FOLLOWERS
Tuesday, July 21, 2015
Sunday, June 21, 2015
ADAKAH SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA DALAM BULAN RAMADHAN?
Sering disebut pada bulan ramadhan, syaitan, jin dan ifrit dirantai, ditambat atau dibelenggu. Akan tetapi pada bulan ramadhan juga ada orang ternampak jin, ada juga orang melakukan maksiat, mengundang dosa besar, ada yang bergaduh sehingga berbunuh-bunuhan sedangkan sedangkan semua itu kerja syaitan. Bagaimanakah ia boleh berlaku, sedangkan semua makhluk halus dipenjarakan? Mohon Dato' huraikan. Terima kasih - ADNAN ABDUL AZIZ, Batu Gajah.
JAWAPAN OLEH DATO' DR. HARON DIN:
Mungkin saudara merujuk atau mendengar kupasan penceramah tentang hadis rasulullah s.a.w perihal berkaitan. Hadis tersebut (mafhumnya) Daripada Abu Hurairah katanya rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:-
" Apabila datang ramadhan dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis tersebut ada dua lapis maksudnya. Pertama makna pada zahir, keduanya makna pada majaaz (kiasan). Hadis tersebut pada zahirnya bermaksud pada bulan ramadhan pintu syurga terbuka untuk dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa jika benar seseorang itu berpuasa seperti yang dituntut syarak. Dia akan memperoleh syurga meskipun belum berlaku lagi kiamat, kerana syurga itu sudah didapati di alam kubur. Itu merupakan syurga sementara sehingga memasuki syurga yang sebenar pada hari akhirat.
Saturday, May 16, 2015
27 Rejab Peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad ﷺ
Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:
- Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad ﷺ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
- Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammadﷺ ini telah diabadikan oleh Allah سبحانه وتعالى di dalam Al-Quran:
Firman Allah سبحانه وتعالى:سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
Monday, January 26, 2015
IBRAH PERISTIWA BANJIR 2014/15.............
MUSIBAH
banjir yang melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung tanah air pada ketika
ini mengajak minda umat Islam untuk merenung akan kekuasaan dan keagungan Allah
SWT Yang Maha Berkuasa menjadikan segala sesuatu mengikut kehendak-Nya.
Allah
berkuasa menurunkan hujan renyai-renyai, juga berkuasa menurunkan hujan lebat
selama berhari-hari hingga menyebabkan banjir dan musibah alam.
Apabila
itu terjadi tiada satu pun daripada kalangan makhluk mampu menolaknya melainkan
perlu akur terhadap segala ketetapan qada dan qadar Allah.
Justeru,
apabila terkena sebarang bentuk musibah tiada lain yang boleh dilakukan
melainkan sabar atas ujian yang menimpa kerana segala yang baik mahupun yang
buruk datang daripada Allah SWT.
Sunday, October 26, 2014
BLOG INI AKAN DIKEMASKINIKAN SEMULA....
Mohon kemaafan kepada pengunjung blog saya kerana saya masih tidak sempat update isian blog saya selama beberapa tempoh yang sangat panjang bagi tahun 2014.
InshaAllah, saya dalam usaha untuk mengemaskinikan blog saya ini dengan kisah pengubatan Islam yang lepas berdasarkan pengalaman-pengalaman merawat beberapa jenis pesakit yang semakin kerap mengganggu manusia terutamanya bagi kaum wanita.
Moga Allah tetap memberikan saya kekuatan dan keazaman untuk berkongsi sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama dengan niat untuk mencari kebajikan jua. Amin.
Tungguuuuu.................
Friday, August 22, 2014
Monday, July 14, 2014
10 Akhir Ramadan..........Bersedialah Kita....
Alhamdulillah kita masih lagi diberikan ruang untuk bernafas di bumi milikNYA. Bermula dengan malam Nuzul Quran bermula malam ini dan menjelang masuk malam 10 terakhir, marilah kita berazam untuk menempuhinya dengan rasa penuh keinsafan dan keazaman untuk bertemu "malam Al-Qadar"...
Selamat berpuasa, semoga mencapai makam taqwa yang sebenarnya.
Saturday, June 14, 2014
PENYAKIT GATAL KULIT. KAEDAH RAWATANNYA.
Sakit akibat gatal-gatal di bahagian tertentu badan atau seluruh badan adalah disebabkan sakit fizikal dan juga akibat gangguan atau sihir dan sebagainya. Pesakit akan mengalami keadaan gatal yang ringan ataupun yang teruk umpamanya kulit akan menjadi berair, merah serta boleh menjadi luka atau bernanah pada masa tertentu. Pengalaman yang biasa dilalui ialah pesakit mengalami gatal pada waktu petang atau malam sehingga sukar untuk melelapkan mata.
DOA YANG DIBACA
1. Asas 10 (Al-Fatihah, Selawat Syifa',Lau Anzalnaa....)
2. Ayat-Ayat Syifa’
3. Bismillah Tujuh
4. Doa Syifa’
BAHAN RAWATAN
1. Daun Belimbing buluh ( tujuh tangkai )
2. Bedak Sejuk (sebotol/cup kecil)
3. Air Mineral (2 botol)
KAEDAH RAWATAN
Dibacakan semua doa di atas ke atas setiap bahan rawatan. Daun belimbing hendaklah ditumbuk halus/hancur dengan batu lesung atau di “blend”. Daun yang telah lumat dimasukkan dalam bekas/cawan, kemudian ambil sedikit anggaran satu sudu untuk dicampurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air mineral di atas sebuah pinggan/piring putih yang kosong.
Kesemua bahan hendaklah digaulkan sehingga sebati menjadi semacam bedak, kemudian sapukan campuran tadi ke seluruh tempat yang gatal pada waktu petang selepas asar dan masa sebelum tidur. Lakukanlah sehingga tujuh hari berturut-turut. Mengikut pengalaman lepas, insyaAllah penyakit gatal pada badan akan hilang jua. Amin.
As-Syifa’ Melaka : 013-2006363 ( Ulang siar...)
As-Syifa’ Melaka : 013-2006363 ( Ulang siar...)
Saturday, May 10, 2014
PETUNJUK NABI DALAM MERUQYAH SENGATAN ULAR
Telahpun dihuraikan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Tidak ada ruqyah selain untuk penyakit 'ain atau sihir". Dalam Sunan Ibnu Majah disebutkan dari Hadith Aisyah, "Rasulullah s.a.w. memberi kebenaran untuk meruqyah terhada gigitan ular atau kala jengking".
Diriwayatkan daripada Ibnu Syihab az-Zuhri bahawa dia berkata, "Salah seorang sahabat Nabi s.a.w. terkena gigitan ular. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Adakah di antara kamu sekalian yang pandai meruqyah?".
Mereka menjawab, "Sesungguhnya keluarga Hazm biasa melakukan ruqyah untuk mengubati gigitan ular. Disebabkan tuan telah melarang ruqyah, maka mereka meninggalkan kebiasaan itu".
Baginda menyeru, "Panggilkan Umarah bin Hazm". Mereka pun memanggilnya, lalu ia ditawarkan untuk meruqyah. Rasulullah s.a.w. menyatakan, "Tidak apa-apa". Maka dia pun melakukan pengubatan dengan izin Rasulullah s.a.w. dengan cara meruqyah orang tersebut.
(petikan ms. 232-233: Kitab Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah/Al-Hidayah/Rawatan Penyakit Dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah s.a.w.)
Tuesday, April 8, 2014
ANAK MENANGIS MALAM, PASTI MAK ATAU AYAH ADA GANGGUAN?
"Assalamualaikum ustaz, saya nak ubat anak saya sebab dia menangis setiap malam", jawab saya " Silalah datang sebab anak menagis malam ni sebab mak ayah sibudak ni biasanya ada gangguan" Jawab si ayah "Ye ke?". Ini adalah kronologi awal apabila sepasang suami isteri mengalami masalah anak yang menangis setiap malam dengan pelbagai ragam yang sama ataupun berbeza.
Inilah hasil dapatan saya yang mencapai keputusan 100%. InshaAllah saya akan mengupas dengan lebih mendalam lagi pada masa akan datang secara lebih terperinci berserta hasil testimoni, dalil dari Al Quran dan Hadith Nabi SAW agar kajian dapatan saya ini masih bersandarkan pada landasan kebenaran dan kesucian ilmu dalam pengubatan Islam ini.
Sinopsis Kajian.
Wednesday, March 12, 2014
PRAY FOR MH370......AL FATIHAH. DOAKU MOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MENJEJAKI MH370
Salam takziah dan salam kesedihan buat semua mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kes tragedi kehilangan pesawat MH370. DOA adalah senjata orang mukmin. Namun dalam usaha dan ikhtiar yang dilakukan, janganlah menyimpang daripada landasan syariat Islam.
Jangan berhenti berdoa.......itu semua tanggungjawab kita. Jangan berhenti berikhtiar, teruskan kemudian berdoa dan bertawakkal hanya pada Allah Yang Maha Mengetahui

Monday, February 3, 2014
ENAM KELEMAHAN JIN ANDA PERLU TAHU....
Walaupun
jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia,
akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu
dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di
antaranya:
1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang
soleh.
Bukti bahawa syaitan atau jin tidak
akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika
berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
"Iblis berkata:" Ya Tuhanku, oleh sebab
Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka
memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan
mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka ".
(Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa
yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan
dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan
tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.
2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah
Sunday, January 12, 2014
AYAT-AYAT SYIFA' (KESEMBUHAN) DALAM AL-QURAN
Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh
Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:
1. Surah at-Taubah: 14:
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.
2. Surah Yunus: 57:
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Monday, December 16, 2013
KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI PUTRAJAYA & KL PADA 18-19 DIS.2014
Khidmat Rawatan Islam As-Syifa' Johor akan berada di lokasi di atas
berdasarkan maklumat di bawah ini :
Tarikh : 18-19 Disember. 2014
Tempat : Putrajaya dan KL
Masa : Berdasarkan temujanji
Temujanji : Hubungi 013-2006363
Moga usaha dan ikhtiar yang dilaksanakan mendapat kebaikan
dan rahmat Allah SWT.
berdasarkan maklumat di bawah ini :
Tarikh : 18-19 Disember. 2014
Tempat : Putrajaya dan KL
Masa : Berdasarkan temujanji
Temujanji : Hubungi 013-2006363
Moga usaha dan ikhtiar yang dilaksanakan mendapat kebaikan
dan rahmat Allah SWT.
Monday, December 2, 2013
KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI MELAKA PADA 7 DIS. 2013
Untuk memenuhi jemputan pesakit lama, maka dengan ini saya maklumkan akan
turun ke Melaka berdasarkan maklumat di bawah ini :
Tarikh : 7 Disember 2013
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi sehingga selesai
Lokasi : Berdasarkan temujanji.
Hub. : 013-2006363
Moga ikhtiar dan doa kita dimakbulkan Allah. Hanya sedikit sahaja ruang untuk
temujanji anda, yang terlepas boleh membuat rawatan di Darussyifa' Melaka pada
setiap pagi Ahad di SMI Al Rahmat Solok Gaung.
Sekian untuk makluman anda.
turun ke Melaka berdasarkan maklumat di bawah ini :
Tarikh : 7 Disember 2013
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi sehingga selesai
Lokasi : Berdasarkan temujanji.
Hub. : 013-2006363
Moga ikhtiar dan doa kita dimakbulkan Allah. Hanya sedikit sahaja ruang untuk
temujanji anda, yang terlepas boleh membuat rawatan di Darussyifa' Melaka pada
setiap pagi Ahad di SMI Al Rahmat Solok Gaung.
Sekian untuk makluman anda.
Monday, November 4, 2013
AS-SYIFA' JOHOR KINI di SKUDAI BERMULA NOV.2013
Umtuk makluman semua pembaca blog saya dan juga buat semua patient yang berada di Melaka dan di mana jua anda berada, dengan ini saya ingin maklumkan secara resmi bahawa saya telah pun berpindah ke Skudai Johor Bahru.
Jika anda berhajat mendapatkan khidmat rawatan Islam bagi rawatan akibat gangguan jin atau makhluk halus, saka, sihir, pelaris, sawan, penerang hati, lambat jodoh, lambat zuriat, anak demam panas, sakit gatal seluruh badan dan sebagainya, bolehlah menghubungi saya terus ditalian ini, 013-2006363. InsyaAllah saya akan ikhtiarkan doa untuk mencari kesembuhan dengan izin Allah.
Alamat saya ialah di Jalan Harmoni 17, Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Setiap khidmat rawatan adalah melalui temujanji terlebih dahulu kerana saya tidak mempunyai pusat rawatan Islam yang di sewa khas.
Monday, September 30, 2013
KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI JOHOR : BULAN OKTOBER 2013
InsyaAllah saya akan berada di sekitar Johor Bahru untuk memenuhi beberapa jemputan untuk khidmat rawatan Islam di rumah pesakit. InsyaAllah.
Masih ada sedikit kekosongan bagi sesiapa yang berhajat. Anda boleh terus menghubungi saya ditalian ini : 013-2006363
Program : Khidmat Rawatan Islam
Tarikh : 1 - 31 Oktober 2013 2013
Tempat : Taman Mutiara Rini Skudai, JB, Pontian, Kota Tinggi, P.Gudang, Mersing dan Endau Johor.
Moga Allah akan permudahkan segala urusan dan hajat yang baik. Amin.
Sunday, September 1, 2013
BERDIALOG DENGAN JIN SIAM (Pengalaman sebenar Perawat)
...Setelah itu saya segera merawat Puan Bee, sambil meletakkan tangan di
atas kepalanya, tidak sampai beberapa saat kepala Puan Bee telah bergetar dan
bergerak ke kiri dan kanan seolah-olah menanggung kesakitan yang amat sangat,
tidak ada kedengaran suara dari Puan Bee sedangkan beliau mengalami kesakitan
di bahagian kepala seolah-olah ingin
mengawal keadaan supaya saya tidak mengetahui adanya makhluk halus atau jin
didalam tubuhnya.
Selang beberapa minit saya pun memicit kedua-dua bahu Puan Bee, maka
akhirnya terkeluar suara Puan Bee menjerit dan berkata-kata dalam bahasa atau
slanga dalam loghat Cina ”Sakitlah…..gua sakitlah…”. Untuk pengetahuan anda, Puan
Bee menjadi tidak sedar pada masa ini dan yang bersuara ini adalah jin yang
berada didalam badan Puan Bee yang telah menggunakan mulut Puan Bee untuk
bersuara. “ Jika sakit keluarlah….kenapa duduk ini dalam tubuh wanita ini”
sergah saya pada awalnya. Jin tadi menjawab, “Mana boleh, boss gua sudah kasi
gua duduk sini…”. Soal saya lagi, “Engkau agama apa?” Jawab jin tadi, “Gua
datang itu Sami dari Siam punya lor….”
Wednesday, August 14, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Man Ana ???
- Md Zaini Zainal
- Melaka, Malaysia
- Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com
Popular Posts
-
MUSIBAH banjir yang melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung tanah air pada ketika ini mengajak minda umat Islam untuk merenung akan kek...
-
S oalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga say...
-
Bagi pasangan suami isteri kebanyakan pernah merasai betapa susahnya menjaga anak yang mengalami demam panas. Saat suhu badan anak melepasi ...
-
As-Syifa' Melaka : 013-2006363 Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu dirsuki jin adalah banyak dan tidak sama dialami oleh setiap ...
-
PENDAHULUAN Ilmu pengubatan adalah ilmu Allah s.w.t. Ulama’ sepaka t berpendapat bahawa mempelajari ilmu pengubatan itu hukumnya fardu ki...
-
Sakit akibat gatal-gatal di bahagian tertentu badan atau seluruh badan adalah disebabkan sakit fizikal dan juga akibat gangguan atau sihir d...
-
SOALAN: BAYI perempuan yang berumur lebih kurang empat tahun, menangis setiap malam lebih kurang pukul 2 pagi sehingga hampir subuh. Apabila...









