FOLLOWERS

Tuesday, June 8, 2010

AS-SYIFA' MELAKA : SANTAU : Pengalaman Pesakit Melawan Sakit Akibat Santau

Hasil dari kajian bermula tahun 1991 akhirnya, tibalah masanya diberitakan kepada masyarakat Islam perihal sakit santau dan ubatnya. Tugas yang murni ini adalah bagi melaksanakan fardhu Kifayah supaya mendapat keredhaan Allah ke atas diriku dan juga pelawat dan pembaca laman ini.

Adalah diberitakan sukar bagi pesakit-pesakit santau untuk mencari buku panduan bagi mengatasi masalah sakit ini. Ini adalah satu berita gembira kepada pesakit-pesakit santau kerana laman ini dapat dijadikan laman untuk bertukar-tukar fikiran dan kaunseling kepada anda semua.

Diharapkan pembaca dapat mempromosikan laman ini kepada teman-teman atau rakan taulan yang mengalamai masalah sakit santau. Semuga Allah akan menyembuhkan kita semua dan bebas terhindar dari penyakit santau ini buat selama-lamanya. Insya Allah.
Kebanyakan pesakit santau, apabila mendapat rawatan dari rawatan tradisional atau pun Islam kebanyakkannya mengalami masalah yang sama iaitu, bagimana carakah untuk melawan penyakit ini, bilakah penyakit ini akan sembuh dan kenapakah sakit ini berulang kembali?

APA DIA SANTAU ?

Apakah yang dikatakan dengan nama Santau? Santau adalah merupakan racun yang digunakan untuk medatangkan kemudharatan kepada musuh secara senyap dengan menggunakan bantuan jin. Ianya mengunakan kaedah sihir. Ianya adalah satu kaedah syirik kepada Allah, dan hukum kepada pengamal santau ini adalah haram. (Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk kembali ke jalan yang benar). Hukum bunuh adalah diwajibkan kepada pengamal sihir mengikut Kanun Hukum Jenayah Quran.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT SANTAU

Biasanya bahan-bahan untuk membuat santau adalah terdiri dari benda-benda berbisa dan beracun, seperti kaca, rambut dan sebagainya.

Rawatannya adalah dengan ayat Quran mengeluarkan racun santau dari badan, dan juga menawarkan racun ini dengan menggunakan ramuan pokok dan akar kayu.
Diceritakan racun-racun santau yang berada di dalam badan hendaklah dikeluarkan, kerana sekiranya ianya kekal di dalam badan maka penyakit biologi akan terhasil seperti, sakit dada, kanser paru-paru , kanser buah dada dan bermacam-macam lagi.

Sesungguhnya santau adalah sihir dipaktiskan oleh manusia dengan bantuan jin, maka sudah pasti ada kelemahan pada mereka ini. Setelah meneliti kes santau semenjak 1991 didapati mereka jin yang menghantar santau ini mempunyai kelemahan-kelemahan yang ketara.

Manusia yang menjadi mangsa santau sebenarnya dapat melawan penyakit ini dengan menggunakan hembusan nafas dan zikir pada Allah. Setiap serangan yang dirasai, pesakit hendaklah menarik nafas dan menahan nafas buat seketika. Pada masa tahan nafas, di hati sebutlah nama Allah, ingat padaNya, Dialah penyembuh yang Maha Bijaksana lagi Perkasa. Fikiran mesti fokus kepada Allah.

Pada kaedah psikologi, fikirkan penyakit ini adalah nikmat pemberian Allah. Kerana Allah mendatangkan sakit kepada kita, syukur dan syukur tanpa merasai sakit kita tidak dapat mengenali Allah dengan lebih erat. Bila sakit datang, kita akan mengingati Allah. Itu adalah satu nikmat yang sukar diperolehi oleh sesiapa jua.

Berikut adalah gambar benar tentang kaca santau ini. Ada yang saya jumpai berbentuk segi tiga piramid. Segi tiga piramid dipercayai adalah kaca khas yang dibuat untuk tujuan sihir santau ini. Kacanya dalah tersusun berbentuk segitiga piramid(triangle). Sudah tentu kaca sebegini dibelah atau dihiris menggunakan batu berlian. Cuma kaca sebegini adalah ringan.

Saya telah melakukan ujian di mana ianya dapat terbang mudah seperti habuk ditiup oleh angin. Sekiranya sihir kaca ini mati, ianya akan menjadi lutsinar (telus dapat lihat), tetapi sekiranya masih mempunyai sihir ianya adalah bercahaya. Sekiranya dipegang terasa panas pada jari jemari. Sekiranya anda adalah pesakit santau, usah khuatir dan bimbang. Yakinlah pada Allah yang Maha Penyembuh dan Maha Bijaksana. Inysa- Allah. Spiritual kita hendaklah kuat untuk melawan penyakit ini. Ianya adalah makhluk Allah. Allah yang Maha berkuasa di atas setiap sesuatu.

Mereka yang mengidap penyakit santau hendaklah mendekati diri kepada Allah. Sesungguhnya, sakit adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya. Syukur, mudah-mudahan Allah akan mengampuni dosa kita yang lampau dan menaikan makam diri kita kepada orang-orang yang bertaqwa, sabar dan beriman. Insya-Allah.

AMALAN-AMALAN MELAWAN SANTAU

Beberapa amalan yang perlu diamalkan oleh pesakit santau, amalan-amalan ini telah saya praktiskan sehinggalah saya mendapat kesembuhan dan masih lagi menjadi amalan saya:-


1. Mendapat rawatan tepuk. Kaedah ini boleh diperolehi di sekitar Kajang Utama dan Bangi. Perawat akan menepuk badan pesakit, kaca-kaca sihir santau akan jatuh keluar dari badan pesakit ke kertas tadahan. Saya telah berulang-ulang kali mendapat rawatan ini, bagi membuang kesemua racun santau di dalam badan saya. Kaedah tepuk ini tidak terdapat di hospital. Ianya hanya terdapat di rawatan klinik rawatan Islam sahaja. (Boleh rujuk kepada Ust.Mokhtar Bin Kassan, Pakar Pengubatan Santau Darussyifa')

2. Selalu membaca Al-Quran. Pesakit hendaklah boleh membaca quran dengan betul dan tepat. Sekiranya tidak mempunyai ilmu anda hendaklah disyorkan belajar quran. Sebelum membaca al-quran hendaklah diniatkan semoga quran dapat dijadikan pendiding diri dari unsur-unsur sihir dan minta kesembuhan Allah yang mengubati penyakit santau ini. Quran hendaklah dibaca pada setiap hari, walaupun sedikit. Saya telah amalkan Yassin pada setiap pagi selepas sembahyang subuh.Ada juga kalanya tercicir, namun pada keesokkan hari saya terus membacanya semula. Insya Allah anda boleh lakukan juga.

3. Sembahyang Sunat Sejadah di malam hari atau pun di siang hari.Sembahyang Sunat sejadah ini hendaklah kerap dilakukan

4. Sujud Syukur selepas Isyak, hendaklah sujud syukur sebanyak sekali pada setipa malam. Semasa sujud ucaplah kesyukuran pada Allah dengan berdoa di dalam hati ketika sujud. Katakanla "Syukurku pada mu ya Allah. Syukur pada rezeki yang dikurniakan pada ku dan juga penyakit yang aku alami, aku redha"

5. Doa di sujud yang terakhir solat fardhu.Di sujud yang terakhir doalah "Mohon kesembuhan penyakit ini dari Mu, Ya Allah"

6. Amalkan Sunnah NabiSekurang-kurangnya mengamalkan sunnah nabi di dalam kehidupan harian.

7. Sekiranya santau yang kuatTarik nafas apabila serangan berlaku, jangan takut, berani kan diri, kerana santau adalah musuh Allah.Tahan nafas seketika, zikirkan nama Allah di dalam hati nurani. Lepaskan nafas perlahan-lahan. Jin yang menghantar santau mempunyai perasaan takut dan lemah. Ingat pada Allah penyembuh segala penyakit.

8. Jangan mengambil sebarang makanan dan minuman yang berlandaskan limau nipis, contohnya air teh limau suam. Kerana sekiranya spiritual anda lemah, santau boleh merebak dengan kesan muntah darah oleh pesakit akan terjadi.

"Saya doakan anda sihat dari sakit sihir santau, seperti-mana Allah telah sembuhkan diri saya sendiri. Insya Allah"

Kepada yang skeptical/was-was untuk mempercayai santau. Khas untuk mereka yang tidak mempercayai santau. Adakah anda mempercayai wujudnya jin ? Sekiranya jawapan anda mungkin ada dan mungkin tidak ada. Sila buka Quran , lihat dan baca Surah Jinn . Adakah Quran menceritakan sesuatu yang mungkin wujud dan tidak wujud seperti yang anda fikirkan ? Sessunguhnya tidak, quran adalah mukjizat diturunkan dari Allah kepada NAbi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibrail a.s sebagai penyampai wahyu. Quran juga telah merakamkan, perintah Allah terhadap manusia dan jin untuk menyembah Allah.

Sedarlah saudara/saudari, kepercayaan mungkin ada dan mungkin tidak itu adalah tanda syak wasangka tahap pemaham tauhid anda yang sedikit lemah. Di tahap kepercayaan sudah gusar belum lagi di tahap keyakinan. Belajarlah memahami, sekiranya suatu pekara yang tidak kita ketahui.

Kepada Pengamal Santau (Khas untuk pengamal santau), saya ingin war-warkan, bertaubatlah kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi dan segala makhluk. Anda tidak akan terlepas dari azab seksa kedatang maut, azab seksa kubur, fitnah di padang mahsyar dan balasan api neraka. Ingatlah, setiap hembusna santau yang dihantar akan dibalas dengan azab oleh Allah di hari akhirat.

Mempelajari santau adalah tidak sama dengan memeplajari ilmu pedang atau pun ilmu menembak menggunakan pistol. Santau adalah berdamping dengan jin.Bacaan mentera santau adalah syirik dan tidak pernah diajarkan oleh baginda Rasullulah s.a.w. Setiap panahan santau yang dihantar akan dibalas di dunia mahu pun di akhirat. Insya Allah. Bertaubatlah saudara ku sebelum ianya memakan diri sendiri.

Sekiranya anda pengamal santau mempunyai keyakinan setiap hembusan santau akan membawah padah kepada pesakit, maka yakinlah ALLAH tidak akan membebaskan kamu dari setiap perubatan ini, berdamping dengan jin bermakna meminta pertolongan dari selain dari Allah. Hukumnya adalah syirik kepada Allah. Ingatlah di hari akhirat, hari pembalasan adalah benar. Setiap amalan sebesar zarah akan menerima balasan dari Allah.
Petikan dari web : www.santau.org

5 comments:

  1. Salam,saya nk tahu tempat ini dekat mane?sbb nk merawat adik saya yang mungkin terkena santau kerana ada tanda2 sperti santau badan adik saya pns prut mcm dicucuk,boleh bg alamat temapt tersebur,terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hub. Ust ditalian 013-2006363 ye. Di Durian Daun Melaka...berdepan Masjid Al Azim Melaka.

      Delete
  2. Salam..
    Saya juga didiagnos oleh mereka yg arif mengenai ini dan mensahihkan terkena santau. Saya juga sudah hampir 4bulan menjalani rawatan. Saya baru diterima bekerja dalam sektor kerajaan.soalan saya,dikala sakit saya ini saya hilang keyakinan,malah hendak pergi kerja pun perbagai yang saya fikirkan hingga menyekat saya terus dari melakukan..adakah ini normal sprti hilang keyakinan diri serta bagaimana cara yang boleh saya lakukan..kerana mungkin keadaan sgt sukar..susah untuk saya luahkan..harap dapat membantu..sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Berdasarkan maklumat anda di atas, kesan santau itu kemungkinan masih ada lagi. Buatlah lagi rawatan susulan dengan mana2 perawat Islam paling tidak pun 3 bulan sekali. Moga Allah memberi kesembuhan buat anda.

      Delete
  3. Salam, bolehkah kita anggar lama mana santau di dalam badan seseorang? Saya juga telah didiagnos oleh mereka yang arif pada tahun lepas. Malangnya, saya cuma sempat dirawat sekali kerana tidak menetap di Malaysia. Saya mempunyai anak anak kecil dan bimbang jika racun santau ini dapat berpindah melalui penyusuan ibu.
    Bolehkah seseorang mangsa santau mengetahui tujuan dia di santau dan jenis santau itu? Ini bertujuan untuk mengelak daripada ia diulangi.
    Mohon penjelasan daripada ustaz. Terima Kasih banyak banyak.

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG