FOLLOWERS

Tuesday, May 18, 2010

AS-SYIFA' : DOA ALIH HUJAN (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)

Alih hujan biasa kita dengar dikalangan masyarakat Melayu kampung yang biasanya akan mendoakan agar hujan dialihkan ke kawasan lain dengan isyarat melemparkan pakaian seperti baju tuan rumah ke atas bumbung rumahnya dan pelbagai kaedah yang lain. Namun begitu mengikut kaedah pengubatan Islam sebenarnya banyak doa dan kaedah yang biasa digunakan bagi tujuan di atas. Salah satu cara yang telah dipelajari ialah seperti di bawah ini :-

DOA YANG DIBACA

1. Al-Fatihah : 7 kali

2. Surah Hud : Ayat 44 : 7 kali

3. Tambahan Doa : “ Ya Allah, palingkanlah dari kami dan jangan (Engkau) menyusahkan kami, Ya Allah (Engkau gerakkanlah hujanini) tempatkanlah ke bukit-bukau, di tanah-tanah tinggi, di dasar-dasar wadi dan di tempat-tempat penumbuhan pokok-pokok (yang lebih memerlukan air)”

Doa berdasarkan sebuah hadith SOHIH daripada Anas Bin Malik; riwayat oleh Al-Bukhairy (no.1013) dan Muslim (no.897). Berkata as-Syaikh ‘Abdur Razzaaq bin ‘Abdul Muhsin Al-Badr dalam kitabnya yang berjudul “FIQHUL AD’IYAH WAL AZ-KAAR ; “AMALUL YAUMI WAL-LAILAH” (ms/241 cetakan Daar Ibnil –Qayyim dan Daar Ibni ‘Affaan).
Dalam hadith dan doa ini , menunjukkan bahawa dibolehkan pada syara’ untuk bermohon dialih atau dihentikan hujan; tatkala berpanjangan hujan tersebut serta semakin banyak dan (sampai) mencetuskan bahaya pula.

BAHAN

1. 7 ketul batu kerikil atau batu sungai

2. Jika bahan di atas tiada ambil 7 helai daun atau sebagainya.

KAEDAH PENGUBATAN

Hendaklah dibacakan doa di atas pada 7 biji batu kerikil sambil digenggam erat-erat, kemudian letakkanlah kesemua batu tersebut pada tempat yang tidak terkena titisan air hujan seperti dipenjuru atas gelegar bumbung atau sebagainya. InsyaAllah dengan izin Allah hujan akan beralih ke kawasan lain sehinggalah selesai semua keperluan dan hajat yang dipohon. Dinasihatkan agar membuang senula batu kerikil selepas selesai semuanya ke dalam air sungai yang mengalir. Yakinlah di atas segala pertolongan Allah SWT.

As-Syifa’ Melaka : 013-2006363

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG