Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.
Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.
Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.
Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.
Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.
Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.
Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.
Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.
DUA SEBAB UTAMA SAWAN TANGIS IALAH :-
Pertama iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.
Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.
TANDA-TANDA ANAK MENANGIS DISEBABKAN GANGGUAN
Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.
Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.
Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :
ayat al-Kursi,
surah an-Nas
dan surah al-Falaq,
kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.
Petikan soaljawab Dato' Amran Kasimin dalam Utusan Melayu.
Suntingan diterbitkan semula As-Syifa' Melaka:013-2006363
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteadakah betul turutan bacaan tersebut surah annas dahulu barulah alfalaq? jika ya mohon diijazahkan.. terima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam sy nk tnye adakah bca semua surah al fatihah sje atau semua ayat yng ada di anytakan trima kasih
DeleteAl-Fatihah...bacalah kesemuanya bermula dengan Bismillah.........hingga selesai.
Deletesalam,anak saya sentiasa menangis tak kira malam atau siang menangis luar biasa sambil menjerit2 setelah pasang yassin baru dia berenti dan terus tertido.mohon penjelasan masalah ini
ReplyDeleteWslm. Masalah anak menangis malam ini hanya dilalui sebahagian ibubapa, anggaplah ianya sebagai ujian daripada Allah SWT. Puan boleh ikhtiarkan untuk menceari kesembuhan. Datanglah kepada mana-mana perawat Islam. Bagi ustaz sendiri, ustaz akan merawat puan dan suami serta anak sekali. Yang penting berikhtiarlah untuk sembuh.
DeleteAnak saya juga mengalami sawan. Setelah dibacakan azan 1 kali, surah al fatihah 7 kali, ayat kursi 7 kali n surah al falaq 7 kali, sekali sehari setiap hari sawan semakin kurang. Dibacakan ditelinga kanan. Dibaca masa nak tido mlm atau masa awal pg sebelum atau sudah bangun pagi. Insyallah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Suatu usaha dan amalam yang baik. Moga menjadi ikutan kepada sahabat blog yang lain. Allah Maha Penyembuh.
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteanak saya selalu mengamuk sambil menanggis berpanjangan. Keadaan ini brmula apabila anak saya sakit perut atas pusat seolah perut berangin. saya bawa anak ke klinik doktor kata takde apa² cuba angin tp biasanya anak saya kena selepas asar bawa ke pagi.
sekarang ni alhamdullillah sakit perut dah tak de selepas mandikan anak saya dengan air yang suami saya minta dengan seorang imam. tp mengamuk dan menanggis susah berhenti masih ada lagi. Anak saya juga sekarang susah untuk ditinggalkan di taska sedangkan sebelum ini saya hanya perlu menghantar dan terus berikan dia pada cikgu saja.
saya mohon panduan dari pihak tuan ada tak doa² yang boleh saya amalkan. terima kasih
Wslm. Nasihat pertama saya, puan dan suami perlu berubat dengan mana-mana perawat Islam sebab mengikut pengalaman Ustaz dalam kes anak-anak menangis dalam pelbagai ragam ini, biasayan ia sebagai SIGNAL supaya emak ayah si budak itu untuk berubat. Ikut pengalaman jugak, salah seorang atau kedua2nya sekali ada gangguan. Berikhtiarlah segera, anak2 itu ahli Syurga maka takde sebab syiatan nak menggangu dia tanpa sebab.
Deleteustaz, anak saya tiba2 sahaja menangis dan mengamuk tanpa sebab....saya agak tertekan dengan situasi ini....anak saya sejak lahir lagi sering menangis sehinggalah kini akan mengamuk tanpa sebab yang jelas. kenapa ustaz nyatakan ada sebab berpunca drpd ibubapa yng juga perlu dirawat. mohon penjelasan
ReplyDeleteYe, ustaz konsisten menyarankan agar anda sebagi ibu si baby dan suami untuk berubat, berikhtiarlah berjumpa perawat Islam terdekat. Moga hidup anda bersama si kecil akan ceria dan bahagia selalu.
DeleteAssalam ust.mohon dikongsi artikel ini.syukran.barakallah..
ReplyDeleteassalam wallaikum
ReplyDeletemakasih banget untuk info nya pak ustadz..
ya bener pak anak saya tiap malam nangis mulu
tapi berhenti sebentar ter tawa trus abies itu nangis lg
alhamdulillah insha allah dengan bacaan ini smoga bermanfaat bagi saya dan keluarga..amin...
Allah jua Maha Penyembuh
DeleteAs salam.
ReplyDeleteUstaz, bayi saya berusia 1.5 bulan. Sejak 5 hari lalu anak saya asyik menangis tengah malam dah akan reda menjelang subuh..tetapi semalam keadaan amat diluar batas apabila bayi saya mulai menagis bermula pukul 3 subuh tadi sehingga saya hendak pergi kerja.. saya kasihan melihat bayi saya yg keletihan disebabkan gangguan itu..mohon bantu ustaz..saya dan keluarga sangat risau bila menjelang malam.. Jazakallah.
Azan kan dalam rumah selepas asar. Buka pintu depan dan belakang. Kemudian
ReplyDeleteMohon share ustaz...
ReplyDeletemohon dijauhi gangguan ini kat anak kita semua. seram baca
ReplyDelete
ReplyDeleteInfo yang menarik. Sawan tangis memang mudah berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 2 minggu ke 4 bulan. Ia kerap menyebabkan ibu bapa menjadi risau. Kebanyakan kes sawan tangis berpunca daripada masalah penghadaman termasuk reflux asid dan perut kembung. Selain itu, ia juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus seperti yang diceritakan di dalam artikel ini. Good info Ustaz.
saya sokong Muhammad Akhbar bin Abdullah....Sawan tangis memang mudah berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 2 minggu ke 4 bulan. Ia kerap menyebabkan ibu bapa menjadi risau. Kebanyakan kes sawan tangis berpunca daripada masalah penghadaman termasuk reflux asid dan perut kembung.
ReplyDeleteselalunya kalau perut kembung saya bagi adik2 saya lactoberry yang bagus untuk perut, dan alhamdulillah 9 dari 10 yang cuba berjaya MELENYAPKAN TANGISAN ANAK mereka pada waktu yang tidak sepatutnya mereka nangis...p.m. saya nk dapatkan LACTOBERRY tu...0142348835
Assalam.. saya nak bertanya.. Ank saya usia 2 tahun setengah.. kerap menangis.. tegur dgn baik pn dia akan menangis.. semasa bayi nya, dier mmg bayi yg sangat kuat menangis sehingga kami habis ikhtiar.. apakah ini disebab kn gangguan? Ank juga belum boleh bertutur...
ReplyDeleteMalam ini anak saya menangis meronta2 hggakan tak tau apa nak buat tp Alhamdulillah ada blog ini saya membacanya & cuba azan ditelinga kanan & qamat ditelinga kiri terus senyap....minum susu & tidor.....Alhamdulillah
ReplyDeletePerkongsian ilmu yang baik dan byk membantu...insyaallah akan berguna utk sy...tk
ReplyDeletePerkongsian ilmu yang baik dan byk membantu...insyaallah akan berguna utk sy...tk
ReplyDeleteSelamat mencuba
ReplyDeleteSelamat mencuba
ReplyDeleteAnak saya kadangkadang kalau nangis smpai hijau bahagian misai dan bibirnya kadang paksa ditiup dan kalau sudah berhenti mengis macam terstop suara dia lemah tapi saya rasa jantung dia laju... Apakah penyebabnya
ReplyDelete