FOLLOWERS

Saturday, May 8, 2010

PETUA ORANG TUA : KONSEP PASANGAN DALAM PERUBATAN (...siri 2)

AS-SYIFA' MELAKA : 013-2006363 (...siri 2)
6. Bisa daun bebaru

Seperti juga bisa getah pokok ipoh, bisa daun bebaru boleh ditawarkan dengan meminum air rebusan akar pokok tersebut yang tertanam di bawah tanah dan mengadap matahari naik.

7. Bisa ampai-ampai

Bisa atau rasa gatal ampai-ampai boleh dihilangkan dengan mengambil pasir yang terdapat di dasar laut, tempat bermainnya ampai-ampai tadi, disapukan pada tempat yang gatal itu.

8. Panas buah durian.

Rasa panas dalam badan akibat terlampau banyak makan durian dapat dihilangkan dengan cara meminum air dalam kulitnya. Kulitnya yang berduri itu dijadikan gelas meminum air tersebut.

Dikiaskan dari teori durian inilah juga, kita mendapati sesetengah orang-orang soleh dikalangan orang-orang tua mengamalkan meminum air sisa makanan yang terdapat didalam pinggan mereka seseudah mereka makan. Ini kerana mereka mempercayai banyak penyakit yang boleh datang memudaratkan dirinya berpunca dari makanan itu. Berdasarkan kaedah ini mereka menyimpulkan bahawa mudharat itu boleh ditawarkan atau di atasi melalui cara tersebut.

9. Terkena minyak menggoreng yang panas.

Parut yang terjadi akibat terkena minyak panas boleh dihilangkan melalui cara menyapukan sisa minyak goring yang telah terpakai pada tempat tersebut pada waktu malam atau pagi sesudah mandi. Ertinya minyak yang panas itu membawa mudharat pada badan tetapi apabila disapukan minyak berbisa yang sejuk akan menawarkan mudharat tersebut.

Dari sini lahirlah pula satu petua untuk orang yang perjalanan angina di mukanya tersekat atau tersumbat iaitu menggunakan minyak sisa bergoreng tadi sebagai alat pencuci muka. Minyak tadi akan membuka lompang-lompang dikulit dan daging yang tersumbat itu dan membetulkan semula perjalanan anginnya kepada system asal.

Demikianlah halnya orang yang mengalami masalah keguguran rambut akibat banyak menggunakan minyak berkolestrol tinggi bolehlah menjadikan sisa minyak tadi sebagai minyak rambut untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Orang yang mengalami masalah resdung di mana mukanya akan menjadi gatal setiap kali makan keropok atau ikan goreng juga boleh menggunakan bahan yang sama untuk tujuan rawatan. Minyak tersebut disapukan di sekeliling tempat yang gatal di bahagian luar dan dalamnya bertujuan untuk menarik gatal akibat bisa makanan tersebut.


10. Rasa panas akibat makan daging kambing

Bagi masyarakatArab, mereka telah biasa makan daging kambing dengan kauntiti yang banyak. Kadang-kadang seseorang atau dua orang mereka memadai memakan seekor kambing. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai sebarang masalah panas dalam badan sesudah memakannya sebagaimana kebanyakan orang dalam masyarakat kita yang akan mengalami panas bahagian dalam badan.

Rahsianya ialah kerana sesudah mereka memakan daging kambing, mereka mengamalkan meminum susu kambing pula. Daging dan susu adalah pasangan yang sama-sama berada dalam badan kambing.

11. Sesetengah penyakit kulit.

Berdasarkan pengalaman banyak binatang yang mempunyai masalah sakit kulit, umpamnya kucing berkurap yang tidak tahu pergi ke hospital itupun, mereka akan menjilat badan mereka dengan lidah mereka untuk mengurangkan kesakitan akibat masalah kulit yang dihadapinya. Maka sebab itulah dipetuakan banyak penyakit kudis boleh dirawati dengan disapukan air liur basi sesudah bangun dari tidur waktu pagi.

12. Sakit tangan dan kaki.

Dalam kaedah rawatan urut refleksologi, diajarkan bilaman seseorang tersalah urut sama ada di sebabkan jatuh, rebah atau sebagainya lagi di bahagian kaki, maka bahagian yang pertama perlu diurut ialah tempat yang sepertinya pada bahagian tangan. Demikianlah juga sebaliknya sekiranya yang tersalah urat itu ialah bahagian tangan, maka yang sepatutnya diurut ialah bahagian yang sepertinya pada anggota kaki.

Ini kerana Maha Kaya Allah S.W.T. telah menjadikan suis kaki terletak pada tangan manakala suis tangan pula pada kaki.
…Siri 2 : Sedutan buku : Hadist-Hadist Perubatan : Pengantar Kepada Petua Tradisional oleh
sahabat baikku Ust.Syeikh Hanafi Rahman El-Fesfanji

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG