PENDAHULUAN
Ilmu pengubatan adalah ilmu Allah s.w.t. Ulama’ sepaka t berpendapat bahawa mempelajari ilmu pengubatan itu hukumnya fardu kifayah. Merawat pesakit adalah profesion yang sangat mulia. Hukum mengajar ilmu ini adalah wajib bagi mereka yang arif mengenainya apabila tiba masanya dan apabila masyarakat memerlukannya. Manakala menyembunyikan ilmu ini pula hukumnya berdosa serta termasuk dalam kategori kufur dengan nikmat Allah s.w.t.