan bila digaru makin gatal. Kulit xda ruam tetapi kesan luka timbul selepas digaru bagai nak rak. Semasa awal, gatal gatal tersebut dtg x kira waktu. Namun selepas saya berubat perubatan Islam, (utk pengetahuan Ustaz saya dikatakan ada yg cemburu) gatal gatal tersebut masih ada cuma pada waktu waktu tertentu iaitu selepas zohor dan maghrib sehingga lah lewat malam. Habis satu badan berkudis akibat digaru namun tiada nanah. Kepala saya juga mengalami perkara yang sama sehingga gugur rambut yang teruk. Harap dapat membantu ustaz sebab saya mulai rasa prestasi tempat kerja saya mulai menurun. Saya sekarang di Putrajaya.

    Antara simptom lain yang saya alami:
    1. Sakit belakang (2 minggu mulai hujung April/2017,
    2. Sakit kaki kiri dan kebas tangan (selepas sai belakang sehingga sekarang)
    3. Hidung tersumbat
    4. Kulit kepala menjadi merah dan mula berkudis akibat digaru
    5. Gatal gatal seluruh badan (berkurangan selepas saya berubat pada bulan 8/2017 yang lalu)
    6. Pertengahan bulan 5/2017 saya mengalami sakit kepala yang sangat teruk 24 jam

    Pada tahun 2010 saya pernah kena santau dan muntah darah yg teruk lebih kurang 3 liter blood clog. Sekarang saya juga berulang alik ke hospital selain daripada berubat secara Islam.

    Tq.

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum ustaz..
    Sy pun sedang mengalami gatal gatal badan.dh dekat 3 minggu. Asal gatal dijari saje,kemudian dia menjadi lg teruk byk tempat..dh pergi klinik. Katanya alahan.. Dh injection..dh mkn ubat.. To masih lg mcm tu juga. Sy pun dh pantang mkn.. Masih mcm tu juga.. Ada pergi berubat secara islam. Katanya sy terlangkah benda. Sy dh pun minum air yg telah baca doa semua. Selepas 4 hari, alhamdulilah dh ok.. Kemudian selang sehari.. Sy dh mula balik rasa gatal, tp kali ni terlalu pedih, garu sikit je dh luka, pedih sgt.. Dh pergi berubat kali kedua, katanya masih ada lg benda tu.. Dh dua hari sy mgamalkan seperti yg disuruh sapu minyak bidara... Tp masih mcm tu juga.. Sy betul betul dilema.. Apa masalah sebenarnya sy ni?

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum,
    Dulu saya active bersukan tiada alergi Dan susah untuk dapat penyakit. Apa Yang saya perasan selepas saya putus hubungan dengan sorang wanita ini kulit saya jadi gatal gatal, Luka bernanah. Mula mula sikit je tapi setelah 1 tahun semua anggota badan saya ada nanah. Pergi pakar kulit Dr ko pun takde function. Harap sangat dapat tahu ini ada kena mengena dengan sihir atau tidak.

    ReplyDelete
  63. Saya mohon izin ustaz utk mengamalkan amalan di atas.

    ReplyDelete
  64. Salam ustaz anak saya nengalami gatal² malam saja lepas mandi mesti jadi tompok merah ad y sevesar ibu jari peg klinik dok. Ckp elergik..ni sekang ank sya y kecil pn dh mula gatal2 waktu malam mesti akan naik merah² tu

    ReplyDelete
  65. Assalamulaikum ustaz sye nk minta pencerahan dan pandangan ustaz sye setiap hari waktu menjelang maghrib dan waktu subuh badan sye akan keluar bintat2 gegata dan merah2 dan ada kalanya muka dan bibir sye bengkak. Bila sye mandi dgn gel daun bidara badan sye akan terasa benda bergerak2 melalui salur darah. Adakah dalam diri sye ini ada gangguan jin yg menumpang. Minta pandangan ustaz.

    ReplyDelete
  66. Apa bahan-bahan yang digunakan dalam pengobatan gatal-gatal pada kulit, dan bagaimana cara penggunaannya? visit Telkom University

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG