FOLLOWERS

Wednesday, April 28, 2010

AS-SYIFA' : JENIS PENYAKIT : BATU KARANG (As-Syifa' Iq Insan Melaka)

MERAWAT BATU KARANG

Setiap penyakit ada ubatnya. Berpandukan ilmu yang diturunkan oleh Tok Guru dan sedikit pengalaman merawat beberapa pesakit yang mengidap batu karang maka dicatatkan disini kaedah merawat batu karang ikhtiar As-Syifa’ Iq Insan Melaka. Sesungguhnya masih banyak usaha dan ikhtiar sama ada bersamaan atau berbeza kaedah dan cara rawatannya maka, kesemuanya adalah usaha dan pengharapan setiap yang berhajat untuk sembuh dari penderitaan penyakit yang dilalui.

DOA YANG DIBACA : dikenali sebagai Asas 10

1. Al-Fatihah
2. Disiplin 2 Asas 10
3. Disiplin 3 Asas 10
4. Selawat Syifa’
5. Selawat Tafrijiyyah
6. Selawat Syifa’
7. Ayatul-Kursi : Al-Baqarah : 225-226
8. Al-Hasyr : 21-24
9. Al-Mukminuun : 115-118
10. Doa Menghidar Syaitan
11. Doa pilihan untuk sembuhkan batu karang
12. Al-Baqarah : Ayat 60


Al-Baqarah : 60 : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

BAHAN-BAHAN RAWATAN

1. Air
2. Lobak Putih : 3 biji
3. Gula Batu

KAEDAH RAWATAN

Dibacakan Asas 10 dan surah serta doa yang tertentu pada semua bahan di atas. Lobak putih akan dibuat jus serta dicampurkan gula batu. Cara menyediakan dengan membersih lobak dan memotong halus dan dimasukkan dalam blender bersama gula batu dikisar sehingga lumat. Campuran perlu ditapis dan dimasukkan dalam 3 botol untuk tiga biji lobak yang dikisar itu dan diletakkan dalam peti ais. Perlu diminum oleh pesakit selama 3 hari berturut-turut setiap pagi. Maknanya sebiji setiap hari sehingga habis.

Manusia wajib berusaha dan berikhtiar untuk kesembuhan penyakit yang dialami namun kesembuhan milik Allah jua. InsyaAllah akan menolong kepada sesiapa yang berhajat walau ilmu yang ada hanya sedikit tapi tak salah untuk kita sama-sama berikhtiar dan berniat untuk tujuan kebaikan dan yang penting keikhlasan semua perbuatan yang kita lakukan.

As-Syifa’ Iq Insan Melaka
013-2006363

6 comments:

  1. salam...erm...saya mempunyai seorang kawan menghidapi penyakit batu karang tapi melibatkan buah pinggang..erm...iaitu batu karang dalam buah pinggang...saya ingin bertanyakan bagaimana untuk mengelakkan bagi batu karang i2 smpi ke tahap buah pinggang dan juga bagi mengelakkan ia dari merosakkan buah pinggang..diharapkan dapat membantu..diharapkan dapat membantu saya..
    email: arbahyah_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas respon anda. InsyaAllah ustaz akan jawab serta memberikan pandangan dalam email yang dilampirkan. Wslm.

    ReplyDelete
  3. salam kalu xde ijazah asas 10 boleh ker kalau saya guna ayat2 yg lain yang ada diatas utk merawat org yg ada batu karang..diaharap dapat membantu..sy pernah belajar perubatan islam..tp kaedah Ust agak mudah dan bahan2 mudah diperolehi..minta diijazahkan kiranya boleh...

    ReplyDelete
  4. salam...sy ni ada penyakit batu karang kat buah pinggang...dh pernah operate pd jan 2011.awal jan tahun ni sy diberitahu batu tu tumbuh lg di tempat yg sama dan saya di jadualkan untuk menjalani pembedahan lg skali pg bln ogos nati.doktor mengesahkan batu saya ni jenis cpt membiak. dan yg plg menakutkan buah pinggang sy b'kemungkinan akan rosak sekiranya menjalani pembedahan b'ulangkali. saya sgt takut. Dh b'mcm2 cara dan b'mcm2 ustaz dh sy jumpa sbg ikhtiar utk m'hancurkan batu t'sebut tetapi belum b'jumpa yg serasi.apakah yg harus sy buat ustaz? email : efah23@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. salam....melaka tu area mane ye....azly828@hotmail.com

    ReplyDelete
  6. sy br tau sy ada bt karang....jadi sy nak berubat cara islam dulu.....rmh mertua kat semabok melaka....

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG