FOLLOWERS

Tuesday, April 13, 2010

KERTAS KERJA Y.BHG. DATO' DR.HARON DIN (...siri 3)

METODOLOGI PENGUBATAN ISLAM

Penyakit-penyakit fizikal telah diisyaratkan pengubatannya oleh Rasullullah (S.A.W) dalam hadithnya yang bermaksud ,
“ daripada Ibnu Abbas (r.a) katanya Rasullullah (S.A.W) mengatakan : Kesembuhan penyakit berada pada berbagai-bagai cara penyembuhannya, antaranya:

1. Makan ubat (Madu Lebah sebagai contoh sahaja)
2. Pembedahan ( pisau tukang bedah)
3. Besi panas (Al-kay)

DOA SEBAGAI SATU CARA (METOD)

Terlalu banyak hadith-hadith yang menerangkan doa sebagai suatu rawatan antaranya Rasullullah (S.A.W) sendiri mendoakan :
“ Saya mohon dari Allah yang Agung Tuhan Arash yang agung agar disembuhkan penyakit ini.
(Sahih At-Tirmizi)

Rasullullah mendoakan Saad bin Abi Waqas ketika sakitnya:
“ Ya Allah sembuhkanlah Saad ( 3 Kali)”
(Sahih Al-Bukhari)

Aishah (r.a) meriwayatkan hadith bahawa Rasullullah (S.A.W) telah mengubati keluarganya yang sakit dengan cara meletakkan tangannya di tempat sakit dan membaca doa:
“Ya Allah Tuhan Manusia, sembuhkanlah sakit ini, kamu sahajalah (ya Allah) penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan darimu, kesembuhan yang tidak meninggalkan keburukannya.”


Abdullah Amru ibnu Al–‘As menceritakan bahawa Rasullullah (S.A.W) menyuruh penziarah orang sakit agar mendoakan kepadanya:
“YA Allah , sembuhkanlah hambamu ini agar dia boleh memererangi musuh Mu atau bolehlah dia berjalan untuk menunaikan solat”
(Sahih Abu Daud)
Membaca ayat Al-Quran untuk penyembuhan
(Al-Isra’ ayat 82, Fussilat 44, At-Taubah 14, Yunus 37 dan lain-lain)

Rasullullah merestui sahabat-sahabat menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk mengubati penyakit.

Rasullullah (S.A.W) membenarkan pengunaan ruqyah (jampi) yang pernah digunakan sebelum Islam (Zaman Jahiliyyah) dengan syarat tidak ada kesyirikan padanya

PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN RAWATAN

Ayat-ayat AL-Quran dan juga doa-doa sebagai bahan rawatan yang digunakan semasa merawat adalah sabit dari As-Sunnah seperti yang diperjelaskan sebelum ini. Adapun penggunaan bahan-bahan yang lain bersama air juga sah dan boleh diguna pakai.

Perihal AIR, Allah s.w.t. menyebut tentangnya yang bermaksud :
“dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada juga beriman” (Al-Anbiya’ 30 )

“dan Allah menurunkan dari langit hujan untuk menyucikan kamu (Liyuthohhirakum) dan dengan air hujan itu BOLEH MENGHILANGKAN DARI KAMU GANGGUAN-GANGGUAN SYAITAN DAN UNTUK MENGUATKAN HATIMU DAN MENEGUHKAN PENDIRIANMU.” (Al-Anfal 11)

Perkataan “Liyutohhirokum” dari akar kata Tahara dan Tahuur. Telah digunakan oleh Rasullullah (S.A.W) dalam hadithnya “Tahurun Insyaalah” yang bermaksud sembuhlah segala penyakit dengan izin Allah.

Dalam ayat itu juga Allah mengisyaratkan dengan jelas air khasnya air hujan boleh menyembuhkan masalah gangguan syaitan dan boleh mengubati sikap diri yang negatif kepada positif.

Perkataan Tahur digunakan Allah dalam Al-Quran : “ dan Kami turunkan dari langit air yang tahur” ( Al-fFUrqan 48)

Tahur bermakna suci bersih ,ia juga bermakna penyembuh penyakit dengan izin Allah.

“ Dan sesungguhnya kami tuiunkan dari langit air yang banyak barakah”

Barakah disini bermaksud banyak kemanfaatannya kepada manusia. Salah Satu dari kemanfaatannya ialah untuk menjadi bahan pengubatan, setelah di doa dan dibaca ayat-ayat penyembuh.

Merujuk perihal nabi Allah Ayub (a.s) yang mengalami kesakitan kronik. Baginda merayu kepada Allah dengan pengaduannya yang terkenal :

“Dan Ingatlah akan hamba kami Ayub ketika dia menyeru Tuhannya seseungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan kesiksaan yang bersangatan.”
Lalu Allah mengkabulkan permohonannya dengan firman Allah kepadanya yang bermaksud:
“ Hentakkanlah kakimu ke bumi (keluar daripadanya) itu air sejuk untuk dimandi dan diminum dan kami menanugerahinya (kesembuhannya) “

Dalam kitab Tafsir Al-Maraaghi disebut yang bermaksud: Allah meyuruh Nabi Ayub mendapatkan air dari bumi dengan menghentak kakinya kuat-kuat sehingga mengeluarkan air dan menggunakan air itu untuk dimandi dan diminum maka akan sembuh penyakit fizikalnya.”

Penggunaan air untuk ikhtiar menyembuhkan segala macam penyakit sabit dari hadith Rasullullah (S.A/W) daripada Abi A’sim Daripada Rasullullah (S.A.W) sabdanya yang bermaksud : “ Rasullullah meminum air dalam suatu bekas minuman dangan bernafas sebanyak 3 kali sambil berkata “ia adalah enak, nyaman dan kesembuhan dari penyakit.”

Dalam suatu hadith mengenai air zam-zam Rasullullah (S.A.W) bersabda yang bermaksud “ Air Zam-zam itu berguna sepertimana niat peminumnya” Jika diminum untuk menyembuhkan penyakit Allah akan menyembuhkannya” (Riwayat ad-daruqutni)

Selain daripada air, banyak bahan-bahan rawatan yang merupakan ramuan ubat-ubatan yang dianjurkan oleh Rasullullah (S.A.W) untuk digunakan. Baginda sendiri pernah mengubati sakit kepalanya dengan daun inai. Antara bahan-bahan lain yang pernah disebut dalam hadith yang banyak : madu lebah, jintan hitam, susu unta, daun bidara, tamar madinah (kurma ajwah), tumbuh-tumbuhan yang disebut Assina , assanut , bawang putih, bawang merah, lemak di ekor kambing dan berbagai-bagai lagi.
...bersambung (siri 4)

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG