FOLLOWERS

Thursday, July 29, 2010

HUKUM PERKAHWINAN JIN DENGAN MANUSIA?

Manusia dan jin adalah dua makhluk Allah yang berbeza ciptaannya. Manusia dari tanah manakala jin pula dicipta daripada api.

Walaupun begitu, kedua-dua makhluk ini wajib beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad SAW. Dan agama yang mesti mereka imani adalah agama Islam.

Berbalik kepada persoalan di atas, sesiapa sahaja boleh mereka-reka cerita dan mendakwa bahawa dirinya telah berkahwin dengan jin atau bunian atau sebagainya. Namun, cuba kita tanya kepada mereka yang menyatakan dakwaan itu semua mana buktinya?

Nescaya mereka tidak dapat untuk membuktikannya. Ia hanya dakwaan kosong sahaja.

Mengenai hukum berkahwin dengan jin, para ulama’ berbeza pendapat. Namun ramai dari kalangan mereka menyatakan bahawa berkahwin dengan jin, adalah haram. Dan inilah jawapan yang paling hampir dengan kebenaran dan lebih kuat dan benar.

Para ulama’ yang menyatakan bahawa hukum berkahwin dengan jin adalah haram adalah bersandarkan kepada firman Allah, maksudnya:

1. "Dan antara tanda-tanda kebesaranNya (Allah), Dia telah menciptakan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri".

(al-Rum : 21)

2. "Dan Allah telah menciptakan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri".

(al-Nahl : 72)

Berasaskan ayat-ayat di atas, para ulama’ tafsir berpendapat Allah telah menjadikan isteri-isteri kita juga adalah dari jenis kita sendiri, iaitu manusia.

Allah menegaskan lagi mengenai isu ini, firmannya yang bermaksud:

"Maka berkahwinlah dengan mana-mana wanita yang kamu senangi..."

(al-Nisa' : 3).

Di dalam ayat tersebut, kalimah “النساء” (An-Nisa' – wanita)adalah dikhususkan kepada wanita Bani Adam secara khusus. Maka berkahwin dengan selain daripada wanita Bani Adam adalah diharamkan kerana ketiadaan dalil yang membenarkannya.

Selain itu, jin adalah makhluk yang boleh menyerupai berbagai bentuk. Dari itu, bagaimanakah cara untuk pasangannya dari golongan manusia untuk mengenalinya, dan ini sudah pasti akan mendatangkan masalah yang lain pula.

PETIKAN  : JAKIM


Menurut TG Dato' Ismail Kamus dalam bukunya "Jin Rasukan & Pengubatannya" menyatakan bahawa terdapat sebahagian ulamak yang menyatakan harus atau makruh berdasarkan hujah masing-masing. Namun begitu pendapat yang masyhur adalah haram berdasarkan firman Allah SWT sepertimana di atas tadi.

Sekiranya berlaku perkahwinan di antara manusia dan jin, maka tidak akan berlaku keserasian dan kemesraan di antara suami isteri disebabkan berlainan bangsa. Maka hilanglah nikmat perkahwinan yang disebut sebagai ketenangan(sakinah). Pendapat ini berdasarkan juga Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Mohd bin Yahya Al-Qadie,daripada Basyar bin Umar,daripada Lahiah daripada Yunus bin Yazid daripada Al-Zuhri katanya baginda Rasulullah s.a.w. telah melarang berkahwin dengan jin. (Alamul jin Asraruhu wa khafayahu).

Perkahwinan di antara jin dan manusia akan menimbulkan perasaan tidak tenteram,takut,bimbang dan berbagai-bagai lagi. Tambahan pula timbulnya permusuhan di antara dua golongan semenjak zaman-berzaman sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah ayat 36 yang bermaksud; " Dan kami berkata turunlah kamu semua setengah kamu dengan setengah yang lain menjadi musuh"

AS-SYIFA' MELAKA : 013-2006363

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG