FOLLOWERS

Saturday, July 17, 2010

ISU ESQ HARAM? BENAR ATAU SALAH? Mencari kepastian dalam pengembaraan insan yang naif

Kesamaran modul perlu diatasi: Mufti Selangor

KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abd Wahid, tidak menolak kemungkinan negeri lain mengikut keputusan Wilayah Persekutuan mengharamkan kursus anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) sekiranya kesamaran modul yang dibangkitkan sebelum ini tidak diatasi.

Malah, baginya, pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, baru-baru ini dianggap masih belum muktamad.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Selangor berpegang kepada prinsip tunggu keputusan muktamad daripada Muzakarah Fatwa Kebangsaan terlebih dulu dan keputusan terbabit dibuat oleh ahlinya.

“Saya difahamkan, masih ada satu lagi kajian yang akan dilakukan dan kita belum membuat keputusan sama ada mahu mengikut Wilayah Persekutuan ataupun sebaliknya. Namun mengikut maklumat yang saya terima, sememangnya terdapat kesamaran dalam modul ESQ seperti yang dinyatakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

“Justeru, saya tidak menolak kemungkinan ada negeri lain yang akan mengikut jejak Wilayah Persekutuan mengharamkan kursus anjuran ESQ jika modulnya tidak diubah segera,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ yang disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan berikutan ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Bagaimanapun Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam, memutuskan kursus anjuran ESQ itu boleh dilaksanakan di negara ini tetapi dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik syarikat berkenaan.

Mohamad Tamyes berkata, dakwaan yang dibuat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini mempunyai asas kukuh dan ia diperakui oleh beberapa bekas peserta yang pernah mengikuti kursus ESQ bahawa terdapat kesamaran dalam modul yang digunakan syarikat berkenaan.

“ESQ juga ada berjanji akan segera mengubah modul berkenaan, namun mengikut maklumat terkini ia masih belum diubah,” katanya.

Negeri lain mungkin turut haramkan ESQ.Oleh Haspaizi Mohd Zain.haspaizi@bharian.com.my.2010/07/18




BERIKUT ADALAH HIMPUNAN BEBERAPA ARTIKEL SEBELUMNYA SAMA ADA MENYOKONG ATAU MEMBANTAH UNTUK RUJUKAN ILMU PENGUNJUNG BUKAN UNTUK DIBAHASKAN DI BLOG INI.


Mufti Wilayah Fatwa ESQ Haram PETIKAN : www.isuhangat.net

Sesiapa yang pernah mengikuti latihan ESQ ni mesti terperanjat dengan fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang memfatwa ESQ Leadership adalah HARAM.
Siapa yang tengok rancangan Halaqah di TV9 semalam yang pendengar ceramah tersebut nangis ramai-ramai apabila penceramah bercerita tentang kontrak kehidupan kita dengan Allah. Program spt ini antara program ESQ. Saya pernah menghadiri latihan ESQ ini selama setengah hari dari penceramah Malaysia yang mendapat latihan dari Indonesia.Pada pendapat saya ia adalah satu program yg baik dan banyak mengaitkan Islam dengan dunia kehidupan nyata kita sekarang. Namun begitu para Mufti kita mestilah sudah mengkaji sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan fatwa
ESQ adalah berasal dari Indonesia yang diperkenalkan oleh Ary Ginanjar Agustian.
Apa itu ESQ? ESQ adalah singkatan Emosional Spritual Quetient adalah satu pertubuhan latihan yang membentuk karakter kepemimpinan yang digelar oleh ESQ Leadership Centre. ESQ merupakan gabungan emotional, spriritual dan quontient, iaitu kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual.
Ari Ginanjar , mencuba menggabungkan antara kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emotional (EQ), dan kecerdasan spritual (SQ) dalam satu konsep yang saling terintergasi yang disebut ESQ. Di dalam konsep ESQ, semua manusia mempunyai intelektual dan mempunyai emosi, tapi kedua-kedua tersebut tidak sempurna kalau tidak disatukan dengan kecerdasan spriritual. Dengan ESQ, kita sebagai manusia mengakui adanya Tuhan dengan segala kebesaran-Nya dan boleh diimplementasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ini merupakan konsep psikologi (keagamaan) yang mengakui adanya Tuhan, yang berbeza dengan konsep psikologi Barat yang hanya mengutamakan intelektual (rasio) dan emosional.
ESQ mempunyai tujuh nilai dasar iaitu jujur, disiplin, tanggung jawab, kerjasama, adil, peduli dan berwawasan. Nilai-nilai inilah yang ditanamkan kepada peserta ESQ. Bila sudah mendapatkan nilai-nilai ini,diharapkan para pelatih boleh membentuk suasana saling menghormati, menyayangi, tidak ada lagi saling menjatuhkan, saling membenci antara satu agama dengan agama lain, satu suku dengan suku lain. ESQ bukan lembaga dakwah, kebetulan para trainer beragama Islam dan konsepnya diambil dari ajaran Islam. Jadi banyak material yang disampaikan trainer berdasarkan Islam.
Jadi dari visi di atas menunjukkan ESQ bukanlah satu program dakwah seperti yang disangkakan tetapi cuma satu program yang menggabungkan intelektual (IQ),emosi(EQ) dan spiritual(SQ). Program motivasi 7 Habits hanya menggabungkan IQ dan EQ sahaja. Sebab tu ESQ boleh disampaikan kepada semua pengganut agama lain. Memang betullah Mufti Wilayah mengatakan ESQ training ni bersifat liberal.


Berikut adalah dalil-dalil Jabatan Mufti Wilayah yang menfatwa ESQ adalah haram yang diambil dari http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/utama.htm . SILA KLIK


BERITA HARIAN. 15.7.2010. KEBENARAN OLEH  JFMKBHEAIM


PUTRAJAYA: Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) boleh dilaksanakan di negara ini tetapi dengan pengawasan sepenuhnya panel syariah yang dilantik syarikat berkenaan.


Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Prof Dr Abdul Shukor Husin, ketika mengumumkan perkara itu semalam berkata pandangan itu dicapai pada muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa pada 16 Jun lalu, iaitu persidangan ketujuh mengenai isu berkenaan sejak April tahun lalu.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai selepas jawatankuasa berpuas hati dan berpandangan kebanyakan unsur keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ boleh diperbetul dan diperjelaskan menerusi perbincangan bersama pegawai syarikat berkenaan dan anggota panel syariah program terbabit.

“Muzakarah juga bersetuju dan membuat ketetapan bahawa panel syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan itu hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada muzakarah (Jawatankuasa Fatwa),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Panel syariah ESQ yang dilantik oleh pihak ESQ dan direstui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ialah tokoh agama dan ahli akademik seperti bekas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mustafa Abdul Rahman (ketua); Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; bekas Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbullah Abdul Halim; bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib dan Dekan Fakulti al-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Adnan Yusof.

Abdul Shukor berkata, keputusan itu dibuat berasaskan pertimbangan berbincang, mendidik dan memperbetulkan apa juga keraguan yang ditimbulkan berbanding terus menghukum. Bagaimanapun, katanya, pandangan muzakarah berkenaan tidak membabitkan penguatkuasaan undang-undang dan ia bergantung kepada negeri masing-masing untuk menguatkuasakannya kerana ia di bawah bidang kuasa Sultan.

Abdul Shukor berkata, pertimbangan juga diambil kira daripada pandangan dikemukakan oleh ulama dan Persatuan Islam Indonesia bahawa kandungan program ESQ tidak mengandungi unsur yang bercanggah dengan syariat Islam.

Berita Harian pada 9 Julai lalu mendedahkan fatwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ yang sudah disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, menandatangani warta yang mengharamkan modul program motivasi itu pada 10 Jun lalu mengikut subseksyen 34 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1953, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Menjawab soalan, Dr Abdul Shukor berkata, jangan ada pihak yang mempertikaikan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan itu kerana ia dilakukan berdasarkan ilmu yang perlu dihormati.




Mufti Wilayah pertahan fatwa haram ESQ


Jul 17, 10 10:26am
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.


Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan respons orang ramai berhubung penwartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lepas, beliau berkata ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.Katanya, pengeluaran fatwa itu dibuat melalui proses ijtihad Mufti dan hukumnya wajib bagi seseorang Mufti berpegang dengan pendapatnya seperti yang disepakati kalangan ulama.

Fatwa itu, katanya, dikeluarkan mengikut kuasa Mufti yang diperuntukkan dalam Perkara 33 Akta 505, dan tiada peruntukan dalam akta itu bahawa Mufti perlu menunggu keputusan daripada mana-mana pihak.

Menyentuh tentang penyelarasan fatwa tersebut dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Wan Zahidi berkata banyak keputusan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tidak diselaraskan di peringkat negeri walaupun keputusan dibuat secara konsensus.

Beliau juga berkata fatwa itu adalah berdasarkan fakta-fakta daripada empat hasil kajian termasuk oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dimulakan pada ogos 2008 dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Katanya, huraian lanjut berhubung dengan 10 perkara yang boleh merosakkan akidah dalam modul kursus motivasi ESQ akan dibuat melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG