Kehilangan sesuatu barangan yang amat berharga adakalanya berlaku dalam kehidupan kita. Jika berlaku kehilangan barangan tersebut maka dicadangkan mengamalkan asma Allah dan ayat Al-Quran di bawah ini dengan memohon hajat kepada Allah SWT agar barangan yang hilang tersebut akan dikembalikan jua atau boleh juga untuk bertemu pengamal pengubatan Islam yang ada. Jika masih tidak berjaya maka sedarlah bahawa barangan itu bukan rezeki kita lagi kerana barangan tersebut hanyalah barangan pinjaman daripada Allah SWT jua untuk kita menjaganya dalam tempoh masa tertentu.
DOA YANG DIBACA (1)
1. Ya-Hafiz sebanyak 129 kali (sebaiknya jangan lebih dan jangan kurang)
DOA YANG DIBACA (1)
1. Ya-Hafiz sebanyak 129 kali (sebaiknya jangan lebih dan jangan kurang)
"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
3. Surah Ali Imran : Ayat 9 (sebaiknya 116 kali).
Maksudnya,
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.”
KAEDAH RAWATAN
Hendaklah dibacakan turutan doa di atas dengan bilangan yang disyorkan dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT. InsyaAllah barang yang hilang tersebut akan disegera dikembalikan oleh orang yang mengambilnya kerana berlaku perasaan gundah serta bingung untuk menyimpan barangan tersebut. Seeloknya dimulakan dengan solat hajat terlebih dahulu dan dilaksanakan dalam tempoh terawal setelah mengetahui kehilangan barangan tersebut.

As-Syifa' Melaka : 013-2006363
No comments:
Post a Comment