FOLLOWERS

Wednesday, May 12, 2010

PENGHULU ISTIGHFAR

As-Syifa Melaka : 013-2006363

Selepas mendirikan sembahyang taubat dua rakaat kemudian mohonlah keampunan (beristighfar) sekurang-kurangnya 100 kali dan sebaiknya diakhiri dengan bacaa Sayyidu I-istighfar (Pengulu Istighfar) :


Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkau Engkau."
(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)

Keterangan dan Petua Beramal ; Menurut al-San'ani dalam Subul al-Salam, doa ini dinamakan "sayyid" yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya. (Subul al-Salam Syarh Bulughul Maram: Bab Zikir dan Doa)

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga.

Beristighfar adalah jalan keluar mengatasi semua masalah. Allah memberi rezeki mereka yang beristighfar tanpa hisab. Daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa selalu memohon keampunan, nescaya Allah jadikan baginya jalan keluar daripada setiap kesempitan, kelapangan dan daripada setiap dukacita kegembiraan dan Allah memberinya rezeki yang tidak terkira". (Riwayat Abu Daud, Nasaiy, Ibn Majah dan al-Hakim)

As-Syifa' Melaka : 013-2006363

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG