FOLLOWERS

Sunday, July 4, 2010

AS-SYIFA' : UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG YANG HILANG

Kejadian barang hilang adalah suatu perkara yang lazim dialami oleh kita. Sesuatu barang yang amat berharga seperti kereta,motorsikal,barang kemas, handphone dan sebagainya apabila hilang sama ada dicuri orang ataupun terlupa letak atau pun terlupa ingatan, maka untuk berusaha mengemballikan baranga tersebut bolehlah diikhtiarkan dengan kaedah di bawah. Jika dikembalikan maka iotulah hak anda, jika tidak sekalipun maka anggaplah barangan itu hanya pinjaman dari Allah swt, ada hikmah pada setiap kejadian.


KAEDAH :-

1. Hendaklah membaca Asma' Allah  Ya Hafiz di bawah ini sebanyak 129 kali, jangan kurang dan jangan terlebih.


2. Kemudian hendaklah dibaca Ayat 16 Surah Luqman sebanyak 119 kali.

 
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

3. Surah Ali Imran : Ayat 9 (sebaiknya 116 kali).



Maksudnya,  “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.”

Kemudian hendaklah berdoa barang yang hilang akan dikembalikan. Jika diambil seseorang maka sipengambil tadi akan berasa kebingungan dan terasa panas untuk memulangkan barang tersebut. Jika tersalah letak atau terlupa maka Allah swt akan mempermudahkan gerakhati atau memberikan petunjuk di mana barang tersebut terletak. Berikhtiarlah kamu sebleum berdoa dan bertawakkallah hanya kepada Allah jua.


As-Syifa' Melaka : 013-2006363

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    saya ingin bertanya ayat apa yang harus dibaca untuk orang yang telah mengambil/berhutang wang dengan kita. Malah bukan itu saja, orang itu telah bersembunyi dan melarikan diri ke tempat lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. 2 hari lps, sy tlh tcicir hp. Jd, sya rasa tlh ada org mngambil nya.. mcm mane kte nk dia plg kn blk? Walau pn hp 2 mrh tp ade brg bharga dlm 2..

    ReplyDelete
  3. salam.boleh tak kalau saya amalkan seperti di atas untuk mengembalikan hati kekasih yang sudah tawar hati?

    ReplyDelete
  4. Assalam ustaz ,pan drive saya sudah hilang di sekolah...bagaimana nak ketemukan semua walaupun dah banyak Kali mencari

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG