Abstrak : Kertas Kerja ini mengandungi beberapa penjelasan mengenai tajuk histeria atau maksud yang lebih tepat lagi ialah rasukan akibat gangguan jin dan syaitan. Walaupun ada sesetengah orang yang kurang mempercayai berlakunya serta wujud kejadian histeria akibat rasukan jin ini tetapi hakikat kejadian sebenar terdapat dalam pengkisahan dalam Al-Quran. Penulis berusaha memamaparkan maklumat yang ada bagi membuat kertas kerja ini bagi menghuraikan definisi histeria atau rasukan jin, hakikat berlakunya histeria, sebab-sebab berlaku, tahap-tahap proses kejadian histeria, petua rawatan dan juga cuba menyentuh berbagai isu dan persoalan yang berkaitan dengan histeria, sekadar pengetahuan serta pengalaman yang ada pada diri penulisnya.
MUKADDIMAH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w., keluarganya, sahabatnya dan yang mengikut hadithnya hingga ke hari akhirat.
Rawatan ataupun pengubatan Islam merupakan suatu ikhtiar untuk penyembuhan penyakit, sama ada ianya penyakit jasmani atau rohani yang diasaskan serta bersandarkan hukum oleh seseorang yang mahir dan berpengetahuan dengan kaedah-kaedah rawatan yang dibenarkan oleh hukum syarak yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t.
Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t dalam keadaan yang lemah. Ini berdasarkan ayat Al-Quran dalam Surah Ar-Rum: 54 yang bermaksud : “ Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan yang lemah…. sehingga akhir ayat”.
Maka dalam keadaan yang lemah ini manusia amat memerlukan pertolongan yang tentunya pergantungan harap kepada Allah sepertimana keterangan dalam Surah Al-Fathir : 15 yang brmaksud; “ (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya,maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji”. Kesemua ini adalah dinamakan proses pergantungan manusia bagi mengatasi segala permasalahan kehidupan baik di dunia mahupun di akhirat.
DEFINISI HISTERIA ATAU RASUKAN JIN
Histeria atau rasukan ini adalah fenomena yang pada kebiasaannya berlaku di kawasan sekolah, kilang, asrama, tenpat kenduri dan sebagainya. Namun begitu terdapat pelbagai pendapat yang pro dan kontra berkaitan masalah histeria ini kerana ianya ditafsirkan dalam pelbagai sudut mengikut pengetahuan masing-masing.
Histeria atau rasukan ini adalah suatu perkara yang realiti yang benar-benar berlaku dalam kehidupan masyarakat kita. Didalam Al-Quran juga telah mengisahkan permasalahan ini jika kita merujuk Surah Al-Baqarah : 275 mafhumnya ;
“Orang-orang yang makan(mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran(tekanan) penyakit gila”.
Ibnu Khathir pula berkata, Orang yang memakan riba itu mati tidak bangun daripada kubur mereka pada hari kiamat melainkan sebagaimana bangunnya orang-orang yang dihinggapi oleh jin dan disampuk oleh syaitan.
Kebanyakan pendapat para ulama’ bersetuju mengatakan bahawa jin boleh merasuk dan mengganggu otak manusia bahkan boleh melakukan kesakitan pada badan manusia dengan izin Allah sebagaimana pendapat yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyah.
HISTERIA bermaksud orang-orang yang diganggu fikirannya atau psikologinya yang menjadikan ia risau,murung,susah hati,berdebar-debar yang menyebabkan mereka menjadi tidak sedar. Mengikut pengalaman penulis, keadaan tidak sedar di atas kebanyakannya (dalam anggaran 99%) disebabkan oleh gangguan jin atau syaitan terhadap seseorang mangsa tersebut.
Walaupun begitu terdapat ahli psikologi atau sesetengah pengamal perubatan moden malahan orang awam juga ada yang tidak mempercayai sebab gangguan jin atau syaitan ini walaupun ianya berlaku dihadapan mata mereka sendiri, tetapi inilah yang terjadi dalam beberapa kes di negara kita. Mereka berhujah semua itu kepercayaan mistik yang karut dan menyatakan pesakit histeria ini hanya disebabkan masalah tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumahtangga, sosial atau kerja.
FAKTOR UTAMA BERLAKUNYA HISTERIA
Secara mudahnya, histeria boleh berlaku atas sebab dua factor yang utama iaitu :-
i. Disebabkan tekanan, kerana apabila seseorang yang mengalami tekanan di sekolah, tempat kerja, akibat pergaduhan, cinta dan sebagainya maka diri mereka akan hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah untuk menguasai mereka.
ii. Disebabkan gangguan, selalunya akan melibatkan kes seperti seseorang yang menuntut ilmu persilatan, perdukunan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa seperti kita. Keadaan ini terjadi sebab itulah kerja utama syaitan dan iblis yang pernah berjaNji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.
HAKIKAT KEJADIAN HISTERIA ATAU RASUKAN
Allah s.w.t. telah menyebut di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 275, dan menurut Imam Al-Qurtubi ayat ini yang menjadi dalil kepada mereka yang tidak mempercayai wujudnya rasukan syaitan ke dalam jasad manusia, yang bermaksud;
“Orang-orang yang makan(mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran(tekanan) penyakit gila”.
Surah Al-A’raf ayat 201; yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, bila mendapat gangguan dari syaitan, lalu ingat kepada tuhan dan selalu berwaspada”
Nabi pernah bersabda antara maksudnya ialah, Jin itu mempunyai tiga golongan atau jenis iaitu :-
1. Jin yang mempunyai sayap dengan terbang melata di udara. Mengkut ulamak jin ini sangat kuat jika berjaya masuk ke dalam tubuh manusia.
2. Jin dikalangan ular dan kala jengking. Jelmaan jin yang mana banyak terdapat pada hari ini.
3. Jin yang berpindah–randah. Jin jenis inilah yang biasanya terlibat dengan rasukan yang menyebabkan kejadian histeria. Bila berlaku histeria maka orang yang dirasuk akan menjadi melaung-laung dalam keadaan yang tidak sedar dan mudah menyerang kepada orang disekliling mereka yang dirasuk itu. Keadaan jin ini adalah lemah tetapi sifat mereka yang degil dan suka berpindah-randah adalah penyebab utama kepada kejadian histeria. Sebab itulah bila berlaku histeria, ia mudah merebak anatara seseorang kepada seseorang yang lain.
SEBAB-SEBAB BERLAKU KEJADIAN HISTERIA
Berikut disenaraikan sebab-sebab berlaku kejadian histeria mengikut pengalaman penulis :
1. Jin marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ diganggu atau dirampas manusia. Contohnya kawasan itu dibuat bangunan atau kawasan sekolah.
(Contoh Kes : Histeria di SMK Tg.Lumpur, Kuantan, Pahang)
2. Jauh daripada mentaati perintah Allah terutamanya apabila dengan sengaja meninggalkan solat.
3. Menganggu atau menceroboh kawasan jin seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggal makhluk tersebut.
(Contoh Kes : Histeria di SMK Paya Pulai, Temerloh, Pahang)
4. Membuat bising yang keterlaluan sehingga mengganggu lena makhluk tersebut.
(Contoh Kes : Histeria di SMK Paya Pulai, Temerloh, Pahang)
5. Membuang merata-rata pad bagi perempuan yang datang haid di tandas asrama atau sekolah menyebabkan suasana yang kotor dan sebagainya.
(Contoh Kes : Asrama Kejururawatan Hospital Kuala Lumpur)
6. Adanya majlis-majlis yang melanggar hukum syarak seperti nyanyian yang melalaikan.
7. Berlaku ‘breakdown’ pada perasaan danjiwa seseorang disebabkan masalah tekanan belajar atau kerja yang terlalu tinggi menyebabkan jin mudah merasuk ke dalam badan.
(Contoh Kes : SBPI Gombak, Selangor)
8. Kelemahan individu yang terlalu sangat takut secara tidak boleh dikawal sehingga memudahkan gejala makhluk halus menganggu hingga terjadinya hysteria.
(Contoh Kes : IPG KPM Durian Daun Melaka)
TAHAP-TAHAP RASUKAN AKIBAT HISTERIA
Jin, syaitan atau iblis boleh menyerang masuk ke dalam jasad manusia dengan pelbagai cara sama ada melalui hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan kerana mereka adalah makhluk halus yang tidak berjasad maka mudah bagi mereka untuk melakukannya. Selepas berjaya merasuk ke dalam jasad manusia, ia terus menyerang otak dan mengawal otak manusia yang akan menyebabkan si pelaku menjadi tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.
Jin menyerang sangat pantas menyebabkan manusia tidak sedar dan sukar dikawal. Ada kejadian pelajar menggigit jari sendiri sehingga berdarah, berlari ke sana ke mari dengan jeritan yang kuat, berjalan macam orang tua yang bongkok, bercakap bahasa jawa dan lain-lain, menendang dengan kuat walaupun ia pelajar perempuan, dan sebagainya. Contohnya, berlaku peristiwa yang hampir sama semasa kejadianhisteria berlaku di SMK Tg.Lumpur, Kuantan, Pahang beberapa tahun dulu.
Secara umumnya kejadian rasukan jin yang menyebabkan histeria ini boleh dikategorikan seperti berikut :-
i. Rasukan secara menyeluruh, iaitu jin telah berjaya menguasai keseluruhan badan sehingga menyebabkan si pelaku tidak sedar diri, hilang pertimbangan, membuat perkara-perkara yang ganas dan sebagainya, berperangai pelik dan hodoh, menakutkan orang lain, boleh menjerit sekuat hati, boleh berlari-lari ke sana dan kemari, dan pelbagai lagi keadaan yang berlaku yang tidak dijangkakan.
ii. Rasukan secara khusus, iaitu berlakunya rasukan jin pada sebahagian anggota-anggota badan sahaja seperti di kepala, telinga, ulu hati, pelipat kaki, perut, mata atau sebagainya yang tidak dapat diubati oleh doktor biasa.
iii. Rasukan jin secara berkala iaitu berlaku gangguan pada masa yang tertentu dan berlaku berulangkali dan kadang-kal berlaku dalam masa beberapa saat atau minit yang menyebabkan kita pun tidak mengetahui jenis penyakit apa.
iv. Rasukan secara kekal iaitu jin memang sentiasa berada dalam jasad si pelaku. Ini disebabkan berlaku dengan faktor sampingan lain .
TANDA-TANDA SESEORANG DISERANG HISTERIA
1. Tangan menggeletar dan sejuk, masa teretntu dan berulang-ulang.
2. Semacam berada di alam fantasi dan mendengar yang pelik-pelik
3. Kepala bergoyang dan menggeletar dan tidak boleh dikawal
4. Terdengar bunyi loceng, air dan sebagainya
5. Kepala menjadi sakit, badan letih dan perasaan yang tidak terkawal
6. Boleh melihat imbasan makhluk halus menjadikan si pelaku menjadi semakin takut.
Dan pelbagai lagi tanda-tanda akibat gangguan jin ini tetapi perkara di atas lebih dikhususkan pada kejadian histeria sahaja. Kejadian histeria ini lebih banyak dialami oleh golongan pelajar perempuan berbanding lelaki. Ini disebabkan sifat seorang perempuan yang lemah seperti ketika haid, mengandung, atau berpantang.
PETUA RAWATAN HISTERIA ATAU KERASUKAN JIN
Apabila seseorang itu telah dirasuki jin akibat kejadian histeria disebabkan beberapa perkara di atas, maka apakah cara yang boleh dikhtiarkan untuk merawat si pesakit? Cara yang sebaiknya ialah menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang lebih dikenali sebagai ”Ruqyah” ianya biasa dilakukan oleh pengamal pengubatan Islam atau sesiapa jua. Secara umunya As-Sayuti r.h. menjelaskan bahawa ijma’ ulama’ mengatakan bacaan untuk mengubati seseorang itu hendaklah memenuhi emat syarat iaitu :-
i. Hendaklah menggunakan kalamullah, nama Allah dan sifat-sifat Allah dan juga Sunnah Rasulullah.
ii. Menggunakan Bahasa Arab yang diketahui maknanya
iii. Hendaklah meyakini bahawa bacaan itu tidak memberi bekas tetapi kesemuanya hanyalah dengan izin dan kekuasaan Allah s.w.t. jua.
iv. Jangan mencampur adukkan antara bacaan Al-Quran dan Sunnah dengan bacaan-bacaan yang boleh menyekutukan Allah s.w.t.
Bacaan yang dicadangkan ialah :-
1. Al-Fatihah
2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawizat (Al-Ikhlas/Al-Falaq/An-Nas)
4. Mengikut pandua perawat
RAWATAN SEMASA KEJADIAN HISTERIA
1. Hendaklah mengasingkan pelajar yang diserang histeria ke bilik yang berasingan. Jika ramai maka kesemuanya juga perlu diasingkan mngikut bilik yang berlainan atau di surau atau bangunan lain supaya tidak menyerang pelajar yang lain.
2. Meminta bantuan pengamal pengubatan Islam ke sekolah atau tempat kejadian bagi membantu mengikut kaedah pengubatan Islam yang diamalkan oleh pengamal yang bersesuaian dengan situasi histeria pada hari kejadian.
RAWATAN SELEPAS KEJADIAN HISTERIA
1. Membersihkan kawasan sekolah atau tempat kejadian dengan tangkal atau azimat atau pendinding yang menyalahi hukum syarak sama ada yang dimilikki oleh murid, guru, pentadbir dan sebagainya.
2. Membuang segala bentuk patung atau gambar binatang dan sebagainya yang boleh menjadi punca berlakunya histeria.
3. Berusaha secara berterusan di waktu pagi di sekolah atau malam seperti membaca Yassin, solat hajat, mengamalkan ayatul Kursi, membaca Muawizat yang terdiri daripada surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
4. Pelajar yang terkena histeria mestilah menjaga solat, tidak membuat maksiat, membuat solat hajat dan qiyammualail pada kemampuan masing-masing dan sentiasa bergantung diri kepada Allah s.w.t.
5. Jika pelajar yang sama diganggu histeria pada hari berikutnya, maka hendaklah pelajar tersebut diberikan cuti untuk membuat rawatan sehingga sihat dan kuat dan pulih dari gangguan, barulah dibenarkan datang ke sekolah semula
6. Pihak sekolah hendaklah dilarang menggunakan khidmat bomoh atau pengamal yang menggunakan kaedah syirik atau tidak menepati hukum syarak seperti menyembelih kambing bagi menghalau syaiatan dari kawasan sekolah, menjalankan upacara menurun dan bersemah, menggunakan bacaan yang tidak difahami sebutan dan maknanya.
BEBERAPA PERSOALAN DAN ISU-ISU BERKAITAN MASALAH HISTERIA
1. Mengapa dalam kes histeria, pelajar yang telah dirawat diserang kembali?
Perlu kita fahami ialah apabila seseorang pelajar itu telah diserang histeria, maka ”laluan masuk” jin dan syaitan ke dalam tubuh manusia sudah ada. Sebagai contoh apabila kita masuk hutan maka kita perlu membuat lorong danjika hendak masuk kalu kedua maka kita akan menggunakan lorong yang sama. Begitu jugalah dengan jin ini, mereka akan mudah masuk sebab sudah membuat lorong asal yang pertama. Maka untuk mengelakkan kejadian histeria menyerang kembali maka seseorang pelajar tadi mestilah menutup lorong tersebut dengan mempertingkatkan iman dan amalan serta berikhtiar membuat rawatan yang betul serta istiqamah bermunajat kepada Allah s.w.t dalam setiap amalan dan tingkahlaku sehariannya.
2. Bolehkah makhluk halus ini dipindahkan secara beramai-ramai menaiki kenderaan?
Inilah persoalan yang selalu ditanyakan jika berlaku kejadian histeria. Cerita ataupun dakwaan ini timbul sebab tersiar dalam media yang menyatakan makhluk halus tersebut telah dipindahkan menaiki bas atau van. Persoalannya, betul sungguhkah makhluk halus tersebut menaiki kenderaan? Adakah anda percaya atau kejadian ini? Perlu kita ketahui bahawa jin ini boleh diibaratkan pergerakkannya sama seperti selaju cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang jauh yang mengambil masa berjam-jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam masa beberapa saat sahaja, jadi bagaimana? Mengikut pengalaman penulis, dakwaan di atas hanyalah mengarut, tidak lojik dan menyusahkan sahaja. Jika tidak pun mereka mengambil kesempatan mencari populariti atau dengan tujuan yang lain, ataupun mereka sebenarnya yang berkhadam dengan jin dan membuat urusan dengan jin di alam yang mereka tidak nampak dan akhirnya mereka akan tertipu dengan helah jin tersebut.
3. Boleh ”memagar” kawasan sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus?
Usaha ”memagar” sesuatu kawasan seperti sekolah yang telah diserang kejadian histeria akibat rasukan jin ini sebenarnya dibolehkan dengan syarat-syarat yang tertentu mengikut landasan syarak walaupun ada sesetengah yang mempertikaikannya. Mengikut penulis, usaha ”memagar” dengan cara yang betul tidak salah tetapi berlaku kebimbangan usaha ”memagar” tadi tidak menggunakan kaedah yang betul ataupun dengan menggunakan khidmat jin yang dilakukan oleh pengamal yang tidak amanah atau bomoh yang tidak bertanggungjawab. Jika ini dilakukan maka ia boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
KESIMPULAN
Berdasarkan kupasan histeria di atas, maka benarlah sememangnya wujud fenomena histeria akibat rasukan jin. Kejadian histeria ini pada kebiasaanya berlaku di sekolah agama atau asrama yang ramai pelajar melayu atau Islam, jarang kedengaran berlaku di sekolah cina atau india. Oleh sebab itu bagi mengelak kejadian histeria ini, adalah dinasihatkan bagi kita untuk mempertingkatkan keimanan, memperbanyakan solat dan amalan sunat yang lain, selalu membaca al-Quran dan sebagainya.
Bagi pihak sekolah yang ingin membuat bangunan tambahan atau kawasan baru, sebaik-baiknya berdoalah terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun berikhtiar ’memindahkan’ makhluk tersebut ke tempat lain berdasarkan kaedah yang dibenarkan. Rasulullah s.a.w. juga pernah berdoa kepada Allah s.w.t agar dilindungi daripada diganggu makhluk yang mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut berbunyi’ ”Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan makhluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka”.
Doa tersebut berbunyi’ ”Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan makhluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka”.
Kadang-kadang kejadian histeria berulang kembali walaupun sudah diikhtiarkan rawatan pada sesebuah sekolah, kenapa kejadian ini boleh berulang menjadi pengalaman yang berguna buat penulis. Antara sebabnya ialah, selepas perawat Islam berikhtiar ada dikalangan ibu bapa pelajar atau sedara-mara mereka atau ada guru di sekolah tersebut berusaha secara diam dengan menggunakan khidmat bomoh yang berkhadam jin dan sebagainya, inilah yang kerap berlaku dalam keadaan mereka sedar ataupun buat-buat tidak sedar tentang usaha yang tidak berlandaskan syarak ini lebih banyak mengundang bahaya yang tidak diundang.
Yang keduanya, di sekolah tersebut masih lagi buat aktiviti yang lebih banyak berbentuk hiburan atau program yang melalaikan sehingga bercampur lelaki dan perempuan, tidak menitikberatkan kewajipan solat, membuat bising dan sebagainya sehingga kejadian histeria kerap berulang dan berulang lagi. Inilah masalah yang perlu diketahui oleh semua.
Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Perubatan Islam anjuran Jabatan Agama Islam Melaka pada 1819 November di Balai Islam, Melaka.
Sy nak bertanya..Sahabat sy terkena histeria tetapi boleh sedar dengan segala yang berlaku di sekeliling dan boleh bercerita dengan baik semua yang berlaku.Dia ada menyatakan bahawa dia tidak tahu ‘benda’ yang masuk dalam badannya itu apa tetapi sebelum ‘benda’ itu masuk,dia boleh rasakan tetapi tak boleh nampak.Dia juga selalu menceritakan bahawa dia sering pengsan dan terkena histeria apabila dia stess atau tekanan.Baru-baru ini dia terkena histeria lagi tetapi dia hanya ketawa tetapi boleh berinteraksi dengan baik cuma tidak mahu diganggu.Dia juga sedar bahawa sy kawan rapatnya dan sy boleh memegangnya tetapi dia bertindak agresif dengan orang lain.Tetapi dia hanya akan bercakap dengan baik sekiranya berhadapan dengan lelaki.Dia juga suka berada dalam kelompok lelaki.Yang lebih memelikkan sy,dia memberitahu sy dia sendiri tidak tahu kenapa dia sukakan lelaki dan dengan rasa tidak bersalah dia duduk dengan kelompok mereka sedangkan dia seorang sahaja perempuan.Dia berkata mungkin ‘benda’ tersebut gatal dan sukakan perhatian.Kadangkala sy merasakan dia mempunyai gangguan perasaan dan gangguan jiwa.Dia kadangkala gelak dengan tiba-tiba dan sering murung.Dia memang mempunyai masalah tidak percayakan lelaki kerana lelaki yang dia suka sudah berpunya.
ReplyDeleteSy inginkan penjelasan tentang gangguan histeria yang dialami olehnya.
Mengikut cerita anda ini, biasanya memang ada gangguan pada sahabat anda ini. Dia perlukan bantuan anda dengan berusaha membawa dia untuk membuat rawatan dengan ustaz yang berhampiran. Jangan biarkan ia melarat lebih parah lagi, bantulah dia dengan sekadar yang termampu atau minta pertolongan ahli keluarganya.
DeleteSalam. Kupasan yang menarik dan bermanfaat. Mohon diambil bahan ini sebagai pengetahuan dan kegunaan sendiri. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam... saya mahu bertanya adakah bercouple menyebabkan gangguan jin dan histeria?
ReplyDeleteSalam... saya mahu bertanya adakah bercouple menyebabkan gangguan jin dan histeria?
ReplyDeleteMengapa mantera dari agama lain pun seperti kristian boleh merawat histeria?
ReplyDeleteMengapa mantera dari agama lain pun seperti kristian boleh merawat histeria?
ReplyDelete