FOLLOWERS

Sunday, September 1, 2013

BERDIALOG DENGAN JIN SIAM (Pengalaman sebenar Perawat)

...Setelah itu saya segera merawat Puan Bee, sambil meletakkan tangan di atas kepalanya, tidak sampai beberapa saat kepala Puan Bee telah bergetar dan bergerak ke kiri dan kanan seolah-olah menanggung kesakitan yang amat sangat, tidak ada kedengaran suara dari Puan Bee sedangkan beliau mengalami kesakitan di bahagian kepala  seolah-olah ingin mengawal keadaan supaya saya tidak mengetahui adanya makhluk halus atau jin didalam tubuhnya.




Selang beberapa minit saya pun memicit kedua-dua bahu Puan Bee, maka akhirnya terkeluar suara Puan Bee menjerit dan berkata-kata dalam bahasa atau slanga dalam loghat Cina ”Sakitlah…..gua sakitlah…”. Untuk pengetahuan anda, Puan Bee menjadi tidak sedar pada masa ini dan yang bersuara ini adalah jin yang berada didalam badan Puan Bee yang telah menggunakan mulut Puan Bee untuk bersuara. “ Jika sakit keluarlah….kenapa duduk ini dalam tubuh wanita ini” sergah saya pada awalnya. Jin tadi menjawab, “Mana boleh, boss gua sudah kasi gua duduk sini…”. Soal saya lagi, “Engkau agama apa?” Jawab jin tadi, “Gua datang itu Sami dari Siam punya lor….”

PECAH RAHSIA…..
Berdasarkan perbualan awal ini saya menafsirkan bahawa jin tersebut asalnya dari Thailand atau Siam berdasarkan gaya percakapan dan perakuan semasa dialog dengan jin tersebut. Pada masa yang sama Puan Bee masih lagi tidak sedarkan diri dan peluang ini saya ambil untuk berdialog dengan jin tersebut bagi mengetahui kisah sebenar sebab dia datang dan tujuan rasukannya ke dalam tubuh Puan Bee ini.

“Sebab apa lu masuk dalam tubuh wanita ini?” soal saya sambil memicit bahu Puan Bee. Akibat picitan pada bahu menyebabkan jin tersebut meraung kesakitan lalu menjawab “Lu tanya itu suami dia la….dia banyak penipu, kasi hutang sama gua tapi tak mahu bayar lor….”. Pada mulanya saya juga kurang pasti sebab apa bab hutang diucapkan jin ini sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu jikapun masalah hutang ini berlaku kepada En.Kamal iaitu suami Puan Bee sendiri. Saya pun meminta izin dari En.Kamal untuk berdialog dengan jin tersebut dan beliau bersetuju walaupun apa yang dicakpakan jin itu nanti akan menyentuh hal keluarga mereka berdua.
(Nota : ...sedutan daripada kandungan buku yang akan diterbtkan. Anda dilarang copy n paste bagi sebarang tujuan)

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts