FOLLOWERS

Tuesday, August 31, 2010

As-Syifa' Melaka : 013-2006363

ASAS 10 adalah susunan beberapa ayat dan doa atau selawat oleh tuan guruku Ybhg.Ustaz Dato' Ismail Bin Kamus. Kesemua ini wajib dihafali serta diamalkan setiap hari dan menjadi kelaziman dibaca apabila melakukan rawatan atau ruqyah oleh setiap perawat yang mengambil ijazah dari tuan guru yang sama.

Disiplin ASAS 10 ada yang bersamaan atau ada yang berbeza mengikut tuan guru masing-masing. Apa yang penting ialah niat serta keikhlasan hati dalam usaha melakukan dakwah dalam bidang pengubatan Islam ini. Semoga dengan sedikit ilmu yang ada serta kenaifan diri dapat mendorong diri pada lebaran kebenaran atas berkat kemasinan ilmu yang telah diijazahkan. Amin.

1. Al-Fatihah















2.







3.






4. Selawat Syifa'










5. Selawat Tafrijiyyah
















6. Selawat Munjiyat















7. Ayatul Kursi




























8. Al-Hasyr : Ayat 21-24


















9. Al-Mukminun : Ayat 115-118














10. Doa Menghindar Syaitan





As-Syifa' Melaka : 013-2006363
Amalan ASAS 10 di atas perlu pengijazahan.

AMALAN UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA GANGGUAN IBLIS & SYAITAN

Ketahanan roh dah jasad perlu dalam usaha mengelakkan diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Selain daripada memperkuatkan roh dengan menghampirkan diri kepada Allah SWT, langkah berikut perlu dilakukan pada masa yang sama.

1. Sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri kepadaNya dengan melakukan ibadah yang wajib dan amalan-amalan sunat yang berterusan. Sesungguhnya semakin hampir seseorang itu kepada Allah, maka semakin jauhlah iblis dan syaitan daripadanya.

2. Zikrullah di waktu pagi dan petang, terutamanya selepas sembahyang subuh dan asar.  " Perbezaan antara rumah yang dilakukan zikir dalamnya dengan rumah yang tiada zikir adalah seperti hidup dengan mati".Maksud hadis riwayat Muslim.

3. Elakkan daripada menangis bersangatan, menjerit, berbual atau bersolek di bilik air, ataupun menjerit di tempat sunyi.

4. Sentiasa menutup aurat.

5. Jangan membunuh binatang yang masuk rumah, termasuk ular, kecuali setelah memberi amaran sebanyak 3 kali.

6. Jangan memakai tangkal dan azimat.

7. Sentiasa sembahyang berjemaah.

8. Elakkan tinggal atau berkunjung di rumah usang, kubur, tempat yang terasing. Elakkan sembahyang di tempat sembelihan binatang, ketika matahari naik atau terbit.

9. Jangan buang air kecil di batu, beristinjak dengan tulang atau najis.

10. Jangan buang air kecil atau bermain-main di pancuran kotor atau longkang.

11. Jangan biarkan anak-anak kecil berada di luar rumah ketika matahari masuk. Syaitan berkeliaran pada masa itu.

12. Tutup semua makanan, jangan biarkan terdedah. Tutup bekas tempat menyimpan makanan dengan menyebut nama Allah, begitu juga ketika menutup pintu.

13. Berwuduk sebelum tidur dan ketika berzikir.

14. Jauhkan maksiat. Semakin jauh maksiat, maka semakin jauhlah seseorang itu daripada syaitan dan semakin hampir kepada Allah SWT.

15. Jangan berseorangan terutamanya ketika bermusafir.

16. Serah diri dan tawakkal kepada Allah ketika keluar dari rumah.

17. Baca satu surah daripada surah Al-Quran sebelum tidur.

Petikan dari buku : Tanda Sihir & Kekuatan Roh Untuk Mengatasinya : Dato' Dr.Amran Kasimin (percetakan watan2002)

Monday, August 30, 2010

TAZKIRAH : KEMERDEKAAN DAN KEBEBASAN MENURUT ISLAM

SYEIKH Ahmad Khadrawaih ada menegaskan: �Kesempurnaan dalam pengabdian, diperolehi pada kebebasan (kemerdekaan) dan kesempurnaan kebebasan itu tercapai dalam pengabdian.

Firman Allah SWT yang disebut dalam ayat 34 surah an-Naml bermaksud: "Dia (Puteri Balqis) berkata: Sessungguhnya raja-raja (istilah hari ini diertikan sebagai golongan penjajah) apabila memasuki sesebuah negara, pasti mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina dan demikian pulalah yang akan mereka lakukan"


 
Jelas menunjukkan bahawa, bukanlah kebebasan (kemerdekaan) seperti yang digambarkan oleh segelintir manusia, iaitu bebas daripada belenggu penjajahan, atau bebas dengan melakukan apa sahaja yang keji dan mungkar untuk memenuhi ruang nafsu, tetapi kebebasan yang sempurna kadang-kadang tercapai dengan menahan sesuatu. 


Apa yang diutarakan oleh ayat al-Quran dan pandangan Syeikh Ahmad di atas memang jelas berlaku kepada para pemimpin negara yang pernah dijajah oleh para penjajah suatu ketika dahulu seperti Britain, Belanda, Perancis, Itali, Jerman dan sebagainya tidak akan meninggalkan negara yang dijajah, melainkan mereka berpuas hati mendapati ada segelintir daripada penduduknya yang sanggup untuk meneruskan sistem sekular yang memisahkan antara agama dan politik.

Perkara ini jelas terjadi di India dan di tanah air kita sendiri yang bernama Malaysia tercinta, di mana sistem tersebut masih mengguna-pakai pemisahan antara agama dan politik, seolah-olah bab agama hanya boleh diceritakan orang di dalam masjid-masjid sedangkan masalah pula ditadbir oleh mereka yang rakus untuk mengaut keuntungan tertentu dan bukannya berkhidmat untuk rakyat. Perkara ini terjadi akibat tidak ada penyatuan antara agama dan politik.


Percambahan program maksiat untuk memenangi hati pengundi

Bagi mengekalkan kuasa agar diri para pemerintah disukai dan diterima oleh sebahagian besar rakyat khususnya dalam pilihan raya, pelbagai program sebelum pilihan raya dalam tempoh lima tahun itu diisi seolah-olah untuk memberitahu rakyat bahawa hiburan sangat penting bagi meringankan bebanan mereka yang penat bekerja.

Justeru, penganjuran program-program realiti seperti Akademi Fantasia (AF), Malaysian Idol, So U Think U Can Dance, One In A Million, Bintang RTM, Bintang Kecil, Anugerah ERA, Anugerah BPBH, Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa dan yang sejak akhir-akhir ini tidak dapat dihitung dengan jari sepuluh.

Kenapa boleh terjadi demikian?

Imam at-Tabari ada menegaskan dalam kitabnya �Tarikh at-Tabari� atau Tarikh al-Umam wal Muluk mengenai satu pendapat daripada seorang sahabat yang menyebut �Rakyat (orang ramai) bergantung kepada (pegangan) agama para pemimpin mereka.� (maaf tidak dapat catat juzuk dan mukasurat, sebab masih ingat fakta ketika belajar dahulu sedangkan kitabnya tidak ada dalam simpanan).

Imam at-Tabari membandingkan corak pemerintahan di kalangan tiga orang khalifah pada zaman empayar Bani Umaiyah, iaitu khalifah yang keenam Al-Walid bin Abdul Malik, ketujuh Sulaiman bin Abdul Malik dan kelapan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Pada zaman pemerintahan al-Walid lebih menekankan persoalan pembangunan yang akhirnya mempengaruhi kehidupan rakyat yang juga bercakap mengenai pembangunan, kemudian berikutnya begitu juga sampailah ke zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz yang lebih menekankan aspek agama hingga rakyat suka bercakap tentang isu agama.

Apa yang dapat diambil kesimpulan, bahawa para pemerintah di beberapa negara yang pernah dijajah, akan mengikuti telunjuk tuannya hingga Islam bukan lagi faktor penting untuk diketengahkan kepada rakyat, kalau dibincangkan tentang Islam pada perkara yang remeh-remeh sahaja, tetapi dalam perkara pelaksanaan hukum Islam ditutup perbincangannya kerana dikhuatiri tidak menepati cita rasa rakyat pelbagai kaum.

Justeru, para pemimpin yang amat mendalam minatnya pada hiburan atau sukan akan berusaha memperbanyakkan program hiburan seperti yang telah disebut di atas begitu juga aspek sukan yang mendapat di hati rakyat, mereka disogokkan dengan pelbagai anugerah sukan hingga lupa peranan mereka sebagai rakyat untuk mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Jadi tidak hairanlah jika rakyat bercakap tentang sukan atau hiburan kerana pemerintah juga suka bercakap mengenainya, akhirnya mereka semua tidak menjadi sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah buat umat manusia sejagat.

Apa yang perlu diingatkan, bahawa sambutan perayaan ke-50 kemerdekaan negara tidak patut disambut dengan tarian, nyanyian, persembahan konsert dari golongan artis, kerana tindakan seumpama itu adalah hasil reka cipta penjajah, yang lebih malang lagi pihak penganjur dan yang memberi izin penganjurannya akan didakwa di mahkamah Allah pada hari Kiamat.


Apa kemerdekaan atau kebebasan yang dianjurkan Islam?

Walaupun Islam telah memperkenalkan konsep kebebasan beragama, berfikir, berpolitik dan sebaginya, ia bukan bermakna memberikan kebebasan sepenuhnya hingga manusia menentang Allah secara terbuka.

Namun kemerdekaan dan kebebasan sebenarnya ialah manusia itu mampu untuk menyempurnakan pengabdiannya kepada Allah tanpa sebarang campurtangan manusia yang menyekat kebebasannya untu berbuat demikian, dengan lain perkataan, seseorang itu dapat serta mampu melakukan segala aktiviti hariannya yang berasaskan pengabdian serta ibadat kepada Allah tanpa sekatan, halangan ataupun kongkongan.

Apabila suasana seumpama ini berlaku pada diri seseorang itu, maka apa yang dilakukannya tidak lain ialah untuk menjadikan dirinya terbaik di sisi Tuhannya, kerana ia dilakukan atas kehendak diri sendiri secara bebas dan merdeka, umpama orang yang merdeka daripada belenggu perhambaan, dia akan rasakan bahawa dunia ini adalah segala-galanya.

Justeru, apa makna merdeka jika perangai, fahaman, cara hidup, cara berfikir, berpakaian, cara pentadbiran negara tidak selari dengan kehendak hukum Allah SWT, umpama hukum zina bagi orang yang telah berkahwin direjam sementara yang belum berkahwin disebat, tetapi hukum-hukum tersebut digantikan dengan denda atau penjara, maka sudah pasti manusia tidak akan merasa merdeka kerana membelakangkan peraturan sebenar yang dicipta oleh Allah buat mereka.

PETIKAN : Harakahdaily.2007/ust Zainudin Hashim




Sunday, August 29, 2010

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Berangkat Ke California Untuk Rawatan Jant...



Kami semua sentiasa mendoakan agar Tuan Guru Dato' Dr.Haron Din selamat menjalani pembedahan yang dirancangkan. Moga Allah memberikan Tuan Guru kesihatan yang baik demi perjuangan Islam. Doa kami mengiringimu.


Ustaz Zaini : 013-2006363
Salam As-Syifa' Melaka.
Petikan dari : http://www.darussyifa.org/

Saturday, August 28, 2010

AS-SYIFA' : DOA HALAU TIKUS BANYAK

Masalah binatang yang bernama tikus yang kadangkala terlalu banyak menghuni di rumah kita menjadi satu masalah yang amat sukar dihadapi. Selain daripada bau najisnya serta memusnahkan barangan terutamanya makanan sungguh menyesakkan hati dan perasaan surirumah.

Terdapat pelbagai petua orang tua seperti menyuruh kita meletakkan daun durian belanda di tempat laluan tikus, menutup lubang kemasukan tikus, memasang perangkap dan yang lainnya adalah merupakan usaha untuk menyekat aktiviti si tikus.

Namun begitu kita juga boleh menambah satu lagi  ikhtiar untuk menghalau si tikus ini berdasarkan ilmu yang diturunkan oleh Tuan Guru. Semoga ikhtiar dan usaha ini boleh menjadi panduan kepada semua.

KAEDAH RAWATAN

1. Sediakan 4 keping atap genting (jika ada lebihan atap genting yang lama-lama)

2. Tuliskan dengan paku di atas 4 atap genting tersebut ayat 78 Surah Al-Maidah. (Jika paparan tidak jelas, sila rujuk kitab Al-Quran anda)









 
3. Hendaklah menulis menggunakan paku supaya terdapat sedikit kesan tulisan

4. Letakkan di atas 4 penjuru rumah anda.

5. Rujuklah kepada yang tahu.

Semoga ikhtiar ini dapat membantu menghalau tikus yang berada dalam rumah kita. Amalan ini bukan untuk diperdebatkan bidaah atau sebagainya,jika nak ikhtiar dipersilakan.


As-Syifa' Melaka : 013-2006363

BAB JIN : NASI TANGAS ? NASI KANGKANG? Amalan Syirik

SOALAN:

Saya berumur lebih 40 tahun, telah beristeri dan mempunyai anak-anak yang telah dewasa. Boleh dikatakan kaya dan mempunyai nama. Saya tidak begitu pasti, bagaimana saya boleh jatuh cinta kepada seorang janda, yang tidak begitu cantik, malah isteri saya yang ada lebih cantik, tetapi saya seumpama gila bayang padanya, yang akhirnya saya mengahwininya.

Isteri yang saya sayangi selama ini akhirnya saya ceraikan. Rumah tangga seumpama tidak terurus, malah diri saya sendiri pun tidak terurus. Ketika di rumah saya seumpama takut dengan isteri, tunduk dan tidak begitu normal. Saya begitu gembira ketika bersama teman-teman, tetapi segala-galanya berubah sebaik-baik saya balik ke rumah.

Pernah seorang teman menyuruh saya berubat, kerana katanya saya berkemungkinan kena `nasi kangkang' atau `nasi tangas', menyebabkan saya takut kepada isteri. Apakah benar tentang adanya ilmu-ilmu seperti ini? - Shuri, Pendang

JAWAPAN:

Saya tidak pasti sama ada saudara kena ilmu penunduk, kena nasi kangkang atau nasi tangas berdasarkan semata-mata kepada latar belakang yang saudara berikan. Walaupun kalau saudara boleh memberi penjelasan lebih lanjut, berkemungkinan persoalan saudara hadapi itu dapat diperjelaskan.

Dalam masyarakat Melayu, ilmu kebatinan yang melibatkan ilmu pengasih, yang juga dikenali sebagai ilmu guna-guna sering dikaitkan dengan amalan sihir. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk tujuan ini, di antaranya dengan menggunakan minyak, yang dikenali sebagai minyak guna-guna, ataupun dengan pemujaan berserta bahan-bahan tertentu yang melibatkan jin-jin.

Antara tujuan ilmu ini diamalkan ialah untuk membangkitkan keinginan seseorang terhadap pengamal, sama ada untuk tujuan baik, seperti untuk mendapatkan jodoh, ataupun untuk tujuan jahat, seperti untuk membalas dendam, untuk memuaskan nafsu ataupun hanya untuk berseronok-seronok di samping untuk mengikis harta kepunyaan mangsa. Ilmu ini juga diamalkan supaya wajah kelihatan berseri, seperti yang dilakukan oleh mak andam terhadap pengantin perempuan yang diandam, untuk satu tarikh tertentu sahaja iaitu ketika bersanding, ataupun untuk jangka masa yang lebih panjang, biarpun usia telah meningkat.

Ilmu pengasih juga diamalkan untuk menundukkan orang lain menyebabkan orang yang bertemu dengan pengamal dengan tidak semena-mena jatuh kasih atau lemah hati. Ilmu pengasih jenis ini diamalkan mungkin untuk menguasai seseorang, untuk memenangi undi dan sebagainya. Pada kebiasaannya setiap perkataan yang lahir daripada mulut pengamal akan menimbulkan rasa kasihan, kagum dan hormat di kalangan pendengarnya.

Termasuk dalam kategori ilmu pengasih ialah amalan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami, agar tunduk kasih kepadanya. Amalan ini selalunya dilakukan oleh isteri ke atas suami yang dianggap tidak adil, kasar dan sering melakukan kezaliman. Akibatnya suami mungkin menjadi takut, tidak berani berhadapan dengan isterinya, menjadi kaku dan terpukau menurut segala apa yang disuruh. Ia juga ada kalanya dilakukan oleh isteri yang jahat yang hendak menundukkan suaminya, menguasai harta dan semua kepunyaan suami.

Sihir yang dikenakan dengan tujuan supaya isteri bertambah kasih kepada suami atau sebaliknya dinamakan at-tiwalah. Menurut Wahid Abdul Salam Bali (1412H:7 , amalan ini dilakukan oleh isteri yang cetek pengetahuan agamanya, dan jahil tentang haramnya perbuatan yang dilakukan. Tukang-tukang sihir menyuruh si isteri mengambil apa-apa bahan yang pernah digunakan oleh suami seperti baju, sapu tangan dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi mengandungi bau badan ataupun peluh pemakai. Tukang sihir akan mengambil beberapa batang jarum lalu menjampinya.

Bahan yang telah dijampi itu ditanam pada satu tempat tertentu. Selain itu tukang-tukang sihir ada kalanya menjampi makanan yang dicampur dengan benda-benda kotor yang terdiri daripada najis, kencing ataupun darah haid dan diberi makan pada mangsanya. Menurut Mohd. Abd. Wahab, tiwalah ialah sesuatu amalan yang dilakukan yang dipercayai boleh menyebabkan isteri mengasihi suami atau sebaliknya. Dalam masyarakat Malaysia, amalan seperti ini lebih dikenali sebagai ``nasi tangas'' ataupun ``nasi kangkang'', di mana nasi ataupun makanan yang masih panas itu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal), seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi.

Lebih berkesan lagi sekiranya orang yang melakukannya itu berada dalam keadaan kotor (haid). Amalan yang dibantu oleh sihir ini menjadikan suami seumpama bodoh, menurut telunjuk kemahuan isteri. Amalan ini adalah terlarang dan pelakunya termasuk dalam golongan mereka yang melakukan amalan syirik. Pada hakikatnya, amalan seperti ini bukan menyebabkan suami bertambah kasih kepada isteri tetapi boleh menyebabkan si suami menjadi bodoh seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya takut dan tunduk kepada isteri.

Menurut Wahid Abdul Salah Bali, perbuatan seperti ini ada kalanya menjadikan perkara sebaliknya berlaku, di mana suami membenci isterinya ataupun membenci semua perempuan termasuk isterinya, yang mana akhirnya pasangan ini berpisah juga.

Menurut Abu Ubaidah Mahir (1995:70) sihir jenis ini dikenali sebagai sihru'-mahabbah (sihir kasih). Pengamal sihir ini adalah syirik hukumnya. Ia dilakukan mungkin kerana si isteri tamakkan harta, terutamanya kalau suami kaya. Kerana cemburu terhadap suami yang bersangatan dan isteri takutkan suami berkahwin lagi.

Menurut Abu Ubaidah lagi, isteri yang hendak melakukan sihir akan menemui tukang sihir yang meminta barang-barang tertentu seperti baju, sapu tangan, songkok dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi telah dipakai, kerana ia mengandungi peluh. Beberapa helai benang diambil daripada bahan tadi dijampi kemudian ditiup padanya, disimpulkan dan ditanam di tempat-tempat tertentu, atau dimasukkan dalam makanan atau minuman.

Sihir yang paling dahsyat daripada jenis ini dan sangat berbahaya dinamakan as-sihru'i-aswad (sihir hitam) yang diperbuat menggunakan bahan najis, darah haid ataupun nifas. Kesan sihir jenis ini boleh terjadi sebaliknya menyebabkan suami membenci semua perempuan termasuk isteri, ibu, adik-beradik, bapa saudara dan semua mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Suami kadang-kadang sakit kerana bahan yang dimakan mengandungi bahan-bahan kotor dan najis.

Sahibul Fadilah Asy-Syeikh Asy-Sya'rawi ketika ditanya tentang penglibatan jin-jin untuk memisahkan pasangan suami isteri menyatakan bahawa ia bukan merupakan sesuatu yang mustahil Allah menganugerahkan keistimewaan-keistimewaan tertentu terhadap sesetengah daripada makhluknya. Dan di antara keistimewaan jin-jin ialah keupayaan melakukan sihir. Dengan itu jin-jin berkeupayaan mengubah pandangan seseorang yang melihat perempuan cantik itu menjadi hodoh, menyebabkan timbul rasa benci melihatnya seperti melihat kera di hadapannya. Begitulah sebaliknya menyebabkan perempuan yang tidak cantik atau mempunyai wajah biasa dilihat seumpama permaisuri yang jelita.

Hal demikian boleh berlaku pada pasangan suami isteri di mana jin-jin boleh menyihir seorang isteri yang menyebabkan timbul rasa dingin suami bahkan jin juga boleh menyebabkan si suami berasa seolah-olah adanya sepotong daging menyekat faraj isteri (Muhammad Ar-Razi, 1985:240-241).

Menurut seorang bomoh yang tinggal di Batu Pahat, nasi tangas disediakan oleh isteri yang ingin menundukkan suaminya, dengan mengangkangkan nasi yang sedang panas berwap dalam keadaan duduk mencangkung, merapatkan punggung pada nasi untuk selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit. Kain yang dipakai menyelubungi bahan tadi dibuka buat seketika sekiranya dirasa terlalu panas berbahang, kemudian ditutup rapat semula. Selain daripada nasi, ia juga boleh dibuat pada air, yang dicampur dalam makanan atau terus dibuat minum. Untuk merawat pesakit yang terkena nasi kangkang atau nasi tangas, air longkang ditapis, dibiarkan mendap hingga jernih dan diberi minum.

Selain untuk tujuan di atas, ilmu pengasih atau ilmu guna-guna diamalkan semata-mata untuk menundukkan seseorang terutamanya kaum wanita untuk tujuan seks, merampas isteri orang untuk membalas dendam, yang dilakukan mungkin kerana pinangan ditolak, perempuan memungkiri janji untuk berkahwin, pihak perempuan menghina atau memandang rendah kepada lelaki tertentu menyebabkan rasa marah lalu membalas dendam dengan mengenakan sihir.

Mangsa ilmu guna-guna akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, sentiasa terbayang wajah orang yang menyihirnya.

Sekiranya individu yang terlibat telah berumah tangga, suami akan lupakan isteri dan anak-anak, lupa tanggungjawab yang perlu dilakukan, juga tidak mendengar nasihat sesiapa pun termasuk ibu dan bapa. Dalam keadaan tertentu ia akan kembali normal menyedari siapakah dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi ia merasai seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal dan terpukau.

Seorang responden berumur lebih kurang 65 tahun yang tinggal di Perlis, menjelaskan bahawa ubat guna-guna atau ilmu pengasih adalah salah satu daripada amalan ilmu sihir yang menggunakan khidmat jin-jin. Pengamal ilmu sihir guna-guna akan membaca jampi manteranya untuk memanggil jin yang mendampinginya dan mengarahkannya datang dalam mimpi mangsa menjelma menyerupai lelaki yang memujanya dengan rupa yang begitu menarik, menyebabkan seluruh perasaan tertumpu kepada lelaki berkenaan.

Apabila tersedar daripada tidur, ia akan terlihat bayangan jin yang menyerupai lelaki berkenaan menyebabkannya terus-menerus teringatkan lelaki tadi. Si mangsa akan berasa tidak sempurna, resah gelisah dan terus-menerus teringatkan lelaki tadi, tidak kira di mana ia berada, sama ada ketika makan minum, ketika bekerja dan sebagainya.

Selain daripada itu, jin tadi akan merasuk otak mangsa menyebabkan dia tidak berupaya berfikir waras, berubah sikap terhadap anak dan suami andainya si mangsa seorang perempuan yang telah berumah tangga, tidak pedulikan nasihat orang lain andainya dia seorang dara. Setelah dikuasai fikiran dan ingatan si mangsa, jin akan datang menarik jasad orang yang berkenaan membawa pergi menemui orang yang memujanya tadi, seolah-olah ada magnet menariknya untuk berbuat demikian.

Kesan amalan sihir adalah berbeza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang dan jenis sihir yang dikenakan. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali. Ada mangsa yang tidak hilang ingatan, tetapi tahap kesedarannya terlalu sedikit, berbanding tahap kesedaran yang telah dikuasai oleh sihir yang dikenakan kepadanya. Kerana itu terdapat mangsa sihir yang menyedari apa yang sedang berlaku ke atasnya terasa seolah-olah dipukau, ditarik-tarik untuk menemui seseorang dan berusaha untuk melawan, tetapi tidak berkeupayaan kerana kekuatannya yang sebenar terlalu lemah. Berdasarkan keterangan di atas, amalan menundukkan seseorang termasuk menundukkan suami melalui kaedah yang dikenali sebagai ``nasi kangkang'' atau ``nasi tangas'' bukan sesuatu yang mustahil berlaku.


Soaljawab bersama Dato' Dr.Amran Kasimin : Mingguan Malaysia 5 Mac 2006

TAZKIRAH : HAYATI KEMERDEKAAN HAKIKI DENGAN ISLAM ( Khutbah Jumaat Pilihan)

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 58 surah al-Baqarah :

وإذ قلنا ادخلوا هذه القرية فكلوا منها حيث شئتم رغدا وادخلوا الباب سجدا وقولوا حطة نغفرلكم خطــيــكم وسنزيد المحسنين

Maksudnya : Dan ingatlah ketika Kami berfirman : “ Masuklah kamu wahai bani Israel! Ke negeri ini (Baitul Maqdis) dan makanlah daripada hasil buminya yang banyak bagaimana kamu kehendaki dengan puas”. Dan masukilah pintu ini dengan sujud merendah diri dan katakanlah : “Bebaskanlah kami daripada dosa”, nescaya Kami mengampuni kesalahanmu dan kelak Kami akan menambah pemberian kepada mereka yang berbuat baik.

Bila ditanya tentang kemerdekaan dan kebebasan daripada sebarang belenggu penjajahan maka setiap diri insan yang bermaruah begitu menginginkannya. Bagi yang sudah merdeka maka mereka bergembira menyambutnya dan bagi yang belum merdeka atau baru dijajah maka mereka sentiasa berbincang dalam berusaha mengembalikan hak kemerdekaan mereka.

Penjajahan dan kemerdekaan bukan sahaja berkait kepada manusia biasa sebagaimana kita tetapi turut dialami oleh para nabi dan rasul. Oleh itu dalam mencari erti kemerdekaan hakiki dan bagaimana mahu mengisinya agar bertepatan dengan kehendak Allah maka kisah dan sejarah kemerdekaan para kekasih Allah itu wajar dikaji dan diambil iktibar yang sebaiknya.

Contohnya kemerdekaan yang dianugerahkan kepada nabi Musa yang mengetuai bani Israel daripada penjajahan dan penindasan yang begitu dahsyat yang dilakukan terhadap bangsa mereka oleh Firaun dan bangsa Qibti sepanjang berada di bumi Mesir. Allah telah memerdekakan bani Israel bukanlah disebabkan mereka adalah bangsa istimewa tetapi bertujuan agar mereka tunduk dan patuh kepada dakwah Islam yang dibawa oleh nabi Musa.

Kedegilan bani Israel dalam mengisikan kemerdekaan dengan Islam telah menyebabkan ramai dikalangan mereka dihukum oleh Allah dengan pembalasan segera samada dengan taubat secara membunuh diri akibat menyembah anak lembu yang dibuat daripada emas sepanjang munajat nabi Musa di Thursina atau dihancurkan melalui gempa bumi akibat turut mahu melihat Allah sebelum menerima dakwah nabi Musa atas alasan mereka pun berketurunan bani Israel yang sepatutnya mesti dapat melihat Allah sebagaimana nabi Musa.

 Malah kedegilan bani Israel lebih terserlah apabila mahu memasuki bumi yang dijanjikan iaitu Baitul Maqdis tanpa mahu berperang sebaliknya hanya mahu masuk setelah musuh dikalahkan. Akhirnya setelah diberikan keizinan untuk memasuki kota tersebut maka mereka terlalu megah dan sombong serta menindas bangsa asal serta mahu makanan sebagaimana mereka pernah makan ketika ditindas sebagai hamba abdi oleh Firaun di Mesir tanpa rasa bersyukur dengan nikmat al-Manna dan as-Salwa yang telah dianugerahkan oleh Allah selama ini.

Inilah antara bahana dan bala yang menimpa bani Israel akibat tidak bersyukur atas kemerdekaan yang dianugerahkan serta akibat buruk yang menghina kedudukan mereka kerana mengisikan kemerdekaan dengan perkara yang menyalahi arahan Allah dan nabi Musa. Mereka turut bertindak kejam membunuh ramai para nabi yang lahir di kalangan bangsa mereka sendiri. Yahudi pada hari ini turut mewarisi sikap degil bani Israel termasuk memperolehi negara haram Israel atas tekanan mereka terhadap Britain semasa pemecahan negara umat Islam selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki dan kini mereka isikan kejayaan mereka itu dengan melakukan pelbagai kezaliman dan pembunuhan terhadap umat Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ini berbeza dengan kemerdekaan yang dicapai dengan Islam dan diisikan pula dengan perasaan tunduk dan patuh kepada arahan Allah maka Dia menganugerahkan kemenangan gemilang dan kemerdekaan hakiki kepada nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam ketika Pembukaan Kota Mekah.

Kemerdekaan ini membersihkan kembali Ka’abah daripada berhala dan amalan syirik yang selama ini mengotorkan kesucian bumi Mekah. Sambutan kepada kemerdekaan bumi Mekah daripada penjajahan jahiliah disambut dengan penuh kesyukuran tanpa sikap bongkak malah penduduknya diberi layanan yang baik sehingga mereka dapat menerima dakwah Islam tanpa penentangan tidak sebagaimana sebelum ini.

Kemerdekaan yang dicapai ini bukan sahaja memudahkan lagi umat Islam untuk mengerjakan ibadat umrah dan haji malah segala sistem Islam dapat diperluaskan lagi pelaksanaannya. Bahkan bermula daripada kemerdekaan Kota Mekah telah membolehkan Islam menyebar luaskan lagi dakwah dan sistemnya bukan sahaja dalam Semenanjung Tanah Arab tetapi turut keluar daripada kawasan itu. Kemerdekaan ini diminta oleh Allah agar didahulukan dengan bertasbih dan bertahmid atas nikmat Allah yang telah menjadikan umat Islam sebagai pemegang amanah dan pembela agama Islam dan juga atas rahmat Allah yang mengurniakan kemenangan serta penyertaan umat manusia yang begitu ramai memeluk Islam selepas kemerdekaan bumi Mekah.

Allah turut menyuruh agar beristighfar atas pelbagai perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk dalam hati di saat kemenangan serta perasaan tidak sabar, terkilan, gentar kerana merasakan begitu lama kemenangan yang dijanjikan Allah ini datang. Arahan ini sebagaimana diungkapkan oleh Allah dalam ayat 3 surah an-Nasru :

فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maksudnya : Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunanNya. Sesungguhnya Allah Amat Menerima taubat hambaNya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Bagi mengisi kemerdekaan maka kita perlu kembali kepada seluruh sistem Islam yang telah terbukti hebat dan adil dalam memuliakan generasi sebelum kedatangan penjajah. Kita ingat kepada ungkapan Sayyidina Umar al-Khottab ketika mahu menerima kunci Baitul Maqdis dari Rom sebagai lambang kemerdekaan dengan katanya :

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ العِزَّةَ بِغَيْرِمَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ

Maksudnya : Kita merupakan suatu bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka selagimana kita mencari kemulian selain menggunakan Islam yang telah memuliakan kita maka selagi itulah kita akan dihina oleh Allah.

Kita juga mesti faham tentang hakikat kemerdekaan agar sambutan hari merdeka bukan untuk berseronok sehingga tersesat dalam budaya penjajah sebaliknya kita hendaklah mengisikan kemerdekaan yang dicapai sebagaimana yang diperjuangkan oleh para ulama’ dan pejuang Islam ketika menentang penjajah iaitu dengan mengembalikan semula sistem Islam.

Para pejuang kemerdekaan bukan berjuang untuk melihat generasi selepas merdeka hanya tahu berseronok sebaliknya mereka mahu kita melaksanakan seluruh sistem Islam sebagaimana yang pernah dilaksanakan sebelum kedatangan penjajah.

Hayatilah erti kemerdekaan sebagaimana yang pernah diucapkan oleh panglima Islam Rub’i bin ‘Umair ketika menjawab pertanyaan panglima Farsi iaitu Rastam tentang sebab tentera Islam mahu memerdekakan Farsi di mana katanya dengan tegas : Kami diutuskan untuk memerdekakan sesiapa yang mahu di kalangan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan diri hanya kepada Allah, memerdekakan manusia daripada sistem ciptaan manusia yang zalim kepada sistem Islam yang adil, memerdekakan manusia daripada pandangan hidup yang sempit setakat nampak kehidupan dunia kepada kehidupan berpandangan jauh sehingga hari akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Jika pejuang Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara masih hidup maka mereka pasti kecewa melihat anak bangsa mereka rosak dan hanyut dengan sistem dan budaya penjajah walau pun saban tahun menyambut hari merdeka.

 Pejuang kemerdekaan pasti terkilan kerana cita-cita untuk melihat agar seluruh sistem Islam kembali dijulang dikhianati oleh anak bangsa sendiri yang terus berusaha membenamkan seluruh sistem Islam daripada dilaksanakan dengan pelbagai alasan berasaskan nafsu yang bertentangan dengan tuntutan wahyu. Masalah jenayah yang berlaku dalam negara hari ini yang kini semakin tenat terutama rosaknya akhlak di kalangan pelajar sekolah di mana kesemuanya ini bukanlah disebabkan Islam dilaksana tetapi ia disebabkan Islam tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Perkara ini akan bertambah serius jika semakin banyak usaha dalam mengurangkan pengajian agama di sekolah termasuk yang terbaru menjadikan pendidikan moral diselaraskan mengikut semua agama bukan mengislamkan lagi pendidikan tersebut.

Oleh itu sebelum terlambat dan bertambah parah maka kita seru kepada seluruh umat Islam bermula daripada pemimpin sehingga rakyat jelata agar menyambut kemerdekaan negara bersama merdekanya sistem Islam untuk dilaksanakan. Dalam suatu Seminar Antarabangsa Sistem Keadilan Jenayah Islam yang diadakan di Johor baru-baru ini telah membuktikan secara tidak langsung tentang keadilan system Islam yang selama ini cuba disembunyikan. Antaranya pelaksaannya di Nigeria selama 2 tahun walau pun dengan pelbagai kesukaran tetapi telah membuatkan rakyatnya lebih bersopan, menjaga peribadi dan berhati-hati dalam setiap tingkah laku,

Begitu juga pelaksanaannya di Pakistan dapat diterima baik oleh orang bukan Islam yang tidak pernah merasakan perundangan Islam menzalimi mereka. Manakala pelaksanaannya di Arab Saudi telah membawa kepada peratus jenayah di negara itu paling rendah di dunia. Dalam tempoh 25 tahun pemerintahan Malik Abdul Aziz hanya 16 orang dipotong tangan dan dari tahun 1967 hingga 1987 iaitu 20 tahun hanya seorang wanita yang telah kahwin dihukum rejam kerana berzina. Jika dilihat daripada hasil kajian tersebut maka jumlahnya begitu jauh lebih kecil berbanding jenayah yang berlaku dalam negara kita yang terus mengamalkan sistem penjajah.

Tuduhan liar bahawa hukum hudud Kelantan dan Terengganu yang digubal menghalalkan liwat terhadap isteri adalah mengelirukan kerana ia sememangnya tidak dikenakan hudud sebaliknya dikenakan hukum ta’azir. Sedangkan jika kita kaji beberapa perundangan Mahkamah Syariah negeri sendiri seperti Wilayah Persekutuan hanya mentakrif salah liwat antara lelaki dengan lelaki sahaja sedangkan lelaki meliwat perempuan apatah lagi isteri tidak dikira salah. Oleh itu dalamilah ilmu agama sebelum bercakap mengenai keadilan. KeranaMu Allah kami akan merdekakan seluruh sistem Islam untuk dilaksanakan. KeranaMu Allah kami akan majukan negara berlandaskan Islam.

Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :

وما أصــبكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير

Maksudnya : Dan apa sahaja musibah yang menimpa maka ia disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan kamu

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 
 
Petikab dari : http://www.ekhutbah.wordpress.com/

Friday, August 27, 2010

TAZKIRAH : NUZUL AL-QURAN DIHAYATI, TAMADUNISLAM DIRAIH KEMBALI (Khutbah Pilihan)


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1 -5 surah al-‘Alaq :

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Maksudnya : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Hari ini kita berada pada tanggal 17 Ramadhan yang merupakan tarikh keramat yang pernah menyaksikan turunnya wahyu pertama kepada nabi Muhammad s.a.w ketika sedang berkhalwat munajat kepada Allah di gua Hira’. Penurunan wahyu ini sebagai tanda pengiktirafan nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul yang akan mengermbangkan dakwah Islam ke seluruh alam. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar untuk nabi Muhammad s.a.w yang kekal hingga hari qiamat di mana ia memperlihatkan bagaimana kehebatan dan kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w yang terkenal sebagai seorang ummi tidak tahu membaca dan menulis tetapi mampu mengingati al-Quran setiap kali ia diturunkan dengan baik.

Sifat tidak tahu membaca dan menulis yang ada pada nabi Muhammad s.a.w bukan untuk melemah dan merendahkan martabat nabi sebaliknya sebagai bukti jelas bahawa al-Quran bukannya kitab rekaan dan hasil penulisan nabi sendiri sebagaimana yang didakwa oleh penentangnya. Malah pada zaman jahiliah setiap penyair hebat akan menyembunyikan tentang status pembelajarannya bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa kehebatannya menulis syair adalah kerana kepintarannya sendiri bukan disebabkan dia belajar dari mana-mana guru sebelum ini.

Mukjizat al-Quran akan lebih terserlah kehebatannya apabila umat Islam kembali membacanya serta menjadikannya sebagai rujukan utama dalam kehidupan seharian.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Umat Islam hari ini kian ketinggalan dalam serba-serbi khususnya aspek ilmu pengetahuan sedangkan umat Islam dulu yang menjadi pelopor dan peneroka menggali pelbagai ilmu sehingga mencetuskan era keemasan dunia Islam. Seruan iqra sudah longgar daripada penghayatan sanubari Mukmin. Yang tinggal hanya semangat mengejar ilmu ketika di bangku sekolah atau di universiti. Penekanan pula berlegar kepada hendak lulus peperiksaan dan mendapat segulung ijazah sahaja.

Jika melihat kembali sejarah tamadun Islam peringkat awal, aktiviti mencari ilmu sama ada melalui pembacaan buku atau penyelidikan menjadi sebati dan satu kemestian. Masa banyak dijuruskan kepada bagaimana merungkai sesuatu permasalahan hidup sehingga menemui ilmu pengetahuan baru sekali gus menerbitkan semangat mengkaji yang tinggi. Keupayaan daya kreativiti dan amalan budaya inovasi juga adalah senario umat Islam terdahulu. Kini, minda umat Islam seakan-akan lumpuh. Mereka tidak berupaya bangun menggilap kembali semangat mencari ilmu pengetahuan.

Generasi muda Islam hari ini lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti tidak bermanfaat. Ramai hanyut dengan anasir hiburan melampau, aktiviti merempit sehingga merimaskan masyarakat awam, penyalahgunaan dadah terlarang dan pelbagai gejala buruk lain. Keadaan ini akan merencatkan pembangunan minda umat Islam. Tidak mustahil kita akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan moden dunia. Kadar pembacaan yang rendah akan membeku tahap pemikiran untuk membina suatu umat perkasa daripada segi kehebatan tamadun.

Malah statistik kadar celik huruf dan buta huruf di negara umat Islam masih begitu menyedihkan tidak setanding dengan negara bukan Islam. Kelemahan ini kadang-kadang membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk menuduh negara Islam adalah lambang kemunduran, tempat membiak masalah sosial yang banyak dan pelbagai tuduhan liar yang lain. Sempena berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran maka marilah kita sama-sama kembali memperkasakan budaya ilmu di dalam mengembalikan semula tamadun rohani dan kebendaan yang pernah diraih oleh generasi emas sebelum ini.

Ingatlah pesan Saidina Ali bin Abi Talib: “Bukanlah suatu kebaikan jika milikmu hanyalah anak dan harta saja, tetapi kebaikan yang sebenarnya ialah banyak ilmu pengetahuan.”Pesan beliau lagi: “Orang berilmu lebih utama daripada orang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang berilmu maka terjadi suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya (yang berilmu juga).” Tidak lupa pesanan Imam Syafie : “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan nabi, rasul dan orang soleh.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”

Selagi sistem al-Quran disisih daripada menjadi ubat mujarab yang menyembuh masalah kronik dalam masyarakat maka selama itulah masalah semakin bertambah parah. Masalah pembuangan bayi misalnya yang terus meningkat akibat pintu zina yang terbuka luas terutama mendapat lesen dan kebenaran daripada kerajaan sendiri seperti kelab malam, program hiburan melampau, majalah dan rancangan tv perosak akhlak.

Malah banyak hari sambutan peristiwa besar seperti malam merdeka, tahun baru, hari kekasih seolah-olah menjadi ‘malam mengawan’ untuk melahirkan anak luar nikah 9 bulan selepas itu. Malah program Latihan Khidmat Negara yang dikatakan mula menerapkan cara menjauhi masalah sosial belum tentu akan berjaya sekiranya masalah pergaulan bebas antara peserta terus berlaku malah digalakkan lagi.

Akhirnya anak-anak remaja yang selama ini terjaga akhlaknya dirosakkan pemikiran dan cara pergaulan dalam masa 3 bulan sahaja. Kita bimbang sekiranya sebelum ini tumbuhnya universiti sama naik dengan terpaksa dibina pusat serenti akibat dadah. Selepas ini dibina sekolah pelajar hamil sama banyak dengan kelab malam yang berlesen sekiranya ia digubal berdasarkan fahaman sekuler yang memisahkan antara agama dan kehidupan.

Bila punca masalah dibiar berlaku, hanya penyakit yang telah parah sahaja yang cuba dirawat maka ia tidak menyelesaikan masalah. Bila jenayah zina dianggap tidak salah sebaliknya mengandung hasil zina barulah dikira salah maka masalah semakin bertambah. Sebelum ini telah wujud pusat penjagaan perempuan yang bermasalah ini di mana jumlahnya semakin bertambah bukan berkurang. Kita tidak mahu menjadi sebagaimana negara barat di mana anak-anak zina ini dijaga oleh kerajaan kemudian kebanyakan mereka diserapkan sebagai tentera bila dewasa.

 Akhirnya masalah zina bertambah, anak luar nikah bercambah, kewangan negara terpaksa dihabiskan untuk merawat penyakit yang tidak kebah-kebah. Mengapa wang negara lebih banyak dihabiskan untuk merawat penyakit yang telah parah berbanding digunakan untuk membina nilai kemanusiaan dan menutup pintu zina.

Oleh itu kembalilah kepada panduan al-Quran di mana jika orang bukan Islam tidak faham malah menentang hukum al-Quran bukan suatu yang pelik. Apa yang pelik dan menyedihkan ialah apabila umat Islam sendiri jahil tentang hukum Islam dan bangkit menentang pelaksanaannya. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Jahiliah bukan ubat sebaliknya racun berbisa yang merbahaya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Tarbiah Ramadhan yang sedang kita lalui sepatutnya melahirkan kita sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran. Tarbiah Ramadhan sepatutnya menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan dan Pakistan yang dilanda banjir besar di samping negara-negara yang lain. Ketika berdepan dengan kekejaman musuh terutama Yahudi maka umat Islam mesti bergerak bersama dalam setiap sudut termasuk ekonomi.

Kita wajib menyokong usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang melangkah yakin memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham yang sepastinya suatu yang disuruh oleh al-Quran. Yahudi terus dapat menjajah dan memperbodohkan kita sekiranya kita terus yakin dan menggunakan wang kertas ciptaan mereka. Ramai pakar ekonomi dunia berhujah sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan termasuk kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran, pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Kapitalis begitu bimbang sekiranya dunia kembali kepada Dinar Emas yang stabil berbanding duit kertas yang kita simpan akan menyusut dengan teruk pada suatu ketika nanti sehingga nilai seribu ringgit selepas ini mungkin tidak dapat membeli apa-apa lagi. Inilah kehebatan sistem al-Quran yang bertujuan untuk kebaikan manusia sedangkan sistem Yahudi dari dulu lagi diperkenalkan untuk memeras dan menindas manusia. Pilihlah sama ada cara hidup Islam yang hendak diguna atau terus berseronok untuk menjadi hamba abdi Yahudi seumur hidup. Islam membawa kebahagiaan dunia akhirat manakala cara lain tidak mampu memberi sesuatu kepada kita melainkan kerugian dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 
Petikan dari : http://www.ekhutbah.wordpress.com/

Wednesday, August 25, 2010

FADHILAT ISTIGHFAR : MENGHAPUS DAN MENUTUP DOSA

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti meminta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan. Minta dilindungi supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut dijelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian mengingati Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindungi daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf. Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya. Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya. Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun" (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain. Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur. Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar untuk menarik perhatian manusia.

Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian. Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu. Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid

PETIKAN TAZKIRAH :-http://www.iluvislam.com/ : HarakahDaily.net:Oleh : akrimimathwa:mawaryangtinggi

 

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG