FOLLOWERS

Wednesday, April 21, 2010

Perbezaan 6 Perkara Mencarik Adat: Mu'jizat,Karamah,Istidraj,Irhas,Ma'unah dan Ihanah


Tuan GuruKu Dato' Ismail Kamus (siri 1) : As-Syifa' Iq Insan Melaka

Perkara-perkara yang mencarik adat ada enam perkara iaitu:-

1. Mu'jizat
2. Karamah
3. Istidraj
4. Irhas
5. Ma'unah
6. Ihanah

Huraian:-

1. Mu'jizat
Ia adalah sesuatu yang mencarik atau menyalahi adat yang disertai dengan cabaran yang dikurniakan Allah kepada para Rasul a.s dan Anbia (nabi-Nabi) sesuai dengan dakwahnya, bagi membuktikan kebenaran risalah Tauhid (agama Allah)

2. Karamah
Ia adalah sesuatu yang menyalahi adat yang dilahirkan oleh Allah kepada para wali.
3. Istidraj
Iaitu yang menyalahi adat yang lahir ditangan orang fasiq dan kafir yang biasanya berlaku pada tukang sihir. Terjadinya perkara yang menyalahi adat itu berulang-ulang dan ilmu itu dipelajari.

4. Irhas
Iaitu yang menyalahi adat yang lahir atau berlaku pada para Nabi yang belum diutus sebagai Rasul. Umpamanya Nabi kita Muhammad S.A.W. yang dilindungi oleh awan di Mekah dalam perjalanan, sebelum baginda diutus menjadi Rasul.

5. Ma'unah
Sesuatu yang menyalahi adat yang dilahirkan oleh Allah kepada seseorang atau orang ramai ketika menghadapi kesusahan, dan contohnya amat banyak diantaranya turun Malaikat semasa peperangan Badar untuk membantu kaum muslimin.
6. Ihanah
Sesuatu yang menyalahi adat yang berlaku pada tangan orang fasiq untuk menambahkan kefasiqan mereka sebagaimana yang berlaku pada Musailamah Al-Kazzab. Beliau meludah pada mata seseorang yang juling sehingga sembuh.

Didalam masyarakat kita, hari ini pun tidak terkecuali di mana terdapatnya mereka yang melakukan berbagai-bagai perkara yang menyalahi adat umpamanya boleh melakukan pembedahan perut dan pemindahan organ tanpa menggunakan ubat bius atau pelali, atau apa sahaja yang boleh dianggap luar biasa. Inilah yang dikatakan sihir. Dewasa ini tidak ada lagi mu'jizat kerana tidak wujud seorang Rasul ataupun Nabi. Karamah pun bukan kerana ia adalah anugerah Allah kepada para wali disebabkan mereka begitu hampir kepada Allah.

...bersambung ke siri 2

2 comments:

  1. best buku ni, ana dah baca

    ReplyDelete
  2. Sesuatu yang amat menarik lagi berinfomasi. Terima kasih,Ustaz.

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG