FOLLOWERS

Showing posts with label BAB KHAS : SIHIR. Show all posts
Showing posts with label BAB KHAS : SIHIR. Show all posts

Monday, August 1, 2011

HARAM BAGI PESAKIT TERKENA SIHIR MENGGUNAKAN KHIDMAT TUKANG SIHIR UNTUK SEMBUH...

SOALAN:
Menurut sejarah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin Al-A'sam. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah bagaimana orang yang dipelihara oleh Allah, menjadi kekasih-Nya, seorang nabi, juga seorang rasul boleh terkena sihir.

JAWAPAN:

Pada tahun ketujuh Hijrah, iaitu selepas balik dari Hudaibiah, baginda Rasulullah telah terkena sihir. Beberapa orang Yahudi menemui Labid bin Al-A'sam, seorang tukang sihir yang terkenal di kalangan ahli sihir Yahudi. Mereka mengadu dan menyatakan telah berusaha untuk menyihir Muhammad, tetapi tidak berjaya. Kerana itu mereka meminta agar Labid melakukan sihir ke atas Muhammad dengan memberi upah.

Dalam sebuah hadis daripada Sayidatina Aisyah dinyatakan bahawa kesan daripada sihir itu baginda merasakan seolah-olah telah melakukan sesuatu, padahal dia tidak melakukannya, sehinggalah pada satu hari baginda berdoa, dan terus berdoa, dan akhirnya Allah mengutuskan dua malaikat.

Tuesday, July 20, 2010

SIHIR DAN HUKUM MENGENAINYA

Persoalan:

(1) Apa hukumnya seorang manusia membuat seorang manusia yang lain terseksa akibat ilmu sihir sehingga menyebabkan orang itu menemui ajalnya.
(2) Adakah orang itu akan diterima taubatnya walaupun dia benar-benar telah bertaubat.

Jawab:

Sihir adalah perkara yang benar-benar wujud. Allah membiarkan sahaja orang-orang yang melakukan sihir itu `menjadi' dengan sihirnya. Namun kekuasaan memberi manfaat dan mudarat (termasuk mematikan) tetapi di tangan Allah Taala.

Dosa ahli sihir, sabda Rasulullah s.a.w.:

"Jauhi tujuh dosa besar yang membinasakan." Para sahabat bertanya: "Apaka tujuh dosa besar itu wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Menyekutukan Allah dengan sesuatu, mengerjakan sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan sebab yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perjuangan (jihad) dan menuduh zina ke atas perempuan2 baik yang beriman serta tidak terlintas berbuat zina. (HR Bukhari & Muslim)

Hukuman terhadap penyihir:

1. Hanafi: Ahli sihir wajib dibunuh bila diketahui dia mengerjakan sihir. Taubatnya tidak diterima. Ahli sihir adalah kafir.

2. Malik: Ahli sihir dibunuh dan taubatnya tidak diterima. Penyihir dari ahli kitab tidak dibunuh kecuali memudaratkan kaum muslimin. Ahli sihir adalah kafir.

3. Al-Syafi'i: Seorang ahli sihir tidak kafir dengan sihirnya. Apabila dia membunuh orang dengan sihirnya, dan dia berkata: Sihirku dapat membunuh orang seperti orang itu, dan aku telah sengaja melakukan pembunuhan itu (dgn sihirnya), maka dia wajib dibunuh, berdasarkan hukum qisas (bunuh balas bunuh. Akan tetapi apabila dia berkata: Sihirku dapat membunuh, dan dapat pula terlepas tidak mengenai sasarannya, maka dia tidak dibunuh. Tetapi dikenakan diyat ke atas dirinya.

4. Hanbali: Ahli sihir kafir kerana sihirnya, samada sihirnya itu membunuh ataupun tidak. taubatnya tidak diterima.

Taubat di sini bermaksud pengakuan taubat samada diterima dalam perlaksanaan hukum bunuh ataupun tidak dterima.

Manakala jika sebelum mati dia benar-benar bertaubat dengan syarat-syaratnya, dosanya akan diampunkan oleh Allah. Ia seperti dosa kerana syirik kepada Allah Taala. Jika dia sempat bertaubat sebelum mati, ada harapan dosanya diampunkan. Tetapi jika tidak sempat, tiada harapan memperoleh pengampunan.

Manakala hukum bunuh terhadap penyihir hendaklah dilaksanakan oleh pemerintah bukan rakyat.

Wallahu a'lam : Rujukan: Tafsir Ayatil Ahkam, juz 1 - Ali al-Shabuni

Petikan dari:
http://ibnughazali.blogspot.com/2008/05/sihir-dan-hukum-mengenainya.html

AS-SYIFA' MELAKA : 013-2006363

Monday, July 19, 2010

GUNA AYAT AL-QURAN UNTUK ATASI SIHIR.

SOALAN:

Menurut sejarah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin Al-A'sam. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah bagaimana orang yang dipelihara oleh Allah, menjadi kekasih-Nya, seorang nabi, juga seorang rasul boleh terkena sihir.

JAWAPAN:

Pada tahun ketujuh Hijrah, iaitu selepas balik dari Hudaibiah, baginda Rasulullah telah terkena sihir. Beberapa orang Yahudi menemui Labid bin Al-A'sam, seorang tukang sihir yang terkenal di kalangan ahli sihir Yahudi. Mereka mengadu dan menyatakan telah berusaha untuk menyihir Muhammad, tetapi tidak berjaya. Kerana itu mereka meminta agar Labid melakukan sihir ke atas Muhammad dengan memberi upah.

Dalam sebuah hadis daripada Sayidatina Aisyah dinyatakan bahawa kesan daripada sihir itu baginda merasakan seolah-olah telah melakukan sesuatu, padahal dia tidak melakukannya, sehinggalah pada satu hari baginda berdoa, dan terus berdoa, dan akhirnya Allah mengutuskan dua malaikat. Mereka datang berhampiran Nabi, berbicara tentang diri baginda yang dia disihir oleh Labid dengan menggunakan sikat dan rambut yang dibungkus dengan seludang tamar jantan muda. Bahan yang diambil daripada Nabi itu diletakkan dalam telaga Zarwan.


Baginda telah meminta salah seorang sahabatnya agar meninjau telaga yang dimaksudkan. Setelah kembali, utusan ini menyatakan bahawa, ``air telaga itu berwarna kemerah-merahan, seperti warna inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepala syaitan.''

Merah yang dimaksudkan di sini seperti warna inai apabila dimasukkan dalam air, manakala pohon tamar itu digambarkan seperti rupa kepala-kepala syaitan untuk memperlihatkan pemandangan yang menggerunkan lagi menakutkan. Lahir daripada pengamatan umum akan timbul persoalan bagaimana Allah boleh membiarkan kekasih-Nya terkena sihir, padahal seperti dijanjikan oleh Allah adalah maksum. Allah sewajarnya melindungi kekasih-Nya. Allah Maha Mengetahui apa yang patut dilakukan terhadap kekasih-Nya. Terlalu banyak rahsia ketuhanan yang tidak terungkai atau terungkap oleh pengamatan manusia.

Rasulullah Muhammad adalah seorang nabi, juga seorang rasul. Baginda adalah pesuruh Allah, yang di antara tugas utamanya menyampaikan mesej daripada Allah, kepada manusia dengan perantaraan malaikat Jibrail, ataupun tanpa malaikat Jibrail. Mesej inilah yang diistilahkan sebagai `wahyu' yang disampaikan kepada umatnya, iaitu umat Muhammad, tanpa menambah ataupun mengurangkannya.

Wahyu yang disampaikan itulah yang dinamakan sebagai `Kalamullah,' yang kemudiannya dihafal oleh baginda, oleh para sahabat, ditulis di belulang-belulang dan sebagainya, lalu dikumpulkan dan dibukukan dan akhirnya menjadi al-Quran. Adapun wahyu Allah yang diturunkan, tetapi disampaikan kepada umatnya menggunakan ayat-ayat Muhammad dinamakan hadis. Sesungguhnya Rasulullah tidak berkata-kata menurut kehendaknya sendiri, apa yang dikatakan itu adalah wahyu yang telah diturunkan kepadanya. Kerana itulah maka al-Quran dan hadis-hadis itu menjadi pegangan utama, sumber hukum bagi orang yang mengaku dirinya Islam. Itulah fungsi sebenar Rasulullah di mana dilantik oleh Allah sebagai pesuruh-Nya. Di situlah terletak kerasulan baginda. Walaupun demikian, baginda tetap manusia biasa, lahir seperti manusia biasa hasil daripada kehidupan seorang ibu dan bapa.

Sebagai manusia, jasadnya mempunyai naluri seperti manusia biasa, hasil daripada kehidupan seorang ibu dan bapa. Sebagai manusia, jasadnya mempunyai naluri seperti orang lain, ada rasa kasih sayang, memerlukan makan minum, hidup berkeluarga dan sebagainya. Satu keistimewaan baginda, beliau dilantik menjadi rasul kepada manusia juga jin-jin. Hal demikian membuktikan bahawa berbanding dengan jin-jin, manusia itu lebih pintar dan tinggi makamnya, kerana Allah mengutus manusia untuk manusia dan jin-jin. Allah tidak menjadikan jin sebagai rasul. Sebagai manusia, Allah menjadikannya berakhlak mulia. Kerana itu manusia biasa yang taatkan perintah Allah, tidak mustahil bagi mereka untuk memperoleh martabat yang tinggi di sisi Allah kerana mereka adalah sama-sama manusia.

Pengajaran

Sebagai manusia biasa, baginda tidak mengetahui dirinya telah disihir oleh Labid bin Al-A'sam, kecuali setelah Allah mengutus dua malaikat memberitahunya yang dia terkena sihir. Dalam hadis-hadis disebutkan, akibat daripada sihir tersebut, baginda merasakan bahawa beliau telah melakukan sesuatu, tetapi sebenarnya tidak melakukannya. Sesetengah ahli tafsir menyatakan, atau memberi tafsiran bahawa baginda merasakan telah mendatangi salah seorang daripada isteri-isterinya, padahal beliau tidak berbuat demikian. Sesetengah mentafsirkan bahawa akibat daripada sihir berkenaan, baginda tidak berupaya bersatu dengan isterinya.

Apa yang berlaku ke atas Rasulullah seperti dijelaskan oleh ahli-ahli tafsir tersebut memberi pengajaran bahawa sihir itu benar-benar boleh berlaku. Akibat daripada sihir, suami ada kalanya tidak berupaya bersatu dengan isterinya. Menurut Syeikh Abdul Aziz Ma'mun, penyakit ar-rabt, atau kegagalan suami bersatu dengan isterinya merupakan satu jenis sihir yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir dengan pertolongan syaitan yang mengganggu pusat rangsangan nafsu penting manusia, iaitu otak yang merangsang alat kelamin. Ia merupakan sejahat-jahat amalan sihir yang menyakitkan, lebih-lebih lagi apabila suami hilang keupayaan sama sekali untuk bersatu dengan isterinya, tetapi boleh melakukan persetubuhan haram dengan perempuan-perempuan lain. Suami yang mengalami masalah seperti ini dinamakan ar-rajulul mahbus atau ar-rajulul marbut oleh Abu Ubaidah Mahir. Dalam peristiwa yang melibatkan sihir ke atas Nabi, bahan yang digunakan ialah sikat dan rambut yang diikat dengan benang dan dimasukkan dalam perut perigi dihempap dengan batu. Rambut tersebut diambil daripada rambut kepala, juga janggut yang dicuri.

Sihir tidak akan berlaku tanpa adanya penglibatan jin-jin, yang terdiri daripada iblis dan syaitan. Kerana itu, penggunaan bahan seperti rambut dan sikat itu sebenarnya tidak penting, kerana yang memainkan peranan utama ialah jin. Bahan-bahan seperti dijelaskan yang diambil daripada mangsa yang hendak dikenakan sihir, memudahkan atau mempercepatkan lagi proses mengenakan sihir, kerana bahan yang diambil itu adalah sebahagian daripada diri mangsa, yang kemudiannya disokong oleh jin-jin tadi.

Kerana itu, penggunaan bahan, yang diambil daripada badan mangsa bukan dongengan dalam proses amalan sihir, seperti kuku, air ludah, gambar, pakaian yang telah dipakai seperti seluar dalam, baju dalam dan sebagainya termasuk tuala ataupun songkok. Allah telah menurunkan surah Al-Muawwizataini, iaitu Qul a'udhu birabbil falaq juga Qul a'udhu birabbinnas. Setiap ayat yang terkandung dalam dua surah ini dibacakan, maka baginda berasa lega dan akhirnya berupaya berdiri, bebas sebebasnya seperti unta yang terlepas daripada ikatan apabila keseluruhan ayat-ayat itu habis dibaca, lalu malaikat Jibrail berkata yang bermaksud:

Dengan nama Allah, aku menjampi akan dikau, daripada setiap penyakit yang menyakiti akan dikau, juga daripada kejahatan yang hasad, atau mata jahat dan Allah akan menyembuhkan akan dikau. Demikian menurut pendapat yang sahih, yang menyatakan di antara sebab kenapa surah al-Muawwizatain itu diturunkan. Iktibar ataupun pengajaran daripada peristiwa ini, kita dapat mempelajari bahawa untuk mengatasi sihir, kaedah yang paling besar ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, termasuk penggunaan dua surah pendek seperti dijelaskan.

Terdapat banyak surah juga ayat-ayat al-Quran yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah sihir, termasuklah penggunaan al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Ikhlas, surah Yasin dan akhir surah al-Baqarah. Manakala surah-surah yang perlu dibaca oleh pesakit, atau sekurang-kurangnya diperdengarkan melalui rakaman kaset misalnya ialah surah al-Baqarah, surah al-Jinn, as-Saffat, surah Yasin, surah ad-Dukkhan dan lain-lain lagi.

Sesetengah masyarakat Melayu berkeyakinan bahawa masalah sihir hanya boleh diatasi dengan menggunakan sihir juga. Sesetengah daripadanya berkeyakinan, sihir, dalam keadaan tertentu, tidak boleh diatasi atau dirawat kecuali dengan menggunakan sihir. Seperti dijelaskan bahawa sihir tidak akan berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin. Apabila dikatakan bahawa sakit akibat sihir itu tidak boleh diatasi, atau lebih sesuai dengan menggunakan sihir, bererti orang yang berkenaan berkeyakinan bahawa sakit akibat perbuatan manusia yang dibantu oleh jin-jin akan hanya sembuh menggunakan perantaraan jin-jin.

Yang dimaksudkan melakukan rawatan dengan menggunakan sihir ialah seperti menemui mereka yang merawat dalam keadaan menurun, satu keadaan di mana seseorang itu diresapi oleh jin-jin, ataupun upacara melibatkan teater tradisional, yang selalunya melibatkan unsur-unsur hiburan juga rawatan, seperti dilakukan dalam sembahan main puteri, bagih, kebiah dan sebagainya. Amalan atau upacara rawatan seperti ini diistilahkan sebagai an-Nusyrah. Ketika ditanya mengenainya, baginda menjelaskan bahawa upacara sedemikian rupa adalah daripada perbuatan syaitan.

Perjalanan hidup Rasulullah perlu dijadikan contoh oleh umatnya. Itulah yang dinamakan sunah nabi yang sewajarnya difikir logik dan keperluannya. Sesungguhnya dalam diri baginda itu contoh ikutan yang baik. Baginda pernah berpesan, ``kutinggalkan pada kamu dua perkara, selagi kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya. Dua perkara tersebut ialah `al-Quran dan sunahku.'

Tidak dinafikan bahawa baginda itu adalah kekasih Allah. Penderitaan yang ditanggung oleh baginda akibat sihir bukan membawa erti bahawa Allah tidak mengasihinya. Sesungguhnya, Allah bersifat Maha Mengetahui lagi bijaksana bagaimana hendak menyampaikan mesej kepada hamba-Nya termasuklah mesej yang disalurkan melalui ujian terhadap kekasih-Nya.


Mingguan Malaysia 11/5/03. Soal Jawab bersama Dato' Dr Amran Kasimin. Petikan dari www.grenbara.bravejournal.com

Thursday, May 20, 2010

DEFINISI SIHIR : SIHIR MENIURUT BAHASA,SIHIR MENURUT SYARIAT (As-Syifa' Melaka :013-2006363)

Buku terkenal karangan Sheikh Wahid bin Abdissalam Baali (Disalin dari Almanhaj.or.id)

[A]. SIHIR MENURUT BAHASA

Al-Laits mengatakan, Sihir adalah suatu perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuannya.Al-Azhari mengemukakan, Dasar pokok sihir adalah memalingkan sesuatu dari hakikat yang sebenarnya kepada yang lainnya

[1]. Ibnu Manzur berkata : Seakan-akan tukang sihir memperlihatkan kebathilan dalam wujud kebenaran dan menggambarkan sesuatu tidak seperti hakikat yang sebenarnya. Dengan demikian, dia telah menyihir sesuatu dari hakikat yang sebenarnya atau memalingkannya[2].
Syamir meriwayatkan dari Ibnu ‘Aisyah, dia mengatakan : Orang Arab menyebut sihir itu dengan kata as-Sihr karena ia menghilangkan kesehatan menjadi sakit.[3]
Ibnu Faris[4] mengemukakan, Sihir berarti menampakkan kebathilan dalam wujud kebenaran. [5] Di dalam kitab Al Mu’jamul Wasiith disebutkan : Sihir adalah sesuatu yang dilakukan secara lembut dan sangat terselubung. [6] Sedangkan didalam kitab Muhiithul Muhiith disebutkan, Sihir adalah tindakan memperlihatkan sesuatu dengan penampilan yang paling bagus, sehingga bisa menipu manusia.(7)

[B]. SIHIR DALAM ISTILAH SYARIAT

Fakhruddin ar-Razi mengemukakan, Menurut istilah Syari’at, sihir hanya khusus berkenaan dengan segala sesuatu yang sebabnya tidak terlihat dan digambarkan tidak seperti hakikat yang sebenarnya, serta berlangsung melalui tipu daya.[8]

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi mengatakan, Sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan maupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat, diantaranya ada yang bisa mematikan, membuat sakit, membuat seorang suami tidak dapat mencampuri istrinya atau memisahkan pasangan suami istri, atau membuat salah satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya.[9]

Ibnul Qayyim mengungkapkan, Sihir adalah gabungan dari berbagai pengaruh ruh-ruh jahat, serta interaksi berbagai kekuatan alam dengannya(10).


Kesimpulan.

Sihir adalah kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahwa tukang sihir akan melakukan berbagai keharaman atau kesyirikan dengan imbalan pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya.

[C]. BEBERAPA SARANAN TUKANG SIHIR UNTUK MENDEKATI SYAITAN.

Diantara tukang sihir itu ada yang menempelkan mushhaf dikedua kakinya, kemudian ia memasuki WC. Ada yang menulis ayat-ayat al-Qur’an dengan kotoran. Ada juga yang menulis ayat-ayat al-Qur’an dengan menggunakan darah haid. Juga ada yang menulis ayat-ayat al-Qur’an di kedua telapak kakinya. Ada juga yang menulis Surat al-Faatihah terbalik. Juga ada yang mengerjakan sholat tanpa berwudhu’. Ada yang tetap dalam keadaan junub terus-menerus. Serta ada yang menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada syaitan dengan dengan tidak menyebut nama Allah pada saat menyembelih, lalu membuang sembelihan itu ke suatu tempat yang telah ditentukan syaitan.[11]

Dan ada juga yang berbicara dengan binatang-binatang dan bersujud kepadanya. Serta ada juga yang menulis mantra dengan lafazh-lafazh yang mengandung berbagai makna kekufuran.

Dari sini, tampak jelas oleh kita bahwa jin itu tidak akan membantu dan tidak juga mengabdi kepada seorang penyihir kecuali dengan memberikan imbalan. Setiap kali seorang penyihir meningkatkan kekufuran, maka syaitan akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya. Dan jika tukan sihir tidak sungguh-sungguh melaksanakan berbagai hal yang bersifat kufur yang diperintahkan syaitan, maka syaitan akan menolak mengabdi kepadanya serta menentang perintahnya. Dengan demikian, tukang sihir dan syaitan merupakan teman setia yang bertemu dalam rangka perbuatan kemaksitan kepada Allah.

Jika anda perhatikan wajah tukang sihir, maka dengan jelas anda akan melihat kebenaran apa yang telah saya sampaikan, dimana anda akan mendapatkan gelapnya kekufuran yang memenuhi wajahnya, seakan-akan ia merupakan awan hitam yang pekat.

Jika anda mengenali tukang sihir dari dekat, maka anda akan mendapatkannya hidup dalam kesengsaraan jiwa bersama istri dan anak-anaknya, bahkan dengan dirinya sendri sekalipun. Dia tidak bisa tidur nyenyak dan terus merasa gelisah, bahkan dia akan senantiasa merasa cemas dalam tidur. Selain itu seringkali syaitan-syaitan itu akan menyakiti anak-anaknya atau istrinya serta menimbulkan perpecahan dan perselisihan di antara mereka.

Maksud daripada firman Allah SWT.

Artinya : Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit [Thaahaa : 124]

[Disalin dari kitab Ash-Shaarimul Battaar Fit Tashaddi Lis Saharatil Asyraar edisi Indonesia Sihir & Guna-Guna Serta Tata Cara Mengobatinya Menurut Al-Qur'an Dan Sunnah, Penulis Wahid bin Abdissalam Baali, Terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i dan diambil daripada laman web versi Indonesia,moga Allah turunkan pahala kepada setiap orang yang terlibat dalam usaha penyebaran ilmu pengubatan Islam ini)
_________
Foote Note
[1] Tahziibul Lughah (IV/290)
[2] Lisaanul ‘Arab (IV/290).
[3] Ibid
[4]Beliau berkata dalam Maaqayisul Lughah (507), suatu kaum berkata:Sihir adalah mengeluarkan kebathilan dalam bentuk yang haq, dan dikatakan, sihir adalah tipuan. Mereka berdalil dengan perkataan seseorang: Sesungguhnya jika anda menanyakan keberadaan kami, maka kami bagaikan burung dari golongan manusia yang tersihir. Seolah-olah yang dimaksud adalah orang yang tertipu.
[5] Al-Mishbaahul Muniir (267), penerbit al-Maktabah al-Ilmiyyah, Beirut.
[6] Al-Mu’jamul Wasiith (I/419), Darul Fikr.
[7] Muhiithul Muhiith (399), Beirut
[8] Al-Mishbaahul Muniir (268), Beirut
[9] Al-Mughni, (X/104).
[10] Zaadul Ma’aad, (IV/126)
[11] Baca kembali kitab : Wiqaayatul Insaan, (hal. 45).

Wednesday, May 19, 2010

AS-SYIFA : SIHIR : SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
  • ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR?
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Dari Aisyah:
"Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka"
(Bukhari dan Muslim)
Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit".
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
  • TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.
  • CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.
  • RASUKAN
Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan.
Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-
1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur
  • PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN
Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.
TAZKIRAH : Dari Masjid Al-Azim Melaka

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts