2. Dan jika Allah menimpakan kesusahan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Tuhan menghendaki kebaikan kepadamu, tidak ada yang dapat menghalangi kurnia Tuhan yang diberikannya kepada sesiapa yang disukaiNya dari hamba2Nya Yunus: 107
3. Tidak ada binatang yang melata di muka bumi ini melainkan Allah yang menanggung rezkinya, dan Dia mengetahui kediamannya (bumi) dan tempat menyimpannya (alam kubur). Semuanya jelas termaktub di dalam Kitab yang terang. Hud: 6
4. Aku menyerahkan diriku kepada Allah, Tuhanku juga Tuhanmu. Tidak ada makhluk yang hidup melainkan Dia yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku itu di atas jalan yang lurus (memberi pimpinan yang benar pada manusia) Hud: 56
5. Dan berapa banyaknya binatang yang tidak membawa rezkinya sendiri! Allah yang memberi mereka rezki (termasuk kamu) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Ankabut: 60
6. Rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia tidak ada seorang pun yang akan dapat menahannya. Dan apa yang ditahan Allah tidak akan ada seorang pun yang dapat menganugerahkannya selain daripadaNya. Dan Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Fatir: 2
7. Sekiranya kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab : Allah! Katakanlah: Bagaimana fikiranmu terhadap apa yang kamu seru selain Allah; jika Allah hendak mendatangkan kepadaku kesusahan dapatkah pujaanmu itu menghilangkannya? Atau Allah mau memberikan kurnia kepadaku; dapatkah pujaanmu itu menolak rahmatNya? Katakanlah: Cukuplah Allah untukku! KepadaNyalah oarang2 yang menyerahkan diri dan urusan mereka itu berserah (dengan penuh keyakinan).
Az-Zumar: 38
Ayat tujuh memang terkenal dikalangan pengamal pengubatan Islam. Pelbagai khasiat dan kelebihan apabila anda mengamalkannya. Namun begitu tidaklah perlu disebutkan satu persatu kerana kesemua ayat-ayat Al-Quran itu penawar kepada segala penyakit. Apa yang penting amalan yang berterusan dan ikhlas kerana Allah SWT. Paparan di sini adalah dengan niat untuk paparan ilmu sahaja.
As-Syifa' : 013-2006363
No comments:
Post a Comment