FOLLOWERS

Wednesday, July 21, 2010

AS-SYIFA' : BATU KARANG. Menggunakan kaedah daun serai wangi atau tanduk rusa.

SOALAN:
Saya mengalami penyakit batu karang sejak tiga tahun lalu dan kebelakangan ini penyakit tersebut datang semula. Pelbagai cara perubatan telah saya cuba, namun penyakit itu tidak juga berkurangan. - Ahmad Mujadid Mohd. Taib, Kangar Perlis

JAWAPAN:
Batu karang adalah sejenis penyakit fizikal yang dideritai oleh manusia dan boleh dirawat secara berkesan di klinik atau hospital.

Sekiranya berpeluang mendapat rawatan tersebut, itulah cara utama untuk menyembuhkannya. Tetapi sekiranya cara rawatan klinik dan hospital tidak berkesan, boleh lah dicuba rawatan pilihan iaitu dengan mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah den empat ayak akhir surah Al-Hasyr (ayat 21,22,23,24)
Ambil 20 batang serai wangi (bukan jenis serai yang digunakan untuk masakan) tanpa membuang mana mana bahagian daripada tumbuhan itu lalu ditumbuk dan direbus. Ketika direbus, serai wangi hendaklah ditenggelami air di dalam periuk. Masaklah hingga airnya mendidih hingga tinggal separuh periuk.

Air dimasukkan kedalam bekas dan dicampur dengan gula batu secukup rasa (sedikit bagi yang menghidap kencing manis) dan semasa masih suam suam panas minumlah sebanyak yang boleh.

Sebelum minum baca ayat ayat yang diberikan. Eloklah diminum selama satu minggu iaitu sekali sebelum tidur dan sekali ketika selepas bersahur. (pagi)

Sekiranya kurang berkesan, cubalah cara kedua dengan mencari tanduk rusa yang disembelih (pastikan bukan tanduk rusa yang mati atau yang dipotong ketika rusa masih hidup).

Kikis dan buang bahagian lapisan luar tanduk yang berwarna hitam dan ambil kikisan daripada bahagian yang berwarna putih sahaja. Serbuk tanduk yang berwarna putih itu dicampur dengan air perahan limau nipis yang masak (seboleh bolehnya air limau tiga kali lebih banyak daripada serbuk tanduk rusa) kemudian didoakan dengan ayat ayat tersebut lalu diminum.

InsyaAllah akan sembuh. Kaedah Pengubatan Darussyifa'.

Petikan dari http://www.grenbarabravejournal.com.ditaip/ semula dari Mingguan Malaysia Ahad 5 Februari 1995

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG