Tanpa mengambil kira kisah Michael Jackson, bagi saya bukanlah perkara yang menghairankan jika seorang anak berkulit putih dilahirkan oleh ibu bapa yang berkulit hitam. Bagi umat Islam yang percaya kepada kekuasaan Allah, perkara itu adalah perkara biasa. Tiada apa yang Allah tak boleh lakukan, perkara ini begitu kecil sekali berbanding dengan kisah kelahiran Nabi Isa AS. Baginda dilahirkan oleh ibunya Siti Maryam tanpa memerlukan seorang lelaki pun. Siti Maryam adalah wanita suci hingga akhir hayat dan menjadi orang yang pertama melahirkan anak tanpa memerlukan benih lelaki. Hal ini diterangkan dalam Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 59:
“Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia.”
Kesucian Maryam dan anaknya disebut dalam Surah l Anbiyaa’ ayat 21;
Lebih banyak kisah Nabi Isa AS dan ibunya disini.
Keterangan Gambar :- Lagi keluarga kulit hitam dapat anak putih
MIDDLESBROUGH – Selepas Britain digemparkan dengan kelahiran bayi berkulit putih, Nmachi Ihegboro daripada ibu bapa berkulit hitam, seorang lagi budak berkulit putih daripada keluarga kulit hitam didedahkan oleh sebuah akhbar semalam.
“Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia.”
“Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam”
Lebih banyak kisah Nabi Isa AS dan ibunya disini.
Apa yang saya mahu sebutkan adalah berkaitan hal penciptaan manusia. Tak kira apa jua bentuk dan keadaannya, dia adalah ciptaan Allah dan kita harus mengambil tanda-tanda keagungan Allah ini terus meningkatkan keimanan kita. Allah boleh sahaja menciptakan kelahiran yang sempurna walaupun tanpa ibu dan bapa seperti Nabi Adam AS. Lahir tanpa bapa seperti Nabi Isa AS, lahir dengan warna kulit yang berbeza dengan ibu bapanya atau apa sahaja bentuk yang sukar untuk kita fikirkan lagi.
Soalnya, semua ini kembali pada Allah. Jangan pula bila ibu bapa berkulit putih atau sawo matang yang melahirkan anak kulit hitam legam menganggap anak itu sial. Tapi Kalau ibu bapanya berkulit hitam lahirkan anak kulit putih dianggap sebagai tuah. Itu semua pemberian Allah, tak kira apa warna kulit, warna mata, warna rambut atau jantinannya.
Terimalah ia sebagai satu amanah.
Terimalah ia sebagai satu amanah.
Dan kita sendiri sebagai manusia yang dilahirkan juga, patut berbangga serta bersyukur dengan apa yang Allah beri. Tak kiralah kita putih, hitam, cantik atau tidak, tinggi atau rendah dan apa sahaja.
Keterangan Gambar :- Lagi keluarga kulit hitam dapat anak putih
GAMBAR menunjukkan Emmanuel Ofor yang berkulit putih bergambar bersama keluarganya yang berkulit hitam.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu, Emmanuel Ofor dengan memiliki rambut berwarna perang muda dan mata biru ialah anak kepada pasangan berkulit hitam, Ethelbert, 43, dan isterinya, Nkemakonam, 34, yang berasal dari Nigeria .
“Ketika dia lahir di sini pada Februari 2007, ramai jururawat mengerumuni Emmanuel dengan penuh kehairanan dan mereka sempat bertanya: Adakah saya gembira? Ya sudah tentu kerana dia anak saya,” kata Ethelbert, seorang jururawat psikiatri seperti dilaporkan akhbar The Sun.
Pada Selasa lalu, beberapa buah akhbar menyiarkan kisah Nmachi yang berkulit putih dilahirkan lima hari lalu di Woolwich, selatan London oleh ibunya, Angela berkulit hitam.
Bapa bayi itu turut berkulit hitam dan pasangan kulit hitam itu tidak mempunyai sejarah mempunyai keturunan kulit putih.
Pakar-pakar perubatan mengesahkan warna cerah pada kulit kedua-dua bayi itu adalah normal serta bukan disebabkan faktor penyakit albino namun mereka masih bingung dan menyiasat punca Nmachi dan Emmanuel dilahirkan berkulit putih.
Emmanuel mempunyai kakak, Afoma, berumur enam tahun dan adiknya Whitney yang berusia enam bulan tetapi kedua-duanya berkulit gelap.
Menurut Ethelbert, dia mempunyai seorang saudara jauh berkulit putih di Afrika walaupun ibu bapanya adalah gelap.
“Saya pada mulanya terkejut seperti orang lain namun saya ada seorang sepupu di tempat asal kami di Nigeria yang dilahirkan berkulit cerah daripada keluarga berkulit hitam. Jadi saya tahu perkara ini biasa berlaku,” kata Nkemakonam. – Agensi
No comments:
Post a Comment