FOLLOWERS

Sunday, May 16, 2010

JIN : TANDA-TANDA DIRASUK JIN.

As-Syifa' Melaka : 013-2006363
Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu dirsuki jin adalah banyak dan tidak sama dialami oleh setiap orang. Namun begitu senarai tanda-tanda yang dilampirkan di bawah ini adalah berdasarkan pengalaman umum dan sendiri yang telah melalui pengalaman dalam usaha mengubati pesakit,digabungkan juga dengan ilmu dalam nota pengubatan islam serta pengalaman oleh perawat-perawat yang lain.
Tanda-Tanda Dirasuki jin ialah :-

1. Pesakit menjadi malas, badan cepat letih,kurang tenaga, rasa tak bermaya sama ada untuk bersolat, ke masjid atau surau, pergi pejabat untuk bekerja atau sebagainya.

2. Pesakit cepat mengantuk tidak kira berada di mana sekalipun, dan apabila tidur akan terasa seperti ditindih,sukar bernafas, rasa terkejut, selalu terbangun di waktu malam dan sebagainya.

3. Akan mengalami mimpi yang buruk seperti mimpi ular,kala jengkin,anjing yang semuanya berwarna hitam, kadangkala mimpi tersebut akan berlaku berulangkali. Juga bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi atau mimpi diiring ke kubur,tempat sampah atau jalan yang mengerikan.

4. Pesakit akan hilang selera makan menyebabkan berat badan yang menurun.

5. Batuk atau selsema yang berpanjangan,kadang-kadang selama berbulan-bulan.

6. Dada atau jantung akan jadi berdebar-debar secara kerap.

7. Pesakit suka termenung, bersendirian, sedih, rasa gelisah dan rasa ‘kosong’.

8. Selalu pening kepala, sakit perut umpama gastrik dan seumpamanya.

9. Terdapat kesan-kesan lebam dibadan seperti dipeha,betis dan lengan.

10. Terasa sesuatu yang bergerak-gerak dalam badan.

11.Malas berzikir dan malas sembahyang.

12. Sakit pada sesetengah anggota badan sehingga doktor tidak boleh mengubatinya.

13. Tidak sedarkan diri atau hilang kawalan diri pada masa tertentu.

14. Melihat binatang berbisa didalam rumah seperti lipan,kala jengking atau ular.

15. Gangguan ketika beribadah seperti lupa baca ayat al-Quran/doa yang telah dihafal.

16. Kerap was-was sehinggakan terpaksa ambil wuduk berulang-ulangkali atau takbirratul ikhram dalam masa yang lama diulang

17. Terdengar bunyi suara yang menakutkan atau ternampak sesuatu yang pelik.

18. Terhidu bau yang busuk di dalam rumah seperti darah, nanah, bangkai, kemenyan dan sebagainya.

19. Mudah menjadi marah, suami isetri cepat bertengkar walau pada perkara yang kecil secara tiba-tiba.

20. Ulat bulu, langau, lalat hijau, kupu-kupu banyak dalam rumah.

21. Sangat susah tidur di waktu malam, jika dapat tidurpun dalam keadaan yang sudah lama bersusah payah untuk melelapkan mata.

22. Apabila tidur akan berlaku gesera antara gigi geraham sehingga menimbulkan bunyi yang boleh didengari ahli rumah yang lain.

23. Berjalan sendiri semasa tidur tanpa sedar.

24. Bermimpi melihat hantu.

Kesemua ini adalah tanda-tanda biasa jika ada gangguan jin dalam tubuh seseorang. Kemungkinan seseorang akan mengalami salah satu tanda atau dua tanda atau beberapa tanda atau tiada yang tercatat di atas. Ini adalah sekadar panduan umum yang biasa berlaku dalam pengubatan Islam. Moga mendapat manafaat darinya.

As-Syifa’ Melaka : 013-2006363

25 comments:

  1. Ada banyak tanda yang terjadi keatas saya. yg pling ketara adalah yg 22. member2 ckap bla sy tidur sy akan geser kn gigi sy sehingga dia owg dengar pn naik tkut.

    ReplyDelete
  2. kalo kita mimpi ada benda cuba masuk dalam badan kita, dan dalam mimpi tu kita cuba halang dia dengan cara cakap Allahu Akhbar kuat2, baca SubhanaAllah...apa maknanya ya???? sebab kerap berlaku mimpi-mimpi macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dicadangkan membuat rawatan segera. Wassalam

      Delete
    2. saya pun mlm td mimpi tgh g berubat syifa.. pas2 ustaz tu suruh jin die masuk dlm badan saya.. pas2 trus saya terjaga dr tido.. dan dr tanda2 atas tu byk kali blaku..tp mainan tido je kot.. klo kena gangguan.. apa effect kt badan kite nnti erk?

      Delete
  3. saya pernah menghadapi skit ini. alhamdulillah skrg sudah sembuh

    ReplyDelete
  4. Salam,saya nak tanya if mimpi selalu jmpe hantu tu mmg saya mimpi n dlm.keadaan tu saya blawan ngm menyebut kalimah Allahhulkbar,baru2 ni saya tbe2 sakit kple slme 2 ari bturut2 dgn kmunculan lalat hijau.tpi bila saya pasangkan ayt suci alquran dan dekatkan pada telinga saya,sakit kple sakit trus hilang.saya nak.taw adakah sakit sakit ni bkait n perlu mdpatkn rawatan islam juga?

    ReplyDelete
  5. Hari ni 22/6/2014 saya bgn tdo tgk byk lalat hijau dlm rumah..apa kah petanda

    ReplyDelete
  6. sye nak tanye..tadi sye baca al-quran..tiba2 sye menangis..perut rase sakit sngat..dalam mase sminggu ni sye dan rkan2 slalu kne ganggu dkt skolah.. ap doa yg boleh sya amalkan untuk hilangkan semua ni?

    ReplyDelete
  7. Suka pada kaum sejenis (gay)....nampak lelaki hensem trus jatuh hati...

    ReplyDelete
  8. Assalam. Saya nak bertanya sikit. Sa ya ada tabur garam kasar dan lada hitam dalam rumah. Tiba tiba lalat hijau berterbangan lebih kurang 10 ekor. Tak tau dr mana muncul. Sblm ni rumah tak der lalat pun.

    ReplyDelete
  9. Assalam. Saya nak bertanya sikit. Sa ya ada tabur garam kasar dan lada hitam dalam rumah. Tiba tiba lalat hijau berterbangan lebih kurang 10 ekor. Tak tau dr mana muncul. Sblm ni rumah tak der lalat pun.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..sy mempunyai 9 tanda dri kesemua tanda tersebut.tp setiap kali sy cuba ingin pergi membuat rawatan..sentiasa ada halangan..

    ReplyDelete
  11. Di pejabat di dalam bilik air saya terdapat 3-5 ekor lalat hijau setiap hari Dan ini sudah berlanjutan selama 3 minggu.. apakan maknanya.. saya kurang percaya dgn sihir ni tapi ini adalah agak pelik untuk saya.. berkemungkinan jawapan ustaz ADA naznya SBB tu saya bertanya..

    ReplyDelete
  12. Ingin bertanya, apa akan jadi sekiranya lmbat mendapatkan rawatan. Adakah kerasukan jin ini akan menyebabkan kematian.

    ReplyDelete
  13. Saya selalu dirasuk di sekolah.Sehingga ada suatu hari jin yang selalu rasuki badan saya mengawal saya utk berdebat dgn ustaz.Ramai ckgu ckp jin itu sukakan saya.

    ReplyDelete
  14. Saya ade tanda tanda begitu...

    ReplyDelete
  15. Saya ade tanda tanda begitu...

    ReplyDelete
  16. Saya selalu dirasuk di sekolah.Sehingga ada suatu hari jin yang selalu rasuki badan saya mengawal saya utk berdebat dgn ustaz.Ramai ckgu ckp jin itu sukakan saya.

    ReplyDelete
  17. Saya selalu dirasuk di sekolah.Sehingga ada suatu hari jin yang selalu rasuki badan saya mengawal saya utk berdebat dgn ustaz.Ramai ckgu ckp jin itu sukakan saya.

    ReplyDelete
  18. Slm saya membuka kedai makan akhir akhir nie bila waktu senja je banyak langau masuk didapur kedai makan saya adakah ini ada kene mengene dengan ilmu hitam

    ReplyDelete
  19. dlm masa 2 thun 5 ekor jengking dalm umah.nsb baik smpt sy bunuh

    ReplyDelete
  20. Salam tumpang tanya ada kah yg di lampir kan satu penyakit
    Sya sedang alami kadang terasa ada bergerak2 dlm badan seperti seranga sapa2 blh apa tanda nya

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG