Persoalan:
(1) Apa hukumnya seorang manusia membuat seorang manusia yang lain terseksa akibat ilmu sihir sehingga menyebabkan orang itu menemui ajalnya.
(2) Adakah orang itu akan diterima taubatnya walaupun dia benar-benar telah bertaubat.
Jawab:
Sihir adalah perkara yang benar-benar wujud. Allah membiarkan sahaja orang-orang yang melakukan sihir itu `menjadi' dengan sihirnya. Namun kekuasaan memberi manfaat dan mudarat (termasuk mematikan) tetapi di tangan Allah Taala.
Dosa ahli sihir, sabda Rasulullah s.a.w.:
"Jauhi tujuh dosa besar yang membinasakan." Para sahabat bertanya: "Apaka tujuh dosa besar itu wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Menyekutukan Allah dengan sesuatu, mengerjakan sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan sebab yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perjuangan (jihad) dan menuduh zina ke atas perempuan2 baik yang beriman serta tidak terlintas berbuat zina. (HR Bukhari & Muslim)
Hukuman terhadap penyihir:
1. Hanafi: Ahli sihir wajib dibunuh bila diketahui dia mengerjakan sihir. Taubatnya tidak diterima. Ahli sihir adalah kafir.
2. Malik: Ahli sihir dibunuh dan taubatnya tidak diterima. Penyihir dari ahli kitab tidak dibunuh kecuali memudaratkan kaum muslimin. Ahli sihir adalah kafir.
3. Al-Syafi'i: Seorang ahli sihir tidak kafir dengan sihirnya. Apabila dia membunuh orang dengan sihirnya, dan dia berkata: Sihirku dapat membunuh orang seperti orang itu, dan aku telah sengaja melakukan pembunuhan itu (dgn sihirnya), maka dia wajib dibunuh, berdasarkan hukum qisas (bunuh balas bunuh. Akan tetapi apabila dia berkata: Sihirku dapat membunuh, dan dapat pula terlepas tidak mengenai sasarannya, maka dia tidak dibunuh. Tetapi dikenakan diyat ke atas dirinya.
4. Hanbali: Ahli sihir kafir kerana sihirnya, samada sihirnya itu membunuh ataupun tidak. taubatnya tidak diterima.
Taubat di sini bermaksud pengakuan taubat samada diterima dalam perlaksanaan hukum bunuh ataupun tidak dterima.
Manakala jika sebelum mati dia benar-benar bertaubat dengan syarat-syaratnya, dosanya akan diampunkan oleh Allah. Ia seperti dosa kerana syirik kepada Allah Taala. Jika dia sempat bertaubat sebelum mati, ada harapan dosanya diampunkan. Tetapi jika tidak sempat, tiada harapan memperoleh pengampunan.
Manakala hukum bunuh terhadap penyihir hendaklah dilaksanakan oleh pemerintah bukan rakyat.
Wallahu a'lam : Rujukan: Tafsir Ayatil Ahkam, juz 1 - Ali al-Shabuni
Petikan dari:
http://ibnughazali.blogspot.com/2008/05/sihir-dan-hukum-mengenainya.html
AS-SYIFA' MELAKA : 013-2006363
No comments:
Post a Comment