AS-SYIFA' IQ INSAN MELAKA
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah) perbuatan beberapa orang daripada manusia menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Al-Jinn: 6)
Bagi membicarakan tentang jin, iaitu sejenis makhluk ciptaan Allah, dan kaitannya dengan manusia, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HAYAT SUEET menemu bual bekas pensyarah Jabatan al-Quran dan Sunah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor.
Bolehkah anda jelaskan tentang kewujudan jin dalam alam ini. Adakah ia memang ada atau hanya mitos?
DR. HAYEI: Jin ini memang wujud. Cuma alam hidup mereka berbeza dengan alam manusia. Kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar tetapi mereka boleh melihat kita. Sejarah kewujudan jin ini pernah berlaku sekembalinya Rasulullah s.a.w. dari Taif selepas hampa kerana kerja dakwahnya ditolak oleh penduduk Bani Thaqif di situ. Bukan itu sahaja, malah kanak-kanak di situ diupah supaya melontar batu ke arah Nabi Muhammad.
Dalam perjalanan pulang, baginda berhenti solat di satu tempat sambil membaca surah Jinn. Peristiwa itu kemudiannya membawa kepada pengislaman kumpulan jin berkenaan yang asyik mendengar Nabi membaca al-Quran. Sebab itu, sehingga kini ada Masjid Jin di Mekah sebagai mengenang peristiwa tersebut. Ini juga bererti terdapat jin Islam dan jin kafir.

Bolehkah manusia menjalin hubungan dengan jin?
DR. HAYEI: Hubungan jin dan manusia ini kalau pun boleh ia adalah amat sukar kerana manusia dan jin tidak serasi. Manusia diciptakan daripada tanah sedangkan jin daripada api. Malah tabiat dan amalannya juga jauh berbeza. Walaupun ada jin Islam, ia mungkin Islam dari segi akidah tauhid tetapi dari segi tingkah laku, makan minum dan rupanya ia amat jauh berbeza dengan manusia. Jin ini walaupun Islam, tabiatnya adalah jahat. Makhluk ini tidak tahu budaya manusia dan perbuatan seperti memindahkan manusia dari rumah ke hutan, misalnya, adalah biasa dilakukan oleh jin dan ia tidak dianggap salah. Hubungan dengan jin boleh berlaku melalui beberapa amalan khurafat oleh golongan yang berkehendakkan bersahabat dengan jin. Antara amalan tersebut adalah menjamu pulut semangat, tepung tawar, puja pantai dan puja semangat padi. Satu lagi unsur penting yang terlibat dalam proses ini adalah pemujaan termasuk menyembelih binatang dengan bacaan mentera tertentu.
Golongan ini mempercayai jin boleh berbuat sesuatu yang mustahil, mengetahui segala perkara sedangkan apa yang mereka minta itu di luar keupayaan jin. Ini sebenarnya menambahkan lagi kesusahan kepada manusia selain menyesatkan daripada jalan yang benar dan terpesong daripada hidayat. Kalau kita boleh berinteraksi dengan jin pun, kita ragu entah betul atau tidak apa yang disampaikannya. Bahasa yang digunakan juga mungkin berbeza dengan percakapan harian kita.

Ada golongan yang memberi alasan membela jin ini sebagaimana hubungan Nabi Sulaiman dengan jin. Benarkah?
DR. HAYEI: Membela jin dengan menjadikannya sahabat atau teman rapat kerana ingin mendapatkan sesuatu daripadanya adalah salah dalam Islam. Apa yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman itu telah diwahyukan Allah kepadanya di mana dengan menggunakan khidmat jin, beliau memindahkan istana Puteri Balqis. Kita tidak boleh menerimanya kerana Nabi Sulaiman tidak meninggalkan syariatnya sebagaimana yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad.
Islam melarang bersahabat dengan jin walaupun untuk mendapat maklumat atau menggunakan khidmatnya untuk masyarakat. Perkara ini boleh berlaku tetapi ia masih memerlukan kepada aspek pemujaan sebagai penghubung untuk memanggil jin-jin. Jin pun ada nafsu yang mahu dirinya dipuja. Proses interaksi ini juga bukan semudah yang disangka dan kaedah pemujaan beginilah yang dibimbangi oleh membawa kepada syirik. Apabila kita memuja jin, mereka akan menjadi lebih sombong dengan kesesatannya lebih-lebih lagi apabila sampai ke tahap jin disembah sebagai Tuhan kerana manusia mencari perlindungan daripada mereka.
Kegiatan pawang, ahli nujum dan sesetengah bomoh jin yang mengubati pesakit melalui jin adalah sebahagian amalan yang menyusah dan menyesatkan hidup manusia sendiri. Malah perbuatan bertenung nasib itu adalah salah satu dosa besar dalam agama. Saya tidak nafikan ada juga bomoh yang betul tetapi jin selalunya akan berbohong terutama apabila gagal menunaikan permintaan manusia.

Bolehkah jin memperlihatkan dirinya kepada manusia?
DR. HAYEI: Kalau ada cubaan bertemu ia mungkin dibuat dalam bentuk jelmaan sama ada dalam badan manusia atau haiwan seperti kucing hitam, ular hitam dan anjing hitam. Tujuannya adalah untuk membolehkan interaksi dengan manusia yang memujanya. Namun, penjelmaan terutama dalam badan manusia ini jarang berlaku kerana bimbang ia menerima kesan-kesan atau bekas seperti manusia. Ini kerana kalau dipukul atau dibunuh makhluk ini juga akan mati. Sebab itu jika kita memukul ular di dalam rumah pastikan ular itu dipukul sehingga mati. Jika tidak ia mungkin mengganggu kita kerana dia sakit.
Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam situasi menggunakan khidmat jin terutama dalam upacara perubatan tradisional?
DR. HAYEI: Memanglah, bagi pesakit, ikhtiar mereka itu bertujuan menyembuhkan penyakit. Kadangkala mereka tidak tahu pun soal perhubungan bomoh dengan jin atau sama ada proses perubatan itu boleh membawa kepada syirik dan sebagainya. Antara amalan yang sering dikaitkan dengan pemujaan jin adalah membakar kemenyan dan penggunaan asam limau.
Jin sangat suka orang membakar kemenyan kerana mereka juga dibuat daripada api. Tambahan pula jika kemenyan itu telah dijampi. Antara tanda-tanda wujudnya pemujaan adalah membakar kemenyan pada waktu Maghrib, pemujaan pada besi berpalang, penggunaan darah, warna hitam. Bagaimanapun, pembakaran kemenyan di sisi mayat dibolehkan kerana ia bertujuan menghindarkan bau busuk.

Adakah amalan tertentu dalam Islam yang boleh menghindarkan gangguan jin?
DR. HAYEI: Antara amalan paling utama adalah berdoa memohon perlindungan dan keselamatan Allah daripada gangguan jin dan makhluk halus yang lain. Selain itu, amalkan membaca ayat kursi secara istiqamah. Lokasi kesukaan jin adalah kawasan tandas, stor, bawah katil dan tempat-tempat yang agak bersepah.
Membaca surah Al-Baqarah juga boleh menghindarkan gangguan jin dan syaitan. Lebih-lebih lagi apabila kita memasuki rumah baru atau berpindah ke rumah yang lama ditinggalkan tanpa penghuni. Apabila membaca surah ini, jin akan berasa terganggu dan insya-Allah berpindah ke tempat lain.

Apakah boleh kita menyaksikan Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Shah Alam?
DR. HAYEI: Menyaksikan pameran itu dibolehkan kerana apa yang dipamerkan adalah gambaran kepada alam jin dan tidak ada kaitan dengan jin. Lainlah jika kita membawa jin melalui aktiviti pemujaan. Pameran itu lebih kepada yang dikhayalkan sebagai jin, oleh itu tiada halangan untuk menontonnya
Penulis: Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN Penerbitan asal: Utusan Malaysia 18 Julai 2006 url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/19011
Penulis: Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN Penerbitan asal: Utusan Malaysia 18 Julai 2006 url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/19011
No comments:
Post a Comment