FOLLOWERS

Showing posts with label BAB JIN. Show all posts
Showing posts with label BAB JIN. Show all posts

Monday, March 12, 2012

HUKUM JAMPI, MANTERA DAN SERAPAH? PENJELASAN TIGA PERKARA


SOALAN 

Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Parit Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut. Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?

JAWAPAN

Monday, October 10, 2011

BOLEHKAH MAKHLUK HALUS DISUMBAT KE DALAM BOTOL? Penjelasan Oleh Tuan Guru Dato Haron Din

Soalan 

Banyak kali orang menyebut jin telah ditangkap, makhluk halus telah dipenjarakan, toyol telah dimasukkkan ke dalam botol, dibuang ke laut dan berbagai dakwaan lain seperti itu? Apakah ada asasnya dalam syarak bahawa makhluk halus seperti itu boleh ditambat, disumbat dalam botol atau dibuang ke sungai ke laut. Bolehkah dipercayai? Sila jelaskan.

Monday, February 7, 2011

MERAWAT DENGAN KAEDAH MENURUN DIRESAPI JIN : Benar atau Salah? Fenomena Biasa Dalam Masyarakat Melayu

SOALAN:

Sehingga sekarang, saya masih keliru dan tidak yakin untuk membezakan amalan kebatinan Melayu yang bercanggah dengan ajaran Islam dan sesuai dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, di taman tempat saya tinggal ada seorang lelaki pertengahan umur mengubat dengan cara menurun. Mula-mula bakar kemenyan, kemudian pakai kain selubung hitam, kemudian membaca jampi mentera dengan memberi salam dan bismillah, dan lain-lain ayat yang tidak kedengaran jelas. Dia juga ada menyebut kalimah syahadah sebelum menurun kemudian baru memulakan ubatan.
 
Ianya cukup popular. Berduyun-duyun orang datang, terutamanya pada malam Jumaat, termasuk pak-pak haji. Banyak orang yang sakit sembuh setelah menemuinya.
 
Kalau amalan ini didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Amalan yang mana yang dikatakan bersalahan dengan Islam? - Insah Resah, Lenggong

Tuesday, August 3, 2010

GANGGUAN SYAITAN DAN CARA MENGATASINYA

Gangguan terbesar yang sering menimpa manusia adalah gangguan jin dan syaitan.Allah SWT dan RasulNya telah memperingatkan kita akan gangguan jin dan syaitan ini.Allah SWT berfirman yg bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu,maka anggaplah ia musuh(mu),kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala" (Fathir:6)

Rasulullah SAW bersabda:

"Syaitan adalah serigala bagi manusia"

Meskipun gangguan syaitan dan jin itu lemah namun itu adalah gangguan yang menghancurkan manusia,jika sekiranya ia berada dalam keadaan terbuka tanpa pelindung.

Pelindung manusia yang dengannya Allah SWT mencegah dari gangguan syaitan adalah menggunakan pelindung yang disyar'i,iaitu sesuai tuntutan agama yang tertera dalam Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Contohnya ialah:-

1-Merealisasikan Tauhid peng Esaan kpd Allah dlm rububiyah,uluhiyah,nama dan sifat2Nya.

2-Menghindari bersendirian.

Rasulullah SAW bersabda:"Tetaplah kamu dalam berjemaah.Jangan sesekali kamu berpecah-belah!Sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian.Syaitan akan berada lebih jauh daripada orang yang berdua.Barangsiapa yang ingin menghirup aroma syurga,maka tetaplah berada dalam jemaah."

3-Menjaga Solat Jemaah

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada tiga orang yang berada dalam perkampungan atau perjalanan,kemudian mereka tidak mendirikan soalt jemaah,kecuali syaitan telah menguasai mereka.Oleh kerana itu,tetaplah berada dalam jemaah,sesungguhnya syaitan akan memangsa kambing yang terpisah dari kelompoknya."

4-Selalu Memperbanyak Mengingati Allah SWT

Allah SWT berfirman:

"Syaitan itu menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah.Mereka itulah golongan syaitan.Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah gologan yang rugi."


5-Berhenti Mendengar Muzik dan Lagu


6&7-Menghilangkan Gambar2 dan Tidak Memelihara Anjing diRumah.

Nabi SAW bersabda:

"Malaikat tidak akan menemani seseorang yang dirumahnya ada anjing dan loceng".

Baginda juga bersabda:

"Rumah yang didalamnya ada gambar2 tidak akan dimasuki malaikat".

8-Menghindari Bergaul Dengan Teman2 Yang Jahat

Nabi SAW bersabda:

"Kamu jangan berteman kecuali dengan orang2 yang beriman dan jangan biarkan orang lain memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa".

9-Sering Mengeluarkan Sedekah Walaupun Sedikit

Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya sedekah benar2 memadamkan kemarahan Tuhan dan mencegah mati dalam keadaan buruk".

10-Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menghindar dari gangguan syaitan laknatullah ini....Semoga kita semua terhindar dari bisikan dan gangguannya.ya Allah jauhilah kami dari malapetaka ini ya Allah...sesungguhnya hanya pada Engkaulah kami meminta pertolongan...-AMIN ya Rabbal a'lamin.

sumber:http://warkahseharumcinta.blogspot.com/

Thursday, April 22, 2010

Perbezaan 6 Perkara Mencarik Adat: Mu'jizat,Karamah,Istidraj,Irhas,Ma'unah dan Ihanah (...siri 2)


TG Dato Ismail Kamus
As-Syifa Iq Insan Melaka ...siri 2
Irhas pun bukan kerana mereka tidak akan menjadi Rasul dan Nabi-Nabi. Rasul sudah tidak ada lagi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. (Maksud Irhas iailah sesuatu yang pelik yang berlaku kepada seseorang yang bakal menjadi Rasul)

Ma’unah juga bukan, kerana ia terjadi sekali sekala dan tidak berulang-ulang dan hanya diberi kepada orang yang bertaqwa sahaja.

Ihanah juga bukan kerana ia tidak dipelajari dan boleh juga terjadi kepada seseorang yang fasiq dan kafir dan juga berlaku sekali-sekala sahaja.

Kesimpulannya bahawa apa yang berlaku sekarang terhadap sesetengah orang yang boleh menanggalkan mata, atau mengeluarkan mata seseorang kemudian dibersihkan seterusnya dimasukkan balik matanya semula tanpa dibius atau dibubuh pelali adalah sihir iaitu diistilahkan sebagai ‘istidraj’. Kerana sihir itu adalah sesuatu yang menyalahi adapt yang dipelajari dan berlaku pada tangan orang fasiq, boleh terjadi secara berulang-ulang dan tidak pernah gagal. Oleh itu dinasihatkan pada orang ramai apabila pergi berubat hendaklah berhati-hati supaya tidak terpesona dan terjebak dengan cara yang sedemikian agar supaya aqidah kita tidak terjejas. Apabila berubat dengan tukang sihir bermakna kita meredhai perbuatan mereka yang berdosa itu.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya; Jauhilah dari tujuh perkara yang membinasakan, syirik kepada Allah dan sihir………

Melakukan perbuatan sihir atau menyokong perbuatan mereka itu samalah juga kita berubat dengan orang yang ‘menurun’ iaitu menggunakan khidmat jin yang memasuki ke dalam badan seseorang. Kemudian ia mengubati orang dengan cara bercakap dengan jin yang meresap ke dalam jasadnya dan mengaku sebagai wali dan sebagainya. Ini juga adalah suatu cara di mana jin cuba merosakkan aqidah seseorang itu.

(Petikan dari buku Jin : Hakikat & Pengubatannya)

Wednesday, February 10, 2010

AMALAN PESAKIT MELAWAN GANGGUAN JIN

AMALAN PESAKIT

Bnayak perkara yang harus dilakukan oleh pesakit supaya jin yang mengganggu tidak kembali lagi ke dalam tubuh. Adab dan etika ini haruslah dipatuhi pesakit dengan harapan kita menutup ruang-ruang yang ada sebagai menghalang kemasukan jin tersebut. Berusahalah sebaik mungkin, berdoa dan bertawakkal jua kepada Allah SWT semoga kita sembuh dalam kebaikan hidup.

• HENDAKLAH menjaga solat berjamaah.

• JANGAN mendengar lagu,muzik dan tv yang melalaikan.

• HENDAKLAH sentiasa berwudhuk dan membaca ayat kursi sebelum tidur atau untuk ke mana jua.

• JANGAN kencing atau membuang najis di lubang ataupun menyakiti anjing dan kucing


• HENDAKLAH berbaik sangka kepada Allah untuk menyembuhkan sakitnya.

• JANGAN berubat dengan perawat yang berdamping dengan jin.

• HENDAKLAH membaca al quran setiap hari

• JANGAN menggantung gambar dari jenis bernyawa di dalam rumah.

• HENDAKLAH banyak bersabar dan meanggap sakitnya sebagai ujian dari Allah SWT.

• JANGAN sekali-kali berputus-asa atau jemu berubat.

• HENDAKLAH menjaga aurat bagi yang perempuan.

• JANGAN tidur bersendirian jika terpaksa ambil wudhuk sebelum tidur.

• HENDAKLAH menyebut nama Allah setiap kali melakukan setiap perbuatan harian.

• JANGAN gunakan kaedah atau bahan ubat yang ditegah agama.

• HENDAKLAH sentiasa berzikir sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

(Oleh: Ust Zaini Zainal)

Tuesday, February 9, 2010

SEBAB-SEBAB DIRASUKI JIN



GANGGUAN JIN


B. SEBAB DIRASUKI JIN

Banyak sebab yang membolehkan jin merasuki dalam tubuh manusia. Cara rasukan ini berbeza juga mengikut manusia tersebut. Berikut adalah diantara beberapa sebab manusia dirasuki jin.

1. Meninggalkan solat atau jauh daripada mentaati Allah.

2. Menyanyi atau mengangkat suara dalam bilik air atau tidak membaca doa masuk tandas.

3. Memang kerja jin bersumpah untuk menyesatkan manusia.

4. Membuang air panas ke dalam bilik air.

5. Terdapat di rumahnya alat-alat musik yang melalaikan seperti kaset-kaset nyanyian dan alat-alat musik.

6. Menangis dan merintih sebelum tidur.

7. Suka bergaduh suami isteri.



8. Suka marah tak tentu pasal.

9. Terlalu takut.

10. Suka ikut syahwat atau nafsu.

11. Terdapat gambar-gambar/patung di dalam rumah.

12. Masuk rumah yang kosong atau sudah lama terbiar.

13. Terdapat salib di rumah sama ada yang terlukis di lantai, atap, sejadah atau langsir.

14. Suka duduk dalam gelap.

15. Duduk lama dalam tandas.

16. Adanya majlis yang tidak menyebut nama Allah.

17. Perempuan yang suka bersolek dan membuka aurat.

18. Suka ketawa terbahak-bahak.

19. Kencing di dalam lubang / tengah jalan dan sebagainya.

20. Berlakunya sihir iaitu adanya perjanjian diantara tukang sihir dan jin supaya jin itu masuk ke dalam badan seseorang.

21. Membaca kitab sihir dan sering mengulanginya.

22. Membunah ular hitam (mungkin jin) di dalam rumah sebelum bertanyakan sama ada ia ular atau jin.

23. Ada amalan ilmu yang diragui dalam ilmu kebatinan mempertahankan diri, menurun, ilmu kebal dan susuk yang dipakai.

24. Manusia menyakiti jin menyebabkan jin merasuki manusia terbebut.

25. Melalui saka iaitu proses mewarisi jin kepada waris berikutnya apabila pengamalnya mati.

26. Memuja jin melalui mentera.

27. Berubat atau pergi mengurut dengan pengamal yang menggunaka khidmat jin.

28. Jin disakiti oleh manusia dan ingin membalas dendam.

29. Sedih yang amat bersangatan.

30. Sebab ada ruang dalam tubuh manusia yang boleh dimasuki oleh jin akibat antara sebab-sebab yang di atas.

31. Pernah dialami jin lelaki jatuh cinta kepada orang perempuan atau jin perempuan jatuh cinta kepada manusia lelaki.

(Oleh:Ust.ZainiZainal)

Friday, February 5, 2010

TANDA-TANDA DIRASUKI JIN

GANGGUAN JIN


A. TANDA-TANDA DIRASUKI JIN


Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu dirsuki jin adalah banyak dan tidak sama dialami oleh setipa orang. Namun begitu senarai tanda-tanda yang dilampirkan di bawah ini adalah berdasarkan pengalaman ust. Zaini sendiri yang telah melalui pengalaman dalam usaha mengubati pesakit,digabungkan juga dengan ilmu dalam nota pengubatan islam serta pengalaman oleh perawat-perawat yang lain.

1. Pesakit menjadi malas, badan cepat letih,kurang tenaga, rasa tak bermaya sama ada untuk bersolat, ke masjid atau surau, pergi pejabat untuk bekerja atau sebagainya.






2. Pesakit cepat mengantuk tidak kira berada di mana sekalipun, dan apabila tidur akan terasa seperti ditindih,sukar bernafas, rasa terkejut, selalu terbangun di waktu malam dan sebagainya.

3. Akan mengalami mimpi yang buruk seperti mimpi ular,kala jengkin,anjing yang semuanya berwarna hitam, kadangkala mimpi tersebut akan berlaku berulangkali. Juga bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi atau mimpi diiring ke kubur,tempat sampah atau jalan yang mengerikan.

4. Pesakit akan hilang selera makan menyebabkan berat badan yang menurun.

5. Batuk atau selsema yang berpanjangan,kadang-kadang selama berbulan-bulan.

6. Dada atau jantung akan jadi berdebar-debar secara kerap.

7. Pesakit suka termenung, bersendirian, sedih, rasa gelisah dan rasa ‘kosong’.

8. Selalu pening kepala, sakit perut umpama gastrik dan seumpamanya.

9. Terdapat kesan-kesan lebam dibadan seperti dipeha,betis dan lengan.

10. Terasa sesuatu yang bergerak-gerak dalam badan.

11.Malas berzikir dan malas sembahyang.

12. Sakit pada sesetengah anggota badan sehingga doktor tidak boleh mengubatinya.

13. Tidak sedarkan diri atau hilang kawalan diri pada masa tertentu.





14. Melihat binatang berbisa didalam rumah seperti lipan,kala jengking atau ular.



15. Gangguan ketika beribadah seperti lupa baca ayat al-Quran/doa yang telah dihafal.

16. Kerap was-was sehinggakan terpaksa ambil wuduk berulang-ulangkali atau takbirratul ikhram dalam masa yang lama diulang

17. Terdengar bunyi suara yang menakutkan atau ternampak sesuatu yang pelik.

18. Terhidu bau yang busuk di dalam rumah seperti darah, nanah, bangkai, kemenyan dan sebagainya.

19. Mudah menjadi marah, suami isetri cepat bertengkar walau pada perkara yang kecil secara tiba-tiba.

20. Ulat bulu, langau, lalat hijau, kupu-kupu banyak dalam rumah.

21. Sangat susah tidur di waktu malam, jika dapat tidurpun dalam keadaan yang sudah lama bersusah payah untuk melelapkan mata.

22. Apabila tidur akan berlaku gesera antara gigi geraham sehingga menimbulkan bunyi yang boleh didengari ahli rumah yang lain.

23. Berjalan sendiri semasa tidur tanpa sedar.

24. Bermimpi melihat hantu.


(Oleh: Ust. Md Zaini Zainal)

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts