FOLLOWERS

Wednesday, February 10, 2010

BIODATA USTAZ


SEJARAH HIDUP & PENDIDIKAN

Dilahirkan di sebuah perkampungan Melayu iaitu Kg.Berangan Enam,Umbai di negeri Melaka yang terkenal dengan jolokan Medan Ikan Bakar Umbai. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah berpindah mengikuti kedua ibubapa serta ahli keluarganya ke perkampungan Felda Seri Aman/Bukit Aping Barat Kota Tinggi Johor. Ayahanda beliau berasal dari Jelebu Negeri Sembilan manakala ibunya berasal dari Umbai Melaka.Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik dan berkat kesabaran kedua bapanya, lima daripada adik-beradiknya termasuk beliau sendiri telah berjaya menamatkan pelajaran di peringkat yang tertinggi di universiti dalam negeri. 


Mendapat pendidikan sekolah awal di Sek.Keb.Seri Aman, SMK Bandar Easter, SMK Tun Habab dalam daerah Kota Tinggi Johor. Mendapat keputusan yang baik dalam STPM membolehkan beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya dari tahun 1990-1994 sehingga memperolehi Ijazah sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam pengkhususan Pentadbiran Awam. Beliau juga mempunyai beberapa sijil pengurusan dan perancangan serta perakaunan asas dari Maktab Kerjasama Malaysia.

Mendapat pendidikan agama daripada persekolahan agama di negeri Johor selama 10 tahun sehingga ke peringkat Sekolah Khas Agama Johor dan peringkat IV Thanawi.

Beliau bergiat aktif di kampus di Universiti Malaya dan antara jawatan persatuan yang tertinggi disandang ialah sebagai Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUM) pada sesi 92/93 yang bertanggung jawab menjaga kebajikan lebih 10,000 mahasiswa/i ketika itu. Menjadi pengarah bagi kebanyakan projek persatuan pelajar di kampus selain aktif dalam bidang sukan dan khidmat masyarakat menjadikan beliau seorang yang lebih matang, berkeyakinan dan berpengalaman dalam urusan pentadbiran serta pengurusan apa jua program yang dianjurkan.

KELUARGA


Melangsungkan perkahwinan pada tahun 1996 dengan Pn.Sofiah Bte Mohamed yang berkelullusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Kepujian) dari Universiti Malaya. Diuji dengan ujian lambat mendapat zuriat tidak mematahkan semangat beliau. Akhirnya setelah 10 tahun menunggu akhirnya beliau dan isteri telah dikurniakan cahayamata pertama pada 4 September 2006 iaitu anak lelaki yang diberi nama Muhammad Mujahid Bin Md Zaini, kini berumur 6 tahun dan setahun kemudian beliau menerima seorang lagi cahayamata perempuan pada 1 November 2007 yang diberikan nama Khadeejah Khaleelah Bte Md Zaini, kini berusia 5 tahun menjadi pelengkap kepada kebahagiaan mereka sekeluarga..

Kini isteri beliau sudah berada diperingkat akhir untuk melengkapkan pengajian di peringkat Sarjana Filosopi (PHD) Pendidikan di Universiti Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor.


KERJAYA DAN KHIDMAT PENGUBATAN ISLAM


Dalam kerjaya pula beliau telah melalui pelbagai pengalaman kerja yang pelbagai bidang. Beliau pernah menjadi Guru Sandaran sepanjang tahun 1995-1997, tidak pergi melaporkan diri walaupun telah ditawarkan kursus Diploma Pendidikan padan tahun 1996. Beliau juga pernah bekerja dengan sebuah koperasi Melayu yang terkenal pada penghujung tahun 90-an. Selepas itu beliau telah menubuhkan syarikat bersama rakan-rakan beliau dan bekerja sendiri sehinggalah tertubuhnya IQ INSAN Training & Consultancy pada tahun 2007.

Dalam bidang rawatan Islam pula beliau adalah generasi pertama yang dilahirkan oleh Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia (DARUSSALAM) bermula pada tahun 2001 lagi beliau telah menerima Ijazah Perubatan Islam daripada TG Ust.Dato’ Ismail Kamus dalam bidang pengubatan Islam.


SEMINAR DAN KURSUS

Beliau telah menganjurkan beberapa siri seminar dan kursus dalam semua bidang pengubatan Islam. Sehingga kini lebih 1000 orang peserta mendapat manafaat dengan menyertai segala usaha dakwah yang beliau lakukan. Untuk menyebarluaskan lagi usaha murni dalam bidang pengubatan Islam ini, beliau akan membuat perkongsian pintar dengan beberapa sahabat baik serta peserta terpilih untuk bersama-sama menjadi urusetia dan penganjur bagi setiap program yang akan dianjurkan mulai tahun 2009 ini.

Beliau juga telah terpilih untuk menjadi Ahli Panel Pembentukan Kurikulum Diploma Pengubatan Islam di bawah kendalian Bahagian Perubatan Tradisional & Komplimentari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ahli Panel yang terpilih seramai 20 orang ini terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuwan dan pakar dalam bidang Pengubatan Islam di Malaysia. Antara yang terlibat ialah Ybhg.Tuan Guru Dato’ Haron Din, Datuk Amran Kasimin, Prof.Dato’ Dr.Mohamad Hatta Shahrom, Prof.Syed Jamullail dan lain-lain lagi berbincang dan berdiskusi bersama para doktor yang mewakili Kementerian Kesihatan.

PENGALAMAN SEBAGAI PENCERAMAH


Kini beliau adalah generasi terawal berdaftar sebagai Pengamal Perubatan Islam di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Mendapat jemputan daripada banyak pihak dalam usaha membantu masyarakat dalam pengubatan Islam mutakhir kini. Beliau boleh dihubungi melalui talian 013-2006363.

Terkini beliau baru sahaja mendapatkan ilmu pengubatan Islam daripada seorang Pak Kiyai di Riau Indonesia yang bernama Kiyai Pak Ali yang mempunyai kelulusan PHD dari Universiti Malaya merangkap Pengasas Pasentren di Riau dan juga mantan Dekan Fakultas di Universiti Islam Syraif Kassim Riau,Indonesia. Pengalaman selama 4 hari di Riau memberikan beliau suatu penghayatan hidup yang lebih bermakna lagi. Semoga ilmu yang diperolehi akan dapat membantu dalam usaha pengubatan beliau.

AKTIVITI TERKINI


Beliau juga telah dijemput menjadi penceramah dan fasilitator pada 16-17 November 2011 selama dua hari bertempat di Balai Islam JAIM sempena menjayakan Kursus Pengubatan Islam anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) yang diuruskan bersama bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Peneyelidikan JAIM.


Pada 1-2 Mei 2012 beliau sekali menjadi penceramah dan fasilitator bagi Kursus Pengubatan Islam Daerah Pontian Johor yang telaah dianjurkan oleh Pejabat Kadhi Pontian dengan kerjasama Persatuan Qura' dan Guru Agama Daerah Pontian Johor.


Dengan sedikit ilmu yang ada beliau juga telah menyampaikan kuliah maghrib atas jemputan beberapa pihak bagi membincangkan bab-bab pengubatan Islam terutamanya yang berkaitan bab jin dan makhluk halus. Antara institusi yang telah menjemput beliau ialah Maktab Perguruan Durian Daun Jalan Maktab Melaka, Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil Melaka dan sebagainya.


Beliau baru berpindah ke negeri kelahiran asalnya di Melaka. Moga ilmu pengubatan yang ada dapat digunakan sebaik mungkin di negeri tumpah darahnya. Amin.

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts