FOLLOWERS

Showing posts with label KERTAS KERJA. Show all posts
Showing posts with label KERTAS KERJA. Show all posts

Wednesday, April 14, 2010

KERTAS KERJA Y.BHG. DATO' DR HARON DIN (...siri AKHIR)

CABARAN DAN KEPALSUAN

Banyak cabaran yang mendepani sistem rawatan Islam dari dahulu sehingga kini, sama dengan Islam itu sendiri terpaksa berhadapan dengan cabaran dari segenap penjuru, sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surat Al Baqarah ayat 120 yang bermaksud:

“ Dan tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani dengan kamu sehingga kamu menurut telunjuk mereka ( memeluk agama mereka). Katakanlah kepada mereka sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenar dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah keterangan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong mereka”

Islam itu dicemuh oleh musuhnya, bukan kerana mereka tidak mengetahui ianya benar, akan tetapi kerana iri hati dan degil atas sikap buruk musuh-musuh, menolak dengan angkoh sesuatu yang benar.

Allah menceritakan hal mereka seperti didalam ayat 146-147 surah al Baqarah :

“Orang-orang Yahudi dan Nasarani yang telah kami turunkan al kitab (Taurat dan Injil) kepada mereka amat mengenali (Nabi) Muhammad seperti mana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui”

Kebenaran (alhaq) itu adalah dari Tuhanmu kerana itu jangan sekali-kali kamu termasuk kedalam golongan orang yang ragu.”

Di zaman ini Islam diperangi dalam berbagai-bagai bentuk dan cara. Media dipergunakan untuk memerangi Islam. Fitnah demi fitnah ditaburkan untuk memburuk-burukkan Islam. Umat Islam dikatakan militant, ganas mengganas, bunuh membunuh, yang buruk-buruk diletakkan keatas Islam dan umatnya. Sehingga umat Islam diperangai dibunuh di usir dari tanahair mereka

Demikian itulah rawatan Islam, terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagi cabaran. Sehingga nama rawatan Islam itu sendiri tidak ada dalam senarai rawatan penyakit. Seperti yang disebut diawal-awal tadi. Jangan hendak dikatakan pengiktirafan terhadap rawatan Islam, menyebut namanya pun tidak dilakukan.

Mutakhir ini, satu lagi apisod sedemikian berlaku yang merupakan suatu cabaran. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan satu bahagian dalam kementerian atas nama : Sebahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bahagian itu telah menghubungi saya dan telah berlaku beberapa pertemuan dan perbincangan serius baik di Bangi mahupun di Kementerian. Malah saya telah diminta menyediakan kertas kerja untuk suatu Seminar Perubatan atas tajuk Konsep dan amalan dalam perubatan Islam. Kertas itu telah dibentangkan di Kementerian tersebut dan diterima dengan baik.

Pada mulanya Kementerian Kesihatan menerusi bahagian perubatan tradisional itu amat berminat hendak menyenaraikan rawatan Islam menjadi salah satu jenis rawatan didalam bahagian tersebut.

Kesudahannya perubatan Islam tidak disenaraikan sebagai suatu kaedah rawatan tersendiri. Kementerian memutuskan ada tujuh (7) badan pengamal perubatan untuk mewakili ahli masing-masing yang diikhtiraf. Dalam tujuh itu tidak ada rawatan Islam secara tersendiri

Salah satu dari tujuh yang di ikhtiraf itu ialah PUTRAMAS, Putramas adalah sebuah badan perubatan yang mewakili pengamal-pengamal pengubatan Melayu dan juga kaum peribumi Sabah Sarawak. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPIM) yang selama ini menaja dan mempromosikan rawatan Islam, telah diminta oleh kementerian, bernaung dibawah PUTRAMAS. Dengannya rawatan Islam menjadi satu cabang dari cabang-cabang rawatan tradisional Melayu dan kaum pribumi.

Surat kementerin kepada kami (PKPIM)
Bil (6) dlm. KKM/207/02/14-9.7.2008 atas tajuk

Pengubatan Islam dalam satu cabang perubatan tradisional dan kontemporari

Adalah jelas sejelas-jelasnya

Kami memohon dan mendesak agar rawatan Islam dijadikan satu badan khusus tersendiri yang tidak diletakkan dibawah mana-mana perubatan. Apatahla lagi perubatan tradisional Melayu. Rawatan Islam adalah tersendiri dengan asas dan konsep yang kukuh seperti yang dibentangkan diawal-awal tadi.

Malang bagi rawatan Islam, kami diberi jawapan setelah membantah dan mengemukakan tujuh alasan jitu mengapa rawatan Islam perlu bersendiri. Kementerian menjawab :

“ Buat masa ini Kementerian (Kesihatan) tidak bercadang untuk meningkatkan bilangan badan pengamal. Masa kini pengubatan Islam dikelompok bersama dengan perubatan tradisional Melayu yang juga merangkumi amalan-amala oleh kaum pribumi”





Kepalsuan dapat dilihat dari tanggapan umat Islam itu sendiri yang melihat perubatan Islam itu tarafnya lebih rendah daripada rawatan tradisional melayu dan amalan pribumi Sabah dan Sarawak. Setidak-tidaknya dianggap rawatan Islam itu tidak layak menjadi sistem tersendiri. Yang layak hanya diletak dibawah rawatan tradisional.

Yang ketara pada kita rawatan Islam adalah bersumberkan wahyu dan amat dilarang didalam perubatannya perkara yang berlawanan dengan syarak. Sumber utama rawatan adalah Al Quran dan As Sunnah. Sedangkan keseluruhan rawatan tradisional Melayu dan pribumi bersumberkan apa?

Didalam rawatan tradisional apa pun, sumbernya adalah manusia itu sendiri. Kepandaian dan kebolehan yang didapati dari pengamalan yang terbatas. Terdapat didalam rawatan itu sebahagiannya amalan-amalan yang bercanggah dengan Islam seperti amalan syihir, nujum, tilik-menilik, tuduh-menuduh (orang itu buat), tangkal menangkal, azimat, menurun, khadam, bersahabat dengan syaitan, pukau memukau dan berbagai yang dilarang oleh Islam.

Kalau itulah hakikatnya maka bagaimana boleh rawatan Islam digolongkan kedalam golongan itu dan disamakan dengan semuanya. Malah diletak semuanya itu sebagai induk dan rawatan Islam tidak lebih dari hanya satu cabang daripadanya sahaja.

Banyak pengamal rawatan di Malaysia khususnya yang mendakwa mereka beramal dengan amalan rawatan Islam atau di kenali sebagai perubatan Islam, akan tetapi mereka tidak terlatih dengan betul sebagai perawat Islam. Malah berlaku campur aduk antara rawatan Islam dengan yang bertentangan dengan Islam. Itulah yang menimbulkan masalah tercemarnya nama baik Islam itu sendiri.

Untuk mudah mengenali perubatan Islam yang sebenar dari yang palsu, Ulamak terdahulu hingga kini telah menetapkan bahawa keharusan mengubati penyakit dengan menggunakan kaedah Ruqyah mestilah memenuhi tiga (3) syarat utama :

1. Mambaca doa atau menjampi hendaklah dengan ayat-ayat al Quran yang betul bacaannya atau hadith-hadith nabi atau doa-doa yang makthur dan sahih.

2. Boleh menggunakan jampi dengan apa bahasa pun akan tetapi hendaklah difahami makna. Tidak bercanggah dengan hukum syarak.

3. Mestilah pengamalnya beri’tikad yang bulat bahawa penyembuh sebenarnya hanya Allah s.w.t sahaja.

Tiga syarat tersebut telah menjadi Ijmak Ulamak mengharuskan perubatan Islam melalui kaedah ruqyah. Sebarang penyelewengan dari tiga tersebut akan terkeluar dari rawatan Islam

PENUTUP

Perubatan Islam adalah manifestasi dari system rawatan rabbani yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya meliputi segala bidang rawatan yang dapat dikembangkan oleh manusia muslim demi mengharapkan redho Allah. Ianya suatu ibadah.

Allah menjadikan penyakit dan dia juga menjadikan untuknya ubat. Manusia disarankan berusaha mencari ubat, apabila sesuai ubat dengan penyakit untuk sembuh maka disembuhkanlah oleh Allah. Adapun metodnya terserahlah kepada kebijaksanaan mereka dengan berpandukan petunjuk Allah.

Terlalu banyak ikhtiar menyembuhkan penyakit. Salah satu cabangnya menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau doa-doa disamping bahan-bahan pengubatan yang diketahui kemujarabannya dari penelitian dan penyelidikan yang dijalankan.

Islam menggalakkan penyelidikan-penyelidikan dan pengubatannya, terutama penyakit-penyakit kerohanian yang jauh tertinggal di belakang berbanding dengan kejasmanian. Contoh yang boleh dilihat di serata dunia pada hari ini terutama di barat; hospital-hospital dan klinik-klinik rawatan adalah tertumpu kepada penyakit-penyakit fizikal. Penyakit-penyakit kerohanian kurang mendapat perhatian.

Darussyifa’ Bandar Baru Bangi dan seluruh cawangannya di beberapa buah negeri di Malaysia sentiasa menerima pengunjung yang sentiasa bertambah, terutamanya yang bermasalah spiritual. Majoriti pesakit yang datang ialah pesakit kronik yang memerlukan rawatan secara kerohanian. Oleh sebab itu rawatan secara ruqyah didapati berkesan dan dapat membantu pesakit-pesakit berkenaan,

Wallahu aklamu bissawaab

HARON DIN
DARUSSYIFA’
BDR BARU BANGI SELANGOR
November 2008

Kertas Kerja ini telah dibentangkan oleh YBhg.Tuan Guru Dato’ Dr.Haron Din Dalam Seminar Rawatan Islam pada 16 Disember 2008 bertempat di Dewan Kuliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Anjuran IQ INSAN TRAINING & CONSULTANCY.

Tuesday, April 13, 2010

KERTAS KERJA Y.BHG. DATO' DR HARON DIN (...siri 4)


SIHIR DAN PENGUBATANNYA

Sihir wujud dan telah lama bertapak di alam manusia. Ianya amat terkenal pada zaman Nabi Musa (a.s) dan terus wujud hingga ke zaman Nabi Muhammad (S.A.W). Seorang ahli sihir Yahudi bernama Labeed bin Aksam telah cuba mensihirkan Nabi, lalu Jibrail turun mengubatinya dengan menggunakan RUQYAH.

Al-Quranulkarim menceritakan perihal sihir dalam surah Al_Baqarah :102 yang bermaksud:
“Akan tetapi sebenarnya syaitanlah yang kufur kepada Allah, merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir”

“ Manusia-manusia itu mempelajari ilmu sihir yang akan memudaratkan mereka dan tidak mendapat apapun manfaatnya ” . Keseluruhan AL-Quran didapati tidak kurang daripada 27 Surah yang membicarakan sihir, melibatkan 57 ayat Allah menceritakan segala hal mengenai sihir dan pengubatannya.

Ulamak-ulamak terdahulu seperti Al-Faraabi, Al-Kindi, Al- Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Fahru Razi, Ibnu Kasir, Al-Alusi, Ibnu Khaldun dan lain-lain lagi telah banyak mengulas perihal sihir dalam karya-karya mereka.

Keseluruhan mereka telah mengertikan sihir itu dengan pendekatan masing-masing, bolehlah disimpulkan seperti berikut :

Sihir adalah suatu ilmu untuk melakukan kerja jahat secara tersembunyi dengan menggunakan perantara makhluk halus yang jahat bertujuan jahat, untuk mengganggu akal mangsa, atau rohnya, atau jasmaninya, atau semuanya, bagi tujuan memporak-porandakannya dan menghapuskannya.

Ibnu Sina amat mengenali permasalahan sihir dan telah menulis sebuah kitab mengenainya yang diberi judul “ Rasaail As-Sihri” yang bererti “ suratan-suratan tentang sihir”.

Oleh kerana ilmu sihir ini ialah ilmu jahat, Islam amat melarang umatnya daripada mempelajari sihir, mengamal sihir dan mendekati ahli sihir. Jika disabitkan seorang itu ahli sihir maka hukuman ke atasnya adalah bunuh.

Untuk menjaga diri dari sihir dan merawatinya, Rasullullah (S.A.W) mengesyorkan bacaan beberapa ayat Al-Quran dan Zikir khusus untuk berlindung dan berserah diri kepada Allah.

Antara ayat-ayat RUQYAH yang disarankan untuk di amalkan bagi tujuan pengubatan adalah seperti berikut :

1. Surah Al-Fatihah

2. Surah Al-ikhlas, Surah Al-Alaq, Surah An-Nas.

3. Ayatul Kursi

4. Sebelas ayat dari Surah Al-Baqarah (1,2,3,4,5) (255,256,257)
(284,285,286)

5. At-Taubah 14.

6. As-Syuaara’ 80

7. Yunus 57

8. An-Nahl 69

9. Al-Isra’ 82

10. Fussilat 44

11. Al-Mukminun 115,116,117 dan 118

12. Al-Hasyr 21,22,23,dan 24

Dan lain-lain lagi

...bersambung ke (siri 5)

KERTAS KERJA Y.BHG. DATO' DR.HARON DIN (...siri 3)

METODOLOGI PENGUBATAN ISLAM

Penyakit-penyakit fizikal telah diisyaratkan pengubatannya oleh Rasullullah (S.A.W) dalam hadithnya yang bermaksud ,
“ daripada Ibnu Abbas (r.a) katanya Rasullullah (S.A.W) mengatakan : Kesembuhan penyakit berada pada berbagai-bagai cara penyembuhannya, antaranya:

1. Makan ubat (Madu Lebah sebagai contoh sahaja)
2. Pembedahan ( pisau tukang bedah)
3. Besi panas (Al-kay)

DOA SEBAGAI SATU CARA (METOD)

Terlalu banyak hadith-hadith yang menerangkan doa sebagai suatu rawatan antaranya Rasullullah (S.A.W) sendiri mendoakan :
“ Saya mohon dari Allah yang Agung Tuhan Arash yang agung agar disembuhkan penyakit ini.
(Sahih At-Tirmizi)

Rasullullah mendoakan Saad bin Abi Waqas ketika sakitnya:
“ Ya Allah sembuhkanlah Saad ( 3 Kali)”
(Sahih Al-Bukhari)

Aishah (r.a) meriwayatkan hadith bahawa Rasullullah (S.A.W) telah mengubati keluarganya yang sakit dengan cara meletakkan tangannya di tempat sakit dan membaca doa:
“Ya Allah Tuhan Manusia, sembuhkanlah sakit ini, kamu sahajalah (ya Allah) penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan darimu, kesembuhan yang tidak meninggalkan keburukannya.”


Abdullah Amru ibnu Al–‘As menceritakan bahawa Rasullullah (S.A.W) menyuruh penziarah orang sakit agar mendoakan kepadanya:
“YA Allah , sembuhkanlah hambamu ini agar dia boleh memererangi musuh Mu atau bolehlah dia berjalan untuk menunaikan solat”
(Sahih Abu Daud)
Membaca ayat Al-Quran untuk penyembuhan
(Al-Isra’ ayat 82, Fussilat 44, At-Taubah 14, Yunus 37 dan lain-lain)

Rasullullah merestui sahabat-sahabat menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk mengubati penyakit.

Rasullullah (S.A.W) membenarkan pengunaan ruqyah (jampi) yang pernah digunakan sebelum Islam (Zaman Jahiliyyah) dengan syarat tidak ada kesyirikan padanya

PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN RAWATAN

Ayat-ayat AL-Quran dan juga doa-doa sebagai bahan rawatan yang digunakan semasa merawat adalah sabit dari As-Sunnah seperti yang diperjelaskan sebelum ini. Adapun penggunaan bahan-bahan yang lain bersama air juga sah dan boleh diguna pakai.

Perihal AIR, Allah s.w.t. menyebut tentangnya yang bermaksud :
“dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada juga beriman” (Al-Anbiya’ 30 )

“dan Allah menurunkan dari langit hujan untuk menyucikan kamu (Liyuthohhirakum) dan dengan air hujan itu BOLEH MENGHILANGKAN DARI KAMU GANGGUAN-GANGGUAN SYAITAN DAN UNTUK MENGUATKAN HATIMU DAN MENEGUHKAN PENDIRIANMU.” (Al-Anfal 11)

Perkataan “Liyutohhirokum” dari akar kata Tahara dan Tahuur. Telah digunakan oleh Rasullullah (S.A.W) dalam hadithnya “Tahurun Insyaalah” yang bermaksud sembuhlah segala penyakit dengan izin Allah.

Dalam ayat itu juga Allah mengisyaratkan dengan jelas air khasnya air hujan boleh menyembuhkan masalah gangguan syaitan dan boleh mengubati sikap diri yang negatif kepada positif.

Perkataan Tahur digunakan Allah dalam Al-Quran : “ dan Kami turunkan dari langit air yang tahur” ( Al-fFUrqan 48)

Tahur bermakna suci bersih ,ia juga bermakna penyembuh penyakit dengan izin Allah.

“ Dan sesungguhnya kami tuiunkan dari langit air yang banyak barakah”

Barakah disini bermaksud banyak kemanfaatannya kepada manusia. Salah Satu dari kemanfaatannya ialah untuk menjadi bahan pengubatan, setelah di doa dan dibaca ayat-ayat penyembuh.

Merujuk perihal nabi Allah Ayub (a.s) yang mengalami kesakitan kronik. Baginda merayu kepada Allah dengan pengaduannya yang terkenal :

“Dan Ingatlah akan hamba kami Ayub ketika dia menyeru Tuhannya seseungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan kesiksaan yang bersangatan.”
Lalu Allah mengkabulkan permohonannya dengan firman Allah kepadanya yang bermaksud:
“ Hentakkanlah kakimu ke bumi (keluar daripadanya) itu air sejuk untuk dimandi dan diminum dan kami menanugerahinya (kesembuhannya) “

Dalam kitab Tafsir Al-Maraaghi disebut yang bermaksud: Allah meyuruh Nabi Ayub mendapatkan air dari bumi dengan menghentak kakinya kuat-kuat sehingga mengeluarkan air dan menggunakan air itu untuk dimandi dan diminum maka akan sembuh penyakit fizikalnya.”

Penggunaan air untuk ikhtiar menyembuhkan segala macam penyakit sabit dari hadith Rasullullah (S.A/W) daripada Abi A’sim Daripada Rasullullah (S.A.W) sabdanya yang bermaksud : “ Rasullullah meminum air dalam suatu bekas minuman dangan bernafas sebanyak 3 kali sambil berkata “ia adalah enak, nyaman dan kesembuhan dari penyakit.”

Dalam suatu hadith mengenai air zam-zam Rasullullah (S.A.W) bersabda yang bermaksud “ Air Zam-zam itu berguna sepertimana niat peminumnya” Jika diminum untuk menyembuhkan penyakit Allah akan menyembuhkannya” (Riwayat ad-daruqutni)

Selain daripada air, banyak bahan-bahan rawatan yang merupakan ramuan ubat-ubatan yang dianjurkan oleh Rasullullah (S.A.W) untuk digunakan. Baginda sendiri pernah mengubati sakit kepalanya dengan daun inai. Antara bahan-bahan lain yang pernah disebut dalam hadith yang banyak : madu lebah, jintan hitam, susu unta, daun bidara, tamar madinah (kurma ajwah), tumbuh-tumbuhan yang disebut Assina , assanut , bawang putih, bawang merah, lemak di ekor kambing dan berbagai-bagai lagi.
...bersambung (siri 4)

Sunday, April 11, 2010

YBHG.TG. DATO DR.HARON DIN : ASAS DAN KONSEP PENGUBATAN ISLAM (...siri 2)




AS-SUNNAH DAN PENGUBATAN PENYAKIT (...siri 2)

Keseluruhan kitab-kitab Hadith tidak pernah ketinggalan daripada peruntukan satu bab yang disebut sebagai “Bab Pengubatan Penyakit dari As sunnnah” Dalam bab itu diperturunkan hadith-hadith sahih yang menunjukkan Rasullullah (S.A.W) mengubati sakit dalam beberapa peristiwa yang berlaku berkait dengan pengubatan.



Umum mengetahui bahawa Rasullullah bukanlah seorang pengubat (Tabib) seperti yang dikenali pada hari ini. Muhammad adalah Rasullullah (S.A.W). Tugas asasinya adalah menerima wahyu dan menyampaikan kepada umatnya. Segala perintah Allah dilaksanakan sepenuh kehendaknya. Baginda adalah contoh utama dalam semua hal penghidupan untuk diikuti oleh sekelian umatnya .
Islam yang dibawa Rasulullah (S.A.W) adalah suci dan lengkap sempurna (Syumul) maka dengan sendirinya difahami bahawa Al-Quran dan As-Sunnah memberi petunjuk dalam semua hal penghidupan manusia termasuk perubatan kerana ianya adalah salah satu keperluan asasi manuasia.

Layak sebagai seorang Rasul bahawa ianya dikenali sebagai Rasulullah sahaja. Mengatasi segala gelaran-gelaran lain yang dimiliki oleh manusia dari zamannya kerana hingga keakhirannya tidak ada yang bergelar Rasullullah melainkan baginda seorang sahaja.

Dalam hal pengubatan, baginda memberi tunjuk ajar dengan menyebut dan mengamalkan asas-asas umum sebagai panduan dengan meletakkan garis-garis utama yang harus dan tidak harus; Yang halal untuk diikuti dan yang haram untuk dijauhi.

Keseluruhan as-Sunnah yang dapat diteliti maka dapatlah disimpulkan bahawa Rasullullah (S.A.W) menunjuk ajar umatnya perkara-perkara berikut:-

1. Rasullullah mengubat.

Rasullullah mengubat pesakit yang datang kepadanya memohon diubati
Hadith Usman Bin Al-As

2. Rasullullah menyuruh pesakit memakan ubat sahaja
Hadith Abu Said Al-khudri

3. Rasulullah tidak merawat sebaliknya mengajar pesakit itu bacaan-bacaan Ruqyah untuk orang itu menjadi perawat
Hadith Usman bin AlAs.

4. Rasullullah tidak merawat malah menyuruh pesakit pergi menemui perawat yang mahir (pakar) yang terdapat di zamannya
Hadith Jabir bin Abdullah.

5. Rasulullah membaca ruqyah (doa penyembuhan) dan merujukkanya kepada pengubat mahir (pakar)
Hadith Ismail bin Muhammad bin Said bin Abi Waqas

1. Rasullullah sendiri sakit , Allah mendatangkan Jibrail kepadanya untuk merawat baginda.
(Hadith Abi Said Alkhudri)

2. Rasullullah sakit Aishah binti Abu Bakar mengubatnya
(Hadith Aishah)

8. Rasullulllah mengarahkan seorang pesakit makan ubat berulang kali hingga sembuh
(Hadith Abu Said Al-Khudri)

9. Rasullullah menyuruh sahabat memastikan punca penyakit “Al-Ain” dan disuruh yang menyebabkan penyakit itu merawatnya dengan air wudhu’nya”
(Hadith Ibnu Abbas)

10. Rasullullah merestui pengubatan dengan “ruqyah” Al Fatihah ke atas seorang yang di sengat kala jengking.
(Hadith Abi Said Al-Khudri)

11. Rasullullah melarang ubat-ubat yang haram.
(Hadith Abu Daud, daripada Abi Darda’)

12. Rasullullah bersabda kepada pengubat : Sesiapa yang boleh menolong penyakit untuk kesembuhan maka lakukanlah.
(hadith Jabir)

13. Abu Said Al-Khudri merawat seorang yang disengat kala jengking dengan membaca Surah Al-Fatihah dan sembuh serta merta dan mengambil upah daripada perbuatannya; telah direstui oleh Rasullullah dan meminta satu saham dari upah tersebut.
(Hadith riwayat Bukahri dan Muslim)

Kepelbagaian petunjuk membuktikan Rasulullah amat peka dalam hal pengubatan penyakit dan disarankan berbagai-bagai cara pengubatan sesuai dengan baginda sebagai pembawa hidayah dan meluaskan bidang-bidang yang boleh diterokai oleh umatnya dalam menangani permasalahan penyakit.

Hadith –hadith yang tersebut tadi adalah panduan umum yang merupakan petunjuk Rasulullah dalam pengubatan. Ianya amat berguna untuk menjadi panduan perawat dalam menangani masalah kesihatan manusia.

Thursday, February 11, 2010

ASAS DAN KONSEP PENGUBATAN ISLAM


Kertas Kerja ini telah dibentangkan oleh YBhg.Tuan Guru Dato’ Dr.Haron Din Dalam Seminar Rawatan Islam pada 16 Disember 2008 bertempat di Dewan Kuliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Anjuran IQ INSAN TRAINING & CONSULTANCY.



SIRI 1...

ASAS DAN KONSEP PENGUBATAN ISLAM :

Antara Kebenaran dan Kepalsuan


MUKADDIMMAH :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w., keluarganya, sahabatnya dan yang mengikut hadithnya hingga ke hari akhirat.

Manusia umum mengenali beberapa sistem rawatan penyakit yang diketengahkan untuk diterima pakai. Sistem tersebut dikenali dengan nama Alopati (Allopathy), Homeopati (Homeopathy), Ayurveda (Ayurvedic), Akupuntur (Accupunture), Singse, Tradisional dan lain-lain. Umum kurang mengenali rawatan Islam kerana tidak di ketengahkan, sedangkan ianya telah lama wujud bersama lahirnya Islam di dunia ini.

Pada zaman Muhammad Rasulullah s.a.w., pengubatan dan perubatan Islam diwujudkan bagi memenuhi keperluan muslimin muslimat ketika itu yang secara tabi’inya tiada manusia yang tidak sakit. Hatta Rasulullah s.a.w. sendiri pernah sakit. Maka tentulah sistem rawatan penyakit secara Islam diperlukan bagi mengatasi masalah penyakit yang berlaku.

Sebarang masalah yang timbul pada zaman itu, Rasulullah s.a.w. lah tempat rujukan utama. Kerana itu apabila berlaku kesakitan atau apa sahaja penyakit, Rasulullah s.a.w. menjadi tempat orang mengharapkan pertolongan. Dalam peperangan-peperangan yang berlaku, apabila terjadi kes-kes kecederaan dan ganguan kesihatan, maka pesakit akan dibawa menemumi Rasulullah s.a.w. untuk diubati.

Ali ibnu Talib pernah sakit mata dalam satu peperangan lalu dibawa kepada nabi dan diubatinya; Qataadah terkena panah musuh di matanya dan dirawat oleh Rasulullah s.a.w. ; Saad ibnu Abi Waqas patah kaki lalu dipapah menemui Rasulullah s.a.w. dan dirawatinya; dan berbagai-bagai lagi. Itu semua berlaku dalam suasana peperangan. Pada waktu-waktu biasa, pernah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. pemuda hilang akal, wanita yang terganggu kesiahatan kerana gangguan syaitan, seorang lelaki yang perutnya amat sakit, seorang sahabat yang dipatuk ular bisa, malah Rasulullah s.a.w. pernah disengat kala jengking. Semuanya diubati atau ditunjukkan caranya oleh Rasulullah s.a.w.untuk diubati.

Pengubatan yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. adalah berasaskan wahyu Ilahi; dilaksanakan oleh umat Islam atas petunjuk Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata, perbuatan atau yang dipersetujuinya. Dari situlah lahirnya istilah “Attibbun Nabawi” yang diterjemahkan sebagai Pengubatan Nabi; dalam bahasa Inggeris diterjemah sebagai MEDICINE OF THE PROPHET.

Ulama’ terdahulu mengumpul petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w. berkaitan ilmu perubatan dalam berbagai-bagai judul kitab. Judul yang paling banyak digunakan oleh mereka ialah “Attibbun Nabawi”. Ibnul Qayyim al Jauziah (wafat 751 Hijriah) juga menulis kitab yang diberi judul seperti yang tersebut dan telah menyatakan di awal kitabnya dengan katanya :

“Ini bahagian (fasal) yang amat berguna pada penyatakan petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam pengubatan yang baginda sendiri melakukannya dan menganjurkan sahabat-sahabat baginda melakukannya”
(Attibbun Nabawi : Ibnul Qayyim hal. 5.)

Yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam pengubatan adalah amat banyak. Antaranya memakan ubat, penggunaan madu lebah, berbekam, pembedahan, mengadakan tempat-tempat rawatan, menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit, menggunakan bahan-bahan dan tumbuh-tumbuhan semula jadi, berdoa, meminum air zamzam, membaca Ruqyah sebagai jampi dan lain-lain lagi.

Kertas ini hanya memberi tumpuan kepada satu cabang sahaja daripada cabang-cabang rawatan tadi iaitu mengkhusus kepada rawatan menggunakan ruqayah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.




APAKAH DIA RAWATAN ISLAM DAN APAKAH ASAS-ASASNYA?

Rawatan Islam adalah suatu ikhtiar penyembuhan penyakit, jasmani dan rohani yang diasaskan diatas hukum syarak oleh orang yang ahli (mahir) dengan kaedah-kaedah rawatan yang diluluskan oleh hukum syarak yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Manusia adalah makhluk Allah yang di ciptakanNya dalam keadaan lemah ( Ar Rum : 54) amat memerlukan pertolongan terutama dari Allah (Fathir : 15), bagi mengatasi segala permasalahan kehidupan yang ditempuhi sepanjang hidup, baik didunia mahupun di akhirat.

Diantara permasaalahan yang dihadapi oleh manusia adalah masalah penyakit. Sama ada yang bersifat tabii (NATURAL) atau diluar tabii (SUPER NATURAL). Kedua-duanya wujud dan berlaku didalam kehidupan manusia. Apabila berlaku maka usaha mengatasinya perlu untuk kesejahteraan manusia itu.

Umat Islam mendapat anugerah Allah yang tidak ternilai, iaitu Al Quranul Karim. Sebagai panduan dalam semua aspek penghidupan untuk kebaikan dunianya mahupun akhiratnya. Al Quran adalah petunjuk (hidayah) dalam segala-galanya. Allah berfirman dalam surah Al Anaam ayat 38 bermaksud :

“Kami tidak tinggalkan sesuatu pun dalam al kitab (Al Quran) itu……..”

Maksud ayat tersebut mengikut setengah-setengah mafassiruun : Al Quran itu adalah kitab Allah yang sempurna didalamnya ada panduan dan petunjuk dalam semua hal yang diperlukan oleh manusia. Sama ada secara langsung atau tidak. Jelas nyata atau samar. Manusialah yang mesti menerokainya bagi mendapat panduan itu.

Merujuk perihal penyakit dan rawatanya, Al Quran menyentuh secara jelas nyata dalam ayat 82 surah Al Isra’ yang bermaksud

“Dan kami turunkan dari Al Qurah itu ayat-ayat suci yang boleh menjadi penyembuh (Syifa’) dan rahmat bagi orang yang beriman”.

Ahmad Mustaffa Al Maraaghi dalam tafsirnya (15:86) ketika mentafsirkan ayat diatas antara lain menyebut :

“Sesunggohnya Allah menurunkan Al Quran dan menjadikannya penawar kesembuhan dari berbagai penyakit. Itulah rahmat Allah kepada hambanya”

Perihal Al Quran menjadi penawar dan penyembuh penyakit disebut Allah beberapa kali dalam ayat-ayat yang berlainan. Antaranya surah Fussilat atat 44 bermaksud :

“Katakanlah wahai Muhammad (kepada manusia) : Al Quran itu bagi orang yang beriman adalah petunjuk dan penyembuh (penawar) segala penyakit”.

Dalam Surah Yunus ayat 57 bermaksud :

“Sesungguhnya telah datang kepada mu tunjuk ajar dari Tuhanmu (menerusi Al Quran) yang padanya ada penyembuh bagi penyakit- penyakit yang berada didadamu, petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

Didalam Al Quranul Karim terdapat 6 ayat yang menyebut secara jelas dan nyata perkataan Syifaa yang bermakna kesembuhan penyakit. Sehingga dikenali ayat-ayat itu dengan ayat-ayat “As syifa”” (Aayaatus Syifa’), ayat-ayat penyembuh.

Al Imam Al Qurtubi ketika menyebut tafsiran ayat syifa’ itu antara lain menyebut (10 : 316) yang bermaksud :

Ada dua kesembuhan yang boleh diperolehi dari Al Quran

1 Kesembuhan penyakit-penyakit hati nurani seperti kekufuran, kefasikan,kedegilan menerima hidayah. Bongkak, takbur, ujub dan lain-lain.

2 Kesembuhan dari penyakit-penyakit fizikal yang nyata.

Abi Said Al Khudri meriwayatkan hadith yang mafhumnya :

Kami diutuskan oleh Rasullullah s.w.s. untuk suatu misi dakwah seramai 30 orang. Kami memasuki sebuah perkampungan Arab. Malangnya kami tidak dilayan malah dihambat keluar dari kampong itu. Kami berkhemah diluar kampong. Pada malamnya ketua kampong tersebut disengat kala jengking. Kerana berbagai usaha merawat telah dilakukan, akan tetapi tidak berhasil, maka mereka mendatangai kami meminta di ikhtiar kesembuhan. Abu Said segera menjawab : Saya boleh ikhtiar dengan syarat dibanyar upahnya. Mereka setuju sekiranya sembuh maka 30 ekor kambing sebagai upahnya.

Abu Said Al Khudri segera pergi dan menjampi ketua kampong yang disengat kala jengking itu denga Al Fatihah 7 kali. Sembuh serta merta. Apabila diserahkan 30 ekor kambing sebagai upahnya, ada dikalangan mereka yang mempersoalkan sesame sendiri, wajarkah diambil kambing-kambing tersebut. Mereka merujuk kepada Rasulullah s.a.w.

Mendengar kisah itu Rasulullah s.a.w. bertanya Abu Said . “Dimana kamu mendapat maklumat Al Fatihah itu adalah jampi (ruqyah)?” Jawabnya : “ Ya Rasulullah, hati kecilku berbisik berbuat demikian”. Jawab Rasulullah “Ada dikalangan manusia memakan upah menjampi penyakit dengan jampi yang tidak benar (batil) sedang kamu mengambil upah dari jampi yang benar (Sidq). Ambillah upah itu dan berilah kepadaku satu habuan daripadanya”

Daripada Abi Umamah diriwayatkan hadith Rasulullah s.a.w. menyebut yang bermaksud :

“ Al Fatihah bermenfaat dengan izin Allah untuk mengikhtiarkan kesembuhan dari penyakit kulit, kusta, gila, batuk kering, demam, sakit perut dan sebagainya”

Aishah binti Abi Bakar r.a. meriwayatkan hadith seperti yang terdapat dalam Sahih al Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. merawat dirinya ketika sakit dengan ayat-ayat al Quran. Apabila baginda sakit agak tenat sebelum kewafatannya. Baginda meminta daku (Aishah) membacakan ayat-ayat al Muawwizaat (Tiga Qul) lalu aku berbuat demikian dan menyapukan nya ke Rasulullullah.

Urwah bin Azzubair, pernah meriwayatkan hadith diatas daripada Azzuhri lalu bertanya kepadanya bagaimana caranya rawatan tersebut. Jawab Azzuhri dibaca ayat-ayat al Quran tersebut lalu ditiup ditangan yang dibaca dan disapu kemuka pesakit.

Aishah r.a. dalam satu riwayat lain telah menyatakan bahawa beliau pernah membaca ayat-ayat al Quran ditangan Rasululullah s.a.w. lalu menyapunya kemuka Rasulullah dengan mengharapkan keberkatan yang lebih daripada tangan tersebut.






KONSEP PENGUBATAN ISLAM

Pengubatan Islam berkonsepkan wahyu Ilahi yang diambil daripada petunjuk Al Quran dan Al Sunnah dikenali sebagai ATTIBBUN NABAWI (Pengubatan Nabi Muhammad s.a.w.)

Bertitik tolak dari sistem perubatan yang berkonsepkan wahyu, maka ianya adalah suatu ibadah yang dilakukan untuk mencari keredaan Allah, kerana yang menyuruh kita mencari kesembuhan apabila mendapat penyakit ialah Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“ Apabila saya sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan”
(As-Syuaarak : 80)

Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Berubatlah wahai hamba Allah sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan (bersamanya) diturunkan ubat. Diketahui oleh orang yang berusaha mencarinya dan tidak diketahui oleh orang yang jahil (tidak berbuat apa-apa):
(Hadith riwayat Abu Daud dan Al Tarmizi)

Apabila usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan sehingga melibatkan penyelidikan-penyelidikan dan pengembangannya kerana mentaati perintah Allah maka dengan sendirinya usaha itu menjadi suatu ibadah. Kerana hakikat ibadah itu adalah kepatuhan kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan.

Mencari ubat yang sesuai dengan penyakit dan mengusahakan bersungguh-sungguh untuk dianugerahkan oleh Allah kesembuhan yang menjadi milikNya sahaja merupakan suatu kerja murni yang diusahakan oleh hamba bagi merialisasikan makna ibadah kerana akur kepada qada dan qadar Allah.

Dalam usaha membantu dan menolong pesakit, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang berkemampuan menolong saudaranya (yang sakit) bagi menyembuhkannya maka hendaklah dia lakukan :
(Hadith riwayat Jabir bin Abdullah)

Daripada konsep sebegini maka bolehlah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang beriman dengan Allah dan melibatkan dirinya dalam sistem pengubatan kerana mentaati perintah dan mengharapkan redha Allah, maka prinsip itu adalah islamik dan boleh dikatakan pengubatan Islam.

Ulamak Hadith (Muhaddithun) telah mengumpul semua petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam kitab-kitab mereka. Pengumpul-pengumpul hadith seperti Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An- Nasaai’, Ibnu Majjah, At Tirmidhzi dan lain-lain telah mengkhususkan satu bab dalam kitab-kitab hadith mereka dengan menamakan Bab At-Tadaawi ( bab pengubatan penyakit.)



Pengarang-pengarang kitab termasyhur telah mengkhususkan Kitab yang diberi judul “ AT-THIBBUN NABAWI” oleh ratusan penulis antaranya:

Abu Bakar As-Sunni (364 Hijrah)
Abu Nuaim Al-Asbahaani (430 Hijrah)
Al-Hafidz Shamsuddin Az-Zahabi (748 Hijrah)
Ali Abdul Karim Al-Hamawi (720 Hijrah)
Abul Abbas Jaafar bin Muhammad (430 Hijrah)
Jallaluddin As-Sayuti (911 Hjrah)
Hibatuddin Said BinIbrahim (560 Hijrah)
Khairuddin Hadhzor bin Mahmud (948 Hijrah)
As-Sayyid Salleh bin Abdul Aziz Al-Mardini (1123 Hijrah)
As-Shihab Al-Qastalanaani
Al-Habib An-Nisaaburi
Muhammad Assafti Uzzainabi
Ibnu Abi A’sim
Abul Hassan Ali bin Musa
Dhiyauddin Al-Maqdisi dan lain-lain lagi banyaknya.

Dalam Al-Quraanul Karim terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut penyakit rohani dan jasmani. Begitu juga dalam As-Sunnah banyak didapati Hadith-hadith nabi yang menyentuh tentang penyakit dan pengubatannnya. Inilah petunjuk yang dijadikan konsep pengubatan Islam .

PERIHAL PENYAKIT

Berasaskan kepada petunjuk Al-Quran as-Sunnah, Ulamak-ulamak Islam yang membicarakan perihal penyakit dan pengubatannya, telah menjelaskan bahawa umumnya penyakit terbahagi kepada dua bahagian

Pertama: Penyakit Kerohanian (Amraadzul Qulub)
Kedua: Penyakit Kejasmanian (Amraadzul Abdaan)

Pernah juga disebut sebagai Tibbur Ruhaani atau Tibbul Arwah dan Tibbul Abdaan atau Thibbul Ajsam.

Amraadzul Qulub terdapat dalam Al-Quran begitu banyak seawal Ayat 10 dalam Surah Al-Baqarah , Allah Subhanahu Wataa’la berfirman yang bermaksud ,

“Dalam hati-hati mereka (Qulubihim) ada penyakit”

Ayat ini tidak merujuk kepada penyakit hati secara fizikal , tetapi hati yang bersifat rohani atau disebut hati nurani, kerana sambungan ayat itu seterusnya membawa erti ,

“(Seandainya tidak segera dirawat) maka Allah menambahkan lagi penyakit tersebut dan bagi mereka seksa yang amat pedih disebabkan mereka berdusta (dengan Allah)”

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang berdusta adalah berpenyakit hati nurani yang perlu dirawat segera . Kalau terlambat atau langsung tidak dirawat maka penyakit tersebut akan bertambah kronik. Akhirnya (sekiranya dia meninggal) neraka Allah menunggu sebagai pembalasan,

Penyakit-penyakit kerohanian (Amraadzul Qulub) amat banyak yang disebut oleh Al-Quran dengan menyebut jenis-jenis penyakit yang berlainan, antaranya :

Sihir (disebut sebanyak 54 kali didalam AL-Quran)
Gila (Majnun) 11 Kali
Al-Ain (Al-Ain) 1 kali
Penyakit-penyakit kerohanian (Amraadzul Qulub) 40 Kali

Sedangkan Al-Quran menyebut penyakit-penyakit jasmani sepintas lalu dan tidak banyak berulang seperti perkataan berikut :-

1. Al-Akma (Buta mata) (Surah An-Nur 61)
2. Al-A’raj 2 kali (Tempang/Cacat Anggota) (Surah An-nur 61)
3. Pekak/Bisu (Al-Baqarah -18)
4. Mandul (Al-Imran 40)
5. Mardza – Pesakit Fizikal (Al-Baqarah 196)

Hal sedemikian menggambarkan bahawa penyakit-penyakit kerohanian adalah lebih serius berbanding dengan penyakit fizikal, jika dilihat dari aspek gambaran istilah penyakit itu dalam Al-Quranul Karim.

Mungkin sebab utamanya kerana penyakit fizikal mudah dikesan oleh pesakit berkenaan atau oleh perawat (doktor) yang merawatnya. Adapun penyakit-penyakit spritiual (kerohanian) seperti penyakit yang disebabkan oleh sihir Al-‘ain , hati batu, kemurungan, hasad, bongkak takabbur, degil, riyak dan seumpamanya tidak mudah dikesan lebih-lebih lagi yang terkena penyakit itu enggan mengubati dirinya.

Penyakit-penyakit kerohanian perlu diubat secara kerohanian; antaranya adalah dengan penggunaan pendekatan keagamaaan. Bermunajat kepada ALLAH, bertaubat, bertahajjud, Qiyamulllail, membaca AL-QURAN, menggunakan ayat –ayat kesembuhan untuk merawat dan sebagainya.

AL-QURAN DAN PENGUBATAN PENYAKIT

ALQuranul Karim bukanlah Kitab pengubatan. Ianya Kitab Hidayah dari Allah untuk manusia agar beriman dan bertakwa kepada-Nya. Seawal ayat Kedua dalam Surah Kedua Al-Quran (Al-Baqarah) Allah berfirman yang bermaksud:

“ Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya. Ia memberi petunjuk kepada orang-orang bertakwa”

Kitab-kitab Allah adalah Kitab yang paling sempurna, tidak ada kebatilan padanya. Ianya lengkap sempurna. Segala-galanya disentuh oleh Al-Quran tanpa meninggalkan apa-apa pun untuk panduan manusia.

Mengenai pengubatan penyakit, Al-Quran menyebut yang bermaksud :

“ dan kami menurunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penyembuh (syifa) dan rahmat bagi orang yang beriman dam Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian jua”

Ayat itu terlalu luas maknanya. Salah satu aspek yang boleh difahami, bahawa ada dua jenis kesembuhan dari ayat Al-Quran :

1. Kesembuhan dari penyakit-penyakit fizikal yang diistilahkan “Syifa’”kerana sifat syifa’ itu yang mudah dilihat iaitu penyakit fizikal dan kesembuhan pun boleh dilihat.

2. Kesembuhan dari penyakit-penyakit kerohanian yang diistilahkan “Rahmah”. Rahmah agak sukar dilihat seperti penyakit-penyakit kerohanian tidak mudah dilihat kerana ia tersembunyi di dalam diri manusia. Kesembuhannya pun tidak dapat dilihat dengan mudah.

Oleh yang demikian ada dalam Al-Quranul Karim ayat-ayat penyembuh yang boleh digunakan sebagai ikhtiar kesembuhan samada untuk penyakit jasmani mahupun rohani.

Khusus mengenai istilah Syifa’ yang bererti kesembuhan penyakit, Al-Quranul Karim menyebut sebanyak enam kali yang dikenali sebagai Ayat Syifa’ (Ayaatus Syifa’) iaitu ayat-ayat yang bermaksud seperti berikut:

1. Dan kami turunkan Al-Quran yang padanya ada (ayat) penyembuh penyakit (fizikal) dan kerahmatan (Kerohanian) bagi orang yang beriman. (Al-Isra’ 82)

2. “ Katakanlah Al-Quran itu adalah petunjuk dan penyembuh penyakit bagi orang yang beriman” (Fussilat 44)

3. “ Keluar`dari perut lebah itu madu yang bermacam-macam warna, padanya terdapat kesembuhan bagi penyakit manusia” (An-Nahli 69)

4. “ dan apabila saya sakit dialah (ALLAH) yang menyembuhkannya.”
(As-Syuaara’ 80)

5. ”dan disembuhkan (penyakit) di dalam dada-dada kaum yang beriman.” (At-Taubat 14)

6. “ Sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari tuhanmu dan penyembuh (penyakit) yang berada di dalam dada-dada manusia. (Yunus 37)

Perkataan syifa’ dalam kamus “Al-Munjid” berakar kata dari syafiya, syifa’ bermakna kesembuhan dari sesuatu penyakit atau Allah Ta A’la menyembuhkan si pulan daripada penyakitnya.

Ketika membuat tafsiran ayat-ayat Syifa’ khasnya ayat 82 Surah Al-Isra’ ,Al-Maraaghi menyebut bahawa Qataadah berkata ;

“Sesungguhnya Allah menjadikan Al-Quran itu penyembuh penyakit dan rahmat bagi orang yang beriman”
(tafsir Al-Maroghi 15:86)

Membaca ayat-ayat Al-Quran tertentu sebagai ikhtiar penyembuhan kepada penyakit dengan penumpuan kepada kesakitannya adalah disepakati Ulamak tentang keharusannya kerana jelas daripada ayat tadi yang menyebut ayat sebagai perantaraan untuk penyembuhan.

Oleh sebab itu Ulamak-ulamak terdahulu hinggalah terkini telah melibatkan diri dalam usaha pengubatan manusia dengan menggunakan Al-Quran . Mereka telah banyak menulis kitab. Antaranya kitab-kitab yang bermaksud :

1. Mengubati penyakit dengan Al-Quran oleh Ridha Az Zarkaawi
2. Berubat dengan Al-Quran oleh Abdul Mun’im Qindil
3. Mengubati Sihir dengan Al-Quran dan As-Sunnah oleh Salehhudin Mahmud.
4. Sistem Al-Quran dalam Pengubatan oleh Usamah Al-Iwadhi.
5. Pengubatan daripada AL-Quran dan As-sunnah oleh Abdul Latif Al-Baghdadi.
6. Pengubatan didalam Al-Quran dan As-Sunnah oleh Mohammad Mahmud Abdullah
7. Kesembuhan Penyakit dengan Doa oleh Mohammad Mahmud Abdullah.
8. Mengubati Penyakit dengan Air dan Doa oleh Darul Hadhzarah.

Dan banyak lagi kitab yang senada dengan yang tersebut.

...bersambung ke SIRI 2

Wednesday, February 3, 2010

FALSAFAH DAN SKOP PERUBATAN ISLAM : SATU PENGENALAN

Kertas Kerja ini telah dibentangkan oleh YBhg.Ust.Syeikh Hanafi Rahman Fesfaanji
Untuk Koleksi Dalam Seminar Rawatan Islam
pada 16 Disember 2008
bertempat di Dewan Kuliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Anjuran
IQ INSAN TRAINING & CONSULTANCY.


FALSAFAH DAN SKOP PERUBATAN ISLAM : SATU PENGENALAN
Mohamad Hanafi Abdul Rahman Fesfanji

Perbincangan sebenar tentang perubatan Islam dalam skopnya yang lebih luas adalah merujuk kepada perbincangan tentang penjagaan kesihatan serta merawati penyakit dengan cara-cara yang diizinkan oleh syara’. Kaedah-kaedah yang dipakai dalam rawatan tersebut mestilah terpelihara dan suci bersih dari sebarang bentuk yang dilarang samada berupa bahan, alat-alat kelengkapan dan sistem peraturan yang dijalankan. Maka ia adalah merangkumi :

Rawatan ruh, perasaan
Tentang sakit ruh dan perasaan, Allah SWt mensifatkan dengki dan dendam golongan Munafikin kepada rasulullah dan sahabat-sahabatnya di Madinah di dalam firmanya:[1]
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (10)
Maksudnya: Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu)terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan peroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Penyakit dengki, hasad dan dendam adalah penyakit hati yang boleh membinasakan kehidupan manusia dan masyarakat seluruhnya. Allah SWT berfirman:[2]

فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَن تُصِيبَنَا دَآئِرَةٌ فَعَسَى اللّهُ أَن يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِّنْ عِندِهِ فَيُصْبِحُواْ عَلَى مَا أَسَرُّواْ فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)

Bermaksud:Dalam pada itu , engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: “Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam), atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
Allah SWT berfirman:[3]

إِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ غَرَّ هَؤُلاء دِينُهُمْ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ فَإِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (49)

Maksudnya: (Ingatlah)ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: “Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)”. Dan (yang sebenarnya) sesipa yang bertawakkal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin , maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Allah SWT berfirman:[4]
وَإِذَا مَا أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إِيمَانًا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُواْ فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ (124) وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَى رِجْسِهِمْ وَمَاتُواْ وَهُمْ كَافِرُونَ (125)

Maksudnya :Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Qur’an) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Adapun orang-orang yang beriman , maka surah itu menambahkan iman mereka , sedang mereka bergembira (dengan turunnya).Dan adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka , maka surah Al-Qur’an itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotorang (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.
Allah SWT berfirman:[5]
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ وَلَا نَبِيٍّ إِلَّا إِذَا تَمَنَّى أَلْقَى الشَّيْطَانُ فِي أُمْنِيَّتِهِ فَيَنسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ آيَاتِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (52) لِيَجْعَلَ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ فِتْنَةً لِّلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ (53) وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤْمِنُوا بِهِ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ (54)

Maksudnya:Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabipun melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah yang dibawanya), maka syaitan pun melimparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh syaitan, kemudian Allah menetaapkan ayat-ayatNya dengan kukuhnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(52) (Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran(53) Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhan mu , lalu mereka beriman kepadaNya, sehingga tunduk ta’atlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus (54 )
Allah SWT berfirman:[6]
أَفِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَمِ ارْتَابُوا أَمْ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُ بَلْ أُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (50)
Maksudnya: (Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), atau pun mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan k
kekufuran mereka).
Dalam perkara sakit jasad atau fizikal pula, kita boleh melihat bagaimana Allah SWT menggambarkan kisah penderitaan fizikal yang di tanggung oleh nabi Allah Ayub dan kesan jiwanya dalam surah al anbiya:[7]
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (83) فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِن ضُرٍّ وَآتَيْنَاهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُم مَّعَهُمْ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَذِكْرَى لِلْعَابِدِينَ (84)
Bermaksud: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Aiyub , ketika ia berdo’a merayu kepada tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditinpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.(83) Maka Kami perkenankan do’a permohonannya , lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang ta’at kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).(84)

Allah SWT juga menyebutkan bagaimana syariat Islam memberikan beberapa kelonggoran taklif kepada mereka yang menghadapi sakit fizikal seperitimana yang di firmankanNya dalam sura an nuur [8]
لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى أَنفُسِكُمْ أَن تَأْكُلُوا مِن بُيُوتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ آبَائِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أُمَّهَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ إِخْوَانِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخَوَاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَعْمَامِكُمْ أَوْ بُيُوتِ عَمَّاتِكُمْ أَوْ بُيُوتِ أَخْوَالِكُمْ أَوْ بُيُوتِ خَالَاتِكُمْ أَوْ مَا مَلَكْتُم مَّفَاتِحَهُ أَوْ صَدِيقِكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَأْكُلُوا جَمِيعًا أَوْ أَشْتَاتًا فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُون (61)
Maksudnya:Tidak ada salahnya bagi orang yang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu ,atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau dirumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau dirumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu, tidak juga menjadi salah bagi kamu , makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah , hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hokum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.
Allah juga berfirman : [9]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183( أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ وَأَن تَصُومُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (184)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa(183) (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin . Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.184
Dalam perkara yang berkait dengan sakit jasad atau fizikal, Ulama-ulama di zaman silam telah membahagikan rawatan kepada rawatan sakit di luar tubuh dan dalam tubuh.Ia boleh di bahagikan kepada:
a) sakit luar tubuh mungkin di sebabkan kecederaan akibat terjatuh,tertusuk,tersengat, tergores dan sebagainya .sakit yang dirasai adalah di sebabkan kedudukan urat yang lari dari kedudukan asalnya. Jenis ini mungkin boleh di akhtiarkan secara mengurut.
Sakit dalam tubuh pula yang berpunca dari perubahan mizaj dan perjalanannya yang tidak betul seperti migraine, barah , darah tinggi, kencing manis dan sebagainya lagi.rawatan ini boleh di ikhtiarkan secara penjagaan makanan dan memberikan ubat-ubatan tertentu dan ini bergantung kepada punca-punca penyakit.
c) penyakit yang berkait atau berpunca dengan perasaan seperti yang di gambarkan oleh Allah SWT menceritakan tentang kepedihan yang di deritai oleh Nabi ya`akub akibat berpisah dengan anaknya Yusuf: [10]
قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْرًا فَصَبْرٌ جَمِيلٌ عَسَى اللّهُ أَن يَأْتِيَنِي بِهِمْ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (83) وَتَوَلَّى عَنْهُمْ وَقَالَ يَا أَسَفَى عَلَى يُوسُفَ وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ(84)
Yang bermaksud: (Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: (“Tidaklah benar apa yang kamu katakana itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mengetahui , lagi Maha Bijaksana”(83) Dan (bapa mereka- Nabi Ya’kub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: “Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf”, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya , kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati. Surah Yusuf – ayat 83-84..

Dalam menghuraikan ayat ini, ulama-ulama tafsir telah menerangkan bahawa nabi Allah ya`akub telah rabun penglihatan akibat terlampau banyak menangis rindukan anaknya yusuf yang hilang selama lebih empat puluh tahun itu
2) rawatan yang berpunca dari makhluk halus dari gangguan jin atau sihir
Allah SWT berfirman:[11]

قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39)

Maksudnya:Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat , (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis ma’siat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini , dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,-
Kalau kita perhatikan skop perbincangan tentang perubatan Islam yang difahami dalam masyarakat kita dewasa ini adalah hanya berkisar kepada perbincangan yang telah berkembang dalam sejarah Islam. Perbincangan itu adalah seperti :

rawatan berdasarkan kelebihan-kelebihan ayat-ayat al quran
himpunan Hadith-hadith Nabi tentang rawatan dan ubat-ubatan
penyakit-penyakit yang seringkali melanda masyarakat Arab dan mayarakat Islam serta pendekatan yang telah diambil dalam merawati penyakit-penyakit tersebut
bahan-bahan herba dan binatang-binatang yang biasa digunakan di Negara Arab
pandangan dan pendapat (karya-karya) yang telah dihasilkan atau dikutip oleh penulis-penulis Islam dan juga dari penulis yang bukan Islam dari masyarakat Islam dalam sejarah mereka
perubatan yang diamalkan oleh masyarakat Islam bukan Arab juga turut dimanfaatkan dalam perbincangan perubatan Islam ini.

Kalaulah berdasarkan skop-skop yang telah dinyatakan diatas, maka dapatlah kita fahami bahawa perbincangan tentang perubatan Islam ini tentulah sempit kalau dibandingkan dengan perbincangan sebenar ilmu perubatan dan kesihatan pada masa akan sekarang. Kefahaman yang sempit ini tentulah akan memperlihatkan seolah-olah ilmu Islam adalah sempit dan tidak boleh menjadi alternative kepada manusia.Ini kerana fahaman tentang perubatan Islam di dalam mayarakat kita masih terbatas dalam bentuk yang sempit. Perubatan sebenarnya adalah suatu ilmu profesional yang berkembang bersama perkembangan manuudia dan kehidupan mereka.


SEBAB-SEBAB KEMUNDURAN ILMU PERUBATAN ISLAM

Faktor-faktor penyebab kepada sempitnya fahaman tentang ilmu perubatan Islam adalah disebabkan oleh :

kefahaman ilmu agama yang cetek
kejahilan tentang ilmu semasa dan bidang-bidang ilmu professional secara umum
kurangnya kajian tentang ilmu perubatan di mana pada masa ini perubatan masih berada dalam perbincangan yang berasingan antara satu sama lain.Perbincangan secara tidak langsung hanya berlaku apabila di usahakan oleh pesakit-pesakit yang tidak berpuas hati dengan satu cara sahaja.
Mengambil sikap menolak ilmu-ilmu dan hikmat yang di sifatkan datang dari luar. Sifat close minded ini telah menyebabkan terhalang dari mempelajari ilumu-ilmu yang terkini dengan beberapa pembaharuan semasa

Maka perlulah kita catatkan di sini bahawa perubatan yang tidak boleh di kategorikan sebagai perubatan Islam ialah hanya perubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik dan menyalahi syara’. Adapun yang di izinkan oleh syarak, sejauh dan seluas manapun ia, ia boleh menjadi sebahagian dari perubatan Islam .

ISLAM MENGHARGAI ILMU

Islam amat menghargai ilmu. Allah SWT berfirman:[12]

Allah SWT berfirman:[13]
Islam amatlah menghargai ilmu. Maka Islam sendiri tidak melarang malahan amat menggalakkan supaya umatnya memperbanyakkan kajian dan memajukan serta mengembangkan ilmu yang berkait dengan tubuh badan dan kesihatan mereka sendiri.

Allah SWT berfirman:
وفى أنفسكم أفلا تبصرون- سورة الذاريات 21
Maksudnya:Dan juga pada diri kamu sendiri . Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?.

SIHAT MESTILAH MENCAKUPI ASPEK RUHANI DAN JASMANI

Sihat di ta`fifkan oleh Ibn Jauzi sebagai suatu keadaan di mana apa-apa yang ada dalam badan manusia samada yang berbentuk jasmani atau ruhani telah berperanan menurut fungsinya dengan betul.[14]Sebaliknya sakit pula di ertikan kedapatan apa-apa yang ada dalam badan manusia tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri manusia tersebut. Dalam bahasa yang lebih moden pula bolehlah di katakan bahawa apabila wujudnya sesuatu yang di sifatkan sebagai abnormal pada satu satu lokasi tertentu yang menyebabkan terganggunya fungsi asalnya, maka ia di sifatkan sebagai sakit. Dari sini, usaha –usaha untuk mengembalikan fungsi-fungsi tersebut sepaya berperanan betuldi namakan syifa.Dalam ertikata yang lain, syifa di ertikan sebagai mengurangkan kesakitan sehingga ke tahap yang normal, mengembalikan kesihatan dan tahap kecerdasan yang positif,


Apabila kita berbincang tentang as shifa di dalam al quran,[15]ia –sebagaimana yang telah di terangkan- bukanlah sahaja terbatas kepada rawatan luar tetapi sebaliknya ia merangkumi penyakit-penyakit perasaan, hati,ruh dan segala unsur yang terkandung di dalam diri manusia.Untuk memudahkan penjelasan di atas, beberapa contoh boleh kita gunakan untuk membandingkan antara jenis-jenis penyakit itu:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ (80)


Apabila aku sakit, maka ia(lah Allah) menyembuhkan ku- Sura as Syu`ara 80.

Tidaklah mereka merasa sakit kepala dan tidak pula

Pada hati(orang-orang Munafiqin itu ada penyakit lantaran itu, Allah menambahkan lagi penyakit


Dari keterangan di atas dapatlah kita memahami bahawa sakit fizikal , sebahagiannya adalah di sebabkan oleh mana mana angota badan menunjukkan fungsinya berperanan secara tidak betul. Maka sakit-sakit tersebut boleh di rawat atau di ubati dengan pelbagai-bagai cara termasuklah satu cara yang amat popular dalam masyarakat Islam ialah dengan memilih ayat-ayat yang berkait melalui qaedah tafaul dan di istilahkan oleh masyarakat kita sebagai ilmu asam garam. Menurut kajian dan telah terbukti dalam pengalaman-pengalaman yang banyak, ilmu ini mempunyai kekuatan menyembuh yang agak sulit untuk di fahami secara rawatan moden pada hari ini.Rawatan jiwa dan perasaan pula lebih tertumpu kepada memehami makna yang terkandung dalam firman Ilahi itu.

Di sepanjang sejarah Islam , terlalu mudah kita menemui berbagai-bagai catatan di dalam mana-mana komuniti Islam di seluruh dunia tentang mengakui bahawa AlQuran adalah shifa kepada penyakit zahir dan bathin manusia.

Namun begitu, method rawatan Islam tidaklah bersifat kaku dan terbatas sebegitu sehingga ia menolak perkembangan-perkembangan terbaru.


PENUTUP

Maka, di sini, dapatlah kita simpul kan bahawa perubatan Islam itu adalah suatu kaedah usaha mengembalikan kesihatan manusia kea rah fitrahnya yang asal.


Saudaramu Se Islam.
Mohamad Hanafi Rahman Fesfanji


Nota : SEJARAH PENGUBATAN ISLAM akan diterangkan melalui ceramah Ustaz Hanafi pada hari Khamis.

[1]-Al-Baqarah ayat;10
[2]-Maidah;52
[3]-Anfal;49
[4]-Taubah;124 - 125
[5]-Al-Hajj;52­-­54
[6]-An-Nuur;50
[7]-Al-Anbiya’ ; 83 - 84
[8]-An-Nuur ;61
[9]-Al-Baqarah ;183 -184
[10]-Yusuf; 83 - 84
[11]-Al-Hijr; 39
[12]
[13]
[14] Al Allama Daud al Antaki pula menyebutkan di dalam Tazkirahnya:
( حقيقة الصحة هى حالة تستلزم كون البدن جاريا على المجرى الطبيعى سويا فى أفعاله )

yang bermaksud: hakikat sihat itu adalah keadaan yang menyebabkan badan bertindak secara tabi`e dan seimbang pada setiap peranannya. Lihat Tazkirah juzud 2 m/s: 138-9
[15] Ayat- ayat al syifa dalam al qur`an ialah:

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts