FOLLOWERS

Sunday, May 23, 2010

DOA AIR SELUSUH (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)

Air Selusuh memang dikenali dikalangan masyarakat wanita melayu apabila tiba saat-saat hampir untuk melahirkan anak. Air yang didoakan itu boleh dibacakan sendiri oleh suami ataupun pengamal pengubatan Islam yang dikenali. Dengan berkat bacaan doa serta ikhtiar maka hanya kepada Allah jua agar para isteri yang akan melahirkan zuriat agar dipermudahkan urusan kelahiran si anak kecil yang bakal menjadi mujahid serta mujahidah pada masa akan datang.

Amalan Air Selusuh atau Minyak Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun hadith. Setiap amalan yang bukan merupakan 'ibadat' atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH (Harus). Jika dilihat dari segi content amalan tersebut seperti do'a agar kelahirannya mudah dengan bacaan2 yang tidak menyanggahi syara'; seperti TIDAK melakukan tawassul kepada Fatimah, 'Aisyah, Maryam dsb, HANYA memohon kepada Allah swt semata-mata dengan Asma' wa Sifatnya, dan tidak mempunyai kepercayaan2 tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan.

DOA YANG DIBACA

1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’



3. Al-Hasyr : 21-24



4. Doa Selusuh



Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".

5. Doa Pemudah

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".


BAHAN-BAHAN

1. Air (jika air zam-zam lagi baik)


KAEDAH PENGUBATAN

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.

As-Syifa' Melaka : 013-2006363

Pusat Perubatan Islam As-Syifa' Melaka.

Klinik Rawatan Islam As-Syifa' Melaka

9 comments:

  1. Bolehka kita minum diawal waktu mengandung? Ustaz ada doa2 atau ayat2 al-quran utk diamalkan supaya isteri hamil urinya berada di atas & agar dpt bersalin secara normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa diminum seminggu dari tarikh jangkaan melahirkan anak. Minum awal pun tak salah dan berdoalah untuk kebaikan jua.

      Delete
  2. salam,,saya copy ye nak di amalkan untuk isteri yang nak bersalin tak lama lagi,,terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Wslm. Dibolehkan kongsi dengan niat yang baik

    ReplyDelete
  4. As-salam,

    Sebagai makluman, selawat syifa itu adalah satu selawat yg TIDAK DIAJAR oleh Nabi saw. Nabi saw ada ajar kita 40 jenis selawat (ada hadith) dan selawat syifa' serta selawat tafrijiyyah TIDAK ADA DALAM MANA2 HADITH SAHIH..

    Lafaz selawat syifa ini juga adalah satu LAFAZ SYIRIK, ini maksud selawat syifa dlm bahawa melayu

    "“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang MENYEMBUHKAN hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

    walaupun kumpulan Darul Syifa cuba menegakkan benang yg basah dgn mengatakan perkataan MENYEMBUHKAN itu sebenarnya bermaksud PENAWAR..namun ianya sama saja..syirik kerana yg menyembuhkan dan menjadi penawar ialah Allah, bukan nabi saw..walaupun mungkin niat kita betul, iaitu dgn meletakkan sepenuh pengharapan akan kesembuhan itu kepada Allah, namun Islam itu bukanlah sekadar bergantung kepada niat yg baik, akan tetapi niat yg baik wajib diikuti dgn perlaksanaan mengikut Syariat yg di bawa Nabi saw..

    jaid hentikanlah amalan2 karut seperti meminum air seluruh ini..jika kita atau isteri kita hendak bersalin, berdoalah secara terus kepada Allah agar ia dipermudahkan, insyaAllah DIa akan permudahkan..wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...kalau awak sakit x payah gi jumpa Dr. Kalau awak sakit gi jumpa Dr makan dan ikut pesanan Dr makna awak x yakin Allah yg menyembuhkan. Awak bertawassul dgn Dr.

      Delete
  5. Malas nak layan semua nie, tp bila dah terdesak, yg penting ingat Al.lah dan jgn putus asa berdoa.

    ReplyDelete
  6. jgn bila dah terdesak br nk igt Allah..

    ReplyDelete
  7. Salam. Dimana boleh sy dapatkan bacaan audio untuk "4. Doa Selusuh" ? teramat memerlukan bantuan sebagai rujukan terhadap bacaan sy sendiri.

    ReplyDelete

Man Ana ???

My Photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG