ARTRIKEL 1:
ANTARA ciri-ciri umum skizofrenia ialah pesakit mungkin bertingkah laku yang pelik, luar biasa dan suka menyendiri.
RAI MAN berusia 30 tahun dan masih bujang. Dia menyewa sebuah pangsapuri di sekitar ibu kota. Sebelum memegang jawatan eksekutif di sebuah bank, dia pernah beberapa kali bekerja di tempat lain.
Ibunya seorang janda dan tinggal bersama anak sulungnya yang sudah berkahwin. Bapa Rai Man meninggal dunia sejak dia berumur 18 tahun. Hubungan Rai Man dengan bapanya amat renggang dan mereka jarang berkomunikasi dalam suasana yang mesra.
Mengikut kalendar Cina, Rai Man dilahirkan pada tahun naga – dipercayai membawa sial kepada bapanya. Sejak kelahirannya, bapanya mengidap penyakit paru-paru dan menghadapi kesukaran untuk menyara kehidupan seisi keluarga. Malang tak berbau, si bapa mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya patah. Dalam keadaan yang melarat, si ibu terpaksa membantu menjaga anak orang lain untuk menampung rezeki. Sejak kecil, Rai Man tidak pernah menikmati perasaan kasih sayang daripada bapanya. Dia amat mendahagakan belaian dan manja daripada bapanya namun hasrat itu hanya tinggal impian.
Sejak bapanya meninggal dunia, hubungan seisi keluarga menjadi renggang. Rai Man jarang meluahkan perasaan kepada sesiapa. Kebelakangan ini, Rai Man menjadi amat tidak bermaya untuk bekerja. Dia sentiasa memberitahu kawan sekeliling bahawa ada orang ingin meragut nyawanya. Ketika di rumah atau di pejabat, Rai Man suka bersendirian dan bercakap seorang diri. Rakan sejawat serta ahli keluarga mula mengesan perbezaaan yang ketara dalam tingkah lakunya. Mereka berasa hairan mengapa Rai Man berkelakuan aneh dan seolah-olah hidup dalam fantasi.
Rai Man tidak datang ke pejabat selama tujuh hari berturut-turut tanpa memaklumkan majikannya. Ibu dan ahli keluarga yang bimbang dengan perkembangan itu mendampingi Rai Man untuk mengetahui masalah sebenar pemuda itu. Menurut Rai Man, kebelakangan ini dia diekori seseorang dengan tujuan merompak dan membunuhnya. Ketika mencurahkan perasaan hati, air mukanya cemas dan badannya menggeletar. Ibunya turut menangis teresak-esak dan berasa amat khuatir dengan keadaan anak yang tidak stabil. Ahli keluarga berasa hairan setelah melihat Rai Man cuba menyorok diri di belakang tirai kononnya si penjahat yang ingin membunuhnya ada di sebelah rumah.
Halusinasi
Pada tahap tersebut, dia mengalami tanda dramatik seperti melihat dan mendengar sesuatu yang tidak dilihat atau didengar oleh orang lain. Keadaan ini dinamakan sebagai halusinasi atau hallucination. Dia juga mempunyai kepercayaan yang tidak realistik jika dibanding dengan norma masyarakat. Contohnya menurut Rai Man, ketika dikejar oleh kumpulan pengganas, menutup mata dengan tapak tangan dan menyorok di belakang tirai kononnya boleh menyelamatkan nyawa. Keadaan ini digelar delusi atau delusion. Seisi keluarga amat bimbang dengan keadaan Rai Man dan mengajaknya tinggal bersama dengan mereka.
Dia hanya tidur lena selama tiga atau empat jam dan menimbulkan gangguan emosi kepada ahli keluarga yang lain. Pada suatu hari, Rai Man memberitahu ahli keluarga bahawa dia ingin keluar sebentar untuk membeli barangan. Namun, selepas beberapa jam dia masih tidak pulang. Selepas puas mencari, rupa-rupanya dia merayau di sepanjang jalan raya, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Kenapa Rai Man berkelakuan sedemikian? Adakah dia terlalu letih dan tertekan dengan kerjayanya sehingga mengalami tekanan emosi yang serius? Mungkinkah peninggalan bapanya sejak remaja meninggalkan kesan negatif yang begitu mendalam? Ataupun hubungan keluarga yang kurang baik melahirkan ketidakstabilan emosi sejak kecil?
Hakikatnya punca sebenar skizofrenia sukar diperolehi. Menerusi kisah benar ini, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Dr. Tam Cai Lian berkongsi maklumat tentang skizofrenia.
Ciri-ciri umum skizofrenia
Melalui gabungan kisah Rai Man dengan tanda-tanda umum, didapati pada keseluruhannya, pengidap penyakit ini menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:
# Menunjukkan tingkah laku yang pelik dan luar biasa.
# Suka bercakap dan ketawa bersendirian.
# Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri.
# Tidak kisah pandangan orang lain terhadap tingkah lakunya.
# Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah menggunakan bahasa yang hanya difahami dirinya.
# Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori, ingin mencedera, mengawal ataupun membunuhnya.
# Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori, ingin mencedera, mengawal ataupun membunuhnya.
# Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan hilang keyakinan.
# Suka berkeliaran dan kadang kala menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga.
# Suka bangun dengan kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah untuk tidur lena.
Cadangan rawatan yang berkesan
# Rawatan berterusan iaitu melalui pengambilan tablet dan suntikan untuk beberapa tahun ataupun seumur hidup bagi kes yang serius.
# Menjalani rawatan terapi elektrokonkulsif untuk kes yang serius.
# Mengisikan masa untuk aktiviti seperti kerja dan belajar agar tidak mempunyai banyak masa lapang untuk memikirkan yang bukan-bukan.
# Harus menerima kasih sayang dan sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.
# Menerima rawatan pakar yang terlatih.
# Sentiasa meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi mendengar.
ARTIKEL 2:
Skizofrenia bukan masalah disampuk jin
Dianggarkan satu daripada 100 orang di seluruh dunia, menghidap skizofrenia, satu daripada penyakit mental paling serius. Di Malaysia sahaja, dianggarkan satu peratus penduduk menghidap skizofrenia yang mana bilangannya sama banyak antara lelaki dan wanita.
Penyakit ini mempunyai gejala positif (halusinasi dan delusi), gejala negatif (kemurungan, pengasingan diri dan emosi yang tidak terkawal) dan pemikiran yang tidak teratur.
Antara faktor yang dikatakan meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap skizofrenia adalah pengaruh genetik, trauma (kecederaan) pada otak sewaktu atau ketika dilahirkan selainnya dari kesan pengasingan sosial ataupun tekanan.
Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil berkata, ramai pesakit skizofrenia lambat mendapatkan rawatan menyebabkan sukar untuk pulih.
Ini kerana keluarga tidak tahu perubahan tingkah laku yang dialami oleh pesakit adalah di sebabkan skizofrenia, malah yang biasa dilakukannya menghantar pesakit ini berubat dengan cara keagamaan kerana dipercayai telah disampuk jin, syaitan dan pelbagai makhluk halus.
‘‘Kerana wujudnya salah anggapan itu, maka pesakit lewat mendapat rawatan, cuma datang ke hospital apabila pesakit bertindak agresif. Mereka agresif hanya pada keluarga dan tidak kepada orang lain.
‘‘Justeru itu bagi mencegah schizofrenia, pesakit perlu mendapat rawatan awal sebaik sahaja menyedari terdapat perubahan ke atas dirinya supaya kerosakan pada otak dapat dirawat dan potensi untuk pulih lagi cerah,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai All about Schizophrenia: The Facts and Myths and Bridging Psychosis with Reality di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Dr. Mohamad Hussain, secara tipikalnya skizofrenia terbentuk pada remaja atau awal usia 20-an sekali pun gejala yang ditunjukkan tidak jelas sehingga usia agak lewat.
Kebanyakan kaum lelaki jatuh sakit seawal usia 16 hingga 25 tahun manakala kaum wanita mula menunjukkan gejala ini antara usia 23 hingga 36 tahun.
‘‘Penyakit mungkin terjadi tiba-tiba namun sebelum sebelum episod pertama berlaku, ada perubahan ketara pada tingkah laku seseorang seperti mudah baran, murung, mengasingkan diri dan tidak boleh belajar atau bekerja dengan baik.
“Ramai orang muda mempunyai corak sikap begini tetapi tidak sakit. Namun, jika keadaan ini sering berlaku dan semakin buruk, ia seharusnya diberi perhatian.
‘‘Penyakit mungkin terjadi tiba-tiba namun sebelum sebelum episod pertama berlaku, ada perubahan ketara pada tingkah laku seseorang seperti mudah baran, murung, mengasingkan diri dan tidak boleh belajar atau bekerja dengan baik.
“Ramai orang muda mempunyai corak sikap begini tetapi tidak sakit. Namun, jika keadaan ini sering berlaku dan semakin buruk, ia seharusnya diberi perhatian.
‘‘Penyakit ini boleh bermula dengan pengambilan dadah. Adakalanya penyakit ini tersembunyi disebabkan dadah kerana dadah atau perbuatan menghidu gam yang dikaitkan dengan tingkah laku tidak menentu,’’ katanya.
Tambahnya, ramai pesakit menjadi penganggur atau diberhentikan kerja kerana penyakit ini. Ramai majikan tidak mahu mengambil pekerja yang ada skizofrenia kerana kurang faham mengenai keadaan mereka.
‘‘Gangguan ini memberi kesan besar pada aktiviti sosial mereka kerana kemampuan berinteraksi adalah rendah, keadaan kesihatan mental dan fizikal mereka lemah, tidak makan dengan baik, merokok dan mengambil minuman keras secara berlebihan dan gangguan terhadap kehidupan keluarga tidak dapat dielakkan kerana secara puratanya penjaga perlu menghabiskan 15 jam seminggu untuk menjaga ahli keluarga yang menghidap skizofrenia.
‘‘Sementara itu, masyarakat juga menanggung beban kerana keperluan penjagaan di hospital dan rumah, ubatan, keselamatan sosial dan sistem keadilan awam lain,’’ jelasnya.
Beliau memberitahu, selain daripada pemberian ubatan bagi merawat pesakit, mereka juga perlu menjalani beberapa program bagi membantu pesakit mencapai kefungsiannya atau kembali normal.
‘‘Inilah yang menyebabkan kos untuk merawat penyakit skizofrenia ini merupakan yang termahal. Di Amerika Syarikat sahaja pada tahun 1999, sebanyak AS$32.5 bilion (RM100.75 bilion) dibelanjakan untuk merawat penyakit ini. Ini adalah kos yang terpaksa digunakan kerana kelewatan pesakit mendapat rawatan,’’ ujarnya.
‘‘Inilah yang menyebabkan kos untuk merawat penyakit skizofrenia ini merupakan yang termahal. Di Amerika Syarikat sahaja pada tahun 1999, sebanyak AS$32.5 bilion (RM100.75 bilion) dibelanjakan untuk merawat penyakit ini. Ini adalah kos yang terpaksa digunakan kerana kelewatan pesakit mendapat rawatan,’’ ujarnya.
Sementara itu, Profesor Bersekutu Klinikal Columbia University College of Physicians & Surgeons, Prof. Zafar Sharif berkata, walaupun tiada rawatan yang boleh mengubati skizofrenia, ia boleh diurus dengan rawatan tertentu iaitu rawatan oral dan penggunaan ubat antipsikotik.
Suntikan intra-muskular iaitu antipsikotik konvensional sudah diperkenalkan sejak tahun 1960-an bertujuan bagi mengatasi masalah mematuhi rawatan. Kejayaan banyak terbukti. Banyak kajian menunjukkan pesakit memilih suntikan yang bertindak jangka panjang berbanding dengan rawatan oral. Namun begitu, antipsikotik ini mempunyai kelemahan kerana ia berasaskan minyak dan sering dikaitkan dengan rasa sakit atau alahan.
Manakala, Risoerdal Consta adalah ubat antipsikotik antipikal yang pertama terdapat dalam formulasi bertindak jangka panjang. Dengan menggunakan antipsikotik ini, pesakit tidak perlu memikirkan untuk mengambil pil harian.
‘‘Kajian untuk penambahbaikan ubat antipsikotik ini sentiasa dijalankan bagi meningkatkan keserasian, keselamatan dan kepatuhan rawatan. Sehubungan itu, baru-baru ini, formulasi oral baru bagi meningkat rawatan pilihan diperkenalkan.
‘‘Invega adalah ubat antipsikotik atipikal oral dengan mekanisme perlepasan berlanjutan bagi rawatan akut dan rawatan pencegahan berulang skizofrenia. Invega dengan dosnya sekali sehari, direka khusus bagi pengeluaran paliperidone (bahan aktif) menerusi teknologi perlepasan unik OROS terbukti akan profil keberkesanan, keselamatan dan ketahanan.
‘‘Daripada kajian-kajian klinikal sudah terbukti pada ramai pesakit, Invega mampu mengurangkan gejala skizofrenia, termasuk pada kali pertama, meningkatkan kefungsian pesakit berdasarkan Performance and Social Performance Scale,’’’ jelasnya.
Menurut Zafar, kesannya dapat dilihat seawal hari keempat di mana kajian klinikal secara statistiknya menunjukkan perbezaan ketara dibandingkan dengan penggunaan plasebo atau gejala skizofrenia. Apabila digunakan pada kadar yang dicadangkan, kesan sampingan Invega 6mg adalah berbandingan dengan plasebo.
‘‘Dengan teknologi inovatif OROS, Invega memberi peluang kepada ramai penghidap skizofrenia menguruskan penyakit mereka bersama kumpulan rawatan untuk menikmati kehidupan lebih bermakna dan produktif.
‘‘Invega melepaskan paliperidone iaitu satu entiti kimia dan merupakan rawatan bagi skizofrenia yang menggunakan teknologi pengeluaran berterusan OROS. Teknologi OROS menawarkan pelepasan ubatan yang konsisten dalam tempoh 24 jam dengan mengurangkan fluktuasi puncak dan jurang pada kepekatan plasma ubatan,’’ katanya.
Tambahnya, kelulusan penggunaan Invega adalah berdasarkan keputusan program pembangunan klinikal membabitkan 1,306 pesakit dalam tiga kajian utama yang dijalankan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Sukatan primer untuk melihat keberkesanan ubat rawatan adalah dengan Positive and Negative Syndrome Scale (PANSS), satu skala yang biasa digunakan dalam penyelidikan skizofrenia bagi mengukur tahap gejala positif atau negatif.
‘‘Kadar pemberhentian pengambilan ubat Invega disebabkan kesan sampingan adalah lebih rendah berbanding dengan plasebo (5 peratus plasebo dibandingkan dengan Invega.
‘‘Selain mematuhi arahan rawatan, keluarga dan pesakit perlu mempunyai pengetahuan mengenai skizofrenia, gejala dan ubatan yang disyorkan bagi merawat pesakit kerana maklumat ini adalah sebahagian daripada proses rawatan khususnya untuk menyokong rasionalnya untuk mematuhi arahan,’’ jelasnya
‘‘Selain mematuhi arahan rawatan, keluarga dan pesakit perlu mempunyai pengetahuan mengenai skizofrenia, gejala dan ubatan yang disyorkan bagi merawat pesakit kerana maklumat ini adalah sebahagian daripada proses rawatan khususnya untuk menyokong rasionalnya untuk mematuhi arahan,’’ jelasnya
ARTIKEL 3 :
Skizofrenia berasal dari dua kata, yaitu “Skizo” yang artinya retak atau pecah (split), dan “frenia” yang arinya jiwa. Dengan demikian seseorang yang menderita skizofrenia adalah seseorang yang mengalami keretakan jiwa atau keretakan kepribadian (Hawari,2003)
Dewasa ini ilmu kedokteran mengalami kemajuan yang pesat dengan ditemukannya mekanisme terjadinya skizofrenia dan obat-obatan anti-skizofrenia, sehingga penderita skizofrenia dapat pulih kembali dan dapat kembali menjalani kehidupan yang normal.
Gejala Skizofrenia
Skizofrenia memiliki berbagai tanda dan gejala. Kombinasi kejadian dan tingkat keparahan pun berbeda berdasarkan individu masing-masing. Gejala-gejalanya dapat terjadi kapan saja. Pada pria biasanya timbul pada akhir masa kanak-kanak atau awal usia 20-an, sedangkan pada wanita, usia 20-an atau awal 30-an.
Skizofrenia dapat mempengaruhi cara berpikir, perasaan dan tingkah laku. Dokter membedakan gejala skizofrenia dalam tiga kategori sebagai berikut :
Gejala positif, terdiri dari :
• Delusi/waham, yaitu keyakinan yang tidak masuk akal. Contohnya berpikir bahwa dia selalu diawasi lewat televisi, berkeyakinan bahwa dia orang terkenal, berkeyakinan bahwa radio atau televisi memberi pesan-pesan tertentu, memiliki keyakinan agama yang berlebihan.
• Halusinasi, yaitu mendengar, melihat, merasakan, mencium sesuatu yang sebenarnya tidak ada. Sebagian penderita, mendengar suara/ bisikan bersifat menghibur atau tidak menakutkan. Sedangkan yanng lainnya mungkin menganggap suara/bisikan tersebut bersifat negatif/ buruk atau memberikan perintah tertentu.
• Pikiran paranoid, yaitu kecurigaan yang berlebihan. Contohnya merasa ada seseorang yang berkomplot melawan, mencoba mencelakai atau mengikuti, percaya ada makhluk asing yang mengikuti dan yakin dirinya diculik/ dibawa ke planet lain.
Gejala negatif
• Motivasi rendah (low motivation). Penderita akan kehilangan ketertarikan pada semua aspek kehidupan. Energinya terkuras sehingga mengalami kesulitan melakukan hal-hal biasa dilakukan, misalnya bangun tidur dan membersihkan rumah.
• Menarik diri dari masyarakat (social withdrawal). Penderita akan kehilangan ketertarikan untuk berteman, lebih suka menghabiskan waktu sendirian dan merasa terisolasi.
Gejala kognitif
• Mengalami problema dengan perhatian dan ingatan. Pikiran mudah kacau sehingga tidak bisa mendengarka n musik/ menonton televisi lebih dari beberapa menit. sulit mengingat sesuatu, seperti daftar belanjaan.
• Tidak dapat berkosentrasi, sehingga sulit membaca, menonton televisi dari awal hingga selesai, sulit mengingat/ mempelajari sesuatu yang baru.
• Miskin perbendaharaan kata dan proses berpikir yang lambat. Misalnya saat mengatakan sesuatu dan lupa apa yang telah diucapkan, perlu usaha keras untuk melakukannya.
Bagaimana gejala- gejala skizofrenia terjadi ?
Skizofrenia merupakan penyakit yang mempengaruhi otak. Pada otak terjadi proses penyampaian pesan secara kimiawi (neurotransmitter) yang akan meneruskan pesan sekitar otak. Pada penderita skizofrenia, produksi neurotransmitter-dopamin- berlebihan, sedangkan kadar dopamin tersebut berperan penting pada perasaan senang dan pengalaman mood yang berbeda. Bila kadar dopamin tidak seimbang–berlebihan atau kurang– penderita dapat mengalami gejala positif dan negatif seperti yang disebutkan di atas.
Penyebab ketidakseimbangan dopamin ini masih belum diketahui atau dimengerti sepenuhnya. Pada kenyataannya, awal terjadinya skizofrenia kemungkinan disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor tersebut.
Faktor-faktor yang mungkin dapat mempengaruhi terjadinya skizofrenia, antara lain: sejarah keluarga, tumbuh kembang ditengah-tengah kota, penyalahgunaan obat seperti amphetamine, stres yang berlebihan, dan komplikasi kehamilan.
Bagaimana Cara Mengatasi Gejala skizofrenia?
Ada beberapa langkah yang dapat membantu mengatasi gejala skizofrenia, antara lain belajar mananggulangi stres, depresi, pikiran negatif, belajar rileks, dan tidak menggunakan alkohol ataupun obat-obatan tanpa sepengetahuan dokter serta segera berkonsultasi ke dokter/ psikiater bila timbul gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.
Bantuan dari orang-orang terdekat
• Pada skizofrenia fase aktif, penderita mudah terpukul oleh problema yang sederhana sekalipun. Kurangi pemberian tanggung jawab agar tidak membebani penderita dan mengurangi stres jangka pendek. Tetapi dengan mengambil semua tanggungjawabnya, akan menimbulkan ketergantungan dan problema lain dikemudian hari.
• Penderita skizofrenia mungkin menggunakan kata-kata yang tidak masuk akal. Agar lebih memahami, cobalah berkomunikasi dengan cara lain dan mengajak melakukan aktivitas bersama-sama seperti mendengarkan musik, melukis, menonton televisi, atau menunjukkan perhatian tanpa harus bercakap-cakap.
• Jangan membicarakan penderita jika penderita skizofrenia tidak ada. Penderita skizofrenia biasanya perhatian (sensitif) dengan apa yang terjadi di sekitarnya.
Apakah Skizofrenia Dapat Disembuhkan?
Sesungguhnya tiga dari empat penderita skizofrenia dapat mengalami perbaikan yang bermakna atau pulih dengan baik dan dapat melakukan aktivitas sehari-hari secara normal, tetapi sembuh atau tidaknya belum dapat diketahui. Satu-satunya jalan untuk mengendalikan gejala adalah dengan pemberian antipsikotik yang dikombinasikan dengan terapi pendukung (tanpa obat-obatan).
Pengobatan dengan Antipsikotik
Obat antipsikotik banyak beredar di pasaran yang diresepkan dokter. Meskipun efektif mengatasi gejala-gejala skizofrenia, obat ini menimbulkan berbagai efek samping seperti : kekakuan otot, gerakan kaku seperti robot, mengantuk, sindroma metabolik seperti peningkatan berat badan (kegemukan), diabetes melitus, meningkatnya hormon prolaktin dalam darah sehingga dapat menyebabkan gangguan seksual, amenorea (tidak menstruasi), galaktorea (keluarnya air susu), ginekomastia (membesarnya payudara pada pria), yang sudah tentu akan sangat mengganggu pada wanita lajang dan pria.
Sindroma metabolik juga dapat mengakibatkan gangguan pembuluh darah dan jantung. Sebaiknya sebelum memberikan antipsikotik perlu dilakukan pemeriksaan darah secara teratur untuk menghindari kejadian tersebut.
Antipsikotik generasi terbaru bekerja dengan menstabilkan penyampaian pesan melalui dopamin, tidak bekerja memblokir total dopamin seperti halnya antipsikotik yang lain. Obat ini dapat dipercaya akan mengurangi/ mengatasi gejala-gejala skizofrenia – positif, negatif, dan memperbaiki kognitif – dengan efek samping yang dapat ditoleransi lebih baik dibanding antipsikotik sebelumnya. Jadi dengan pemberian generasi terbaru ini, efek samping obat antipsikotik sebelumnya dapat dihindari dan kualitas hidup pasien akan membaik serta dapat kembali ke kehidupan yang normal.
Terapi Pendukung dan Psikoterapi
Terapi pendukung biasanya dikombinasi dengan obat antipsikotik guna membantu menurunkan/mengatasi gejala skizofrenia, mencegah kekambuhan, membantu pasien tetap berobat dan membantu pasien kembali ke kehidupan yang normal.
Walau tidak menyambuhkan, psikoterapi dapat membantu pasien mengatasi gejala-gejala spesifik, seperti: anxiety (kecemasan), panik, fobia, gangguan emosi, stres, insomnia, (susah tidur), depresi, gangguan hubungan antar manusia dan gangguan psikologi seksual.
Pengobatan berkemungkinan juga dapat membantu pasien melihat kenyataan bahwa dia menderita skizofrenia dan perlu mematuhi pengobatan yang dilakukan atau yang dianjurkan oleh dokter. Psikoterapi ini dapat dilakukan baik pada individu atau anak-anak, maupun dengan pasangan, keluarga atau kelompok.
saya teringin sangat mahu membantu sepupu saya yang menghidap penyakit ini untuk terus sembuh dan dapat manjalani kehidupan normal...sila bantu saya...
ReplyDeleteSemoga usaha anda diberkati Allah. Datnglah berjumpa ustaz andai ada ruang untuk sama-sama membantu dan berikhtiar, Allah jua Maha Penyembuh.
ReplyDeleteaslmk ustz.. saya juga sdg membantu abg kandung saya yg menderitai skizofrenia sejak 7 tahun lalu. mslh saya, apabila sy mengajaknya mendptkn rwtan, dikatanya dirinya tidak sakit. tak perlu rawatan. dia juga tidak tinggal setempat. itu yg menyukarkan saya. beliau selalu nampak malaikat dan bercerita pd saya. tahun ini, serangan amat kerap. boleh dikatakan sepanjang masa beliau tidak stabil. hanya sekali sekala beliau stabil. saya amat bersedih hati dgn keadaan ini. bagaimana harus saya lakukan. mudah2an Allah memnbantu saya dan abg. amin..
ReplyDeleteMaaf ye ust terlalu lewat membaca soalan anda. Jika perlukan jawapan lagi sila hubungi ustaz ye..
ReplyDeleteassalam ustz..apa perbezaan pesakit skizofrenia dgn di sampuk jin @ lain2 makhluk..
ReplyDeleteasalamualaikum...sy slalu tiba2 mgalami rasa tkut yg amat dalam diri dan smasa perkara itu terjadi sy seolah olah tidak dapat mgawal diri sy untuk seketika waktu..adakah ini disebabkan masaalah ini???dan apakah cara untuk mgatasi masaalah ini???
ReplyDeleteSalam. Setiap pesakit skizofrenia biasanya akan melibatkan gangguan mahkhluk halus, dan bagi pesakit yang terkena gangguan halus tidak semestinya boleh dianggap sebagai sakit skizofrenia.
ReplyDeleteBagi mereka yang kadang2 hilang kawalan pada diri sendiri, ustaz cadangkan pergilah membuat rawatan dgn mana2 ustaz yang terdekat untuk mengenal pasti sekuat mana tahap gangguan makhluk halus jika ada. Maka akan senanglah diberitahu kaedah dan cara manna untuk berubat agar anda sihat kembali.
Assalamualaikum ustaz. boleh saya tahu, adakah perempuan yang dikatakan meroyan (selepas melahirkan anak) juga merupakan pesakit skizofrenia? ibu saya mengalami penyakit ini selepas bersalin 14 tahun yang lalu tapi sampai sekarang belum sembuh sepenuhnya walaupun sudah mendapat rawatan dan suntikan di hospital. kami belum pernah cuba cara tradisional atau berjumpa mana-mana ustaz setakat ini. apakah cara yang paling berkesan untuk merawat penyakit ini? mohon nasihat ustaz..
ReplyDeleteWslm. Saya pernah beberapa kali merawat pesakit seperti yang dinyatakan. Mengikut pengalaman rawatan ini perlu berterusan, maksud saya perlu juga dibawa untuk berjumpa dgn mana-mana perawat Islam. Berikhtiarlah lagi kerana Allah Maha Penyembuh
ReplyDeleteassalamualaikum, ustaz.. abg sy pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah spt syabu, ecstacy dsb. kesannya, kini abg sy suda hilang pertimbangan dan kewarasan. abg sy akan menuduh org di sekelilingnya berbuat jahat dgnnya contohnya menuduh kami atau sesiapa shj merosakkan dia dgn ilmu sihir. dia akan memarahi sesiapa shj termasuk adik beradik, ibu saudara atau bapa saudara dan slalu mengugut akan membunuh sesiapa yg menyihir dia. walaupun dia belum pernah mencederakan sesiapa, tp keadaanya makin teruk. menakutkan dan membimbangkan kami. ustaz tolong beri pendapat apa yg perlu kami lakukan sama ada dia perlu dihantar ke pusat rawatan mental.
ReplyDeletesaya salah seorg penderita skizofrenia .... sukar bagi saya untuk meneruskan pelajaran saya . saya sering kali ada masalah dalam berfikir . sering diluar kawalan mahu memekik . kadang2 bila xda apa2 tugasan yg mmbeban pon , still rasa bebanan (xtahu apa lah prob.aq sebenarnya ) ..... muga allah abgi kepulihan saya dan pengidap yang lain
ReplyDeleteSaya menhidapi Skizofrenia. Nasihat saya kepada yang berdepan dengan cabaran yang sama atau orang-orang disekeliling anda menghadapinya:
ReplyDelete1. Jangan pernah putus harapan. ALLAH Maha Penyembuh. Kasih sayang Allah sangat luas. Minta kesembuhan dari Dia. Tiada yang mampu memberi mudarat dan manfaat selain dari izin Dia.
2. Dapatkan bantuan dengan segera. Jangan terus hidup dalam denial. Berdepan dan beranilah membantu diri sendiri dan orang lain. Minta bantuan dari doktor di Klinik Psikiatri yang ada di setiap hospital. Dapatkan rawatan yang sepatutnya anda terima.
3. Teruskan dengan terapi Islam. Sesungguhnya al Quran itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman. Terapi al Quran sangat banyak membantu saya
4. Anda berhak mendapatkan kumpulan sokongan untuk berdepan dengan cabaran ini samada dalam bentuk kaunseling, terapi atau pekerja sosial di hospital yang boleh datang ke rumah dan membantu memberi nasihat bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif bagi kejayaan proses kesembuhan sakit anda.
5. Tambahkan ilmu tentang sakit ini supaya anda berani berdepan dengannya dan tidak takut kepadanya. Tambahkan ilmu supaya anda menjadi kuat dan bijak berperang dengannya.
6. Makan makanan yang sihat dan seimbang. Amalkan kurma, madu, habatusauda, kismis, air zam-zam, kacang badam. Makanan yang membantu otak sangat diperlukan kerana sakit ini melibatkan ketidakseimbangan bahan kimia pada otak.
7. Rajin solat malam dan tahajjud. Berzikir. Tenaga yang terhasil di sepertiga malam sangat membantu dalam menyeimbangkan keadaan otak. Gelombang solat, zikir dan terapi Quran sangat membantu dalam memberi ketenangan seterusnya mengurangkan tekanan yang boleh mencetuskan ketidakseimbangan bahan kimia pada otak.
8. Bersenam. Senaman membantu merembeskan hormon yang berguna bagi menjaga kesihatan mental dan emosi. Bersenam juga memang bagus untuk kesihatan fizikal kan. :)
9. Teruskan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Jangan biar diri sendiri terkurung dan terbelenggu dalam perasaan yang bukan-bukan. Syaitan suka mengambil kesempatan dan menyebabkan kita jauh lalai dan tersasar dek melayan khayalan dan halusinasi yang berpanjangan.
Saya seorang skizofrenia. Saya berjaya mendapatkan segulung ijazah. Saya terus berjuang melawan sakit ini. Dan saya yakin ini semua jalan yang indah dari Tuhan. Cinta Tuhan. Alhamdulillah. ^____^
Saya tengah spm tapi saya masih macam ni, saya sentiasa brkhayal yang tak jelas. kdang2 sy baca bku pn bleh jd brkhayal. dlu xlah truk sgat macm skrg ne, kt umh dlu sy memg periang tp sejak saya menyendiri kat sekolh rasa macam ad orang ikut saya nk cederakan sy. sy jd tkot dan skrg kt umh pn sy xdpt kwl dh
ReplyDeleteSalam ustaz, saya punyai seorang kakak yang menderita sakit ini sejak dia pulang belajar di luar negara. Sudah 10 tahun lebih. Adakah ada harapan untuk dia? Sampai sekarang dia tak mengaku dia sakit walhal semua ciri di atas ada pd dia. Kami tinggal di Johor. Amat susah nak berubat jauh2
ReplyDeletememang ada kaitan dgn gangguan syaitan dari kalangan jin pun, jin jg suka attack dari saluran2 darah saraf n otak, klu dibiarkan mmg akan jd lebih teruk, rawatan terbaik adalah dari persekitaran yg dpt menenangkan pasien begini n Quranic healing, bacaan Quran adalah penyembuh (asy-syifa) termasuklah penyakit2 gangguan mental, skizofrenia, halusinasi, delusi, paranoai, dari otak dan mn2 bahagian bdn, ada point2 lemah yg boleh dilalui keluar masuk oleh golongan jin bg org yg lemah weakness pointnya terutama bhgn otak, ada pengkaji sains yg berminat dgn metafizik pernah kaji mengenai ini
ReplyDeleteSalam.. adik sy mghidapi penyakit ini..sedg dlm rawatan hospital dan mengambil ubat, di johor bahru tiada ke ustaz pusat rawatan ni untuk sesi kaunseling.. untuk pulihkn dari segi akidah agama..
ReplyDeleteAssalamualaikum..terima kasih kpd penulia blog..
ReplyDeleteSy sekadar ingin berkongsi, semoga bermanfaat.
Berdasarkan pengalaman seseorang ni..
Dia pernah hidap skizofrenia ni seawal tingkatan 2 sampai 5..
Punca:
-tekanan berpisah dengan sahabat karib
-sifat introvert yang terlalu tinggi
-kurang skil bergaul (mungkin sbb EQ level yg rendah)
-ada tahap EQ yang rendah (kurang cerdik dalam memahami perasaan diri dan selami perasaan org lain)
-ada personaliti yang minoriti (maksudnya susah utk difahami oleh org lain sbb dia agak lain drpd org lain)
-seorang yg 'deep thinker'
-seorang yg IQ tinggi (ni bukanlah punca utama, tp dr segi cara berfikir dia lebih menggunakan 'logical side' drpd 'emotional side'..jd..ringkasnya 'emotional side' nya agak kurang sikit berkembang (the least developed side)
Nak ceritanya bila masuk asrama, dia memang
-selalu sorang2/menyendiri
-kuat belajar tp x faham2
(Sbb hadap buku tp dlm kepala fikiran ke lain)
-selalu diabaikan (sbb org rsa diri dia pelik)
-selalu sedih (sbb selalu fikir yg tiada siapa peduli)
-lama2 tak dpt fokus belajar> hilang kawan> hilang kerjaya (pelajaran merosot/ asyik gagal (failed) saja
Tindakan dia:
-mmg dia dalami psikologi tp tak sembuh on time lah/ dgn harapan tinggi nk sembuh dan nk tahu kenapa dia mcam ni
-cuba beritahu dan luahkan pd org lain tp malang sikit sbb ramainya yg x tahu (then she felt like...(*0*")..)(ni kira susah juga sbb org susah nk faham dan percaya..end up dia hampir putus asa)
-libatkan diri dlm koko (aktif sangat sbb dia harap dia dpt rasai hidup normal macam org lain)
Tp ada sesuatu yg sy nk tekankan disini sebenarnya
-memandangkan suasana asrama yg agak islamik dia mula faham sikit2 ttg agama dan lebih kenal Allah drpd time sekolah biasa dulu
-walaupun hampir putus asa tp cuba bangkit balik dgn percaya bahawa Allah lah sebaik-baik penolong
-amalan baca Al-Quran hari2 mmg menenangkan (ni mmg btul2 win sbb jumpa banyak ayat yg menghiburkan hati time sedih atau putus asa)
-solat tahajud dgn qiamullai selalu buat smpai rasa manisnya solat..indahnya Islam ni
-cuba juga berdamping dgn masyarakat sbb apa yg dia baca, sorang diri mmg senang diganggu syaitan, jd dia cuba juga walaupun terasa sangatlah sukar ya amat
-dia cuba baiki sikap dan akhlak dia (cth: x mencarut/ x merungut (bersangka baik ni paling penting kalau x nak termenung fikir bukan2)
-dia dalami psikologi diringi doa dan solat (sbb dia yakin kalau nk berjaya solatlah)
Alhamdulillah sekarang dia dah mampu hidup macam biasa. Cuma adalah juga melekat sedikit sifat lama. Mungkin itu sifat semula jadi yg x boleh diubah agaknya, iaitu x mampu ada ramai kawan.
Hmm...tak tahulah..
Nasihat sy:
-kalau sendiri kena mmg kena struggle dekatkan diri dgn Allah dulu (awak perlukan bimbingan jg/ jgan memandai2 spy x sesat ke laut)
-klau nk dihargai/ hairgailah org sekeliling dulu bru diri kita akan dihargai nnti..in shaa allah
-klau org lain bg respon negatif bersabarlah, kuatkan hati,sbb mungkin perkara macam tu yg boleh jdkan awak seorang yg kuat (ujian itu utk menguatkan bukan melemahkan..chaiyok!! Awak boleh!!)
-kalau dia org yg anda kenal tolonglah sangat, jangan tinggalkan dia, bimbinglah dia, bg semangat kat dia, kasihanilah dia
Akhir kata ingatlah
-Allah ialah sebaik-baiknya penolong
-semua manusia akan diuji rujuklah terjemahan (surah al-ankabut;ayat2-3)
-setiap manusia diuji dgn kesanggupannya/ dia mampu hadapinya (surah al-baqarah;ayat286)
-jgan kecewa sbb Allah nk angkatkan darjat sekiranya kita pilih utk jd org2 yg beriman (surah al-Imran ayat 139)
-hadapilah kesusahan ini dgn sabar dan solat (surah al-Baqarah ayat45)
-bertawakkal lah kpd Allah (surah at-Taubah ayat 129)
-yakinlah ganjaran Allah itu pasti /Allah nk beri ganjaran syurga (surah at-Tawbah ayat111)
-klau tak tahan dgn ujian jgan putus asa dr rahmat Allah (surah yusuf ayat 87)
********wallahualam*********
Maafkan sy klau tersilap type.
Doakan sy dan seorang insan itu