AS-SYIFA' MELAKA : 013-2006363 (...siri 1)
Beberapa atau 18 contoh yang boleh dilihat melalui petua orang-orang tua dihuraikan cara rawatannya berdasarkan kaedah di atas. Kaedah ini disebut dalam masyarakat kita sebagai petua.
1. Bisa kala jengking atau lebah atau tebuan
Sesiapa yang terkena sengatannya hendaklah mengambil minyak dari badannya. Binatang tersebut hendaklah dibunuh terlebih dahulu. Minyak itu dikeluarkan dari badannya melalui proses dipanaskan api. Minyak tersebut disapu pada tempat sakit tersebut untuk membuang bisanya. Ertinya penyakit dan ubat sama-sama berada di dalam badan binantang tersebut.
2. Bisa ikan keli
Bisa sengatan ikan-ikan seperti keli dan lain-lainnya boleh ditawarkan dengan cara melumurkan lendir ikan tersebut pada tempat terkena sengatan itu. Ini bererti sebagaimana yang telah diterangkan di atas, penyakit dan ubat sama-sama berada di dalam badan haiwan tersebut.
3. Bisa duri pokok tujuh bilah
Duri pokok tujuh bilah menyimpan racun yang bahaya kepada sesiapa yang tersusuk durinya. Bisa duri pokok tujuh bilah boleh dimatikan dengan cara menggosok-gosokkan tempat sakit tersebut pada daun pokok tersebut. Air yang keluar dari daun tersebut akan menghisap bisa tersebut dan menawarkannya sehingga ia tidak mampu lagi memudharatkan orang tersebut. Maka, kesimpulannya juga sama seperti di atas iaitu penyakit dan penawar berkumpul pada pokok yang sama.
4. Bisa duri kelapa sawit
Boleh di atasi dengan menggosokkan tempat yang sakit pada buahnya yang berminyak itu. Ertinya minyak yang terdapat pada buah tersebut dapat menawarkan bisa durinya.
5. Bisa getah ipoh.
Bisanya boleh ditawarkan dengan meminum air rebusan akar pokok tersebut yang tertanam di bawah tanah dan mengadap matahari naik.
Siri 1 : Sedutan buku : Hadist-Hadist Perubatan : Pengantar Kepada Petua Tradisional oleh sahabat baikku

Ust.Syeikh Hanafi Rahman El-Fesfanji
No comments:
Post a Comment