FOLLOWERS

Thursday, November 25, 2010

X-PDC RAWATAN ISLAM NOV. & DIS. 2010

JADUAL X-PDC RAWATAN ISLAM SEMPENA CUTI SEKOLAH.

(Sila hubungi saya untuk membuat temujanji ditalian 013-2006363)


          TARIKH
        LOKASI KHIDMAT RAWATAN ISLAM


27 Nov. 2011 - 6 Dis.2010
 Temerloh / Jerantut / Felda Gugusan Jengka 1-25

1 Dis.2010 - 3 Dis.2010


7 Dis.2010 - 8 Dis.2010

 Cameron Highlands 


 Kuantan / Pekan

9 Dis.2010 - 11 Dis.2010

Temerloh / Jerantut / Felda Gugusan Jengka 1-25

11 Dis.2010 - 13 Dis.2010

 Kuala Lumpur / Selangor

14 Dis.2010 - 17 Dis.2010

 Melaka

18 Dis.2010 - 21 Dis.2010

 Singapura & Johor

21 Dis.2010 - 24 Dis.2010

 Melaka

25 Dis.2010 - 29 Dis.2010

 Temerloh / Jerantut / Felda Gugusan Jengka 1-25
30 Dis.2010 - 2011

 Melaka



Nota : Jadual Tertakluk Kepada Perubahan.

Sunday, November 21, 2010

'X-PDC" RAWATAN ISLAM DI PAHANG BERMULA 27 NOV. - 30 DIS. 2010

Berikut dilampirkan jadual "x-pdc" khidmat rawatan Islam yang akan dilaksanakan di negeri Pahang Darulmakmur sempena cuti sekolah ini. Moga ikhtiar kita dipermudahkan Allah. Mestilah melalui temujanji dengan menghubungi saya ditalian 013-2006363.

1. "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI TEMERLOH"

Tarikh    : 27-30 November 2010 (Terbuka)
              : (27 di Felda Gugusan Jengka/28 di Masjid Kg.Pangsenam,29-30 dengan temujanji)
Masa     : 10.00 pg - 10.00 mlm
Lokasi   : Daerah Temerloh/Jengka/Maran/Jerantut
Nota      : Temujanji hampir penuh.

SIRI KE DUA pada 30 - 31 Disember 2010










2. "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI CAMERON HIGHLANDS"

Tarikh    : 1-3 Disember 2010 ( Rabu - Jumaat / Temujanji Sahaja )
Tempat  : Rumah Pesakit / Masjid Al-Hidayah
Masa     : 3.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi   : Cameron Highlands sahaja
Nota      : Sila buat temujanji dahulu. (Hub. 013-2006363)



3. "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI PEKAN"

Tarikh    : 7 - 9 Disember 2010 ( Selasa - Khamis )
Tempat  : Rumah Pesakit / Surau Taman Peramu Jaya 3
Masa     : 2.00 ptg - 10 mlm
Lokasi   : Pekan dan Kuantan
Nota     : Sila buat temujanji dahulu (Hub.013-2006363)

Nota : Sila pastikan anda membuat temujanji dengan menghubungi saya di talian 013-2006363.
As-Syifa' Melaka.




Monday, November 15, 2010

"X-PDC RAWATAN ISLAM DI JOHOR DAN SINGAPURA : 18 - 21hb NOV. 2010

Sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Raya EidulAdha maka suatu program yang dinamakan "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM 2010 anjuran AS-SYIFA' MELAKA" akan diadakan di negeri Johor dan Singapura pada 18 - 21 November 2010 yang akan datang.












Maklumat program adalah seperti berikut :-

Nama Program  : "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM 2010"
Tarikh               : 18 - 21 NOV. 2010 (Khamis - Ahad)
Masa/Tarikh       : Semua dengan temujanji sahaja
Perawat            : Md Zaini Zainal (As-Syifa' Melaka)
Temujanji         : Hubungi talian 013-2006363

Panduan Bahan Rawatan : Bagi penyakit gangguan makhluk halus, saka, sihir, jin dll, sila bawa limau nipis 21 biji dan air mineral 2 botol. Kanser,sila bawa kunyit putih jika ada atau kangkung liar secekak dan air mineral. Bagi penyakit atau hajat-hajat lain sila bawa air mineral 2 botol.
Kita hanyalah berikhtiar dan berdoa dan kesembuhan hanya dari Allah.

Sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi :-
As-Syifa' Melaka : 013-2006363
Md Zaini Zainal


Nota : Telah buat temujanji : F.Bukit Aping Timur Kota Tinggi, F.Air Tawar 4, F.Air Tawar 5, Felda Kledang, Mersing dan Singapura 2 : (Woodlands Drive dan Bukit Panjang)

Sunday, November 7, 2010

TAZKIRAH : ALLAH TAHU KENAPA SAKIT

SOALAN:
 
Saya masih tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan “kifarah”. Adakah seseorang yang telah dikenakan kifarah ketika hidup di dunia tidak akan diberi balasan lagi ketika di akhirat kelak?  – B DIN, Arau
 
JAWAPAN:
 
Jawapan bagi soalan yang hampir serupa dengan soalan ini telah saya jelaskan dalam ruangan yang lalu.
 
Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Allah telah menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia yang dilakukan di dunia ini, biar betapa kecil sekalipun akan diperlihatkan kepada pelakunya dan akan dibalas di akhirat kelak.
 
Manusia sering mengalami sakit, kemalangan yang menyebabkan kehilangan pancaindera, kehilangan harta benda, kematian orang yang dikasihi, kebakaran dan sebagainya. Manusia menganggap sebagai satu kecelakaan yang menyakitkan. Setiap orang cuba, berusaha untuk mengelakkan, namun, sekiranya Allah itu telah menentukan qadak dan qadarnya maka kecelakaan itu telah berlaku.
 
Tidak ada manusia yang tahu rahsia-rahsia di sebalik pelbagai kecelakaan atau kemalangan yang telah ditetapkan Allah. Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu walhal ia jahat bagi kamu (al-Baqarah: 216).
 
Bencana dunia lumrahnya dapat ditanggung oleh manusia. Pada kebiasaannya, manusia akan menjerit ketika sakit atau merengek apabila penderitaan itu berpanjangan dan tidak berupaya menjerit. Manusia akan jatuh pengsan apabila kesakitan itu bersangatan.
 
Dengan itu manusia tidak akan berasa kesakitan. Hal demikian tidak akan berlaku ketika Allah mengazab atau menyeksa hamba-Nya di akhirat kelak akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba di dunia. Azab neraka akan berterusan. Kulit yang hangus terbakar akan diganti dengan kulit yang baru dan menerima seksa.
 
Abu al-Laithi menyatakan yang ia telah melawat Rasulullah s.a.w. ketika baginda sakit kuat. Ia telah menyentuh tubuh baginda dan berkata yang bermaksud: Panas badan tuan amat kuat. Baginda menjawab: Benar. Panas bagaikan panas dua orang daripada kamu. Lalu dijawab oleh Ab al-Laithi: Ini kerana tuan mendapat pahala dua kali ganda. Mendengarkan kata-kata itu baginda bersabda yang bermaksud: Benar. Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya, tidak ada seorang Islam di muka bumi ini ditimpa sakit atau lain-lain bala melainkan dihapuskan dosa-dosanya seumpama pohon yang digugurkan daunnya.
 
Sayidatina Aishah berkata bahawa baginda rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin suatu kecelakaan, biarpun satu duri atau yang lebih teruk daripada itu, melainkan Allah menggugurkan dengan kecelakaan itu satu dosa.
 
Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud: Rintihan orang yang sakit adalah merupakan tasbih, jeritannya sebagai tahlil dan kegelisahannya daripada satu bahagian itu ke bahagian lain adalah jihad di jalan Allah dan akan dicatatkan baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan ketika sihat dahulu.
 
Hadis ini menjelaskan bahawa penderitaan sakit yang dialami oleh seseorang itu diberi ganjaran oleh Allah selain menebus dosa yang dilakukan sebelum itu. Terlalu besar ganjaran Allah kepada orang yang menderita kesakitan berdasarkan keterangan hadis tadi. Dalam masa yang sama, sekiranya orang yang berkenaan tidak berupaya melakukan ibadah lagi, akibat kesengsaraan yang ditanggung, tempoh masa tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran amal yang pernah dilakukan sebelum itu. Hadis ini secara tidak langsung menggalakkan seseorang itu melakukan amalan sebaik boleh ketika hidupnya. Demikianlah kemurahan Allah terhadap hamba-Nya yang beriman.
 
Pada kebiasaannya manusia itu akan lebih insaf andainya sesuatu bukti itu dapat dilihat dengan mata kepala sendiri. Hadis yang baru dijelaskan tadi boleh menyekat seseorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran ketika hidup, kerana kejahatan manusia itu tidak semestinya dibalas ketika di akhirat kelak. Itulah yang diistilahkan sebagai kifarah. Sesungguhnya balasan di dunia itu (kifarah) diberi oleh Allah ke atas hamba-Nya yang dikasihi.
 
Pada satu ketika, seorang lelaki telah datang menemui rasulullah mengadu yang harta bendanya telah habis, manakala tubuh badannya sakit. Mendengarkan aduan itu rasulullah berkata: Tidak baik seorang hamba yang tidak kehilangan harta bendanya dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya Allah itu apabila Ia mengasihi seorang hamba, ia akan mengujinya dan apabila ia diuji, maka Allah s.w.t. akan memberinya kesabaran.
 
Tugas manusia itu adalah berusaha berlandaskan kepada ketetapan yang disyariatkan. Berusaha mencari nafkah untuk keperluan hidup dan berubat apabila sakit. Setelah itu seseorang itu perlu bertawakal, menyerahkan diri kepada Allah dan reda dengan ketentuan Allah tidak kira sama ada ketentuan itu baik seperti yang diharapkan atau buruk seperti yang cuba dihindarkan. Itulah yang dinamakan sebagai “qana’ah” iaitu reda dengan ketentuan dan ketetapan Ilahi. Andainya seseorang itu berupaya memahami hakikat ini, ia akan beroleh ketenangan dalam hidupnya.
 
Dalam menerima ujian dan bala Allah seseorang itu perlu sabar. Sesungguhnya balasan orang yang sabar itu amat besar (az-Zumar: 10). Menyentuh tentang kesabaran, rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Allah s.w.t telah berfirman: Apabila aku menghadapkan kepada seorang daripada kalangan hamba-Ku satu kecelakaan pada tubuh badannya, hartanya atau anaknya, kemudian ia menerimanya dengan kesabaran yang baik, nescaya Aku malu daripadanya pada hari kiamat, bahawa Aku akan tegakkan baginya neraca timbang amal atau Aku bukakan baginya buku suratan amal.
 
Sakit pada pertimbangan mata kasar adalah bala. Hanya Allah mengetahui kenapa seseorang itu sakit. Mungkin ia ditentukan sebagai kifarah atau sebab-sebab lain, seperti kerana mengangkat makam seseorang ke satu peringkat yang lebih tinggi.
 
Ternyata di sini bahawa sakit itu merupakan satu jalan yang memang telah ditetapkan untuk tujuan tertentu. Dalam pengertian lain, tanpa sakit, kifarah yang dikenakan tidak terlepas. Kerana itu sakit itu perlu dikenakan untuk tujuan tersebut, tidak kira sama ada sakit itu hanya untuk tujuan tersebut, tidak kira sama ada sakit itu hanya untuk sementara, iaitu dalam jangka masa pendek atau panjang atau hingga membawa mati.
 
Keterangan ini mengajar manusia agar mereka tidak gusar andainya mendapati ada orang yang tidak sembuh-sembuh sakitnya, biarpun setelah puas berubat. Tugas manusia ialah berikhtiar, manakala penyembuhnya adalah urusan Ilahi.


Penulis:  Dr Amran Kasimin
Terbitan asal: Mingguan Malaysia   Online 26 Ogos 2007

url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/23176


Monday, November 1, 2010

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI PAHANG PADA 5,6 & 7 NOV.2010

Tarikh    :  5, 6 dan & Nov. 2010 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Masa      : 5.11.2010 ( 3.00 ptg - 10.00 mlm / Temujanji di Temerloh shj)

               : 6.11.2010 ( 9.00 pg - 10.00 mlm bagi kawasan Felda Gugusan Jengka)

               : 7.11.2010 / Ahad ( 9.00 pg - Zohor : Masjid Kg.Pangsenam

                 Jalan Triang,Temerloh)

Tempat   : Temerloh dan Felda Gugusan Jengka

Temujanji : Sila hubungi ustaz di talian 013-2006363 untuk rawatan di rumah


BERIKHTIARLAH JANGAN MENDERITA.

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts