JENIS PENYAKIT : MIGRAIN (As-Syifa' Iq Insan Melaka)
Migrain ialah sakit pada sebahagian kepala yang mungkin boleh pulih selepas beberapa jam atau berlarutan selama beberapa hari. Sesetengah pesakit mungkin mengalaminya setiap minggu dan mungkin beberapa kali sahaja dalam setahun. Migrain selalunya dihidapi pada peringkat umur empat puluhan dan ahli pemikir(student @perkerja bank/akauntan dsb(75% pesakit pula dikalangan Wanita).
Anda dapat mengetahui yang anda akan diserang migrain sebelum sakit kepala itu bermula. Tanda-tanda amaran serangan migrain ialah rasa mual, muntah dan kepekaan terhadap cahaya, bunyi bising atau bau-bauan. Migrain jenis klasik bermula dengan tanda amaran seperti kilauan cahaya atau warna. Anda mungkin terasa yang anda seperti sedang melihat ke dalam terowong. Sebahagian kepala anda mungkin akan terasa seperti dicucuk, panas atau lemah. Tanda-tanda amaran ini akan berlarutan selama 15 hingga 30 minit dan diikuti oleh sakit pada bahagian kepala.Kadang-kala fungsi mata terganggu@lumpuh seketika.
Migrain jenis biasa tidak mempunyai sebarang tanda-tanda amaran. Bagaimanapun, anda mungkin akan berasa letih, murung, tidak selesa atau akan menjadi lebih banyak bercakap 2 hingga 3 hari sebelum sakit kepala itu bermula dan ia menganggu sistem saraf utama menyebabkan pesakit berasa sangat lemah sehinggakan dapat melihat mahluk halus disekeliling , emosi pesakit sukar dikawal dan dapat menyebabkan gangguan sistem jantung.
Antara penyebab migrain adalah :- Tekanan dan gangguan emosi,Kedatangan haid (mengalami PMS),Pemakanan yang tidak teratur,Pengambilan minuman yang mengandungi tahap kafeina yang tinggi (seperti minuman kola),Makanan (seperti keju, coklat, ais krim, makanan bergoreng, daging dalam tin, hot dog, yogurt, pemanis tiruan, kacang, jeruk dan kismis)Kurang tidur,Perubahan cuaca dan faktor keturunan
KAEDAH RAWATAN :-Berusahalah berjumpa dengan doctor kesihatan, usaha dengan memakan ubat ubatan yang dinasihatkan oleh doktor mengikut rawatan secara klinik. Namun dalam kaedah pengubatan Islam ialah dengan berikhtiar dengan berbagai cara iaitu :-
DOA YANG DIBACA
BAHAN-BAHAN RAWATAN
2. 3 helai kain putih lebar dua inci sepanjang 3 kaki (boleh ikat kepala)
KAEDAH RAWATANPegang kepala dengan dua belah tangan dan setiap kali (daripada tujuh kali ) selesai membacanya, picitlah kepala dan apabila tiba kali ketujuh picitlah secara isyarat seolah olah membuang penyakit itu daripada kepala.
Hendaklah dibuat tiga hari berturut-turut menggunakan kesemua kain. Jika perlu ulangan maka bawalah bahan yang sama di atas untuk didoakan semula.
As-Syifa’ Iq Insan Melaka
No comments:
Post a Comment