FOLLOWERS

Showing posts with label AS-SYIFA' : PETUA ORG TUA. Show all posts
Showing posts with label AS-SYIFA' : PETUA ORG TUA. Show all posts

Monday, May 10, 2010

PETUA ORANG TUA : KONSEP PASANGAN DALAM PERUBATAN (...siri 3)

AS-SYIFA' MELAKA : 013 - 200 6363


13. Sakit kaki

Setengah sakit yang terasa di bahagian kaki seperti lenguh lutut, sakit tumit, lenguh-lenguh kaki sebelah sama ada bahagian kanan atau kiri atau sebagainya lagi, ubatnya ialah dengan membiasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Mungkin ada orang bertanya mengapa sakit demikin dipetuakan ubatnya begitu? Jawabnya kerana tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kai secara semulajadinya adalah bumi.

Kebenaran adalah penawar manakala kesesatan merupakan penyakit. Manusia yang mencari petunjuk adalah manusia yang mencari penawar dalam hidupnya manakala manusia yang menuruti kesesatan adalah mereka yang meracunkan diri mereka sendiri supaya musnah dan binasa.

14. Kanak-kanak yang degil dan sawan.

Bagi kanak-kanak yang degil dan sawan, satu petua yang seringkali kita dapati amat mustajab ialah memandikan anak tersebut dengan air wudhuk atau mandian ibubapanya. Bagi anak lelaki, hendaklah ibunya memandikan dia bersamanya.

Ia bermaksud air mandiannya jatuh terkena badan anaknya ketika mereka mandi bersama-sama. Demikianlah sebaliknya, jika anak itu perempuan, hendaklah bapanya memandikannya dengan air mandianya bersama-sama. Asasnya teori ini menghuraikan bahawa sesetengah penyakit anak, ubatnya boleh didapati pada ibu bapanya.

15. Gout.

Kepada mereka yang menghadapi sakit jenis ini, disarankan kepada keluarganya agar mendemahkannya dengan garam kasar. Garam ini hendaklah digoreng terlebih dahulu di dalam kuali tanpa minyak sehingga panas. Setelah panas, ia hendaklah dibalut dengan kain dan didemah ke tempat yang sakit tersebut. Ini kerana dipercayai bahawa penyebab penyakit tersebut adalah berpunca dari makanan laut seperti udang, sotong dan sebagainya lagi.

Maka garam yang asalnya juga datang dari laut didapati boleh mengurangkan dan meredakan sakit tersebut. Sebab itulah disarankan kepada penderita penyakit ini supaya mendemahkan badan mereka dengan garam kasar yang digoreng tanpa minyak. Kesimpulannya, penyakit ini datang dari laut, maka penawarnya juga mestilah datang dari laut juga.

16. Kanser payudara


Kanser payudara berpunca dari lebihan susu yang tidak dikeluarkan. Sisa-sia susu yang berlebihan ini menutupi perjalanan darah dan angina lender dalam badan. Bilamana perjalanan di highway tersebut telah disekat, sisa-sisa tadi mengepung darah lendir yang melalui kawasan tersebut. Maka sel-sel sel-sel tersebut akan mati dalam keadaan yang tidak sempurna.

Maka berlakulah satu pertarungan dalam badan yang dinamakan kanser. Satu kaedah yang diakui mustajab oleh beberapa pesakit yang telah menjalani kaedah ini secara tekun ialah dengan cara menyapukan susu ke tempat sakit tersebut. Susu tersebut hendaklah dilumurkan ke seluruh tempat sakit tersebut. Disamping itu penderita hendaklah selalu mengamalkan meminum susu kambing atau lembu secara berterusan.

…Siri 3 : Sedutan buku : Hadist-Hadist Perubatan : Pengantar Kepada Petua Tradisional


oleh sahabat baikku Ust.Syeikh Hanafi Rahman El-Fesfanji

Saturday, May 8, 2010

PETUA ORANG TUA : KONSEP PASANGAN DALAM PERUBATAN (...siri 2)

AS-SYIFA' MELAKA : 013-2006363 (...siri 2)
6. Bisa daun bebaru

Seperti juga bisa getah pokok ipoh, bisa daun bebaru boleh ditawarkan dengan meminum air rebusan akar pokok tersebut yang tertanam di bawah tanah dan mengadap matahari naik.

7. Bisa ampai-ampai

Bisa atau rasa gatal ampai-ampai boleh dihilangkan dengan mengambil pasir yang terdapat di dasar laut, tempat bermainnya ampai-ampai tadi, disapukan pada tempat yang gatal itu.

8. Panas buah durian.

Rasa panas dalam badan akibat terlampau banyak makan durian dapat dihilangkan dengan cara meminum air dalam kulitnya. Kulitnya yang berduri itu dijadikan gelas meminum air tersebut.

Dikiaskan dari teori durian inilah juga, kita mendapati sesetengah orang-orang soleh dikalangan orang-orang tua mengamalkan meminum air sisa makanan yang terdapat didalam pinggan mereka seseudah mereka makan. Ini kerana mereka mempercayai banyak penyakit yang boleh datang memudaratkan dirinya berpunca dari makanan itu. Berdasarkan kaedah ini mereka menyimpulkan bahawa mudharat itu boleh ditawarkan atau di atasi melalui cara tersebut.

9. Terkena minyak menggoreng yang panas.

Parut yang terjadi akibat terkena minyak panas boleh dihilangkan melalui cara menyapukan sisa minyak goring yang telah terpakai pada tempat tersebut pada waktu malam atau pagi sesudah mandi. Ertinya minyak yang panas itu membawa mudharat pada badan tetapi apabila disapukan minyak berbisa yang sejuk akan menawarkan mudharat tersebut.

Dari sini lahirlah pula satu petua untuk orang yang perjalanan angina di mukanya tersekat atau tersumbat iaitu menggunakan minyak sisa bergoreng tadi sebagai alat pencuci muka. Minyak tadi akan membuka lompang-lompang dikulit dan daging yang tersumbat itu dan membetulkan semula perjalanan anginnya kepada system asal.

Demikianlah halnya orang yang mengalami masalah keguguran rambut akibat banyak menggunakan minyak berkolestrol tinggi bolehlah menjadikan sisa minyak tadi sebagai minyak rambut untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Orang yang mengalami masalah resdung di mana mukanya akan menjadi gatal setiap kali makan keropok atau ikan goreng juga boleh menggunakan bahan yang sama untuk tujuan rawatan. Minyak tersebut disapukan di sekeliling tempat yang gatal di bahagian luar dan dalamnya bertujuan untuk menarik gatal akibat bisa makanan tersebut.


10. Rasa panas akibat makan daging kambing

Bagi masyarakatArab, mereka telah biasa makan daging kambing dengan kauntiti yang banyak. Kadang-kadang seseorang atau dua orang mereka memadai memakan seekor kambing. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai sebarang masalah panas dalam badan sesudah memakannya sebagaimana kebanyakan orang dalam masyarakat kita yang akan mengalami panas bahagian dalam badan.

Rahsianya ialah kerana sesudah mereka memakan daging kambing, mereka mengamalkan meminum susu kambing pula. Daging dan susu adalah pasangan yang sama-sama berada dalam badan kambing.

11. Sesetengah penyakit kulit.

Berdasarkan pengalaman banyak binatang yang mempunyai masalah sakit kulit, umpamnya kucing berkurap yang tidak tahu pergi ke hospital itupun, mereka akan menjilat badan mereka dengan lidah mereka untuk mengurangkan kesakitan akibat masalah kulit yang dihadapinya. Maka sebab itulah dipetuakan banyak penyakit kudis boleh dirawati dengan disapukan air liur basi sesudah bangun dari tidur waktu pagi.

12. Sakit tangan dan kaki.

Dalam kaedah rawatan urut refleksologi, diajarkan bilaman seseorang tersalah urut sama ada di sebabkan jatuh, rebah atau sebagainya lagi di bahagian kaki, maka bahagian yang pertama perlu diurut ialah tempat yang sepertinya pada bahagian tangan. Demikianlah juga sebaliknya sekiranya yang tersalah urat itu ialah bahagian tangan, maka yang sepatutnya diurut ialah bahagian yang sepertinya pada anggota kaki.

Ini kerana Maha Kaya Allah S.W.T. telah menjadikan suis kaki terletak pada tangan manakala suis tangan pula pada kaki.
…Siri 2 : Sedutan buku : Hadist-Hadist Perubatan : Pengantar Kepada Petua Tradisional oleh
sahabat baikku Ust.Syeikh Hanafi Rahman El-Fesfanji

Thursday, May 6, 2010

PETUA ORANG TUA : KONSEP PASANGAN DALAM PERUBATAN

AS-SYIFA' MELAKA : 013-2006363 (...siri 1)

Beberapa atau 18 contoh yang boleh dilihat melalui petua orang-orang tua dihuraikan cara rawatannya berdasarkan kaedah di atas. Kaedah ini disebut dalam masyarakat kita sebagai petua.

1. Bisa kala jengking atau lebah atau tebuan

Sesiapa yang terkena sengatannya hendaklah mengambil minyak dari badannya. Binatang tersebut hendaklah dibunuh terlebih dahulu. Minyak itu dikeluarkan dari badannya melalui proses dipanaskan api. Minyak tersebut disapu pada tempat sakit tersebut untuk membuang bisanya. Ertinya penyakit dan ubat sama-sama berada di dalam badan binantang tersebut.

2. Bisa ikan keli

Bisa sengatan ikan-ikan seperti keli dan lain-lainnya boleh ditawarkan dengan cara melumurkan lendir ikan tersebut pada tempat terkena sengatan itu. Ini bererti sebagaimana yang telah diterangkan di atas, penyakit dan ubat sama-sama berada di dalam badan haiwan tersebut.

3. Bisa duri pokok tujuh bilah

Duri pokok tujuh bilah menyimpan racun yang bahaya kepada sesiapa yang tersusuk durinya. Bisa duri pokok tujuh bilah boleh dimatikan dengan cara menggosok-gosokkan tempat sakit tersebut pada daun pokok tersebut. Air yang keluar dari daun tersebut akan menghisap bisa tersebut dan menawarkannya sehingga ia tidak mampu lagi memudharatkan orang tersebut. Maka, kesimpulannya juga sama seperti di atas iaitu penyakit dan penawar berkumpul pada pokok yang sama.

4. Bisa duri kelapa sawit

Boleh di atasi dengan menggosokkan tempat yang sakit pada buahnya yang berminyak itu. Ertinya minyak yang terdapat pada buah tersebut dapat menawarkan bisa durinya.

5. Bisa getah ipoh.

Bisanya boleh ditawarkan dengan meminum air rebusan akar pokok tersebut yang tertanam di bawah tanah dan mengadap matahari naik.

Siri 1 : Sedutan buku : Hadist-Hadist Perubatan : Pengantar Kepada Petua Tradisional oleh sahabat baikku
Ust.Syeikh Hanafi Rahman El-Fesfanji

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts