FOLLOWERS

Sunday, May 2, 2010

AS-SYIFA' : LAMBAT DAPAT ZURIAT

AS-SYIFA' MELAKA :013-2006363


Masalah lambat dapat zuriat merupakan isu terpenting kepada pasangan yang telah lama berumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak permata hati. Tempoh tiga tahun dirasakan terlalu lama bagi pasangan tersebut namun dinasihatkan terlebih dahulu untuk membuat pemeriksaan doktor perubatan untuk mengesahkan bahawa suami isteri adalah subur kedua-duanya. Ini adalah usaha yang perlu dibuat oleh setiap pasangan barulah kita mengetahui sama ada air mani adalah subur cukup 40 juta/ppm ke atas, isteri pula tidak ada gangguan sys, asid, atau sebagainya. Apabila usaha ini telah dilakukan maka tidak salah untuk pasangan untuk menambahkan ikhtiar dengan pergi berurut, mempelajari teknik untuk memudahkan dapat zuriat, memakan herba tertentu dll atau melalui kaedah pengubatan Islam.

Dalam kaedah pengubatan Islam pula terdapat himpunan ayat serta doa pilihan untuk diamalkan setiap pasangan agar dipermudahkan usaha memperolehi zuriat. Pada masa yang sama dapat juga di"scan" sama ada pasangan atau salah seorang ada gangguan ataupun tidak. Berikut diturunkan kaedah pengubatan Islam oleh As-Syifa’ Melaka, mudah-mudahan dengan sedikit pengalaman serta usaha kita semua akan dimakbulkan doa bagi mereka yang berhajat.



DOA YANG DIBACA :
1. Al-Fatihah
2. Disiplin Asas 10
3. Al-Anbiya’ : Ayat 30
4. Al-Anbiya’ : Ayat 89
5. Ali-Imran : Ayat 38
6. Doa

BAHAN-BAHAN RAWATAN

1. Susu Kuda atau
2. Air Hujan Malam Jumaat atau
3. Kelapa Muda 3 biji,kismis 1/2/ kilo dan susu lembu segar (1 liter)
4. Lain-lain(jika perlu)

KAEDAH RAWATAN
Dibacakan ayat serta doa kepada bahan yang dibawa. Susu kuda dan air hujan malam jumaat dibuat minum dan mandi bagi pasangan. Jika guna bahan ke-3, isteri perlu meminum air kelapa muda selama 3 hari berturut-turut manakala suami pula memakan campuran kismis dan susu segar yang telah dimasak menjadi umpama makjun untuk dimakan sedikit sebelum tidur. Perlulah berjumpa ustaz untuk mengetahui kaedah pengubatan yang tertib.

As-Syifa’ Melaka
013-2006363

1 comment:

  1. Boleh dapatkan susu kuda dari http://kudaliarsumbawa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG