FOLLOWERS

Tuesday, July 13, 2010

AS-SYIFA' MELAKA : SUSUK

Adapun pemakaian susuk adalah lebih berat kerana ia melibatkan unsur sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan malah kemaluan dan jika yang ada mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat apa yang didakwa (menggunaka ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh yang menggunakan jampi mentera tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk yang digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.

Islam tidak menghalang umatnya cantik, malah menggalakkan umatnya berhias diri, namun ia perlu mengikut cara yang dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk.

Berikut ialah fatwa mengenai susuk oleh Majlis Ugama Islam Singapura yang boleh diambil panduan.

Menurut apa yang dikatakan: "Susuk itu ialah logam emas, perak atau besi yang amat kecil, dimasukkan ke tubuh seseorang yang kononnya untuk menjadikan dia 'kebal' atau 'cantik' supaya ramai orang yang jatuh hati kepadanya. Apakah hukum amalan yang demikian?

Hukum bersusuk adalah haram dan tidak sayugia diamalkan oleh orang-orang Islam kerana:



1. Cara 'bersusuk' itu pada ghalibnya menggunakan amalan sihir. Sebagaimana yang diketahui bahawa beramal dengan amalan sihir itu adalah terlarang.

Para ulama Mazhab juga telah menyatakan pendapat masing-masing dalam hal sihir itu.

Menurut qaul yang aujah dari Mazhab Syafie, jika seorang itu percaya bahawa perbuatan sihir itu harus, maka hukumnya dia menjadi kafir, tetapi jika ia belajar ilmu sihir itu untuk tidak terjerumus ke dalam sihir, hukumnya harus iaitu tidak berdosa.

Menurut Mazhab Hambali, beramal dengan ilmu sihir itu hukumnya 'kafir' sama ada orang itu beriktikad bahawa perbuatan tersebut harus atau tidak.

2. Tujuan orang-orang bersusuk itu biasanya adalah untuk menjadi kebal atau supaya kelihatan cantik dan menarik.

3. Mereka yang memakai susuk itu biasanya yakin bahawa 'susuknya' akan dapat memberi sebesar-besar pertolongan kepadanya. Perbuatan yang demikian sudah termasuk dalam ertikata atau boleh membawa kepada syirik pula.


Negara asal : Singapore
Badan yang mengisu fatwa : Majlis Ugama Islam Singapura

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG