FOLLOWERS

Monday, January 30, 2012

SAKA ; MEMBONGKAR MISTERI DAN 10 FORMULA KESEMBUHAN

(CADANGAN BAB 3) 

(Responden 1). 

Tidak pernah terfikir dalam sanubarinya bahawa suatu hari nanti dia akan mewarisi “Saka Harimau”. Sementelahan dia juga masih gadis yang sedang menuntut di IPTA maka pastilah tidak tertanggung dengan masalah gangguan jin yang berasal dari keturunaan sebelah atas tanpa dia sendiri sedari sejak lama dulu. Razilah (bukan nama sebenar) yang berasal dari Perak berazam untuk menghindarkan gangguan jin akibat saka di atas. Patutlah selama ini Razilah akan merasa kesukaran untuk melelapkan mata, bahu menjadi tersangat letih dan berat, badan menjadi bisa dan selalu mengalami sakit kepala yang amat bersangatan.


Razilah juga beruntung kerana masalah hidup beliau yang disebabkan saka harimau ini mula dihidu bapa saudaranya, maka Razilah bersetuju membuat rawatan untuk mengetahui apakah yang berlaku disebalik kesakitan yang selalu beliau alami walaupun doktor perubatan tetap mengatakan Razailah normal dan tidak sakit. Kasih Allah s.w.t. pada hambaNya tidak terepri dihitung kerana setiap penyakit  akan diturnkan penawarnya, maka begitu jugalah dengan Razilah yang sentiasa berikhtiar berdoa untuk mencari kesembuhan.

Semasa menjalani rawatan pengubatan Islam lebih kurang dua tahun yang lalu, Razilah menjadi tidak sedar dan meraung-raung lemah seolah-olah mengerang kesakitan. Razilah juga akhirnya menggerak-gerakkan tangan serta jari seolah-olah mencengkam sesuatu dan kemudiannya mula merangkak dalam kawasan sempit tempat rawatan.  Ahli keluarga yang hadir bersama merasa sayu dan ibunya menitiskan air mata melihak tingkahlaku anak kesayangannya berkelakukan demikian dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Dengan izin Allah maka perawat dapat berdialog dengan jin yang ada didalam tubuh Razilah pada masa rawatan dilakukan. Berdasarkan dialog (tidak dituiiskan), jjin tersebut memberitahu bahawa apa yang ada dalam tubuh Razilah ialah waris “Saka Harimau” sebelah tok moyang beliau sendiri yang berasal dari kampung yang sama. Usia saka harimau tersebut sudah terlalu tua sehingga beratus tahun, keadaan umur ini dikuatkan hujah dengan gaya pesakit yang merangkak secara yang sangat lemah dan ngauman yang juga sangat perlahan dan percakapan yang seiring gaya orang tua. Dengan penuh adab dan hikmah dalam kaedah pengubatan, maka sesi dialog bersama jin dan rawatan terhadap Razilah berjaya diselesaikan dalam masa sejam. Moga Allah jua memberikan kebaikan serta kesembuhan buat Razilah. Apabila tersedar dan diajukan soalan adakah Razilah mengetahui apa yang berlaku tadi, beliau menyatakan tidak sedar dan tidak tahu apa-apa sebentar tadi. Terpulanglah kepada ahli keluarga untuk memberitahu ataupun tidak.

Keadaan Razilah semakin bertambah baik dan telah melanjutkan pengajian di IPTA di Sarawak. Hanya beberapa kali sahaja beliau diganggu semula dan yang paling mencabar ketika diganggu ketika menaiki kereta bersama-sama ahli keluarga tiba-tiba Razilah menjadi tidak sedar dan menjerit-jerit dalam kereta dan kakak beliau yang memandu kereta terasa kereta terlalu berat dan sangat perlahan untuk bergerak. 

Dalam kesukaran dan ketakutan beliau menghentikan kereta di tepi jalan lalu menghubungi penulis, beliau disarankan membaca ayat Al-Quran yang diberitahu dan juga mengucapkan sesuatu yang antaranya ialah “Wahai makhluk Allah yang mengganggu anak sedaraku dan menumpang kenderaan ini, pergilah engkau ke tempatmu, dan biarkan kami meneruskan perjalanan dengan selamat. Kepada Allah kami berserah”. Dengan izin Allah selepas beberapa minit melafazkan kata-kata demikian makan keadaan menjadi terkawal. Razilah sedar semula dan kereta mereka meluncur seperti sediakala dan hilang rasa berat kenderaan mereka. Sesungguh Allah jua Maha Penyembuh.

Kesan saka seperti ini amat meyusahkan hidup Razilah. Bukan kehendak beliau untuk mewarisi saka harimau ini tapi tulah yang  sebenarnya berlaku. Menurut perkhabaran kini, Razilah semakin bertambah sihat walaupun adakalanya masih juga terdapat gangguan. Kesakitan badan yang dialami dulu juga semakin berkurangan hasil daripada usaha beliau yang bersungguh-sungguh untuk memantapkan lagi amal ibadat dan hasilnya boleh meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. Kekuatan roh akan menjadi kuat jika kita berusaha secara berterusan melakukan amal soleh sama ada wajib atau sunat. Aapabila ada kekuatan roh maka ruang untuk diserang ganggaun jin dan syaitan akan menjadi sempit. Berikhtiarlah mencari kesembuhan.

NOTA : Artikel ini DILARANG “copy n paste” walau untuk apa tujuan sekalipun, sama ada untuk dipaparkan dalam blog anda, fb anda dan sebagainya. Artikel ini adalah sebahagian cadangan BAB 3 buku yang akan diterbitkan penulis sedikit masa lagi. (Artikel akan diedit dan dibaiki pada masa akan datang)

Jika anda ingin berkongsi pengalaman, memberikan tip serta nasihat bagi membaiki penulisan ini maka bolehlah menghubungi saya ditalian 013-2006363 atau emailkan kepada saya di alamat ini,  iq_insan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts