FOLLOWERS

Tuesday, April 13, 2010

KERTAS KERJA Y.BHG. DATO' DR HARON DIN (...siri 4)


SIHIR DAN PENGUBATANNYA

Sihir wujud dan telah lama bertapak di alam manusia. Ianya amat terkenal pada zaman Nabi Musa (a.s) dan terus wujud hingga ke zaman Nabi Muhammad (S.A.W). Seorang ahli sihir Yahudi bernama Labeed bin Aksam telah cuba mensihirkan Nabi, lalu Jibrail turun mengubatinya dengan menggunakan RUQYAH.

Al-Quranulkarim menceritakan perihal sihir dalam surah Al_Baqarah :102 yang bermaksud:
“Akan tetapi sebenarnya syaitanlah yang kufur kepada Allah, merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir”

Manusia-manusia itu mempelajari ilmu sihir yang akan memudaratkan mereka dan tidak mendapat apapun manfaatnya ” . Keseluruhan AL-Quran didapati tidak kurang daripada 27 Surah yang membicarakan sihir, melibatkan 57 ayat Allah menceritakan segala hal mengenai sihir dan pengubatannya.

Ulamak-ulamak terdahulu seperti Al-Faraabi, Al-Kindi, Al- Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Fahru Razi, Ibnu Kasir, Al-Alusi, Ibnu Khaldun dan lain-lain lagi telah banyak mengulas perihal sihir dalam karya-karya mereka.

Keseluruhan mereka telah mengertikan sihir itu dengan pendekatan masing-masing, bolehlah disimpulkan seperti berikut :

Sihir adalah suatu ilmu untuk melakukan kerja jahat secara tersembunyi dengan menggunakan perantara makhluk halus yang jahat bertujuan jahat, untuk mengganggu akal mangsa, atau rohnya, atau jasmaninya, atau semuanya, bagi tujuan memporak-porandakannya dan menghapuskannya.

Ibnu Sina amat mengenali permasalahan sihir dan telah menulis sebuah kitab mengenainya yang diberi judul “ Rasaail As-Sihri” yang bererti “ suratan-suratan tentang sihir”.

Oleh kerana ilmu sihir ini ialah ilmu jahat, Islam amat melarang umatnya daripada mempelajari sihir, mengamal sihir dan mendekati ahli sihir. Jika disabitkan seorang itu ahli sihir maka hukuman ke atasnya adalah bunuh.

Untuk menjaga diri dari sihir dan merawatinya, Rasullullah (S.A.W) mengesyorkan bacaan beberapa ayat Al-Quran dan Zikir khusus untuk berlindung dan berserah diri kepada Allah.

Antara ayat-ayat RUQYAH yang disarankan untuk di amalkan bagi tujuan pengubatan adalah seperti berikut :

1. Surah Al-Fatihah

2. Surah Al-ikhlas, Surah Al-Alaq, Surah An-Nas.

3. Ayatul Kursi

4. Sebelas ayat dari Surah Al-Baqarah (1,2,3,4,5) (255,256,257)
(284,285,286)

5. At-Taubah 14.

6. As-Syuaara’ 80

7. Yunus 57

8. An-Nahl 69

9. Al-Isra’ 82

10. Fussilat 44

11. Al-Mukminun 115,116,117 dan 118

12. Al-Hasyr 21,22,23,dan 24

Dan lain-lain lagi

...bersambung ke (siri 5)

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG