FOLLOWERS

Sunday, May 16, 2010

AS-SYIFA' : PELARIS 1 (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)

Pelaris perniagaan dan sebagainya adalah suatu ikhtiar yang baik jika berlandaskan kepada kaedah pengubatan Islam yang sebenar. Jika menggunakan menderum atau tangkal atau apa-apa jua bahan yang akhirnya menyebabkan kita menjadi bergantung harap kepada benda tersebut merupakan ikhtiar yang tidak sepatutnya dilakukan. Oleh itu sebaiknya gunakanlah kaedah pengubatan Islam kerana segala pertolongan melariskan jualan serta perniagaan adalah berdasarkan doa yang kita pohon kepada Allah SWT disamping dengan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik dilakukan.

AMALAN HARIAN 1

Waktu : Selepas Asar

1. Membaca Surah Yassin (2 kali)

2. Membaca Surah Al-Waqiah (1 kali)

Selepas Maghrib

1. Membaca Surah Yassin (1 kali)

2. Membaca Surah Al-Waqiah (2 kali)

KAEDAH AMALAN

Hendaklah mengikuti turutan amalan di atas setiap hari dan berdoalah untuk melariskan jualan ataupun apa-apa jua perniagaan yang anda usahakan. Lebih elok jika ditambah dengan anda mengamalkan bacaan yang dikenali “Ayat Seribu Dinar” 3 kali setiap selepas doa lima solat waktu secara berterusan dan disudahi juga dengan doa untuk melariskan apa jua hajat yang dipinta.
"Ayat 1000 Dinar"


As-Syifa Melaka : 013-2006363

3 comments:

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG